RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Peluang Terakhir Untuk Rebut Wang Ganjaran RM2Juta Program GIGIH

Posted: 29 Apr 2013 06:33 PM PDT

Jika anda masih ingat, beberapa hari yang lalu, Budiey ada siarkan entri tentang macamana untuk dapatkan wang ganjaran RM2juta dalam Program GIGIH. Rasanya Budiey tak perlu nak berikan info secara terperinci kerana pastinya ada yang sudah menghantar penyertaan. SYABAS kepada yang dah hantar penyertaan. Jangan risau, anda sekarang berada di landasan yang betul.

Kepada yang belum menghantar penyertaan, Budiey harap anda semua bertindak dan lakukan sekarang kerana tarikh tutup untuk menyertai Program Gigih ini adalah HARI INI. Budiey ulangi sekarang, hari ini adalah hari terakhir. Nak tak nak korang kena jugak rebut peluang keemasan ini. Rezeki dah ada depan mata, cuma anda hanya melangkah setapak untuk mendapatkannya.

Jom cepat-cepat join dan isi borang Program GIGIH sebelum tarikh tamat iaitu sebelum 30 April 2013. HARI INI!

Tak susah pun sebenarnya, jika kita teliti syarat dan faedah dari program ini, Budiey rasa ianya sangat bagus untuk semua. Budiey dah pun menyertainya dan harap bertemu korang semua dalam Program GIgih ini. Bagi Budiey, program GIGIH ini adalah satu peluang untuk Budiey mencuba menolong anda semua di luar sana.

Kepada pembaca yang baru sahaja membuka entri ini, pasti ada yang tertanya-tanya, apa itu Program GIGIH ni. Okay, apa kata ambil masa 2 minit untuk membaca entri ini. GiGIH adalah satu inisiatif untuk menggalakkan semangat keusahawanan dan membantu rakyat Malaysia menambah pendapatan. Ia bertujuan untuk mengiktiraf individu yang berjaya meningkatkan taraf hidup mereka menerusi aktiviti keusahawanan.

Budiey Gigih

SEBAB-SEBAB MENGAPA BUDIEY JOIN PROGRAM GIGIH

Tidak kiralah, anda seorang yang buka bisnes kedai baju secara online ke, jual kuih ke, jual tudung ke, jual kek red velvet ke, pereka fesyen ke, jual kasuat ke, seorang blogger ke, atau apa sahaja anda, selagi anda bergelar usahawan, anda layak untuk menyertai Program GIGIH yang diterajui oleh Agensi Inovasi Malaysia (AIM) ini. Yang penting, anda ada kesungguhan untuk membantu diri dan keluarga bagi menambah pendapatan menerusi program keusahawanan. Tak kiralah samada aktiviti itu perniagaan ke, hobi ke atau cara hidup anda. Yang penting, ianya dapat menambah pendapatan anda.

Apa yang menariknya ialah, Program GIGIH ini menawarkan ganjaran wang tunai keseluruhan berjumlah RM2 juta kepada 500 pemenang. Wow! Banyak tu kan?

Budiey difahamkan, apabila kita mendaftar untuk menjadi peserta Program GIGIH ini, kita akan dijemput untuk berkongsi rahsia atau 'resipi' kejayaan dan rahsia kita tadi akan diolah menjadi model perniagaan yang boleh diguna pakai untuk orang ramai di luar sana yang berminat.

gigih

Sangat bagus! Sebab apabila ramai yang masuk program GIGIH ini, makin banyaklah rahsia dan tips untuk berjaya. Betul tak? Sekurang-kurangnya, Budiey masuk program ni pun bukannya apa, sekurang-kurangnya ini cara terbaik untuk Budiey menimba pengalaman dari peserta lain selain berkongsi rahsia dan idea Budiey kepada yang lain. Haa… sharing is caring. Tak gitu?

Okay, Budiey nak terangkan sikit kat sini syarat atau kelayakan untuk menyertai GIGIH ni. Anda hendaklah warga negara Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang sedang menjalankan perniagaan dengan pendapatan bulanan melebihi RM1,000 sebulan.

Penyertaan anda itu perlu menepati tiga kriteria utama untuk layak dijadikan modal menambah pendapatan:

  1. Ia boleh direplikasi. Maksudnya, kisah kejayaan atau idea perniagaan yang diberi itu harus boleh diguna pakai oleh orang lain untuk berjaya seperti anda. Contohnya, jika aktiviti anda bergantung pada bakat semata-mata, ia susah untuk dicontohi oleh orang ramai.
  2. Ia boleh dibesarkan dan dikembangkan. Contohnya, perniagaan anda itu boleh diperluaskan lagi mengikut kapasiti atau modal pengusaha dan juga menurut kehendak pasaran.
  3. Ia tahan lama. Ya, rahsia dan tips kejayaan anda tadi boleh diamalkan oleh usahawan lain dan ianya berpanjangan sampai bila-bila dan tidak bergantung pada musim-musim tertentu sahaja.

Jika anda rasa anda layak, apa yang anda harus buat ialah mendapatkan borang dan juga info lanjut dengan melayari laman sesawang www.gigih.my sebelum 30 April ini.

Jika sekiranya Budiey berjaya mendapat dana dalam program GIGIH ni, Budiey akan mengembangkan lagi syarikat dengan menubuhkan satu team produksi di mana Budiey akan menerbitkan satu program TV secara online. Ini kerana, semua usaha ini memerlukan wang yang cukup untuk membiayai peralatan dan membayar gaji krew.

Dengan ada GIGIH ni, insyaallah, blog Budiey akan dikembangkan lagi dengan menerbitkan video-video temuramah bersama artis dan selebriti secara teratur dan lebih menarik.

Jadi, untuk anda yang di luar sana, jika anda ada kisah, rahsia, tips, dan apa sahaja cara untuk menjadikan kita sebagai usahawan berjaya, jom kongsikan segalanya untuk dijadikan contoh kepada rakyat Malaysia.

Jom ikut Budiey, sama-sama sertai Program GIGIH dengan hanya melayari: www.gigih.my. Isi borang dan kongsikan! Insyaallah kita semua berjaya.

Kat bawah ni, ada beberapa gambar sekitar Pelancaran Program G1GIH yang telah berlangsung di Kuala Terengganu:

Komen via Facebook

Komen

Betul Ke Industri Hiburan Negara Hancur Jika PAS Memerintah?

Posted: 29 Apr 2013 01:06 PM PDT

Perbualan hangat masa kini ialah tentang kenyataan Norman Abdul Halim yang tetap mempertahankan kenyataannya menerusi Twitter dengan mendakwa industri hiburan negara ini akan hancur jika Pakatan Rakyat (PR) termasuklah PAS memerintah selepas Pilihan raya Umum ke 13 (PRU-13) nanti. Satu kenyataan yang mendapat respon yang sangat banyak. Terlalu ramai yang tidak menyokong, melenting dan marah dengan kenyataan ini.

Dalam Mstar Online hari ini, Budiey ada membaca beberapa komentar daripada penerbit filem lain tentang isu ini.

Norman berkata, tujuan dia menulis perkara itu adalah untuk membolehkan masyarakat membuka mata untuk melihat kelemahan PR dengan memberikan pendapat dalam Twitter berkenaan.

"Dengan kenyataan yang diberi, saya menerima banyak kritikan tetapi apa yang saya cakapkan sebenarnya adalah fakta, bukannya suka-suka atau mahu menakut-nakutkan orang. Jangan lihat industri seni ini pada satu sudut tertentu, lihat pada keseluruhannya. Perlu diingat industri kreatif berkembang dan ia sekali gus meningkatkan ekonomi negara. Apabila saya kata industri hancur jika PAS memegang negara adalah kerana tumpuan parti itu lebih untuk menjadi kerajaan khusus untuk Islam dan Melayu.

Twitter yang ditulis Norman pada Ahad lalu mengundang kritikan banyak pihak.

norman twitt

"Dengan dasar PAS yang sebelum ini sering menolak industri kreatif menerusi pengharaman pawagam di Kelantan dan Terengganu, ia sedikit sebanyak menghilangkan sebahagian sumbangan kepada ekonomi kita."

Dalam Twitter miliknya Ahad lalu Norman antara lain turut berkata pengeluaran filem dan muzik antarabangsa juga akan turut terjejas.

Komen Norman itu mendapat kritikan banyak pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut termasuklah penerbit filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang menyifatkan pandangan berkenaan sebagai cetek.

Norman yang juga Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) berkata, kelemahan PAS dapat dilihat berpandukan kepada isu-isu sebelum ini apabila pelbagai konsert telah diharamkan dan ia sekali gus menyekat perkembangan industri seni negara.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan komen yang diberikan di Twitter bukan kerana mahu mengkritik mana-mana individu tertentu, sebaliknya dasar kepimpinan parti PAS.

"Orang yang tidak rasional sahaja yang tidak boleh menerima kenyataan saya itu. Lagipun saya cakap pun secara hormat dengan meminta maaf terlebih dahulu sebelum berkata-kata. Jangan salah ertikan maksud saya. Saya seorang beragama Islam tetapi bukan agama PAS."

Ahmad Idham pula menulis menerusi Twitter miliknya.

idham twitt

Pemikiran sempit

Mengulas kenyataan tersebut Ahmad Idham berkata selebriti-selebriti yang menganggap industri seni akan hancur dengan perubahan kerajaan adalah mereka yang memiliki pemikiran sempit kerana cuba mengaitkannya dengan hiburan.

"Saya tidak berpihak kepada sesiapa tetapi ingin menegaskan kepada para artis supaya tidak mengaitkan apa-apa perkara melibatkan politik dengan industri seni. Apabila ada yang menganggap industri seni akan hancur sebaik sahaja pemerintahan kerajaan bertukar tangan, ia adalah satu perkara yang mengarut. Bagi saya, industri seni kita mempunyai pendirian sendiri dan ia mampu berdikari walaupun sesiapa sahaja memimpin negara. Saya tak mahu ada pihak menganggap orang seni terlalu bergantung harap kepada kerajaan yang memerintah. Yang menjadi penentu filem saya laku atau tidak bukan menerusi kontrak kerajaan, tetapi para penonton yang menontonnya."

Tambah Idham lagi, dia yakin dengan memiliki produk filem atau muzik yang bagus, industri seni tempatan tidak akan tergugat sama ada kerajaan bertukar tangan mahupun tidak.

Dalam pada itu, Idham turut menasihatkan kepada para artis yang terlalu lantang bersuara berhubung hal-hal politik supaya mengkaji dahulu asal usul parti serta sejarah negara.

Katanya, jika komen yang diberi tanpa dibuat kajian, ia dikhuatiri mungkin boleh memberikan persepsi buruk kepada masyarakat yang akan menganggap artis tempatan mempunyai tahap pengetahuan yang cetek.

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories