Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Ezlynn Tidak Tertekan Ditanya Soal Anak
- Wala (RL7) Belum Terfikir Tinggalkan Kerjaya Sebagai Polis
- Teruja menanti Februari 2014
- Artis pertama asia rakamkan biografi
- Tragedi konvoi berdarah
- Kerajaan kaji haramkan shisha
- Rambutan anak sekolah tembusi Amerika Syarikat
- Robot bercakap akan dihantar ke ISS
- Wanita pulang beg berisi berlian
- Kepuasan bayaran kepada kerja sukarela
- Kem senaman ala tentera
- Buku seorang guru
- Kedai dobi asingkan baju pelanggan Islam
- Nelydia, Qi Razali hadiri kursus kahwin
- Siti rancang ambil anak angkat
- Yana Samsudin disunting anak VVIP?
- Alyah terima Ramli walaupun garang
- Gelombang kedua Maya Karin
- Cinta Elfira, Baim sekadar gurauan
- Aksi lucu Jet Li
- Jual kek atas lori
- Rosnani bekerja dari rumah demi anak
| Ezlynn Tidak Tertekan Ditanya Soal Anak Posted: 30 Jun 2013 10:11 PM PDT Adam dan Ezlynn.Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 31, sebaliknya berkata, mereka masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata namun rezeki masih belum menyebelahi mereka. "Saya dan suami tidak pernah merancang tetapi masih belum rezeki kami untuk mendapatkan cahaya mata. Bagaimanapun kami tidak tertekan dengan situasi ini kerana yakin akan tiba masa untuk kami nanti," jelasnya kepada mStar Online ketika ditemui baru-baru ini. Ezlynn dan Adam, 35, sah bergelar suami isteri pada 20 November 2011 dalam satu upacara yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre, di sini. Dalam perkembangan sama, Ezlynn berkata, keluarga kedua-dua belah pihak juga tidak pernah membangkitkan soal berkenaan kepada mereka namun mengharap rumah tangga yang dibina itu akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata. Bagaimanapun kata Ezlynn, dia tahu keluarga sebelah suaminya mengharapkan kehadiran cucu kerana Adam adalah anak pertama dalam keluarganya. "Sebelah keluarga suami masih belum ada yang berkahwin dan sudah tentu harapan itu agak tinggi diletakkan kepada kami namun keluarga mertua juga memahami dan tidak pernah membangkitkan soal tersebut," jelasnya. Sementara itu, Ezlynn berkata, dia semakin memahami Adam yang juga pengurusnya dan semakin bijak membezakan soal kerjaya dan peribadi. "Sebenarnya tidak banyak perbezaan tetapi kami semakin saling memahami di antara satu sama lain dan kami bahagia bersama," katanya. Dalam perkembangan lain, Ezlynn berkata, dia bakal merakamkan sebuah lagu ciptaan penyanyi Dina Nazir bersempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri sebelum memasuki studio untuk album penuh terbaharunya. Jelas Ezlynn, dia tidak mahu terburu-buru untuk menyiapkan album tersebut kerana ingin menkaji terlebih dahulu citarasa pendengar supaya ia dapat diterima dengan meluas. "Saya mahu buat sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kepada pendengar dan peminat sebab itu tidak mahu terburu-buru merakamkan album itu nanti," katanya. | ||||||
| Wala (RL7) Belum Terfikir Tinggalkan Kerjaya Sebagai Polis Posted: 30 Jun 2013 10:11 PM PDT Wan Mustafa dan Walawd masih belum berfikir sama ada ingin meninggalkan kerjaya mereka sebagai polis demi meneruskan minat dalam bidang seni. Dianggotai oleh Walawd Parman dan Wan Mustafa Muntek, mereka berkata, perkara itu masih terlalu awal untuk diperkatakan kerana perlu berfikir semasak-masaknya sebelum mengambil sebarang keputusan. "Ini adalah tentang masa depan kami dan ia tidak boleh dibuat secara mendadak dan perlu berfikir semasak-masaknya terlebih dahulu. "Bagaimanapun kami pada masa sama mahu mengembangkan kerjaya dalam bidang lawak di Kuala Lumpur," kata Wan Mustafa kepada mStar Online. Kumpulan yang berasal dari Sabah itu diumumkan sebagai juara program Raja Lawak musim ketujuh pada pertandingan akhir yang diadakan malam Jumaat lalu di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan undian sebanyak 50 peratus. Kemenangan itu telah melayakkan mereka untuk membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro. Wala tidak menyangka bergelar juara Raja Lawak musim ketujuh. Dalam pada itu, Wan Mustafa berkata, mereka tidak menyangka akan sampai ke tahap juara dan menganggap usaha keras mereka sebelum ini telah membuahkan hasil. Jelasnya lagi, walaupun telah mempunyai pekerjaan tetap sebagai polis mereka tidak mahu mensia-siakan bakat yang dimiliki dan berharap ia dapat dikongsi bersama peminat. "Ini bukan kali pertama kami cuba untuk menyertai Raja Lawak dan ternyata cubaan berkali-kali itu berbaloi dan berharap dapat berkongsi bakat yang ada pada kami dengan peminat sekaligus merancakkan lagi industri lawak di negara ini," katanya. Ditanya mengenai wang kemenangan mereka, Walawd memberitahu buat masa ini dia tidak mempunyai sebarang perancangan khusus tetapi merancang untuk melangsaikan hutang dan mengadakan kenduri kesyukuran atas kemenangan mereka berdua. Sementara Wan Mustafa pula memberitahu akan menderma sebahagian wang berkenaan kepada sebuah rumah anak yatim di Tuaran yang telah diniatkan sejak awal selain berhasrat untuk menggunakan wang berkenaan bagi menghantar kedua ibu bapanya mengerjakan haji. Dalam perkembangan lain, Wala akan bertanding pada program Raja Lawak Mega 2013 yang akan diadakan pada penghujung tahun ini. | ||||||
| Posted: 30 Jun 2013 10:01 PM PDT
HATI siapa tidak terguris seandainya hari bahagia yang direncanakan selama ini dicemarkan dengan kata-kata nista daripada pihak yang mungkin iri hati dengan kebahagiaan yang dimiliki. Situasi itu terjadi kepada pemilik nama Samihah Omar atau lebih terkenal dengan panggilan Misha Omar, 31, yang mengakui terluka dengan dakwaan dia menangguhkan perkahwinan gara-gara ingin menyelesaikan proses penceraian dengan seorang usahawan dari negeri Kelantan. Pernah suatu ketika pada sekitar tahun 2011, timbul desas-desus mengatakan Misha telah berkahwin dengan seorang usahawan yang digelar Datuk K dan menjadi isteri ketiga kepada lelaki itu. Bagaimanapun, Misha hanya menafikan spekulasi itu menerusi laman sosial Twitternya, @iammishaomar. Akhirnya, kesempatan bertemu dengan pelantun lagu Bunga Bunga Cinta itu baru-baru ini, Misha membuka mulut. "Saya tidak pernah berkahwin dengan mana-mana lelaki. Jika benar saya pernah berkahwin, tunjukkan buktinya atau boleh merujuk nama saya di mana-mana pejabat agama. "Saya sangat kecewa kerana betapa saya menjaga nama baik saya selama ini, ia dicalarkan dengan tuduhan berkenaan. "Saya tahu siapa yang bercakap tentang hal ini dan dia sering mencari kesilapan dan perkara negatif tentang saya. Saya harap lelaki itu tampil jika benar saya pernah berkahwin. "Selama ini saya banyak berdiam diri dan ini adalah masa yang sesuai untuk membidas kenyataan itu. Dayus bagi lelaki yang menceraikan Misha Omar!" tegasnya yang ditemui pada majlis pelantikan Misha Omar sebagai duta Colourland Paints Sdn. Bhd. di The Bee, Publika, Kuala Lumpur baru-baru ini. Umum nikah Kesempatan sama diambil Misha untuk membuat pengumuman penting yang selama ini dinanti-nantikan oleh peminatnya.
Misha memberitahu yang dia bakal menamatkan zaman solo bersama tunangnya, Fiross Ezzwan Rossly, 31, pada bulan Februari tahun depan. "Alhamdulillah, setelah ditangguhkan sebanyak dua kali, saya dan tunang telah membuat keputusan untuk melangsungkan perkahwinan pada bulan Februari tahun depan. "Kedua-dua belah pihak akan berbincang bagi menetapkan tarikh rasmi majlis pernikahan kami selepas perjumpaan pada hari raya Aidilfitri ini," maklum Misha. Misha dan Fiross telah mengikat tali pertunangan pada bulan Februari tahun lalu dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada bulan September tahun sama tetapi terpaksa ditangguhkan ekoran tunangnya yang merupakan juruterbang Malaysia Airlines (MAS) terpaksa mengikuti latihan bagi mendapatkan lesen memandu pesawat jenis Airbus. Pasangan itu kemudian merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada Februari tahun ini, namun terpaksa ditangguhkan sekali lagi gara-gara jadual kerjaya seni Misha yang terlalu padat sehingga Oktober depan. Februari Relevan bulan Februari diputuskan Misha tiada kena mengena dengan sambutan Hari Valentine atau Hari Kekasih, sebaliknya kata Misha bulan itu dipilih memandangkan genap dua tahun usia pertunangannya. "Februari bagi saya bulan yang manis dan sempena genap dua tahun saya dan Fiross bertunang. Saya tidak terfikir pun mengenai sambutan Hari Valentine. "Tambahan pula, jadual kerjaya saya pada suku pertama tahun depan agak lapang jadi kalau hendak dilangsungkan perkahwinan, rasanya itu tarikh terbaik.
"Kami tidak mahu berkahwin dalam suasana yang kelam-kabut dan masing-masing tertekan dengan kerja. Lantaran faktor itu juga, dua tahun majlis perkahwinan kami tertangguh," tambah finalis program Hiburan Minggu Ini tahun 2001 itu. Misha menyifatkan majlis perkahwinannya bakal menjadi sebuah majlis yang sederhana mengikut gayanya dan terlalu awal untuk dia memikirkan soal tajaan menjelang hari bahagianya. Paling penting kata Misha adalah majlis akad nikah akan dilangsungkan di Kota Bharu, Kelantan memandangkan kebanyakan saudara-maranya berada di sana. "Konsep penajaan adalah situasi menang-menang dan sejujurnya sampai hari ini saya masih belum mempertimbangkan mana-mana penajaan lagi. "Pihak pengurusan saya ada dihubungi beberapa pihak untuk penajaan tapi saya harus mempertimbangkan perkara itu. Kalau boleh saya inginkan majlis yang paling ringkas," jelas Misha. Jarak masa yang terlalu panjang selepas bertunang hingga majlis pernikahan kata Misha telah banyak mengubah corak kehidupannya. "Saya melihat hidup saya telah banyak berubah selepas bertunang. Saya kini lebih produktif dan jadual kerjaya saya juga padat. "Saya boleh terus bergiat aktif dalam bidang nyanyian, selain itu dapat beraksi di pentas teater, berlakon drama dan terbaharu dilantik menjadi duta. "Tanggapan negatif sebenarnya mencurahkan lebih banyak rezeki. Alhamdulillah, saya selesa di zon saya sendiri," simpul Misha kemas. | ||||||
| Artis pertama asia rakamkan biografi Posted: 30 Jun 2013 10:00 PM PDT
MENJADI artis pertama Asia yang menembusi rancangan antarabangsa iaitu E! Entertainment merupakan suatu perkembangan karier yang baik bagi pelakon, pengacara dan penyanyi Aaron Aziz. Perkembangan itu sekali gus akan membuatkan nama Aaron semakin dikenali ramai, terutamanya ke peringkat yang lebih tinggi berikutan E! Entertainment merupakan salah satu rancangan paling hit masa kini. Tidak melepaskan peluang keemasan itu, buat julung-julung kalinya Aaron yang merupakan artis berasal dari Singapura akan muncul di saluran Astro, 712 dalam program berjudul E! Special: Aaron Aziz. Program berkenaan akan memaparkan kehidupan sebenar Aaron di sebalik kejayaannya sebagai artis ternama, sama seperti rancangan E! True Hollywood Story. Menurut Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 37, di dalam naskhah berbentuk biografi itu nanti, peminat akan dapat melihat bagaimana dia menjalani hidup sebagai orang biasa.
"Dalam cerita berdurasi satu jam itu, ada antara kisah hidup saya yang belum pernah dipaparkan kepada umum. Antara salah satu yang boleh saya sebutkan ialah saya ini pernah berkawan dengan kumpulan gengster di Singapura. "Namun, itu semua pada zaman saya remaja. Waktu itu saya sedang membesar dan ingin mencuba semua benda yang saya rasakan seronok. "Saya memang suka bergaul dengan semua orang. Walaupun begitu, tidak semestinya jika saya bergaul dengan gengster, saya pun akan turut sama jadi seperti mereka," jelasnya ketika mengadakan sesi temu bual eksklusif di Restoran Bait, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini. Tambah Aaron, sebenarnya dia belum melihat lagi secara keseluruhan hasil daripada rakaman kehidupannya itu. Apa yang diketahuinya, kru produksi ada menemu bual isteri serta beberapa kenalan rapatnya seperti Lisa Surihani, Datuk Yusof Haslam dan peminatnya, Aaronators untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kehidupan peribadinya.
Ditanya tidakkah nanti dia takut ada di antara babak dalam rancangan yang bakal bersiaran pada 7 Julai itu akan memaparkan sisi negatifnya, dengan yakin Aaron menjelaskan tidak ada apa yang perlu ditakutkan kerana dia tidak pernah melaku- kan sesuatu yang salah. "Bayangkan, sehingga pihak produksi sendiri bertanya kepada saya dan isteri, tidakkah saya ada apa-apa kontroversi yang boleh dipaparkan di dalam rancangan itu nanti. "Mungkin sebab itulah mereka memilih saya kerana saya adalah seorang yang sangat santai dan mudah untuk diajak berbual. Saya sering menganggap diri saya sebagai orang biasa," jelasnya. Aaron juga menyifatkan penyiaran program biografi khas untuknya itu sebagai suatu penghormatan dan penghargaan buat dirinya kerana sebelum ini dia tidak pernah menganggap dirinya berjaya tetapi mungkin sudah tertulis rezeki ini miliknya. Sementara itu, dalam perkembangan lain, Aaron kini sedang sibuk berada di set penggambaraan Tentang Hati untuk siaran TV1 bersama aktres Fasha Sandha. Selain itu, dia bakal memasuki set pengambaran Adam dan Hawa The Movie pada 1 September depan. Jelasnya, semua pelakon, kru dan pihak produksi tetap kekal sama. | ||||||
| Posted: 30 Jun 2013 09:58 PM PDT ![]() KEMALANGAN melibatkan empat buah motosikal berkuasa tinggi dan sebuah lori tangki yang mengorbankan nyawa dua penunggang di Kota Tinggi semalam. KOTA TINGGI – Rombongan konvoi yang disertai 13 buah motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan ke Terengganu dicemari insiden berdarah apabila dua penunggangnya maut selepas terlibat dalam kemalangan semalam. Kejadian yang mengorbankan Abdul Rashid Mansor, 48, dan Mohamad Hisham Salleh, 36, itu berlaku pada pukul 12 tengah hari di Kilometer 38, Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran simpang masuk ke taman perumahan Daiman Jaya di sini. Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah lori tangki dari arah Mersing dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melintang di tengah jalan raya. Keadaan itu menyebabkan empat daripada 13 buah motosikal berkuasa tinggi dari arah Johor Bahru gagal dikawal lalu merempuh lori tangki tersebut. Ekoran rempuhan itu, sebuah motosikal terbakar manakala sebuah lagi terputus dua. Kedua-dua penunggang mati di tempat kejadian akibat cedera parah. | ||||||
| Posted: 30 Jun 2013 09:56 PM PDT ![]() SEORANG pelancong dari Turki menghisap shisha di sebuah restoran di Bukit Bintang, Kuala Lumpur kelmarin. GEORGE TOWN – Kementerian Kesihatan sedang mengkaji bentuk perundangan paling sesuai untuk menguatkuasakan pengharaman shisha di negara ini sebagai langkah mengatasi masalah kesihatan dalam kalangan pengguna terutama golongan belia. Selain shisha, kerajaan juga sedang dalam cadangan untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik (e-rokok) yang penggunaannya kini popular untuk menggantikan rokok. Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, ketika ini pihaknya sedang mengenal pasti kesan menghisap shisha dalam kalangan penghisapnya dan ia meliputi beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum sebarang keputusan diputuskan. Menurut beliau, kerajaan juga turut merangka beberapa tindakan mengikut Akta Farmasi dan Kawalan Barangan terhadap penjualan, pengimportan dan bahan nikotina serta peralatan menghisap. "Isu yang berbangkit ialah bahan yang dihisap, contohnya di Pakistan dan Afghanistan, ia menjadi tradisi rakyat di negara itu dengan memasukkan perisa asli iaitu herba sebagai perisa ketika menghisap shisha. "Sebaliknya ada penghisap shisha di negara ini memasukkan nikotina pelbagai perisa termasuk ada yang mencampurkan dadah ke dalamnya. Itulah punca masalah bermula," katanya kepada pemberita di sini semalam. Beliau ditemui selepas melancarkan Karnival Kesihatan Sekolah Menengah Penang Free yang turut dihadiri Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin. | ||||||
| Rambutan anak sekolah tembusi Amerika Syarikat Posted: 30 Jun 2013 09:55 PM PDT ![]() AHMAD (kiri) ketika melawat dusun rambutan di PPK Kampung Kubang Badak, Langkawi semalam. LANGKAWI – Rambutan anak sekolah atau R191 yang popular di negara ini bakal dieksport ke pasaran Amerika Syarikat dalam masa terdekat. Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Ahmad Ishak berkata, usaha untuk mengeksport rambutan tersebut akan dilakukan selepas buah-buahan itu melepasi proses iriditasi bagi membasmi serangga. "Kita sudah mengenal pasti pihak yang akan melakukan proses itu dan selepas proses tersebut dilakukan, rambutan yang mendapat sambutan tinggi ini akan dieksport terus ke negara berkenaan. "Sehingga kini kita telah mengeksport rambutan anak sekolah ke Emiriyah Arab Bersatu, Hong Kong, China dan Singapura," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani kerjasama antara FAMA dengan peserta kelompok rambutan anak sekolah di Pusat Pengumpulan Ladang (PPL), Kampung Kubang Badak di sini semalam. | ||||||
| Robot bercakap akan dihantar ke ISS Posted: 30 Jun 2013 09:53 PM PDT ![]() DUA robot Kirobo masing-masing dipegang oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Robo Garage Co.,Tomotaka Takahashi (kiri), dan Pengurus Projek Toyota Motor Corp., Fuminori Kataoka semasa pelancarannya di Tokyo kelmarin. TOKYO - Jepun dijangka menghantar sebuah robot angkasawan yang boleh bercakap ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) untuk melakukan perbualan pertama melibatkan manusia dan robot di angkasa lepas. Robot tersebut, Kirobo dijadual berlepas ke ISS dari Pusat Angkasa Tanegashima, dalam Wilayah Kagoshima, barat daya Jepun. Robot kecil itu akan berlepas dengan menaiki kapal angkasa kargo, Kounotori 4 ke ISS pada 4 Ogos depan. Kirobo merupakan gabungan antara dua perkataan Jepun yang bermaksud robot harapan. Robot setinggi 34 sentimeter dengan berat sekitar satu kilogram itu jauh lebih kecil berbanding kebanyakan robot yang pernah dihantar ke angkasa lepas. Kirobo dibangunkan dengan kerjasama antara Universiti Tokyo, Toyota dan Dentsu Inc. | ||||||
| Wanita pulang beg berisi berlian Posted: 30 Jun 2013 09:52 PM PDT ![]() IMEJ menunjukkan rupa bentuk berlian yang dijumpai di Hong Kong kelmarin. HONG KONG - Seorang wanita China yang menemui sebuah beg berisi berlian bernilai jutaan dolar telah memulangkan semula barangan berharga itu kepada pemiliknya di sini kelmarin. Wanita berkenaan, Fu Zhuli menemui beg mengandungi berlian bernilai HK$250 juta (RM101.8 juta) di sebuah kafeteria semasa melawat pameran barang kemas di pulau ini. Pelancong dari Shenzen, China itu menjaga beg tersebut sehingga pemilik permata itu kembali untuk mendapatkan semula hak miliknya. "Saya masuk ke sebuah kafeteria untuk berehat sambil menikmati ais krim. Saya melihat dua orang warga asing sedang berbual dan kemudian beredar dari kafeteria itu dengan tangan kosong," kata Zhuli. "Selepas meja mereka dibersihkan, saya melihat sebuah beg hitam berada di lantai," tambahnya. Katanya lagi, dia membuka beg tersebut dan melihat ia berisi ketulan berlian sebesar kacang soya. Setiap butir berlian itu dianggarkan berharga antara AS$65,052 (RM205,499) hingga AS$130,104 (RM410,998). Pemilik beg itu yang merupakan seorang lelaki warga Israel bergegas mendapatkan semula begnya yang dijaga oleh Zhuli. Pemiliknya kemudian dipercayai memberi saguhati kepada Zhuli atas kejujurannya. | ||||||
| Kepuasan bayaran kepada kerja sukarela Posted: 30 Jun 2013 09:49 PM PDT
IBU kepada dua orang anak lelaki, Nurhasliza Hussin, 36, percaya jika tidak diberikan pendedahan yang betul, kedua-dua anak lelakinya mungkin mudah terpengaruh dengan gejala negatif di luar. Justeru, ibu muda itu mengambil keputusan melibatkan diri dalam sebuah persatuan yang membabitkan belia-belia dengan kerja sukarelawan. Dikenali Pertubuhan Gerakan Belia 4B Malaysia (PGB4BM) cawangan Bukit Sentosa 3, Zon Timur, Rawang, Selangor persatuan itu merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1965. Ia bertujuan menyatu, menyusun dan menggembleng tenaga belia untuk mengambil peranan positif dalam pembangunan negara. Nurhasliza memberitahu, dia hanya bermula dengan mengumpul anak-anaknya serta jiran tetangga untuk melakukan kerja sukarela di sekitar surau seperti membuat kerja membersih, kerja-kerja menjelang bulan Ramadan dan untuk keperluan komuniti sekitar kawasan sahaja. Namun, selepas mendapat tahu mengenai PGB4BM yang bernaung di bawah Rakan Muda sekarang, Nurhasliza percaya penglibatan dirinya sendiri mungkin membantu secara lebih efisien dalam pembangunan kendiri anak-anaknya serta remaja lain. Bersih kandang haiwan Berikutan itu, Nurhasliza terlibat secara aktif, termasuk bersama anak sendiri, rakan-rakan anaknya serta belia di komuniti tersebut. Kini persatuan cawangan itu mempunyai lebih daripada 80 orang sukarelawan berkhidmat secara serius. "Saya percaya, kita memerlukan satu saluran yang betul untuk memimpin anak-anak remaja ke jalan yang sebenar. Oleh yang demikian, saya memilih PGB4BM dan kerja-kerja sukarelawan bagi mendedahkan mereka kepada persekitaran yang sihat," kata Nurhasliza ketika ditemui di program Be A Volunteer yang dikendalikan oleh pihak Zoo Negara, Kuala Lumpur. Nurhasliza membawa 80 orang belia daripada persatuannya yang terdiri daripada belia remaja pelbagai latar usia dan pendidikan. Mereka berada di sana selama setengah hari untuk membantu pihak zoo dalam membuat kerja-kerja seperti membersih, mengemas dan mencuci kandang haiwan selain menyediakan bekas makanan, menyapu sampah dan mengecat tembok. "Saya tidak sekalipun merasakan penglibatan dalam kerja sukarela sebagai satu beban. Ia termasuk sebagai satu gangguan pembelajaran. Ini kerana melatih diri membuat kerja tanpa balasan pasti akan membantu kita menjana lebih banyak ilmu secara semula jadi," kata Muhammad Afiq Asman, 17. Jelas dengan keputusan menjadi sukarelawan atau lebih tepat membuat kerja tanpa bayaran mahupun apa jua jenis pulangan, Afiq, anak kepada Nurhasliza memberitahu dia terlibat sebagai sukarelawan sejak berusia 13 tahun lagi. ![]() BELIA dari PGB4BM bersemangat membersihkan kawasan sekitar Zoo Negara. Walaupun bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi, dia berkata, ia bukan alasan untuk tidak terlibat dalam urusan sukarelawan kerana yang penting bijak menguruskan masa. Seorang lagi pelajar yang ditemui, Intan Syafinaz Salihuddin, 20, juga dari PGB4BM kawasan Bukit Sentosa 3 berkongsi pendapat yang sama dengan Afiq. Katanya, kerja-kerja sukarelawan tidak sedikit pun mengganggu pembelajarannya. Pelajar Diploma jurusan Akauntansi di Universiti Selangor (Unisel), Syafinaz mengakui keputusannya untuk menjadi sukarelawan didorong dengan niat untuk mempelajari sesuatu yang baharu sebagai pengalaman hidup. "Misalnya seperti hari ini, saya belajar bagaimana untuk membersihkan kolam singa laut dan keperluan singa laut. Jika saya mahu tahu lebih mengenai hidupan ini, saya akan mencari maklumat tambahan di internet. Pengalaman seperti ini memimpin saya untuk berusaha mengenali sesuatu secara lebih mendalam," katanya. Mula melibatkan diri sejak berusia 16 tahun lagi, Syafinaz memberitahu, antara kerja sukarela yang tidak dapat dilupakannya sehingga hari ini apabila dia terpaksa mengendalikan beberapa pelajar bermasalah dalam satu kursus. "Mereka adalah pelajar yang berhadapan dengan masalah disiplin. Semasa saya menegur mereka, pelbagai reaksi yang ditunjukkan. Tetapi saya belajar bersabar, memahami situasi mereka dan tidak merungut," katanya. Semua kemahiran itu, menurut Syafinaz, dipelajari daripada sukarelawan lain yang turut membantu dan menyokong Syafinaz. Dia menyertai PGB4BM selepas menerima ajakan daripada seorang pak ciknya yang mengendalikan persatuan tersebut. Program Be A Volunteer yang dianjurkan oleh Zoo Negara adalah sebuah program yang bermula sejak lebih 15 tahun dahulu. Tujuan program itu dijalankan adalah untuk mendedahkan para sukarelawan yang terdiri daripada badan korporat, persatuan, sekolah serta individu terhadap kerja-kerja di zoo. 10,000 sukarelawan Salah seorang pegawai Perhubungan Awam dan Pemasaran, Norafizah Mohsin, 27, memberitahu, setakat tahun 2012, program Be A Volunteer di Zoo Negara telahpun merekodkan penglibatan lebih 10,000 orang sukarelawan. ![]() MALAYSIA antara negara yang aktif dengan kerja-kerja sukarelawan di peringkat antarabangsa terutamanya di negara-negara yang dilanda bencana. - Gambar hiasan Mengikut statistik tahun 2013 sehingga bulan Jun, kira-kira 3,000 orang telah mendaftar sebagai sukarelawan. "Sesiapa sahaja yang berusia 16 tahun ke atas boleh menyertai program ini. Kami menawarkan dua sesi iaitu sesi separuh hari dari pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari atau sepenuh hari hingga pukul 4.30 petang," kata pegawai tersebut. Pihak Zoo Negara membuka 80 tempat untuk sukarelawan setiap hari dan mereka yang mahu bertugas, perlu berada di lokasi pada pukul 7.45 pagi untuk mendapatkan tugasan. Kerja sukarelawan tentunya tiada bayaran atau elaun. Segala-galanya ditampung sendiri, kecuali sekeping sijil penghargaan, itu pun selepas menghabiskan 40 jam kerja sukarelawan di Zoo Negara. Seorang lagi remaja belia, Muhammad Izzat Johari, 21, dari Bukit Beruntung, Rawang tahu itu adalah asas yang perlu ditanam sebelum menjadi sukarelawan. "Kita tidak mengharapkan apa-apa. Kepuasan yang dirasai adalah balasannya," kata Izzat. Menjadi sukarelawan sepenuh masa, Izzat juga memberitahu, dia berbesar hati kerana direstui ibu bapa serta ahli keluarga dalam melaksanakan pelbagai tugas tanpa sebarang pulangan. Malah, keluarganya turut menyokong Izzat dari segi kewangan dan dorongan sepanjang dia bertugas menjadi sukarelawan. Antara tugas sukarelawan yang pernah digalas anak muda itu termasuklah membantu mangsa banjir di Alor Setar, Kedah, bertugas di Rumah Ehsan di Kuala Kubu Bahru, Selangor dan kerja-kerja gotong-royong di beberapa surau. | ||||||
| Posted: 30 Jun 2013 09:48 PM PDT ![]() SEWAKTU matahari pagi mula terbit dan suasana masih lagi sejuk di Pantai Bondi, Sydney, Australia terdapat kira-kira 30 individu bersemangat melakukan rejim senaman yang agak berat. Mereka melambungkan badan sebelum menghempasnya ke pasir, berlari-lari anak sebelum memecut, melompat melepasi halangan, mengangkat beban serta meregangkan tali ke atas dan ke bawah. Kumpulan itu merupakan sebahagian daripada kelompok golongan pencinta kecergasan dikenali kem latih tubi. Konsep senaman sebegini sering digunakan oleh jurulatih gaya tentera untuk senaman berintensiti tinggi. "Saya fikir saya tidak akan melakukan perkara ini lagi. Ia membuatkan saya muntah. Saya benci setiap minit daripadanya. Tetapi, kepuasan yang dirasai, sukar untuk digambarkan," kata Kristie Webster selepas menamatkan sesi tersebut di Bondi. Apabila ditanya apa yang menyebabkan dia sanggup bangun dari katil seawal pagi beberapa kali seminggu hanya untuk merasai pengalaman ketidakselesaan fizikal, Kristie menjawab: "Bukan sebab saya gila. Tidak, ia semata-mata untuk tampil cergas dan sihat." Sementara itu, jurulatih Dan Clay yang berasal dari Essex, Britain memberitahu, mereka akan melatih setiap peserta mengikut kemampuan masing-masing. "Kami mendorong mereka sehingga ke tahap maksimum yang boleh dilakukan. Tetapi kami lakukannya dengan cara yang bermotivasi. Kami bukan seperti sarjan yang bersifat memaksa, tetapi berfungsi untuk memberi galakan pada mereka," jelas Clay. ![]() KEM latihan yang lasak berkonsepkan ala tentera semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Sydney. Clay yang menguruskan syarikat Dangerous Fir, telah melihat populariti kem latih tubi berkembang pantas di Sydney sejak lima tahun lalu, sama seperti tempat lain di dunia. "Orang ramai tidak mahu sentiasa terjebak di gimnasium. Mereka mahu melakukan perkara yang bermanfaat di waktu pagi seperti berada di pantai, melihat matahari terbit dan menghirup udara yang segar. "Rutin sebegini sangat baik untuk mendapat ketenangan jiwa dan kesihatan bagi tubuh badan. Disebabkan itu, ia menjadi semakin popular," tuturnya. Tambah Clay, mengikuti latihan secara berkumpulan lebih memberi motivasi kepada peserta berbanding bersenam sendirian. "Mereka mahu berada di luar dan berlatih bersama kawan-kawan," ujarnya. Tanpa rangkaian kos utama dan beberapa overhed, kem latih tubi telah muncul di seluruh Australia, manakala cabaran fizikal lain seperti Tough Mudder iaitu kursus latihan keras berhalangan seperti mendaki tebing dan dinding curam juga terbukti popular. Latihan lasak seperti tentera James Brabon, bekas infantri tentera Australia dianggap sebagai perintis industri kem latih tubi di Sydney. ![]() PELBAGAI teknik dilakukan dalam kem latih tubi ala tentera di Pantai Bondi, Sydney. Selepas membangunkan rejim latihan untuk rakan-rakan askar yang kemudian mendatangkan rasa kagum dalam kalangan isteri dan teman wanita masing-masing, James kemudian menjenamakan semula program tersebut pada 2003. Dia menggunakan Pantai Coogee sebagai destinasi awal bagi menganjurkan latihan tersebut. Katanya, dia bersikap skeptikal terhadap trend latihan kecergasan masa kini yang menjadi semakin lembut seperti senaman yoga. "Justeru, kami tampil dengan disiplin senaman sebegini yang berintensiti tinggi dan berpeluh sehingga ke akhirnya. Kemudian, orang ramai mengatakan, ia mungkin tidak akan berhasil, tidak kekal dan tiada sesiapa yang mahu melakukannya. "Tetapi, apa yang kami dapati adalah semua orang mahu mencuba untuk melakukannya," tegas James yang digelar sebagai chief. Apa yang pasti, kumpulan tersebut gembira kerana berpeluang melakukan rejim latihan yang sukar bersama-sama. "Kesakitan adakalanya boleh menjadi sangat baik, tetapi ia sentiasa berbaloi pada akhirnya," kata Stafford Hamilton yang memuji Dangerous Fit kerana melalui rejim latihan itu, dia mampu menurunkan berat badan sehingga 11 kilogram sejak mengikutinya sembilan bulan lalu. | ||||||
| Posted: 30 Jun 2013 09:47 PM PDT
MEMILIH kerjaya sebagai seorang pendidik, Wan Zayuhisham Wan Yusoff, 41, mengakui, beliau amat bersyukur dengan perjalanan hidupnya yang telah diatur Ilahi. Selama 17 tahun bergelar guru, banyak pengalaman pahit manis yang diperoleh dalam dunia persekolahan yang saban tahun semakin mencabar. Ini kerana perkembangan teknologi juga menjadikan para pelajar lebih ke hadapan dalam pelbagai aspek. Situasi itu sekali gus memberi cabaran besar buat guru bagi menangani masalah tersebut. Menyedari hakikat itu, Wan Zayuhisham terpanggil untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat melalui penulisan buku-buku remaja. Terbaharu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Kebangsaan PPR Taman Lembah Subang itu tampil dengan karya bertajuk Cikgu, Anak Saya Okey? yang memaparkan pelbagai dilema yang dihadapi pelajar. Ia merupakan sebuah buku motivasi kedua beliau selepas menghasilkan buku Suami Yang Teruji berdasarkan catatan pengalaman, pengisahan rakan-rakan guru serta pemerhatian sendiri mengenai isu-isu pendidikan dan persekolahan. Menurut Wan Zayuhisham, selain menulis mengenai masalah yang dihadapi, beliau juga memberi pandangan untuk mengatasinya. Tidak ketinggalan, tip-tip ringkas untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak turut diselitkan. "Jujur saya katakan, bahawa apa yang dipaparkan dalam buku ini bukan untuk mengajar ibu bapa mendidik anak-anak tetapi sekadar berkongsi pengalaman dan kaedah yang pernah dipelajari melalui kelas pengajian, seminar, diskusi dan pembacaan. "Buku ini juga mampu memberikan gambaran keseluruhan kepada para ibu bapa mengenai dunia persekolahan anak-anak," ujar Wan Zayuhisham sambil memberitahu, buku itu disiapkan sewaktu cuti persekolahan pada bulan November dan Disember tahun lalu. Lapan buah buku Mula terjun dalam dunia penulisan sejak Mei 2009, anak kelahiran Setiu, Terengganu itu sudah menghasilkan lapan buah buku. Buku pertamanya bertajuk Impian Juara diterbitkan pada 2010. Ia diikuti Ops Menjejak Pencuri, juga pada tahun yang sama, Impian Juara 2 (2011), Ops Conteng dan Suami Yang Teruji (2012) serta Erti Persahabatan dan Ulat Buku (2013). Tambah beliau, kesibukan tugas sebagai seorang guru bukan penghalang untuknya aktif menulis. Apa yang penting, pengurusan masa yang bijak mampu membantu mencapai kejayaannya dalam bidang penulisan. "Saya biasa menulis selepas asar tetapi pada kebanyakan masa, waktu yang paling ideal bagi saya adalah selepas isyak dan awal pagi. Ada ketika, saya juga pernah tertidur di hadapan komputer gara-gara terlalu letih," luah bapa kepada lima cahaya mata itu lagi. Ditanya mengenai kepuasan yang dirasai dalam bidang penulisan, Wan Zayuhisham pantas menjawab: "Perasaan itu sukar diterjemahkan dengan kata-kata. Bagi saya, bila seseorang penulis dapat menghasilkan sebuah buku, ia boleh diibaratkan seperti melahirkan bayi. Itu yang saya rasa." Selain SK PPR Taman Lembah Subang, Wan Zayuhisham pernah mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tungku (1994-1998), diikuti SK Sains Dominic (1999-2002), kedua-duanya di Lahad Datu, Sabah dan SK Taman Medan, Jalan Klang Lama (2003-2010). Bagi mereka yang ingin mengikuti perkembangan Wan Zayu- hisham, layari laman blognya ilhamwan.blogspot.com. | ||||||
| Kedai dobi asingkan baju pelanggan Islam Posted: 30 Jun 2013 09:46 PM PDT ![]() NUR AZLIWATI (kiri) menunjukkan kedai Mydobi.com yang diusahakannya bersama suami, Nazrul Hisham. SIAPA sangka rungutan daripada ibu yang kurang mempercayai kebersihan pakaian yang dibasuh di kedai dobi menjadi sebab utama Nur Azliwati Lazam, 41, terfikir untuk memulakan perniagaan dalam bidang tersebut. Tambahan pula, ketika mahu mengerjakan haji pada tahun 2011, beliau turut berdepan pengalaman menghantar pakaian yang mahu digunakan di Tanah Suci di sebuah kedai dobi. "Sewaktu menghantar pakaian itu untuk dicuci, saya melihat pekerja di kedai tersebut terus mencampurkan ia dengan pakaian pelanggan lain yang mungkin tidak terjamin kesuciannya. "Justeru, sebaik pulang dari Mekah, saya nekad untuk memulakan perniagaan kedai dobi semata-mata untuk menawarkan khidmat cucian yang diyakini bersih dan suci oleh pelanggan terutama yang beragama Islam," terang Nur Azliwati ketika ditemui Kosmo! di Kota Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini. Beliau akhirnya memilih untuk menyertai francais dobi di bawah jenama Mydobi.com dengan modal permulaan sebanyak RM150,000. Ia merupakan perniagaan di bawah Master Business Concept Shop yang dikendalikan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara). "Saya hanya perlu menyediakan tapak kedai dan selebihnya termasuk peralatan serta latihan mengurus perniagaan dibantu oleh pengurusan Mydobi.com. ![]() KONSEP mengasingkan pakaian pelanggan Islam dan bukan Islam adalah untuk menjamin kesucian pakaian, terutamanya ketika beribadah. "Kedai dobi ini telah mula beroperasi pada bulan Mei 2012 dan Alhamdulillah sambutan yang diterima dari semasa ke semasa amat menggalakkan. Walaupun wujud persaingan dalam perniagaan dobi tetapi saya sentiasa optimis dengan rezeki kurniaan Allah," ujar ibu kepada dua cahaya mata berusia 14 dan 10 tahun ini. Letak jawatan pensyarah Menurut Nur Azliwati lagi, beliau bersyukur kerana mendapat sokongan padu daripada suami, Nazrul Hisham Abdul Hamid, 42, yang sentiasa membantu untuk melancarkan perniagaan mereka. "Kebetulan pula, saya dan suami mempunyai latar belakang dalam bidang perakaunan dan pernah menyiapkan satu projek berkaitan kedai dobi sewaktu mengikuti pengajian di peringkat sarjana. "Jadi, memang beliau banyak membantu memberi idea terutama dalam aspek pengurusan kewangan," jelas Nur Azliwati yang kini mempunyai dua orang pekerja tetap dan beberapa pekerja separuh masa. Sebelum bergelar pengusaha dobi, Nur Azliwati merupakan seorang pensyarah perakaunan di sebuah kolej swasta di ibu kota. Namun, beliau nekad untuk berhenti kerja dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan. Tambah beliau, antara keistimewaan Mydobi.com dan rangkaian kedai di bawah jenama itu adalah kaedah cucian kering yang menggunakan air. ![]() RAMAI pelanggan Islam yang memuji konsep yang digunakan Nur Azliwati dalam mencuci pakaian yang dihantar pelanggan. "Untuk makluman kepada masyarakat di luar sana, mana-mana kedai dobi yang mempunyai perkataan lagoon, maka ia bermakna cucian kering dilakukan menggunakan air. "Ia bagi menjamin kesucian dan kebersihan pakaian yang dihantar ke kedai lebih bersih," katanya. Bagi Sabariah Yunus, 43, sepanjang setahun bekerja di kedai dobi ini, dia gembira kerana mempunyai majikan yang baik dan bertimbang rasa. "Saya rasa seronok bekerja di sini. Tugas saya lebih kepada membasuh dan melipat baju. Jika menggosok pula, setiap hari sekurang-kurangnya kami akan menggosok 80 helai baju dan jika pelanggan ramai adakalanya melebihi 150 helai," kata Sabariah. | ||||||
| Nelydia, Qi Razali hadiri kursus kahwin Posted: 30 Jun 2013 03:49 AM PDT Nelydia Senrose dan Qi Razali Bagaimanapun, timbul desas-desus yang mengatakan Nelydia dan Qi sudah menghadiri kursus perkahwinan setelah sekeping gambar menunjukkan Qi yang bersongkok dan Nelydia bertudung manis. Menerusi akhbar tempatan, Nelydia tampil menjelaskan supaya tiada salah faham berlaku akibat gambar yang dimuat naik di Instagram itu. "Gambar tersebut tiada kena mengena dengan kursus kahwin. Sebenarnya kami perlu berpakaian sopan ketika di undang untuk program Akustika Ramadan Raya TV3," jelasnya. | ||||||
| Siti rancang ambil anak angkat Posted: 30 Jun 2013 03:47 AM PDT Siti Nurhaliza Namun, hasrat murni itu terhalang dek aturan di Gaza yang mana anak-anak tidak dibenarkan keluar dari bumi itu. Berpeluang menemuinya di Majlis Minum Petang Amal, 'Rebuild For A Gaza Nation' anjuran Mapim dengan kerjasama Rabbani Production, semalam, penyanyi berusia 34 tahun ini berkongsi tentang perkara tersebut. "Apa salahnya (ambil anak angkat dari Gaza), sekiranya boleh... tapi saya dimaklumkan awal-awal di mana mereka tidak membenarkan kanak-kanak keluar dari Gaza. "Bagi mereka, jika kanak-kanak ini dibawa keluar oleh keluarga angkat, siapa lagi yang akan mempertahankan bumi mereka. "Kalau ALLAH beri saya satu keajaiban... saya bawa balik bayi dari Gaza, memanglah saya nak jaga sangat tapi saya percaya, mereka sangat diperlukan di sana," katanya kepada pemberita. Terdapat 18,000 kanak-kanak di Gaza yang kehilangan ibu bapa dan hanya 500 daripadanya menerima cukup biaya. Setakat ini, seramai 200 kanak-kanak Gaza sudah mempunyai keluarga angkat dari Malaysia. Difahamkan, keluarga angkat ini menaja kanak-kanak yatim piatu di bumi tersebut. "Saya pernah diberitahu pihak Mapim di mana saya boleh menaja mana-mana anak-anak di bumi Gaza. "Insya-ALLAH. Itu saya rasa, satu usaha yang boleh saya bantu. Saya harus berbincang dengan suami terlebih dahulu," katanya. Dalam pada itu, Siti mengajak umat Islam di negara ini agar turut sama-sama membantu kanak-kanak tersebut. "... bukan saya saja. Saya nak uar-uarkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia agar sama-sama turut membantu," katanya. Sebelum itu, Siti sempat melahirkan sekali lagi hasratnya untuk menjejakkan kaki ke bumi Gaza jika diizinkan Tuhan. "Keistimewaan dan keajaiban di sana, saya masih belum dapat rasai. "Jika diizinkan suami dan ALLAH, pasti saya ingin ke bumi Gaza. Ramai rakan-rakan artis lain sudah menjejakkan kaki ke sana," katanya. Pihak Mapim turut mengalu-alukan hasrat Siti untuk menaja anak-anak di Gaza. "Memang pihak Mapim ada beritahu beliau bahawa mereka sangat keberatan jika anak-anak mereka dibawa keluar. "Maka, kami sangat mengalu-alukan Datuk Siti untuk memikirkan pembiayaan untuk seorang atau dua kerana ini akan memberikan contoh kepada artis lain," kata Pengerusi Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid. Tambahnya, "kerana masa depan Gaza itu bergantung kepada kanak-kanak. 52 peratus populasi di Gaza adalah kanak-kanak. Jika tidak diselamatkan, Gaza tak ada masa depan." | ||||||
| Yana Samsudin disunting anak VVIP? Posted: 30 Jun 2013 03:45 AM PDT Yana Samsudin Biarpun nampak manis luarannya, namun hakikatnya apabila bergelar seorang artis atau selebriti, mahu atau tidak, tiada lagi istilah kehidupan peribadi kerana semuanya akan menjadi perhatian. Inilah yang harus dilalui aktres dan juga pengarah, Yana Samsudin yang terpaksa mengorbankan waktu peribadinya. Tidak sekadar itu, ke mana sahaja dia pergi dan apa sahaja yang dibuatnya pasti menjadi perhatian, termasuklah kehadiran Yana ke sebuah majlis anjuran sebuah syarikat korporat di Shah Alam. Semuanya gara-gara sekeping gambar Yana di sisi lelaki berkulit putih yang juga anak seorang tokoh korporat. Lebih menarik perhatian, apabila mereka berdua dikatakan sudah bertunang dan bakal menamatkan zaman bujang pada penghujung tahun ini. "Pertama kali mengetahui gosip ini bertebaran, saya hanya ketawa dan bersangka baik dan mengatakan ini semua perhatian mereka yang mengambil berat mengenai saya. "Mungkin juga mereka mahu mengetahui cerita terbaru mengenai saya dan tidak hanya cerita karier semata-mata dan ada juga sesetengah orang di sini sememangnya lebih gemar membaca cerita mengenai gossip," ujarnya tenang kepada Zass. Bukan pertama kali dikaitkan dengan jejaka dalam hidupnya, Yana mengakui dia sudah lali apatah lagi pengalaman selama 10 tahun berada dalam industri seni banyak mematangkannya. "Saya tidak mahu cepat melenting. Tapi dari sudut kurang baiknya pula, perkara sebegini boleh menimbulkan salah faham. Ia juga melibatkan maruah saya dan keluarga. "Saya tak mahu ada yang berkecil hati dengan saya dan menganggap saya tidak mengundang pihak-pihak tertentu ke majlis pertunangan saya, walhal saya tidak pernah dirisik, jauh sekali bertunang," jelasnya. Ditebak mengenai status dirinya, Yana berkata, "Seperti biasa, saya masih lagi single. Apabila tiba masanya, jika benar saya dirisik dan akan bertunang, saya pasti akan berkongsi khabar gembira ini kepada semua. "Namun, buat masa ini saya harap peminat dan pihak lain bersabar dan janganlah buat spekulasi bukan-bukan mengenai diri saya," katanya. Yana Super Cookish Dalam pada itu, ditebak mengenai aktivitinya menjelang Ramadan ini, Yana berkata, dia kini mula sibuk dengan perniagaan biskut raya di bawah jenama Yana Super Cookish. Katanya, biarpun ada yang merasakan dia jarang muncul di kaca televisyen, dia masih aktif dalam bidang lain. "Resipi ini sememangnya dari saya dan apabila saya sibuk, pekerja saya yang akan buat biskut ini. Antara biskut yang saya jual adalah Choco Kak Yong, Super Star Berry, Hazel Ball dan lima lagi seleksi pilihan," katanya. Yana berkata, buat masa ini dia sudah merancang untuk membuka sebuah booth di USJ 1, Subang Jaya ketika Ramadan ini, namun segalanya masih dalam perancangan. "Kalau ikut perancangan memang di situlah, tapi saya takut ada perubahan. Selain booth, saya juga turut melantik ejen di seluruh Malaysia untuk menjual biskut saya dan sesiapa yang berminat boleh mendapatkan melalui agen saya termasuk di Singapura dan Brunei. "Saya juga bersyukur kerana belum pun puasa, sudah ada tempahan yang dibuat dan ia adalah perniagaan yang saya sudah mulakan sejak tahun lalu," katanya. Tahun bonus Dalam pada itu, Yana sempat berkongsi kegembiraannya apabila mengukir kemenangan berganda di Anugerah Blockbuster selepas memenangi trofi Heroin terhebat dan trofi Pelakon Wanita Filem Popular di Anugerah Bintang Popular baru-baru ini. "Alhamdulillah, bagi saya ini adalah tahun bonus buat saya kerana ALLAH SWT mengurniakan rezeki dengan trofi kemenangan itu kepada saya. "Sejak mula berkecimpung dalam bidang seni, saya memang tidak pernah target untuk menang sebarang anugerah. Tapi kerana ia sudah tertulis dan saya bersyukur. "Saya anggap segala kemenangan saya sebelum ini adalah pendorong buat saya bekerja dengan lebih keras dan kuat kerana bukan selamanya kita sentiasa berada di atas," katanya yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem Abang Long vs Kak Long dan Malaikat Di Pintu yang ditayang di TV3, Ramadan dan Syawal ini. | ||||||
| Alyah terima Ramli walaupun garang Posted: 30 Jun 2013 03:41 AM PDT
HIJRAH penampilan penyanyi Noor Hasliah Abu Hasan atau nama komersialnya Alyah pantas mencetuskan gosip bahawa wanita berumur 32 tahun itu akan menamatkan zaman solonya pada bila-bila masa. Dia yang ditemui usai rakaman program raya Dikir Stail bertempat di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor baru-baru ini semakin menguatkan gosip berkenaan apabila berterusan menyatakan dia sudah terlajak sasaran bergelar isteri selama enam tahun. "Saya sudah bersedia untuk berkahwin sejak berumur 26 tahun lagi tetapi pertunangan terputus di tengah jalan. "Saya ini memang keturunan India, tetapi takkan saya nak amalkan resam Hindu untuk meminang lelaki. Jadi, sebagai gadis Islam saya hanya menunggu orang masuk meminang sahajalah," katanya. Dia turut mengaku sedang mengenali hati budi dan dalam proses berkawan lagi dengan seorang lelaki. Namun apabila ditanya adakah lelaki itu Datuk Ramli MS, dia hanya tergelak kecil. "Sekarang saya ikut sahaja perjalanan hidup ini, tidak berharap sangat, cuma mendoakan yang terbaik." "Saya masih orang yang sama walaupun sudah berhijab cuma saya berubah untuk menjadi manusia yang lebih baik dan saya masih belajar dari sehari ke sehari," ujarnya lagi.
Sifat yang dimiliki oleh Ramli MS yang tegas dan garang seperti arwah bapanya menyebabkan dia lebih mudah menerima lelaki seperti itu. "Arwah bapa saya paling garang di dunia, semasa kecil, saya takut sangat dan sifat itu (garang) ada pada Ramli MS. Jadi saya senang dan tidak menyifatkannya susah buat saya," ujarnya sambil tersenyum. Mengenai persengketaan yang berlaku antara dia dan pereka baju terkenal, Hatta Dolmat menerusi Twitter sejak tahun lalu berhubung isu pakaian, Alyah menyatakan bahawa perkara tersebut telah selesai walaupun dia tidak pernah bertemu dengannya. "Secara peribadi, saya terima semuanya secara terbuka dan tidak berdendam walaupun kami tidak pernah berjumpa. Saya malas nak panjangkan cerita lagi," katanya. Sebelum ini Hatta menyatakan kekecewaannya kerana Alyah menempah empat pasang baju daripada pereka yang dikenalinya untuk sebuah majlis tetapi tidak memakainya. Namun, Alyah meminta maaf kepada Hatta kerana dia tidak memakai baju rekaannya akibat masalah zip. Jelas Alyah, demi untuk meredakan gosip sedia ada, dia bersedia untuk menutup akaun Instagramnya dengan alasan tidak mahu terlalu leka dengan laman sosial. Dia juga mengaku sibuk untuk menyiapkan album terbaharunya yang masih mengekalkan konsep pop cuma perbezaanya adalah dari segi penampilannya dalam album berkenaan. "Bukan saya tidak hargai peminat. Saya sedar semua kejayaan saya datangnya daripada sokongan peminat, tetapi saya ini jenis yang cepat leka," kata Alyah. | ||||||
| Posted: 30 Jun 2013 03:40 AM PDT
GERAK hati menjadi kata kunci Maya Karin sama ada dalam karier mahupun kehidupan peribadinya. Maya percaya sebagai selebriti dia tidak mahu sekadar bergelar pelakon tetapi turut menjulang nama selaku pengacara, duta produk dan aktivis alam sekitar. Kehidupan yang sibuk itu memerlukan Maya memiliki pasukan pengurusan yang profesional, efisien dan matang untuk memastikan kelancaran kerja serta mengatur perancangan masa depannya. Tanpa perlu tunduk pada kelemahan, Maya mengaku adalah mustahil untuk dia menguruskan kariernya bersendirian tanpa bantuan jauhari yang pakar. "Saya takut akan menimbulkan masalah kemudian hari. Takut kacau-bilau jadinya nanti. Macam saya, sekiranya berada di lokasi pastinya sukar untuk berurusan dengan media atau pihak lain yang mahukan komitmen daripada saya. "Kalau tidak menjawab panggilan, nanti macam-macam akan timbul. Jadi, saya memang perlukan pihak pengurusan untuk berbincang dan menyelesaikan apa yang patut untuk pihak saya. "Saya tidak boleh menguruskan semua benda bersendirian. Pening jadinya. Saya percaya artis merupakan produk untuk dijual dan seseorang artis itu harus fokus pada kerja seni," katanya. Berbunyi profesional dan dalam bahasa yang lebih konkrit, Maya adalah seorang artis yang bijak menggunakan peluang dan ruang. Maya faham tahap kemampuannya dan pada waktu yang sama, dia percaya artis juga harus diiringi seorang pengurus. "Rugilah kalau ada artis yang tidak mahukan pihak pengurusan. Pengurus itu pula bukan untuk jawab panggilan telefon sahaja, saya perlukan pengurus yang matang dan boleh melancarkan keperluan serta merangka perancangan untuk masa depan, ada visi dan membangun bersama-sama, ke mana arah saya dalam tempoh lima tahun akan datang. "Macam dia ada produk untuk dipasarkan," akui Maya, 34, mengenai lonjakan yang dilaluinya. "Jika semua mahu buat sendiri, tidak mahu berkongsi peratusan dengan pihak pengurusan, kelak akan merugikan diri sendiri juga," tambahnya. Setelah meninggalkan pengurusan artis di bawah bumbung Satu Entertainment, jelitawan Ombak Rindu itu kini menjadi anak naungan label Warner Music sebagai artis rakaman yang turut menguruskan perjalanan karier wanita itu bagi tempoh lima tahun. Percaya pada gerak hati, naluri membenarkan Maya Karin untuk berasa selesa dengan pilihan-pilihan yang telah dan sedang dilakarinya. "Sehingga tiga bulan pertama ini, saya cukup selesa. Selesai pelancaran single, saya boleh pergi bercuti. Sekarang, saya kena kurung seketika oleh pihak Warner, banyak perkara hendak diuruskan, publisiti dan rakaman album.
"Ikut perancangan, rakaman akan selesai sebelum puasa dan album dilancarkan selepas hari raya. "Jadi, sepanjang bulan puasa, saya boleh rehat. Kemungkinan akan ke London untuk menemani adik saya di sana. Hari raya nanti pun belum pasti. "Mungkin pulang atau memujuk ibu agar berkumpul anak-beranak di London sahaja," beritahu Maya sambil menghitung agendanya sepanjang bulan puasa dan musim perayaan nanti. Senang dan mudah sahaja jurnal hidupnya, penjulang variasi anugerah termasuklah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-25, pelakon ini berpegang kepada prinsip yang sama berhubung soal hati serta perasaan, terutamanya tentang cinta. Seperti yang pernah diujarkan sebelum ini, Maya kembali menguak jendela proses untuk mengenali hati budi seseorang. Namun, tidak pula dia tergesa-gesa untuk mencari perhubungan yang serius. Bercakap soal teman hidup, Maya mahukan lelaki yang berdikari, cerdik, menghormati orang lain dan gemarkan aktiviti lasak seperti dirinya. Kegagalan perkahwinan pertamanya bersama seorang lelaki Itali beberapa tahun dahulu mungkin mengganggu keselesaan Maya untuk bercerita lebih lanjut. Selebihnya dia berserah kepada Tuhan . Nyanyian Bintang Syurga sudah pun dilancarkan. Single pertama itu menyempurnakan impian Maya untuk kembali menyanyi. Kali terakhir dia merakamkan album adalah sembilan tahun lalu. Penghasilan single dan seterusnya album studio yang sedang dibikin itu menjadikan Erti Cinta dan Bukan Qalamaya bukannya noktah terakhir buat Maya cuba membuktikan keseriusannya untuk bergelar penyanyi. "Sekitar tahun 2001 hingga 2003, bahasa Melayu saya sendiri tak berapa bagus sangat. Saya sedar tahap nyanyian saya tidak setanding dengan karier lakonan tetapi saya suka dan tetap mahu menyanyi. Ia sesuatu yang menyeronokkan.
"Namun, saya juga tidak mahu bercakap besar. Biar pendengar dan peminat yang menentukan. Saya cuma sangat puas hati dengan konsep lagu dan album sekarang. Lebih matang, berbentuk pop dan ceria," katanya yang selesa bekerja dengan Omar K dan Audy Mok. Menyifatkan Omar K sebagai komposer dan penulis lirik yang mempunyai banyak sisi, Maya juga yakin komposer itu sendiri mempunyai masa depan yang bersinar-sinar. Dia mahu dilihat mempunyai penampilan dan vokal yang lebih matang. Maya mengharapkan album terbaharu hasil gabungan Audy dan Omar K itu mampu membawanya ke tahap lebih cemerlang di persada seni suara. "Saya sudah lancarkan single Bintang Syurga tapi baru-baru ini, ketika kami sedang borak-borak di studio, Omar tiba-tiba bercerita tentang sebuah lagu yang telah lama ditulis. Kami cuba-cuba sahaja untuk jamming dengan lagu berkenaan, secara tidak langsung ia semacam menjadi dan sedap didengari. "Kami rakamkan lagu itu. Pihak Warner bersetuju lagu itu dimasukkan ke dalam album saya," cerita Maya yang berbaki sekitar tujuh buah lagu lagi untuk dirakamkan dalam masa terdekat. Benam aura puntianak Masih berlegar-legar tentang karier, berselang-seli antara nyanyian dan lakonan, Maya turut meletakkan Ombak Rindu sebagai gelombang kedua yang melonjakkan momentum kembara seninya. "Rasanya selepas watak Izzah, orang mula boleh singkirkan wajah puntianak yang melekat pada diri saya. Saya kira itu juga sesuatu yang baik. Sesuatu yang baharu untuk saya. "Setakat ini masih ada beberapa judul filem lakonan saya yang belum ditayangkan. Antaranya Lagenda Budak Setan 3, Jwanita, Sejoli dan Nota, semua itu menampilkan kelainan watak yang ketara. "Namun untuk tahun ini, rasanya tidak ada filem-filem itu yang akan memasuki pawagam, mungkin tahun depan. Jadi, itu peluang untuk saya fokus pada muzik. "Barangkali Tuhan sudah putuskan yang terbaik buat saya. Selama ini, saya berusaha untuk muncul dengan single. Sebenarnya sudah ada dua single yang telah dilancarkan tapi tak juga menjadi," lentur Maya yang memilih sendiri konsep busana tradisi untuk tatapan peminat kali ini. | ||||||
| Cinta Elfira, Baim sekadar gurauan Posted: 30 Jun 2013 03:39 AM PDT
KEREMAJAAN serta kelopaknya yang mekar berkembang semakin mempesonakan. Pelakon genit Elfira Loy ini pantas sahaja menawan perhatian. Ketika sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Demi Dia, tiba-tiba namanya terpanas dengan kisah cinta bersama aktor dari seberang, Baim Wong. Semua itu gara-gara pengakuan Baim tentang cinta mereka menerusi rancangan MeleTOP yang disiarkan secara langsung di Astro Ria pada Selasa lalu. Elfira, 19, manakala Baim Wong, 32, kali pertama dipertemukan dalam sebuah drama berjudul Untuk Terakhir Kali pada tahun lepas. Walaupun mereka dipertemukan di lokasi itu, Elfira dan Baim sebenarnya telah mengenali antara satu sama lain sejak tahun 2011 iaitu ketika Elfira berusia 17 tahun. Mendapatkan sendiri kepastian daripada Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2011, Elfira ternyata seorang gadis yang suka berterus-terang. Sedikit berbeza berbanding apa yang tersiar dalam akhbar dan blog hiburan pada Khamis lalu, Elfira memberitahu Sensasi Bintang: "Sebenarnya, saya tidak tahu bagaimana hendak komen tentang perkara itu. Saya memang berkawan baik dengan Baim. Saya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja termasuklah Baim. Dengan Baim, saya okey tetapi. selama berkawan sejak dua tahun lepas, hubungan dan perbualan kami tidak ke arah kekasih atau saling mengucapkan cinta serta sayang. "Apabila Baim tiba-tiba membuat pengakuan depan khayalak, lebih-lebih lagi dalam program TV yang disiarkan secara langsung, saya jadi tergamam, terkejut dan tidak lena tidur semalaman. Kalau betul apa yang dikatakan oleh Baim itu, saya sebenarnya okey," ulas Elfira berbunyi jujur.
"Saya agak pelik tetapi mengambilnya secara positif. Dengan saya, dia (Baim) tak pernah pula cakap sayang-sayang tetapi dia bercakap konon-kononnya kami bercinta depan khalayak umum. Saya berasa itu merupakan satu penghargaan," jelas Elfira yang bersifat terbuka. Tambah Elfira: "Namun mengenali Baim yang suka berjenaka dan selepas program berkenaan, dia tidak pula menjelaskan apa-apa terhadap saya. Jadi, saya anggap itu hanya gurauan sahaja. Kami juga ada sesi fotografi bersama sebuah majalah sebelum Baim berangkat pulang." Bercerita tentang perkenalannya dengan pelakon yang terkenal menerusi sinetron Benci Bilang Cinta dan Sejuta Cinta Marshanda itu, pelakon yang baru selesai penggambaran filem pertamanya, Rentap itu menjelaskan bahawa dia mengikuti perkembangan Baim menerusi laman sosial Path sejak tahun 2011 lagi. "Saya meminati Baim. Saya menjadi pengikutnya dengan harapan dia juga menjadi pengikut saya di laman sosial berkenaan. Dari situlah kami mula berhubungan," kata Elfira yang pernah juga digosipkan bercinta dengan seorang lagi aktor dari seberang, Randy Pangalela. Mendakwa dirinya tidak pernah mempunyai pengalaman bercinta, penuntut Kolej Damansara Utama itu memberitahu, dia tidak pernah meletakkan faktor usia sebagai sekatan untuk terlibat dalam soal cinta biarpun umur masih remaja. Seperti yang dijangka oleh Elfira sendiri, Baim yang dihubungi dari lokasi fotografi bersama sebuah majalah di Bangi, Selangor pada Khamis lalu sempat meluangkan masa untuk ditemubual. "Saya hanya bercanda tentang hal itu. Antara saya dan Elfira memang tidak ada hubungan istimewa, cuma teman biasa. Usah fikir keterlaluan," ujar Baim atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim itu kepada Sensasi Bintang. Masih solo dan belum berpunya, tambah Baim, fokusnya kini tertumpu tentang kariernya. "Persoalan jodoh itu belum hadir. Jadi, tumpuan saya lebih pada karier. Ketika ini, saya akan kembali sibuk dengan penggambaran sebuah sinetron berjudul Tasmina," katanya yang berangkat pulang ke Jakarta pada Jumaat lalu. | ||||||
| Posted: 30 Jun 2013 03:36 AM PDT ![]() JET LI dikatakan membawa karakter yang berbeza untuk filem ini. TIDAK sah filem kung fu tanpa kelibat Jet Li. Malah lelaki berumur 50 tahun itu sudah terlibat dengan lebih 43 buah filem yang kebanyakannya genre aksi. Bukan itu sahaja, Li yang sebelum ini muncul dalam filem The Flying Sword of Dragon Gate dan The Sorcerer and the White Snake, diberikan peranan polis yang mempamerkan ketangkasannya berkung fu. Filem itu merupakan filem keempat gabungan Li dengan aktor, Wen Zhang. Zhang baharu sahaja muncul dalam Journey to the West yang diarahkan oleh Stephen Chow. Sebelum ini, mereka pernah terlibat dalam filem The Sorcerer and the White Snake yang menyaksikan Li memainkan peranan guru dan Zhang memainkan peranan sebagai pengikutnya. Chui Po Chun, penerbit untuk filem Badges of Fury mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam penerbitan filem termasuk filem seperti siri Once Upon a Time in China, Crouching Tiger Hidden Dragon dan Tai Chi Master. Filem ini turut dibintangi para pelakon Hong Kong yang terkenal serta veteran seperti Raymond Lam, Michael Tse, Kevin Cheng, Leung KaYan, Stephen Fung, Alex Fong Lik Sun, Stephy Tang Lai Yan dan Josie Ho Chiu Yi. ![]() ANTARA babak lucu yang akan memikat hati penonton. Pakar kung fu seperti Wu Jing, Colin Chau dan Leung Siu juga membuat penampilan khas dan bakal membuatkan khalayak teruja dengan kemunculan mereka. Filem aksi tidak akan sempurna tanpa bimbingan pakar koreografer aksi. Filem Badges of Fury ini dibimbing oleh Corey Yuen, seorang pakar koreografer aksi yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dengan pelbagai filem Hong Kong serta Amerika seperti The New Legend of Shaolin, The Expendables, X-Men dan The Transporter. Dalam satu temu ramah yang diadakan di Beijing, China untuk promosi filem yang telah mula ditayangkan pada 27 Jun lalu, Li memberitahu bahawa dia sebenarnya teringinkan watak jahat yang dibawakan oleh Chau. "Saya tidak tahu kenapa Zhang boleh menyukai tiga orang gadis dalam filem ini manakala saya hanya duduk di sebelah dan bercakap perkara-perkara yang menyakitkan hati," ujar Li dalam nada lucu dengan menambah dia agak iri hati dengan Zhang yang memonopoli perhatian gadis-gadis dalam filem ini. ![]() LI (kiri) bergandingan dengan pelakon Zhang untuk filem Badges of Fury. Buat Michelle Chen yang merupakan bunga dalam filem ini, dia mengaku berhadapan banyak cabaran kerana tidak pernah terlibat dengan filem aksi komedi. "Saya terlalu baru untuk genre komedi, jadi rentaknya merupakan sesuatu yang sangat saya titik beratkan. Namun, bekerja dengan Li sangat menyeronokkan. Saya sangat terkejut melihat dia sebenarnya boleh menjadi nakal. Dia akan berjenaka dan membuat kami semua ketawa pada setiap hari. Dia berusaha untuk membuatkan semua yang terlibat berada dalam mood yang menyenangkan kerana kami berada dalam filem bergenre komedi," kata Chen. | ||||||
| Posted: 30 Jun 2013 03:33 AM PDT
TIDAK sukar mencari kelibat wagon merah jambu yang diparkir di celah-celah bangunan Jabatan Audit Negara yang terletak bersebelahan Istana Kehakiman di Presint 2, Putrajaya ini. Warnanya cukup terang. Ditambah pula dengan dekorasi hiasan pelekat maskot kartun berbentuk kek cawan jenama Cookies Wagon, ia sudah cukup untuk membangkitkan aura ceria yang seakan-akan menggamit sesiapa sahaja untuk mendekatinya. Wagon itu ternyata mampu menarik minat ramai pelanggan untuk datang bertandang, apatah lagi selepas melihat barisan kek cawan pelbagai warna dan perisa. Menampilkan konsep perniagaan baharu dengan pendekatan mesra pelanggan, usaha pasangan suami isteri ini untuk menjadikan Cookies Wagon sebagai kedai bakeri bergerak yang pertama di Malaysia mula membuahkan hasil. "Saya memang meminati bidang perniagaan makanan sejak di bangku sekolah lagi. Malah, jika ada waktu lapang, saya akan menghasilkan sendiri biskut dan menjualnya kepada rakan-rakan di sekolah. "Minat itu bagaimanapun terpaksa dilupakan seketika apabila saya menyambung pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM). "Selepas menamatkan pengajian ijazah di UiTM, saya bekerja dalam bidang pengurusan korporat manakala suami merupakan seorang jurutera kimia. "Walaupun seronok dengan cabaran dan kerjaya pada waktu itu, ia tidak memberi kepuasan pada diri saya. Sejak itu, saya mula merancang untuk memiliki perniagaan sendiri. Alhamdulillah, berkat doa, usaha dan sokongan penuh daripada suami dan keluarga, maka lahirlah Cookies Wagon yang menjadi teduhan rezeki buat kami," ujar pemilik dan pengasas Cookies Wagon, Fatimah Husna Razali yang berusia 26 tahun. Tepung segera Tanggal Ogos 2011, wagon merah jambu yang menjadi impiannya itu mula menjengah pasaran tempatan. Sebagai cara untuk menampilkan suatu kelainan, Fatimah memperkenalkan perniagaan dengan konsep mesra pelanggan khususnya daripada kalangan kanak-kanak, keluarga serta belia urban. "Seperti van bergerak yang biasanya menjual makanan dan minuman, belum ada lagi van yang menjual produk bakeri. Sejak itu, tercetusnya idea untuk membuat bakeri bergerak yang pertama di negara ini. "Selain lebih mudah mendekati pelanggan, perniagaan ini juga lebih fleksibel dan pelanggan boleh berhubung dengan kami berpandukan Facebook, Twitter dan laman web untuk mengetahui lokasi lori kami. ![]() "Operasi bakeri bergerak ini juga sangat mudah. Kek cawan kami dibakar segar pada setiap hari dengan menggunakan tepung segera yang diadun khusus menggunakan resipi tersendiri di dapur khas yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. "Kek yang sudah siap dimasak akan dibawa menggunakan wagon ke tapak perniagaan. Di situ, barulah kami menghiasnya dengan kemasan gula aising sebelum kami memulakan perniagaan. "Sekiranya ada tempahan di luar kawasan barulah kek cawan itu dibakar di atas lori dengan menggunakan ketuhar," ujar Fatimah yang mengambil masa selama tiga bulan untuk menghadiri bengkel masakan dan rundingan perniagaan sebelum Cookies Wagon beroperasi. Tidak hanya Fatimah, suaminya, Muhammad Azmi Azi, 26, turut bersama-sama melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D). "Saya akui, isteri saya pandai membuat kek cawan di rumah. Namun, banyak aspek yang perlu diambil kira terutamanya berkaitan dengan kualiti apabila kita ingin berniaga. "Memandangkan kami berniaga di luar bangunan dan terdedah kepada cuaca panas, kami perlu mengetahui bagaimana untuk mengekalkan kualiti kek cawan supaya rasanya segar seperti baru dibakar selain lembut, tidak kering serta gula aisingnya tidak cair. "Jadi, kami ke Institut Teknologi Inovasi untuk belajar membuat biskut dan kek cawan daripada cef di sana. Kami turut menghasilkan tepung segera yang diadun khas menggunakan resipi asal untuk memudahkan kek cawan itu dimasak dan menyeragamkan rasanya, memandangkan kami bercadang membuka cawangan di lokasi berbeza. Buang kek "Tepung tersebut hanya perlu ditambah air dan telur untuk mendapatkan rasa kek cawan yang sama. "Tepung itu turut dijual bagi memberi peluang kepada pelanggan merasai keenakan kek cawan Cookies Wagon di rumah sendiri dengan cara yang lebih mudah," jelas Muhammad Azmi. Memiliki 10 orang pekerja, tiga buah lori yang beroperasi di Melaka, Seri Kembangan dan Putrajaya serta sebuah kios jualan yang terletak di Presint 2, Putrajaya, Fatimah menarik nafas lega apabila melihatkan sambutan menggalakkan yang diterimanya. "Respons daripada pelanggan sangat menggalakkan. Kami bersyukur kerana konsep perniagaan bergerak itu diterima masyarakat dan mula menjadi trend," kata ibu kepada seorang anak ini. ![]() LEBIH kurang 300 kek cawan dijual pada setiap hari. Fatimah dan suaminya menawarkan pelbagai perisa kek cawan antaranya cip coklat asli bersama walnut, cip coklat bersama oat, oreo dan coklat gelap. Dalam pada itu, Cookies Wagon menggunakan bijian kopi Arabica bermutu tinggi untuk menghasilkan minuman ice blended premium. Malah, Fatimah turut mendapatkan bimbingan daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi memilih bijian kopi bermutu tinggi untuk menghasilkan ice blended premium seperti yang dijual oleh rangkaian kafe kopi mewah namun boleh didapati pada harga yang lebih murah kios Cookies Wagon. "Untuk rangkaian kek cawan, pada setiap hari kami akan menjual perisa yang berbeza. Namun, perisa royal red velvet dan oreo dijual setiap hari memandangkan ia produk yang paling laris dan diminati ramai. "Bagi ice blended pula, ramai yang menggemari gabungan perisa oreo bersama coklat serta caramelo," ujar Fatimah yang turut bekerjasama dengan kumpulan profesional dari Universiti Putra Malaysia bagi menghasilkan aising vanila yang dicampur dengan buah burberi yang mampu menjadi agen antikanser. Selain menggunakan wagon berwarna ceria untuk menarik perhatian golongan muda serta keluarga, pasangan suami isteri ini turut menjual produk mereka pada harga yang berpatutan. Francais "Kami menjual setiap satu kek cawan pada harga RM2.80 dan ice blended bermula daripada RM5. Ia bukan sahaja mampu dibeli tetapi berkualiti, bersih dan segar kerana setiap hari kami akan membakar kek cawan yang baharu. "Polisi kami, tiada kek cawan yang akan dijual sebanyak dua kali. Jika jualan pada hari tersebut tidak habis, bakinya kami akan berikan kepada jiran ataupun dibuang," katanya yang berminat untuk mencuba pelbagai resipi keluarga selain mendalami buku-buku masakan yang dibeli oleh ibunya sejak kecil. Turut bercita-cita untuk membuka kedai bakeri sendiri, Fatimah kini sedang mengumpulkan seberapa banyak pengalaman dan ilmu perniagaan memandangkan ia memerlukan komiten dan modal yang tinggi. "Impian itu ada. Namun, saya lebih selesa berniaga begini, lagipun anak masil kecil. Saya mahu orang mengenali jenama Cookies Wagon sebelum membuka cawangan kedai bakeri. Kalau boleh, saya mahu lori merah jambu ini ada di setiap negeri," katanya yang menjemput orang ramai yang berminat untuk turut serta dalam perniagaan francais Cookies Wagon. | ||||||
| Rosnani bekerja dari rumah demi anak Posted: 30 Jun 2013 03:32 AM PDT
MELANGKAH masuk ke pekarangan rumah milik seorang kontraktor wanita dan pereka hiasan dalaman, Rosnani Mohamad, 53, kru Jurnal kagum dengan hiasan serta dekorasi yang diketengahkan bagi memberi inspirasi kepada para pelanggannya. Menjadi pereka hiasan dalaman selama 26 tahun, Rosnani tidak menyangka kerjaya yang pada mulanya dilakukan secara sambilan kini menjadi sumber pendapatannya apabila dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat perkapalan pada tahun 2002. "Sebenarnya, saya tiada langsung latar belakang dalam bidang hiasan dalaman. Namun, saya meminati bidang tersebut," katanya. Rosnani berkata, dia menceburi bidang itu juga secara tidak sengaja apabila dia memerlukan perbelanjaan kerana suaminya, Muhammad Nor Katim, 56, jatuh sakit. "Sejak itu, saya mula tercari-cari kerja apa yang saya boleh lakukan bagi menambah pendapatan," katanya. Wanita itu memberitahu, dia kemudian mendapati dirinya mewarisi kemahiran menjahit daripada ibunya. "Buat permulaan, saya mengambil upah menjahit langsir dan lama-kelamaan saya cuba pula menjual kertas dinding dan perabot bagi menambah pendapatan kami sekeluarga. "Saya mengambil inisiatif dengan mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang hiasan dalaman untuk menambah pengetahuan saya dalam bidang itu selain mendalami ilmu berkaitan pembuatan perabot," ujar ibu kepada empat orang anak ini. Tambahnya, dia juga pernah membuat hiasan dalaman di rumah rakan-rakannya secara percuma ketika mula-mula menceburi bidang hiasan dalaman. Secara tidak langsung, kata Rosnani, ia merupakan promosi buat dirinya sendiri kerana rakan-rakannya itu mula menyukai konsep hiasan yang dibawanya. "Untuk mengetahui sesuatu material itu cantik atau tidak, saya akan mengaplikasikannya di rumah saya terlebih dahulu sebelum memberi cadangan kepada para pelanggan. "Saya sudah banyak kali menukar kertas dinding di rumah ini. Ketelitian "Saya turut mengambil kursus untuk menjadi kontraktor bagi mendalami ilmu berkaitan pembuatan rumah yang bermula dari A hingga Z kerana saya sememangnya tiada pengetahuan mengenai bidang yang diceburi itu tetapi saya berusaha untuk mempelajarinya. "Saya sendiri tidak menyangka akan serius dalam bidang ini kerana bagi saya, apabila bercakap tentang perniagaan yang hendak dijalankan, ia mestilah mempunyai kaitan dengan hobi dan minat seseorang. "Jika perniagaan yang dijalankan itu sudah menjadi minat kita, segalanya-galanya tidak mustahil. Saya pernah cuba untuk menjadi mak andam tetapi saya mendapati, jiwa saya bukan ke arah itu walaupun saya boleh menyolek dengan baik," jelasnya yang pernah membuka spa tetapi menjualnya kepada rakan disebabkan kekangan masa. Menurutnya, bidang hiasan dalaman merupakan sesuatu yang baharu di Malaysia dan ia boleh dikatakan sinonim dengan golongan atasan disebabkan kosnya yang mahal tetapi golongan pertengahan juga sebenarnya boleh mendapatkan khidmat pereka hiasan dalaman mengikut bajet mereka.
"Selalunya, bidang ini lebih menjadi tumpuan golongan atasan dan bagi saya, jika kena pada bajetnya dan apa yang dimahukan pelanggan, tidak mustahil golongan pertengahan juga boleh mendapatkan khidmat pereka hiasan dalaman. "Menceburi bidang ini memerlukan saya menjadi seorang yang sangat teliti kerana jika terdapat kesalahan, hasilnya pasti tidak memuaskan hati saya dan pelanggan selain menimbulkan banyak masalah pada kemudian hari. "Selain itu, sukar untuk mencari satu konsep yang spesifik dan sesuai serta menepati cita rasa pelanggan. Saya akan memastikan konsep yang diberi kepada pelanggan mestilah sesuatu yang praktikal dan ia juga boleh digabungkan dengan perabot lama milik mereka," tambahnya yang akan memastikan semua projeknya mengikut bajet pelanggan. Ujarnya, pelbagai pengalaman serta bermacam-macam kerenah pelanggan yang terpaksa dilaluinya. Namun, semua itu tidak pernah mematahkan semangatnya demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya. "Agak sukar juga memenuhi permintaan para pelanggan kerana pasti terdapat percanggahan pendapat dan saya perlu menyatukan semua pendapat yang diterima itu untuk memperoleh hasil yang memuaskan. "Saya juga pernah ditipu apabila disuruh melakar reka bentuk terlebih dahulu tetapi setelah lukisan itu diberi kepada pelanggan, dia bertindak mendapatkan khidmat daripada pereka hiasan dalaman yang lain dengan menggunakan idea saya itu. "Bayangkan perasaan saya ketika itu kerana untuk mendapat idea bagi sesuatu konsep itu bukannya kerja yang mudah sehinggakan saya tidak tidur malam bagi menyiapkan lakaran tersebut tetapi akhirnya mereka senang-senang sahaja mengupah pereka lain dan menggunakan idea saya itu," ujarnya yang bercita-cita mahu membuka sebuah syarikat pembinaan. Wanita itu berkata, semasa dia mula menjadi kontraktor, ramai orang yang tidak percaya dengan kemampuannya untuk mengendalikan sesuatu projek. Berfikiran positif "Semua itu menjadi cabaran kepada saya termasuklah membina perhubungan dengan pihak pembekal. Namun, selepas melihat hasil kerja saya, mereka mulai percaya kemampuan seorang wanita untuk mengendalikan projek pembinaan dan secara keseluruhannya, masa selama satu tahun setengah diperlukan untuk menyiapkan satu projek pembinaan. "Saya akan sentiasa memantau sesuatu projek pembinaan kendalian saya dari A hingga Z bermula dari tanah kosong sehinggalah ia menjadi sebuah rumah dan saya tidak boleh lepas tangan kerana semuanya memerlukan ketelitian yang tinggi. "Dahulu saya menyewa sebuah pejabat untuk memudahkan urusan. Namun, disebabkan kerja itu memerlukan saya sentiasa berada di lokasi pembinaan, saya membuat keputusan untuk hanya beroperasi dari rumah sahaja," katanya yang mempunyai tujuh orang pekerja tetap. Menurut Rosnani, keadaan itu berlaku kerana selain dapat menjimatkan kos ia lebih fleksibel sekali gus menyebabkannya mempunyai lebih masa bersama keluarga. Dia berkata, pelbagai cabaran terpaksa dilaluinya kerana jarang sekali kaum wanita menjadi kontraktor. "Saya percaya rezeki masing-masing walaupun terpaksa bersaing dengan bangsa lain yang sememangnya pakar dalam bidang ini. Bagi saya, jika orang lain boleh lakukan, tidak mustahil saya boleh melakukannya," jelasnya. Ketika ditanya mengenai pengalaman pahit dan manis dalam hidupnya, Rosnani memberitahu, kenangan pahitnya ialah apabila satu-satunya anak lelakinya, Aizat Naim, 21, sakit sejak 13 tahun. "Ketika dia berumur lapan tahun, dia disahkan menghidap demam panas dan sejak itu, dia hanya terlantar di katil kerana tidak boleh berdiri serta bercakap. Dia hanya sempat bersekolah sehingga darjah dua namun saya berfikiran positif selain berharap dia akan sembuh. "Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat remaja sebayanya melalui zaman persekolahan, universiti dan seterusnya mendirikan rumah tangga. Namun, saya menganggap ia merupakan ujian kepada saya," ujarnya. Menurutnya, saat-saat manis yang dirasainya sebagai ibu adalah apabila dia berpeluang membawa anaknya itu mengerjakan haji dan umrah. "Dia hanya tersenyum ketika memandang Kaabah ketika kami membawanya mengerjakan umrah dan saya bersyukur kerana perjalanannya dipermudahkan sebagai tetamu Allah SWT. Dia juga tidak banyak meragam sepanjang berada di sana," jelasnya. Menurutnya, pelanggan merupakan kekuatan utama bagi kemajuan perniagaan. "Saya akan memastikan para pelanggan saya memperoleh apa jua mereka inginkan selain berpuas hati dengan mutu kerja saya kerana ada di antaranya yang sangat teliti dan cerewet dengan hasil kerja. "Saya juga sering berpesan kepada para pekerja supaya sentiasa teliti dalam setiap kerja yang dilakukan bagi meminimakan aduan daripada para pelanggan selain menjaga kebajikan mereka," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



































0 ulasan:
Catat Ulasan