RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sinopsis Drama Bersiri Playboy Itu Suami Aku

Posted: 07 Nov 2013 08:45 PM PST

Selepas 'Love You Mr Arrogant' melabuhkan tirainya pada hari Khamis yang lepas, saksikan sebuah lagi drama bersiri hebat adaptasi novel popular 'Playboy Itu Suami Aku' terbitan Temenggong Pictures bermula 11 November 2013, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di slot Akasia TV3.

Drama bersiri 28 episod arahan Azmi Hata dan nukilan skrip oleh Wan Mahani membariskan pelakon-pelakon popular seperti Fattah Amin, Nur Risteena, Cha Cha Maembong, Wan Sharmila, Noralbaniah, Dilla Ahmad, Puteri Najuwa, Jay Iswazir, Khairil Anwar dan ramai lagi.

Logo PISA

Playboy itu suami aku? Biar betul! Jangan lupa tonton saksikan Playboy Itu Suami Aku terbitan Temenggong Pictures bermula 11 November 2013, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di slot Akasia TV3.

'Playboy Itu Suami Aku' mengisahkan Afina (Nur Risteena), seorang gadis lemah lembut dan sopan santun ditemukan jodoh dengan Adrian (Fattah Amin), seorang playboy. Afina mempunyai seorang adik kembar tidak seiras, Afisya (Cha Cha Maembong) ataupun Fisya yang suka bersosial dan merupakan salah seorang teman wanita kepada Adrian.

Pada awal perkenalan mereka, Afina disimbah dengan air lopak apabila Adrian membawa kereta mewahnya dengan laju. Adrian bukan sahaja tidak minta maaf malah dia tidak sekalipun memperlahankan keretanya. Raja Adrian Benjamin ataupun 'King' (King of Crocodile) sering membuatkan Afina panas hati.

Suatu hari, Afina dan Syaf (Wan Sharmila) menghantar tempahan bunga untuk digubah di rumah Puan Sri Zahida (Dilla Ahmad) bersempena dengan majlis hari jadi cucunya. Puan Sri Zahida tertarik dengan penampilan Afina yang sopan dan tidak meninggalkan solat, maka dia membuat keputusan mengejut untuk mengahwinkan Adrian dan Afina. Macam-macam kutukan dilemparkan oleh Adrian kepada Afina, Afina berasa amat malu dan segera minta diri.

Puan Sri bertegas bahawa Adrian tetap akan berkahwin dengan Afina walaupun apa yang terjadi kerana dia yakin Afina bakal menjadi seorang isteri yang solehah dan jauh lebih bagus daripada teman-teman wanitanya. Bapanya juga meletakkan syarat yang Adrian perlu berkahwin dengan Afina jika dia mahu menjadi CEO kepada syarikat mereka, Kiara Emas.

Akhirnya Afina dan Adrian berkahwin kerana masing-masing mempunyai agenda sendiri. Selepas kahwin, Afina cuba menawan hati suaminya tetapi Adrian tetap dengan sikap kaki perempuannya. Malah, Adrian membuat pengakuan di hadapan Afina bahawa dia tidak ingin mengahwini Afina tetapi dia terpaksa mengikut kehendak ibu bapanya kerana mahu menjadi CEO syarikat. Adrian juga berkata dia tidak akan jatuh cinta dengan perempuan seperti Afina. Walaupun dibenci oleh Adrian, Afina bertekad untuk memikat hati Adrian dan menjadi isteri yang taat. Apakah faktor yang menyebabkan Afina bertukar fikiran untuk mengahwini seorang playboy? Oleh kerana cintanya tidak diterima oleh Adrian, Afina telah menulis isi hatinya dan disimpankan dalam botol sebelum ditanam di sebuah tempat rahsia.

Fisya menyimpan dendam terhadap Afina kerana berkahwin dengan teman lelakinya yang juga merupakan jejaka idaman dalam kalangan wanita. Fisya semakin tidak puas hati apabila Afina masih menjadi isteri yang sah dan kelihatan bahagia. Maka, Fisya telah menggoda Nazri (Jay Iswazir) dan memintanya melakukan sesuatu jika ingin memilikinya. Nazri hanya menuruti apa yang disuruh oleh Fisya.

Afina terlibat dalam sebuah kemalangan dan koma. Selepas dia sedar, dia hilang ingatan dan menjadi penghidap amnesia. Afina menjadi bingung kenapa dia boleh berkahwin dengan seorang playboy. Adrian pula mengingatkannya tentang janji mereka bahawa mereka akan terus menyamar sebagai pasangan yang bahagia di hadapan ibu bapanya sehingga Adrian dilantik sebagai CEO. Fisya pula meninggalkan Malaysia untuk menyambung pelajaran di luar negara.

Selepas sedar dari koma, Afina berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan berani melawan. Afina tidak lagi bersabar dengan karenah Adrian dan permintaan yang bukan-bukan daripadanya. Malah, Afina juga menuntut cerai. Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Di saat Adrian bersedia membuka pintu hatinya dan mula mencintai Afina, Afina telah meninggalkan Adrian tanpa pesanan. Apakah kepulangan Fisya mengundang masalah dalam hidup Adrian dan Afina? Adakah Adrian masih sudi mempercayai cinta Afina dan mereka berdua akan kembali bersama?

Saksikan drama siri terbaharu slot Akasia, 'Playboy Itu Suami Aku' mulai 11 November 2013, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 petang di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikan drama ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari www.tv3.com.my, Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Playboy Itu Suami Aku (1)

Playboy Itu Suami Aku (2)

Playboy Itu Suami Aku (3)

Poster Playboy Itu Suami Aku

Komen via Facebook

Komen

Drama Bersiri SweetHeart Fantasia di Portal Tonton

Posted: 07 Nov 2013 07:32 AM PST

SILKYGIRL dan SG Men hari ini mengumumkan pelancaran sebuah lagi siri web "SweetHeart Fantasia" hasil kerjasama bersama Tonton yang akan ditayangkan mulai 11 November 2013. Siri web ini diinspirasikan daripada dua jenama haruman terkenal SILKYGIRL dan SG Men iaitu SweetHeart dan Fantasia EDT.

Siri web 13 episod dengan durasi 5 minit setiap satunya menampilkan duta bintang SILKYGIRL, Emma Ma'embong bersama wajah SG Men, Syarul Ridzwan yang juga merupakan seorang actor yang kini sedang meningkat naik. Berlatar-belakang kotaraya Kuala Lumpur, siri romantik ini berkisar percintaan di antara Julia dan Jimmy yang harus menempuh pelbagai rintangan serta dugaan dalam menerima diri masing-masing. Menerusi "SweetHeart Fantasia", Emma Maembong memegang watak sebagai Julia Jane, seorang aktres baharu yang pernah gagal dalam percintaan sebelumnya sehinggalah dia bertemu dengan Jimmy Daeng (lakonan Syarul Ridzwan), seorang jejaka yang baru menceburi bidang pengarahan filem dalam industri hiburan Malaysia.

MEDIA GROUP 3

"Kami sangat berbangga dapat bekerjasama bersama Tonton dalam menghasilkan siri web yang begitu menarik, dan pastinya penonton akan terhibur dan terpesona dengan aksi yang ditayangkan menerusi siri ini. Siri web ini yang ditampilkan bersama haruman SILKYGIRL dan SG Men; memperlihatkan hala tuju kami yang mahu meletakkan posisi haruman dalam cara baru yang lebih segar dan unik untuk pelanggan yang sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terkini," menurut En. Ng Chee Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Cosmetic Group.

Tambah En. Ng lagi, "SweetHeart dan Fantasia EDT merupakan sebahagian daripada Siri Romantik dalam rangkaian haruman SILKYGIRL dan SG Men, dan kami mahu membawa 'kesegaran' haruman hebat ini kepada para pelanggan. Ini adalah peluang terbaik dalam menggabungkan 2 aktor paling berbakat di Malaysia dalam sebuah drama percintaan."

"Kami sangat teruja apabila Tonton dipilih sebagai platform digital untuk tayangan siri web ini oleh Alliance Cosmetic Group. "SweetHeart Fantasia" pastinya menjadi kandungan eksklusif terbaik untuk tontonan 3.3 juta pengguna berdaftar di Tonton menerusi kesemua peranti elektronik mudah-alih," ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Digital.

TARIKH: 11 NOVEMBER – 23 DISEMBER 2013
MASA: AKAN DIMAKLUMKAN
BILANGAN EPISOD: 13
DURASI: 5 MINIT
GENRE: KOMEDI ROMANTIK
PELAKON: EMMA MA'EMBONG & SYARUL RIDZWAN
BAHASA: BAHASA MALAYSIA & INGGERIS

"Sweetheart Fantasia" turut memperkenalkan elemen interaktif buat penonton menerusi beberapa siri peraduan mini sebelum ini. Peminat telah menyertai ujibakat bersama Emma dan Syarul untuk watak lakonan dalam siri web ini. Sepuluh peminat bertuah telah dipilih dan ditampilkan sebagai pelakon dalam kesemua episod siri ini. Selepas tayangan episod akhir kelak, penonton berpeluang memilih 'Aktor/Aktres Pembantu Terbaik" yang akan memenangi hadiah tunai serta barangan SILKYGIRL dan SG Men.

Bermula 11 November ini juga penonton turut berpeluang memenangi barangan daripada SILKYGIRL dan SG Men, apabila menjawab dengan tepat soalan yang dipaparkan di akhir tayangan setiap episod web.

Para peminat "SweetHeart Fantasia" boleh mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan siri ini selain menyertai peraduan di www.sweetheartfantasia.com serta www.tonton.com.my. Daftar akaun anda hari ini untuk melayari Tonton menerusi komputer, telefon pintar atau tablet. Pendaftaran adalah PERCUMA!

MEDIA UCAPAN LAM SWEE KIM 1 - Pengurus Besar Kump Media Prima Digital

MEDIA UCAPAN EN NG CHEE ENG 1 - Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Cosmetic Group

MEDIA GROUP 1 - LamSweeKim Syarul Emma EnNgCheeEng

MEDIA GROUP 2 - LamSweeKim Syarul Emma EnNgCheeEng BobPengarahDrama

MEDIA COUPLE 1 - Emma & Syarul

MEDIA COUPLE 2 - Syarul & Emma

MEDIA COUPLE 3 - Emma & Syarul

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories