My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia |
Ummi Nazeera Nafi Pernah Berkahwin Dengan Aeril Zafrel Posted: 03 Nov 2013 11:45 PM PST Posted: 4 November 2013 at 3:45 pm Melalui Akhbar Berita Harian, Sisipan Bipop penulisan Zubir semalam ada berkongsi khabar angin yang diterimanya dari satu sumber mengatakan yang kononnya Aeril Zafrel pernah bernikah dengan Ummi Nazeera dalam diam sebelum tercetusnya kontroversi pernikahan Aeril dan Wawa Zainal baru-baru ini… Sumber tersebut memberitahu desas-desus bermula apabila Aeril Zafrel sering bertemu dengan Ummi Nazeera di set pengambaran filem 'Penanggal' arahan Ellie Suriaty.. Ketika Aeril cuba mendekati Ummi Nazeera, Aeril menafikan bahawa Wawa Zainal adalah kekasihnya tetapi hanya kawan rapat sahaja, walhal ketika itu mereka sudahpun bernikah secara syarak (tanpa dokumen).. Tidak lama selepas itu, Aeril Zafrel kononnya dikatakan telah bernikah dengan Ummi Nazeera dan juga bernikah secara syarak tanpa sebarang dokumen dan pengesahan pejabat agama.. Selepas bergelar isteri, Khabarnya Ummi Nazeera membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya supaya sesuai dengan imej islamik Aeril ketika itu.. Khabar angin yang bertiup kencang ini telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh Ummi Nazeera semalam.. Dia turut menyatakan yang dia tidak pernah berjumpa dengan Aeril pun sebelum ini, Apatah lagi untuk berkahwin. |
Gambar Anak Kedua Marion Caunter Dan Nasarudin Nasimuddin Posted: 03 Nov 2013 08:54 PM PST Posted: 4 November 2013 at 12:54 pm Tahniah buat Marion Caunter kerana pada 1 November yang lalu beliau telah berkongsi sekeping gambar mengumumkan kelahiran baby keduanya yang dikatakan dilahirkan pada malam 31 oktober 2013.. Anak kedua hasil perkongsian hidup dengan Nasarudin Nasimuddin ini telah diberi nama Lana.. Melalui gambar yang dikongsikan kita boleh lihat keterujaan Leia, anak sulong Marion bergelar seorang kakak.. Semoga dengan kelahiran anak perempuan kedua Marion Caunter dan Nasarudin Nasimuddin ni akan bertambah lah kebahagian rumah tangga mereka.. Apa-apa pun jom kita layan sekeping gambar anak kedua Marion kat bawah ni…
|
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia Terkini | MyGosip .com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan