RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Filem Frozen Guna Suara Liyana Jasmay, Marsha & Ray

Posted: 29 Oct 2013 07:01 PM PDT

Walt Disney Animation Studio, studio yang menghasilkan filem-filem "Rapunzel: A Tangled Tale" dan "Wreck-It Ralph", kini tampil lagi dengan sebuah animasi baru yang berjudul "Frozen: Anna & Permaisuri Salji". Filem ini mengisahkan tentang puteri Anna dalam pengembaraan epik bersama-sama Kristoff dan seekor rusa setia bernama Sven untuk mencari kakaknya, puteri Elsa yang memiliki kuasa sihir.

Budiey Ray Frozen

Filem Animasi Disney "Frozen", Juga Akan Ditayangkan Dalam Versi Bahasa Melayu, "Frozen: Anna & Pemaisuri Salji" Di Malaysia.

Kuasa sihir kakaknya telah mengubah seluruh negaranya, Arrendell, kepada musim sejuk untuk selama-lamanya. Anna dan Kristoff terpaksa mengharungi pelbagai cabaran seperti ribut salji dan juga bertemu dengan orang batu bersihir dan orang salji lucu dan ceria, Olaf dalam pengembaraan untuk mengembalikan musim panas dan menyelamatkan negarannya.

Di Malaysia, filem animasi ini akan ditayangkan dalam versi asal Bahasa Inggeris, dan juga versi Bahasa Melayu mulai 28 November ini. Versi Bahasa Melayu filem ini akan dilaih suara oleh bintang-bintang terkenal; Liyana Jasmay, Marsha Milan dan Ray Era FM. Liyana Jasmay memegang watak utama, Puteri Anna, iaitu seorang puteri yang ceria and positif. Marsha Milan pula akan memegang watak puteri Elsa, yang mempunyai kuasa sihir untuk mengawal salji dan ais. Orang salji yang lucu yang memendamkan musim panas, Olaf, akan dialih suara of Ray Era FM.

Filem ini darahkan oleh Cris Buck ("Tarzan, "Surf Up") dan Jenifer Lee (Penulis Skrip "Wreck-It Ralph") yang juga selaku penulis lakon layar filem ini. Filem ini diterbitkan oleh Peter Del Vecho ("Winnie the Pooh", "The Princess and the Frog"). Filem ini juga menampilkan lagu-lagu asal daripada Kristen Andersan-Lopez ("In Transit," "Winnie the Pooh") and pemenang anugerah Tony, Robert Lopez ("The Book of Mormon,". "Avenue Q"). Komposer Christopher Beck menggubah skor asal filem ini ("The Muppets," pemenang angerah Oscar dalam "Paperman").

"Frozen: Anna & Permaisuri Salji" akan mula ditayangkan pada 28 November 2013.

Fakta Yang Anda Perlu Tahu:

• Liyana Jasmay adalah pelakon and penyanyi terkenal di Malaysia, dengan pelbagai kredit filem and television. Filem kredit Liyana ialah "Castello", "Kami The Movie", "Khurafat – Perjanjian Syaitan" dan "Papadom". Beliau juga aktif dalam siri televisyen, dan memegang watak utama dalam siri-siri popular seperti "Kami The Series", "Laila Sari", "Ponti Anak Remaja" dan "3 Janji". Beliau juga telah memenangi Pelakon Wanita Filem dalam Anugerah Filem Malaysia ke-22 pada tahun 2009 untuk filem "Papadom". Pada tahun yang sama, Liyana juga telah memenangi Pelakon Wanita Filem dalam Anugerah Skrin 2009 untuk lakonannya dalam filem "Kami the Series".

• Marsha Milan bermula dengan Akademi Fantasia musim ke-3,dan menjadi popular apabila menjadi finalis dan mendapat tempat ke-4 dalam program realiti itu. Kini, beliau menjadi hos untuk program hiburan Propoganza untuk 3 musim berturut-turut. Marsha juga tidak asing dengan kerja alih suara. Filem-filem yang pernah dialih suara olehnya termasuk "High School Musical 1, 2 & 3" dan juga animasi tempatan "Bola Kampung The Movie".

• Shah Reza Mohd Shah, ataupun lebih dikenali sebagai Ray Era FM, ialah radio DJ and hos yang berpengalaman. Kini, Ray ialah salah satu hos untuk program radio pagi number satu di Malaysia, Johara Pagi Era dengan teman-teman hosnya, Johan Raja Lawak dan Haniff Hamzah. Ray juga aktif dalam pelbagai projek televisyen seperti program mainan "Itu Dia", "Betul Atau Bohong" dan "Anda Ada 60 Saat", dan juga program hiburan seperti "Super Spontan" dan "Frust Gila". Ray juga pernah mengalih suara dalam Bahasa Melayu untuk filem-filem Smurfs 1 & 2 dan Madagascar.

Komen via Facebook

Komen

Radio Suria FM Catat 2.23 Juta Pendengar

Posted: 29 Oct 2013 06:29 PM PDT

Semalam, merupakan tarikh penting bagi orang-orang yang bekerja di stesen radio seluruh Malaysia apabila keputusan bancian dibuat Nielse, kaji selidik oleh agensi penarafan itu dilakukan dari tempoh 2 September sehingga 27 September 2013 telah pun dikeluarkan. Persoalan, radio manakah yang mendapat tempat pertama menjadi radio nombor satu Malaysia. Semalam juga, Budiey menerima laporan daripada stesen Radio Suria FM. Saluran radio Suria FM mencatatkan 2.32 juta pendengar dan menduduki tempat keempat bagi stesen berbahasa Malaysia di negara ini selepas Era FM, Sinar FM dan Hot FM menerusi bancian dibuat Nielsen. Tahniah atas kejayaan ini.

KUDSIA KAHAR

Berdasarkan kaji selidik itu, pendengar Suria FM secara digital telah meningkat sebanyak 160 peratus dari 176,000 orang kepada 457,000 orang pada tahun ini.

Selain itu, Suria FM juga turut mencatatkan kenaikan sebanyak 12 peratus pendengar berpendapatan isi rumah di antara RM4,000 hingga RM5,000.

Stesen itu juga menerima peningkatan di kalangan kumpulan pekerja kolar putih sebanyak 13 peratus. .

Suria FM mengekalkan status stesen radio popular di Malaysia dengan catatan 2.23 juta pendengar tahun ini. Suria FM terus mantap menjadi diantara empat radio komersil berbahasa melayu teratas di Malaysia. Paling membanggakan apabila pendengar Suria FM secara digital telah meningkat sebanyak 160% dari 176,000 orang kepada 457,000 orang tahun ini.

Selain itu, Suria FM telah mencatatkan kenaikan sebanyak 12% pendengar berpendapatan isirumah RM4 ribu – 5 ribu. Kami juga telah menerima peningkatan di dalam kalangan kumpulan pekerja kolar putih sebanyak 13%. Pendengar eksklusif yang merupakan pendengar setia Suria FM telah meningkat sebanyak 19% menjadi 457,000 dari setahun ke setahun.

Di kawasan Selatan yang meliputi negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, Suria FM telah mencatatkan kenaikan jumlah pendengar sebanyak 61,000 orang menjadi 461,000 orang tahun ini. Di samping itu, sehingga September 2013, laman web www.suriafm.com.my telah mencatatkan peningkatan sebanyak 52,513 orang apabila 151,441 orang telah melayarinya berbanding 98,928 orang pada Jun 2013.

Pendengar juga telah meluangkan masa selama 8 jam 52 minit untuk mendengarkan Suria FM dalam masa seminggu dan tidak terkecuali segmen Suria Cinta, telah mencatatkan jumlah masa mendengar tertinggi dari jam 10 malam hingga 2 pagi di dalam kalangan semua stesen radio berbahasa melayu iaitu sebanyak 3 jam 28 minit.

Kenyataan itu menyebut, pendengar eksklusif yang merupakan peminat setia Suria FM telah meningkat sebanyak 19 peratus menjadi 457,000 orang dari setahun ke setahun.

Bagi kawasan Selatan yang meliputi negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, Suria FM telah mencatatkan kenaikan jumlah pendengar sebanyak 61,000 orang menjadi 461,000 orang pada tahun ini.

Di samping itu, sehingga September 2013, laman web www.suriafm.com.my telah mencatatkan peningkatan sebanyak 52,513 orang apabila 151,441 orang telah melayarinya berbanding 98,928 orang pada Jun 2013.

Pendengar juga telah meluangkan masa selama 8 jam 52 minit untuk mendengarkan Suria FM dalam masa seminggu.

Segmen Suria Cinta, kendalian deejay Lin yang ke udara dari 10 malam hingga 2 pagi mencatatkan jumlah masa mendengar tertinggi di kalangan semua stesen radio berbahasa Malaysia iaitu sebanyak 3 jam 28 minit.

Tahniah Suria FM!

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories