RSS

Nuffnang

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

sumber :-

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Pak Guard Yang Dimaki Bini Matyo Kini Berlakon Drama

Posted: 05 Nov 2013 10:18 PM PST

Posted: 6 November 2013 at 2:18 pm  

Pak Guard Yang Dimaki Bini Matyo berlakon

Pak Guard Yang Dimaki Bini Matyo yang dikenali sebagai Pak Cik Azman nampaknya kini sudahpun bergelar seorang pelakon.. Sebelum ini Video pergaduhan Pak Cik Azman dengan Bini Matyo yang telah menjadi viral di internet serta ramai selebriti yang bergambar dengannya sehingga Pak Cik Azman kini menjadi semakin popular..

Yang terkini, Pak Cik Azman dikatakan telah bersetuju menerima tawaran berlakon dan bakal muncul dalam drama pertama beliau 'Cinta Pandang Ke-2′ terbitan Z K Creative Production Sdn. Bhd. untuk tayangan slot Aurora di TV9 kelak..

Drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat antaranya Izara Aishah, Dazrin Kamarudin, Maria Farida, Ridzuan Hashim, Norman Hakim, Erynne Erynna, Along Eyzendy, Amira Rosli, Abby Nour, turut memperkenalkan Eiyha Abdullah dan ramai lagi..

Tak sabar nak tengok lakonan Pak Cik Azman kan… adakah dialog dia sama dengan video viral sebelum ni… sama-sama la kita tunggu drama ni ditayangkan nanti..

Nora Danish Terbang Ke London Guna Duit Sendiri, Bukan Nedim!

Posted: 05 Nov 2013 08:18 PM PST

Posted: 6 November 2013 at 12:18 pm  

Nora Danish dan nedim

Kisah cinta Nora Danish dan Nedim Nazri kini menjadi semakin hangat diperbualkan di laman social.. Apatah lagi dengan sikap keterbukaan Nora Danish yang berkongsi gambar mereka bersama di laman Istagram telah menghangatkan lagi suasana..

Terkini, kisah Nora Danish dan Nedim yang menghabiskan masa lebih seminggu di kota London pula menjadi perbualan ramai pihak… Kali ini bukan keintiman mereka yang menjadi isu, tetapi jumlah harga tiket penerbangan mereka ke London yang mencecah RM25,000 yang menjadi isu.. Iyanya satu jumlah yang besar sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi yang mengatakan Nora Danish mengunakan sumber kewangan Nedim Nazri untuk pergi bercuti..

Nora Danish yang dihubungi Kosmo, Menjawab segala persoalan tersebut..

"Apa masalahnya dengan jumlah tersebut? Saya bayar pakai duit saya sendiri, bukannya Nedim. Saya bekerja keras dan punya wang sendiri. Saya mampu untuk membayar perbelanjaan tersebut tanpa tanggungan sesiapa."

Susah menjadi Nora Danish sekarang?

"Agaklah (ketawa). Susah sebab saya single (solo) pun saya kena, sudah ada kawan pun susah. Pening. Malah, saya tak sorok tentang dengan siapa saya berkawan dengan memuat naik di Instagram, pun orang mahu mencari benda yang boleh dijadikan hal lain pula."

Bercakap tentang Instagram, hubungan baik kalian dikecam teruk oleh haters akhir-akhir ini. Bagaimana kalian menanganinya?

"Saya salahkan sosial media yang semakin meluas sebab dulu orang hanya mengutuk dalam blog-blog sahaja, tetapi kini secara depan-depan di dalam akaun milik kita pun mereka lakukan (ketawa). Haters (pembenci) suka cakap perkara yang mereka rasa tahu, tapi sebenarnya tak tahu apa. Saya juga sudah kaji tentang pembenci saya, yang kebanyakannya terdiri daripada budak-budak, jadi saya abaikan sahaja mereka. Nedim juga tak kisah dengan keadaan ini, dia cool. Cuma dia risau saya dihentam teruk kerana dia memang seorang yang proaktif terhadap saya."

"Saya belajar untuk kurang memberi jawapan jika ditanya tentang hubungan atau kisah peribadi kami, berbanding kisah karier saya. Saya kira, jika saya mahu berkongsi sesuatu pun, saya akan kongsi menerusi Instagram. Jika saya muat naik sesuatu di situ, maka adalah, jika tiada, tak perlu dikorek lagi."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories