Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Gambar Nur Fathia Pakai Sari di Fesyen Sari Rafflesia Posted: 30 Oct 2013 06:53 PM PDT Ditatarias menjadi persis pelakon terkenal Bollywood, Madhuri Dixit, dramatis jelita Nur Fathia tampil begitu anggun setelah dikenakan busana sari di Acara Fashion Sari Bersama Rafflesia yang diadakan pada 29 Oktober lalu di Rafflesia Centre, Kuala Lumpur. Deepavali Sarees Fashion ini menampilkan pelbagai jenis fesyen Sari termasuklah Saree, Lengha, Saree Lengha, Punjabi Suit, Gujerati Saree, Anarkili. Busana ini direka khas oleh Rea of Thaara'z dan direka oleh On Time Eventza. Selain penampilan khas oleh Nur Fathia, acara fesyen ini digayakan juga oleh Raja Ilya, Jasmine Michele, Sangeetha, Reenetha, Yasmin Nadiah bersempena dengan sambutan Deepavali yang akan disambut tak lama lagi. Google+Komen via Facebook{total} ', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '{total} ', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); }); |
| Astro Radio Kekal Nombor 1 Malaysia Posted: 30 Oct 2013 06:10 PM PDT Astro Radio masih mengekalkan kedudukan sebagai radio No 1 Malaysia dengan lebih 12.2 juta pendengar setiap minggu, berdasarkan keputusan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio Nielsen, Liputan 2 , 2013 pada minggu ini. Dari perspektif kedudukan, hasil kajian mengesahkan bahawa Astro Radio terus mendominasi gelombang radio sekaligus dinobatkan sebagai 'Raja Radio' dengan menguasai kedudukan No.1 untuk radio ERA fm, THR (Raaga & Gegar) ditangga ke 2, dan SINAR fm menyusuli di kedudukan No 3. Astro Radio Kekal Nombor 1 MalaysiaWalaupun mengalami penurunan dari sudut jangkauan pendengar bagi keseluruhan segmen radio berbahasa Inggeris, radio – radio bahasa Inggeris di bawah naungan Astro Radio (hitz.fm, MIX fm dan Lite FM) masih mengekalkan kekuatan tersendiri dengan memperolehi 79% perkongsian dalam pasaran Inggeris. Manakala, stesen – stesen lain di bawah payung Astro Radio seperti ERA fm, hitz.fm, MY FM dan THR Raaga terus menguasai takhta bergelar stesen radio No.1 dalam kategori bahasa iaitu bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Tamil. Sterusnya, THR Gegar juga turut mengekalkan kedudukan sebagai stesen radio No.1 di sekitar Pantai Timur, termasuklah di Kelantan, Terengganu dan Pahang.Sementara itu, hasil kajian tersebut memperlihatkan Astro Radio mengekalkan kedudukan sebagai 3 stesen radio teratas dalam posisi radio di Malaysia termasuklah ERA fm sebagai radio No 1, THR (Raaga & Gegar) di No.2 dan SINAR fm di tangga ke 3. Kedua-dua stesen, ERA fm dan THR (Raaga & Gegar) dilaporkan mempunyai peningkatan pendengar setiap minggu masing – masing dengan jumlah 4.7 juta dan 3.7 juta . Dalam masa yang sama, stesen baru berbahasa Cina di bawah naungan Astro Radio, MELODY FM, mengalami peningkatan pendengar sehingga mencatatkan pertumbuhan sebanyak 196% dengan adanya peningkatan pendengar daripada 134,000 kepada 397,000 berbanding keputusan pada Ogos 2012. Selain itu, pendengar eksklusif MELODY FM juga mengalami peningkatan 219% dalam masa seminggu pada tempoh yang sama Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, Dr Jake Abdullah, berkata:
Sebagai kunci penting dalam penyusunan strategi yang menggalakkan pertumbuhan, Astro Radio sentiasa memperbaharui segalanya dalam usaha menyampaikan hiburan dan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pendengar di seluruh negara. *Sumber : Pengukuran Pendengar Radio Nielsen, Liputan 2 , 2013 RADIO BAHASA MALAYSIAERA fm: Kekal Stesen Radio No 1 di Malaysia Sekali lagi, ERA fm di nobatkan sebagai stesen No.1 negara dan radio Bahasa Malaysia paling popuar dengan peningkatan pendengar seramai 4.7 juta seminggu. Selangkah dengan itu, pendengar eksklusif ERA fm kini mencecah dua kali ganda dari 691,000 kepada 1 ,147 000 pendengar. Dari sudut kandungan radio, rancangan pagi popular JoHaRa Pagi ERA yang di kendalikan oleh Johan, Haniff dan Ray terus menduduki tangga No.1 rancangan pagi memperolehi 2.73 juta pendengar. Di antara radio – radio berbahasa Malaysia, ERA fm turut mendominasi gelombang udara secara keseluruhan untuk rancangan- rancangan yang disiarkan. SINAR fm : Stesen Radio Bahasa Malaysia Paling Popular Dikalangan Pendengar Berusia 30 Tahun ke Atas. SINAR fm berada di tangga teratas bagi stesen radio dikalangan pendengar 30 tahun ke atas. Pendengar SINAR fm tidak membuat keputusan yang salah untuk memilih muzik retro! SINAR fm juga menduduki senarai Top 3 kedudukan carta radio di Malaysia. Rancangan sarapan pagi SINAR fm iaitu SINAR Pagi juga mencatatkan 1.8 juta pendengar THR Gegar: Stesen Paling Popular di Pantai Timur Secocok dengan gelarannya, THR Gegar terus bertakhta di jiwa pendengar Pantai Timur, sekali lagi muncul sebagai stesen radio No 1 di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Prestasi cemerlang diperlihatkan meningkat apabila pendengar eksklusif meningkat dari 660, 000 kepada 789, 000 pendengar. RADIO BAHASA CINAMY FM: Stesen Bahasa Cina No 1 Malaysia MY FM mengekalkan kedudukan sebagai stesen bahasa Cina No.1 di Malaysia dengan 2 juta pendengar seminggu. Ini adalah angka yang tertinggi di kalangan stesen bahasa Cina yang lain. Rancangan sarapan pagi MY FM , Breakfast Show dihoskan oleh Jack Lim, Ghent Mei Yan dan Jeff Chin mengekalkan tempat teratas sebagai No. 1 racangan sarapa radio berbahasa Cina di negara ini sambil menghiburkan 1.2 juta pendengar. Di samping itu, MY FM juga mendominasi gelombang radio bahasa Cina berbanding radio – radio bahasa Cina yang lain. MELODY FM: Merekodkan Peningkatan Pendengar Tertinggi Stesen radio bahasa Cina terbaru Astro Radio, Melody FM, terus mendapat daya tarikan dikalangan pendengar baru, dengan catatan pertumbuhan 196% pendengar iaitu kenaikan daripada 134,000 kepada 397,000 pendengar. sejak Ogos 2012. Selain itu, pendengar eksklusif Melody FM meningkat secara mendadak setinggi 219% dalam tempoh yang sama. RADIO BAHASA INGGERIShitz.fm: Kekal Stesen Radio No.1 Bahasa Inggeris hitz.fm masih mengekalkan kedudukan sebagai stesen radio Bahasa Inggeris No.1 Malaysia dan terus berada di antara 10 stesen radio yang paling digemari di negara ini. Rancangan pagi hitz.fm, Morning Crew yang dikendalikan oleh Ean dan JinnyBoy serta segmen petang Drive Thru dihoskan oleh RD dinobatkan sebagai segmen No.1 mengikut segmen yang di gemari pendengar radio – radio berbahasa Inggeris. MIX fm: Radio Pilihan Untuk Semua MIX fm dengan tagline Malaysia Best Variety memberikan kepelbagaian genre muzik kepada pendengar. MIX fm juga turut mencatatkan peningkatan 25 % pendengar eksklusif mereka. Terus berkembang, stesen ini mencatatkan 122,000 pendengar untuk rancangan sarapan pagi dihoskan oleh Sarimah dan Rod. Manakala, seramai 157,000 pendengar menggemari segmen petang. Lite FM : Pendengar Malaysia Golongan Pendapatan Tinggi Lite FM begitu terkenal dengan stesen No 1 stesen Bahasa Inggeris untuk golongan berpendapatan tinggi.Terkenal dengan lagu – lagu 80-an, stesen ini menawarkan muzik-muzik dari disko untuk pop, balada dari lembut hingga ke muzik jazz. Antara semua stesen radio Inggeris, Lite FM berjaya mencatatkan pendengar yang meluangkan masa terpanjang untuk mendengar stesen radio selama 9 jam 59 minit. STESEN RADIO BAHASA TAMILTHR Raaga : Stesen Radio No,1 Bahasa Tamil THR Raaga kekal sebagai stesen No.1 Tamil yang meningkat pendengarnya dari 1.66 juta kepada 1.95 juta. THR Raaga menunjukkan peningkatan positif pendengar untuk rancangan sarapan pagi dan petang iaitu Breakfast Show dan Drive Shows yang turut kekal sebagai rancangan No.1 dikalangan radio berbahasa Tamil. Selain itu, pendengar eksklusif radio berbahasa Tamil ini turut meningkat dari 749,00 kepada 963,00 pendengar. Google+Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






0 ulasan:
Catat Ulasan