RSS

Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


“Demi Allah, Saya Tidak Pernah Usir Afiq” – Ibu Afiq Muiz

Posted: 15 May 2013 07:33 AM PDT

GAMBAR IBU AFIQ MUIZ
Hasliza Mohd, ibu Afiq Muiz

Nampaknya isu Afiq Muiz yang dikatakan sebagai 'anak derhaka' menjadi semakin rumit apabila ibu Afiq, Hasliza Mohd menerusi Harian Metro hari ini menafikan dakwaan yang dibuat oleh Afiq kepada media semalam bahawa dia menghalau anaknya itu dari rumah mereka. Malah, ibunya bersumpah dengan nama Allah bahawa perkara yang dikatakan oleh anaknya itu sama sekali tidak pernah terjadi.

"Demi Allah, saya tidak pernah usir Afiq keluar, tetapi dia memilih keluar rumah selepas menyatakan tidak selesa berada di rumah kami yang kecil. Saya tidak pernah meminta wang daripada Afiq dan hanya Allah tahu bagaimana susah payah saya membesarkan dia dan anak-anak lain. Selepas keluar rumah, saya mengirimkan mesej meminta Afiq pulang, tetapi dia enggan. Hanya beberapa kali dia menghubungi saya,"

Sebelum ini dalam laporan sebuah akhbar elektronik, ibu Afiq pernah mempersoalkan mengenai wang RM30,000 yang lesap daripada akaun anaknya hanya dalam tempoh sebulan dan mendakwa gadis yang kini rapat dengan anaknya, Eina Azman mempunyai kaitan dengan perkara itu.

AFIQ MUIZ

Menjelaskan perkara itu, Hasliza berkata, "saya tidak tuduh wanita itu mengikis wang Afiq, tetapi saya persoalkan ke mana wang simpanan RM30,000 milik Afiq kerana sebelum ini dia beritahu mahu simpan wang untuk beli rumah, kereta dan kegunaan masa depannya".

Sebagai seorang ibu, Hasliza tidak pernah mengatakan anaknya itu sebagai anak derhaka, cuma dirinya berdoa agar anak bujangnya itu kembali menjadi Afiq yang dulu, yang mana merupakan seorang yang lemah-lembut, sayangkan keluarga dan memikirkan semula matlamat asal dirinya bergelar pelakon.

TERDAHULU: "Ibu Yang Halau Saya Dari Rumah" – Afiq Muiz

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories