RSS

Nuffnang

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Bunuh diri bantah ayah kahwin lagi

Posted: 05 Mar 2014 06:00 PM PST

Sanaa: Seorang lelaki berusia 34 tahun membunuh diri dengan terjun dari balkoni rumahnya di tingkat 15 selepas mengetahui ayahnya mahu berkahwin lagi.
Pelajar perubatan, Ramzi Modhesh menunggu dua rakan serumahnya masuk ke bilik masing-masing sebelum bertindak demikian.
Dia dilaporkan mati di tempat kejadian. 

Menurut rakannya, Ramzi sebelum ini pernah cuba membunuh diri selepas mendapat tahu ayahnya mempunyai isteri kedua. - Agensi
sumber : mymetro

Boleh kuat macam ‘king kong’

Posted: 05 Mar 2014 05:00 PM PST

Betong: "Pil seks Thailand boleh buat you kuat macam 'king kong'. Ramai sudah cuba makan dan bawa balik ke Malaysia untuk dijual," kata salah seorang peniaga kedai ubat di bandar Betong, selatan Thailand.
Wartawan Harian Metro yang menyamar sebagai pelanggan ditawarkan pelbagai jenis pil rangsangan seks oleh peniaga berusia 50-an itu yang mendakwa pil dan kapsul buatan Thailand lebih hebat berbanding pil Viagra atau Cialis yang diimport dari Amerika Syarikat. 
Pemilik kedai ubat dikenali sebagai 'Bhicai' yang fasih berbahasa Melayu itu memaklumkan terdapat pelbagai jenis pil rangsangan seks dijual bermula dari harga Bath30 (RM3) sehingga Bath200 (RM20) sebiji. 

"Kalau datang ke Betong memang wajib beli pil kuat seks. Harga di sini memang murah dan boleh bawa balik ke Malaysia sebagai cenderahati.
Foto
BHICAI menunjukkan pil rangsangan seks dijual kepada wartawan yang didakwa mendapat sambutan pelancong Malaysia.

"Pil ini tak ada tarikh luput dan dijamin puas hati 'lama'. Awak boleh beli banyak dan jual di Malaysia. Saya bagi harga murah pada ramai pelanggan Malaysia yang mahu buat bisnes di Kuala Lumpur," katanya.
sumber : mymetro

Kekasih hati busuk

Posted: 05 Mar 2014 04:00 PM PST

Segamat: Akibat cemburu buta, seorang lelaki meminta teman wanitanya tidak mandi selama beberapa hari bagi memastikan tiada yang tertarik apalagi mahu memikatnya.
Selain itu, remaja berusia 16 tahun berkenaan juga tidak dibenarkan menghias diri ketika berada di khalayak ramai.
Dia dilarang bersolek apalagi mengenakan gincu dan tidak boleh memakai minyak wangi. 

Jika ingkar dengan permintaan itu, remaja berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ani akan dibelasah.
Foto

"Sepanjang setahun kami bercinta, sudah tiga kali saya dibelasah, tetapi kerana sayang dan dia sentiasa berjanji mahu berubah, saya teruskan juga hubungan," katanya.
sumber : mymetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories