Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Peraduan Jom Menonton Filem PACIFIC RIM Posted: 30 Jun 2013 10:35 PM PDT Sebuah filem aksi pertarungan mendebarkan, PACIFIC RIM lakonan Charlie Hunnam menggegarkan pawagam seluruh Malaysia. Saksikan aksi yang penuh dengan suspen ini di pawagam berhampiran anda mulai 11 Julai 2013 ini.
Mahu memenangi hadiah? Warner Bros. Pictures ingin menghadiahkan:
Anda hanya perlu menjawab 3 soalan mudah & cipta slogan kreatif Soalan 1: Soalan 2: Soalan 3: Slogan: Saya ingin menonton filem PACIFIC RIM kerana… (tidak lebih 15 patah kata) Sertakan juga maklumat peribadi: Nama: Hantarkan jawapan anda kepada:
Tarikh tutup peraduan: Tajuk Email: Peraduan Jom Menonton Filem PACIFIC RIM SYARAT & PERATURAN:
Terima kasih kepada Warner Bros. Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang. Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 11 Julai 2013 Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia Komen via Facebook |
| Gambar Shaheizy Sam Terima Kereta Nissan 370Z Coupe Posted: 30 Jun 2013 03:47 PM PDT Hari ini hari Isnin, hari pertama dalam minggu yang baru, dan juga bulan yang baru. Ya, sedar tak sedar kita dah pun sampai di bulan baru iaitu Julai. Budiey doakan segala apa yang kita rancangkan untuk bulan Julai ini akan berjalan dengan lancar. Sabtu dan Ahad lalu, Budiey menempuhi jadual yang sangat padat sampai tak dapat mengemaskini blog ini dengan berita-berita terbaru. Ouch, maafkan saya. Sabtu lalu, Budiey sekali lagi telah dipilih untuk menjadi juri untuk program Over The Top musim kedua dan kemudian terus ke Blogger Drive anjuran Honda. Sabtu lalu juga kita dapat menyaksikan kemenangan Kelantan membenam kemaraan Johor sekaligus dapat mengekalkan kejuaraan Piala FA untuk musim ini. Yahooo, Kelate meney, Kelate meney yaw! Tahniah untuk pasukan Kelantan yang berjuang habis-habisan! Pada hari ini, Budiey nak ucap tahniah buat pelakon terkenal iaitu Shaheizy Sam yang telah menerima hadiah kemenangan di ABPBH 2012 iaitu kereta Nissan 370Z Coup yang bernilai RM354,400. Wow! Bila Sam nak bawa kita jalan-jalan ni ye?
Budiey lihat bukan main seronok duaronok lagi Sam dapat kereta baru ni. Syukurlah Alhamdulilah. Rezeki dari Allah. Itu kata Sam. Kalau dulu, Sam asyik berangan memandu kereta mewah ni, sekarang anganan itu dah jadi kenyataan. Kalau dulu, Sam hanya mampu pandang dari jauh kereta idamannya itu, kini dia dah mula dapat pegang stering kereta. Boleh bawa Fazura jalan-jalan. Eh? Bukan itu sahaja, Sam juga telah memilih SS4M sebagai nombor pendaftaran kereta itu sehingga sanggup menjejaki dan menemui pemilik asal nombor terbabit di Sabah.
Sam sebelum ni dah ada dua buah kereta hasil kemenangannya di ABPBH, Sam sekali-kali tak mahu menjual kereta itu. Menurut Sam lagi, dia kata hadiah kereta Nissan 370Z Coupe adalah yang paling bermakna yang pernah diberikan oleh peminat. Saat Indah untuk diabadikan: Bergambar bersama Pemenang Hadiah Utama ABPBH 2012, pelakon Shaheizy Sam (tengah) bersama para peminat beliau, Berita Harian and ETCM (dari kiri ke kanan): 1. En. Shamshul Azree Shamshir, 2. Farah Ezrin Mohd Rashidi 3. Norhana Naridon 4. En. Mahfar Ali 5. Shaheizy Sam 6. Mr. Tan Keng Meng 7. Mr. Tom Yang Edaran Tan Chong Motor (ETCM), penaja utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012), menyerahkan Nissan 370Z Coupe kepada pelakon Shaheizy Sam dalam satu majlis yang cukup meriah di pusat membeli-belah One Utama pada hari ini. Kereta sports itu merupakan Hadiah Utama untuk kategori 'Bintang Paling Popular' dalam ABPBH 2012 yang dimenangi oleh Sam, 31. Nissan 370Z yang bernilai RM354,400 itu ditaja oleh ETCM. ETCM Serahkan Nissan 370Z Coupe kepada Shaheizy Sam, Pemenang Utama ABPBH 2012, Anugerah Bintang Paling Popular 2012. Tahniah Sam!Aktor terkenal itu diumumkan sebagai pemenang pada April lalu pada majlis anugerah ABPBH 2012 di mana beliau memperoleh undian paling banyak dan mempunyai kumpulan peminat yang ramai (beliau berjaya memperoleh sebanyak 79,656 undi) atas keunikan gaya lakonannya dalam filem-filem blokbuster seperti 'Songlap', 'Adnan Sempit 2' dan banyak lagi. Ini merupakan kemenangannya kali kedua selepas memenangi anugerah yang sama pada tahun 2010. Semasa majlis penyerahan tersebut, Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata,
Kegembiraan tersebut berganda apabila presiden kelab peminatnya yang dikenali sebagai 'The Magician Family', Norhana Naridon, diumumkan sebagai pembaca bertuah untuk kategori 'Pembaca Berita Harian'. Ini membolehkan beliau membawa pulang Nissan ALMERA bernilai RM70,000. Norhana berjaya memenangi hadiah tersebut selepas menghantar borang undian ABPBH 2012 terbanyak. Majlis penyerahan itu menjadi lebih menarik dan mengujakan apabila peminat-peminat setia Sam diberi peluang untuk berjumpa dengan aktor tersebut, selain merakam gambar dalam satu sesi autograf eksklusif. Dimulakan pada tahun 1987, ABPBH adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Berita Harian dengan kerjasama Orange Octopus untuk memberi anugerah kepada penyanyi, pelakon dan selebriti Malaysia paling popular yang terlibat dalam industri hiburan tanah air. Pemilihan dibuat berdasarkan kepada undi popular oleh para pembaca Berita Harian dan Berita Minggu. Ia merupakan anugerah pilihan pembaca yang paling berprestij untuk artis Malaysia dalam industri hiburan. Maklumat lanjut mengenai model-model Nissan di Malaysia, sila layari laman web: www.nissan.com.my. Kegembiran jelas terpancar di wajah Norhana, pembaca bertuah untuk kategori 'Pembaca Berita Harian' apabila menerima kunci kepada kereta Nissan Almera yang dimenanginya (dari kiri ke kanan): En. Mahfar Ali, Norhana Naridon dan Mr. Tan Keng Meng Sam, pelakon popular dan pemenang utama ABPBH 2012 tersenyum lebar bila menerima kunci kepada kereta Nissan 370Z Coupe yang mewah (dari kiri ke kanan): En. Mahfar Ali, Norhana Naridon dan Mr. Tan Keng Meng Sam (paling kanan), tidak sabar untuk menyemak hadiah kemenangan beliau, kereta Nissan 370Z Coupe yang mewah bersama dengan Mr. Tan Keng Meng (kiri) and En. Mahfar Ali (tengah). Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

















0 ulasan:
Catat Ulasan