Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Album Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas Kini Di Pasaran Posted: 15 May 2013 07:36 AM PDT Setahun telah berlalu semenjak pasangan artis terulung Malaysia, Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah bergabung tenaga menjayakan konsert amal anjuran Kelab Sukan & Rekreasi Petronas (KSRP) di Dewan Filharmonik Petronas. Walaupun mereka telah berjasama untuk membuat persembahan sebelum ini, konsert amal ini menjadi lebih istimewa kerana, buat ulung kalinya, kemantapan vokal Anuar dan Dayang telah dirakam, dan lahirlah album live yang dinanti-nantikan selama ini. Album Anuar dan Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas, diiringi oleh pemuzik-pemuzik hebat, di bawah pimpinan pengarah muzik, Jenny Chin, bersama penampilan khas oleh Mac Chew (Keyboards), Aji ( Guitars), Kelly ( Bass), Steve Thornton (Percussions), John Thomas (Drums) , and Eja & Widy (Penyanyi latar); telah menyemarakkan lagi kolaborasi seni kedua-dua artis dinamik ini. Dayang sempat berkongsi bagaimana dia begitu gembira untuk berganding dengan Anuar dalam projek istimewa ini.
Gabungan vokal Anuar dan Dayang begitu serasi dan mempersona, jadi tidak hairanlah persembahan mereka dalam album live ini akan terus memukau peminat muzik tanahair. Mereka juga berharap agar melalui album ini, peminat-peminat yang tidak dapat hadir ke konsert itu dapat merasai dan mendalami presembahan pada malam tersebut. Album Anuar dan Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas memuatkan sejumlah 14 lagu yang telah dipilih dengan teliti. 4 daripadanya adalah duet istimewa Anuar dan Dayang. Kedua-dua artis ini turut memberitahu info terkini dalam karier masing-masing, semasa sidang akhbar yang diadakan di restoran Serai di Life Centre, Kuala Lumpur. Anuar berkongsi tentang video clip "Sempurnakan Aku", sambungan dari video klip "Ajari Aku" yang dinanti-nantikan semua, boleh didapati eksklusif melalui iTunes bermula akhir bulan Mei ini, bersama dengan rakaman belakang tabir pembikinan video itu. Bagi Dayang pula, dia baru sahaja merakamkan lagu 'Bisikan Rindu' untuk soundtrack drama bersiri terbaru Astro di Mustika HD, Dahlia. Beliau juga sibuk membuat persiapan untuk sebuah persembahan khas yang akan diadakan di The Venue, Pavillion, Kuala Lumpur pada 23 Jun 2013, jam 8.30 malam. Komen via Facebook |
| Gambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala Lumpur Posted: 15 May 2013 07:26 AM PDT Kedua-dua penyanyi ini, Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah dah boleh dianggap sebagai ikon dalam dunia seni hiburan. Sesiapa pun tak boleh nafikan. Dah sampai tahap otai dah pun. Eksklusiviti mereka masih berada di tahap tersendiri. Namun, apabila kedua-dua pemilik suara emas ini bergabung dalam satu album, sudah tentu menjanjikan sesuatu yang superb. Begitulah gambaran yang Budiey boleh rungkaikan bila memegang album Anuar dan Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas yang kini dah pun berada di pasaran. Eh, harganya sangat berbaloi. Rm36 sahaja! Ada 14 lagu yang semuanya mantap-mantap belaka. Budiey suka! Bertemu Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah di Serai, KL Centre petang tadi membuktikan kemesraan dua sahabat ini begitu serasi. Apatah lagi lagu-lagu yang dinyanyikan semasa konsert di dewan berprestij itu memang sedap-sedap dan menjadi kegemaran ramai. Setahun telah berlalu semenjak pasangan artis terulung Malaysia, Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah bergabung tenaga menjayakan konsert amal anjuran Kelab Sukan & Rekreasi Petronas (KSRP) di Dewan Filharmonik Petronas. Walaupun mereka telah berjasama untuk membuat persembahan sebelum ini, konsert amal ini menjadi lebih istimewa kerana, buat ulung kalinya, kemantapan vokal Anuar dan Dayang telah dirakam, dan lahirlah album live yang dinanti-nantikan selama ini. Album Anuar dan Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas, diiringi oleh pemuzik-pemuzik hebat, di bawah pimpinan pengarah muzik, Jenny Chin, bersama penampilan khas oleh Mac Chew (Keyboards), Aji ( Guitars), Kelly ( Bass), Steve Thornton (Percussions), John Thomas (Drums) , dan Eja & Widy (Penyanyi latar); telah menyemarakkan lagi kolaborasi seni kedua-dua artis dinamik ini. Gambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala Lumpur Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







0 ulasan:
Catat Ulasan