RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Neo-nasyid cara baharu Mu'adz

Posted: 21 Mar 2014 07:18 AM PDT



ALBUM terbaharu Mu'adz diberi suntikan moden.


PELBAGAI usaha dilakukan penggiat seni nasyid untuk memartabatkan alunan muzik yang berunsur nasihat. Gubahan dari segi susunan lirik dan lagu yang lebih ke arah rancak dan moden disuntik bagi memenuhi citarasa pendengar mengikut arus perubahan semasa.
Seperti lagu-lagu lain, genre nasyid juga melalui beberapa perubahan fasa. Ingin lari daripada kebiasaan, penyanyi nasyid solo, Mu'adz Dzulkefly mengambil keputusan untuk membawa perubahan dengan membawa genre baharu iaitu neo-nasyid.
Berbanding dengan genre nasyid kontempori yang hanya menggunakan peralatan muzik yang terhad, Mu'adz berkata, neo-nasyid menggabungkan peralatan muzik moden termasuk drum, gitar dan keyboard.
Namun, pada masa yang sama pengisian dan lirik masih lagi berpaksikan unsur ketuhanan dan nasihat.
"Saya rasa ia sesuai dengan peredaran semasa, dan saya cuma ingin memberi sentuhan baharu dan variasi kepada lagu nasyid itu sendiri.
"Dari segi pengisian lirik, neo-nasyid masih mengekalkan unsur nasihat dan ketuhanan. Saya juga menyelitkan unsur kehidupan seharian bagi mendekatkan lagi lagu saya dengan pendengar," katanya ketika ditemui pada sesi fotografi di Studio Utusan, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mu'adz yang kini sibuk dengan promosi album terbaharunya Bisikan Hening; Rindukan Cahaya berkata, sehingga sekarang single terbaharunya iaitu Ketika Mencinta mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
"Saya masih lagi dalam proses untuk mempromosikan album yang baharu saja diterbitkan awal Januari lalu. Album tersebut secara keseluruhan memuatkan lapan lagu dan tiga daripadanya merupakan instrumental.
"Album kali ini berbeza daripada album sebelumnya kerana ia mendapat sentuhan daripada komposer dan penulis lirik dari Indonesia iaitu Ferhad.
"Alhamdulillah, sehingga kini maklum balas yang diterima daripada peminat menerusi laman sosial Facebook dan Instagram saya amat memberangsangkan," katanya jejaka yang berusia 35 tahun.
Ketika diminta mengulas mengenai mengapa dia mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan komposer dan penulis lirik dari Indonesia, Mu'adz berkata, dia ingin mencari satu kelainan dalam muzik nasyid itu sendiri.
"Indonesia terkenal dengan penghasilan lagu yang berbentuk puitis dan pengisian yang bermakna. Saya rasa tidak salah untuk menerima sentuhan daripada orang luar demi membawa pembaharuan dalam arena nasyid tanah air," ujarnya.
Solo
Mengulas mengenai arah tuju karier muziknya, kini lebih selesa bergerak secara solo dan membawa lagu yang berunsurkan nasyid.
"Saya memilih untuk bergerak secara solo memandangkan ia lebih mudah kepada saya untuk melakukan apa yang disukai. Bukan mudah untuk bergerak secara berkumpulan jika kurang kefahaman antara satu sama lain.
"Saya sudah biasa bergerak kumpulan dan tahu ia agak susah untuk mendapat kimia antara ahli anggota kumpulan. Di samping itu, jika dilihat kebanyakan penyanyi nasyid di luar negara bergerak secara solo," katanya yang sudah enam tahun berkecimpung dalam dunia nasyid.
Walaupun bergerak secara solo, namun Mu'adz mempunyai band iringan (sessionist) yang akan membantunya sekiranya dia melakukan persembahan secara langsung.
Pengacara
Bercerita mengenai perkembangan dalam karier seninya, kini baru mula berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan TV.
Mu'adz yang akan mengendalikan sebuah program rancangan TV berbentuk jelajah Islamik selama 30 episod itu akan menemui penonton di stesen televisyen AlHijrah menjelang Ramadan ini.
"Selepas menjalani sesi pemilihan sebagai pengacara, alhamdulillah, saya terpilih. Walaupun agak kekok namun saya akan cuba memberikan yang terbaik kelak.
"Saya kini membuat persiapan untuk ke Jordan, Turki, Itali dan beberapa negara Tebing Barat lain dan akan berada di sana untuk sebulan," ujarnya.


'Tanpa cinta saya bukan manusia baik'

Posted: 21 Mar 2014 07:17 AM PDT


  • Johan

SETELAH beberapa kali terjerat dengan kontroversi percintaan,  Johan As'ari, mengakui dirinya semakin matang dan lebih tahu bagaimana untuk menghargai cinta, Malah akui pelakon Juvana ini, kontroversi lalu tidak langsung memberi kesan negatif terhadap diri dan juga kariernya.

"Alhamdulillah rezeki pada tahun ini sangat murah walaupun pelbagai cerita kurang enak melibatkan nama saya. Saya masih menerima pelbagai tawaran daripada produksi dan jadual saya padat sehingga Jun depan.

"Saya juga percaya kontroversi yang melanda itu tidak ada kena mengena dengan rezeki seseorang kerana ia ketentuan ALLAH," katanya yang ditemui di majlis pelancaran program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435 Hijrah di Hotel Royale Chulan, baru-baru ini.

Johan berkata, walaupun hubungan cintanya sering kecundang, namun dia tidak pernah serik untuk mencari pasangan yang benar-benar sesuai dengan dirinya.

"Apa sahaja yang berlaku dalam hidup saya sebelum ini adalah satu pengalaman dan pengajaran yang mematangkan saya.

"Istilah serik tidak timbul kerana saya yakin akan menemui wanita sesuai dengan restu ibu bapa," katanya yang pernah menjalinkan hubungan bersama aktres seksi, Lana Nordin, selain pernah dikaitkan dengan beberapa artis wanita lain, termasuk, Shila Amzah, Nabila Huda dan Izreen Azminda.

Tambahnya, dia kini sedang belajar untuk memperbaiki diri sendiri dan yakin dengan jodoh yang ditentukan Tuhan untuknya kelak.

"Kalau saya mahu perempuan yang baik maka, saya harus mempersiapkan diri dan menjadi seorang yang baik. Bila saya ke arah itu, jadi Insya-ALLAH saya akan dipertemukan dengan jodoh yang baik.

"Kini saya juga semakin lebih tahu menghargai apa itu cinta. Pada saya, ia adalah satu perkara yang baik dan suci. Tanpa cinta saya bukan manusia yang baik," katanya.

Sementara itu, Johan juga menolak persepsi sesetengah pihak bahawa kini ramai wanita takut untuk mendampinginya.

"Perkara itu tidak benar. Sejujurnya, saya memang mempunyai ramai kawan wanita. Malah, saya sekarang masih berkawan baik dengan mereka," katanya yang bakal kembali memasuki set penggambaran sekuel, Juvana dalam masa terdekat.

Rajin zikir, solat hajat rahsia cemerlang

Posted: 21 Mar 2014 07:10 AM PDT


  • Rajin zikir, solat hajat rahsia cemerlangIzzah (kiri) dan Faqihiyah menunjukkan slip SPM mereka, semalam.

KOTA BHARU - Rajin berzikir dan solat hajat, memberi keyakinan kepada dua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh 12A dari Maahad Muhammadi Perempuan, semalam.

Faqihiyah Abu Bakar, 18, yang berasal dari Lundang, berkata, dia sememangnya tidak sangka meraih keputusan cemerlang itu kerana hanya memperoleh 10A dalam peperiksaan percubaan.

"Saya mempunyai bilik belajar sendiri di rumah dan sentiasa solat hajat serta mengamalkan zikir dalam usaha mendapatkan keputusan cemerlang ini.

"Dalam peperiksaan percubaan, saya hanya dapat B+ untuk mata pelajaran Fizik dan C bagi Matematik Tambahan, justeru, saya beri penekanan dan akhirnya kedua-dua subjek ini saya peroleh A- dan A," katanya.

Sementara itu, bapanya, Abu Bakar Abdullah Kutty yang juga Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Kelantan, berkata, dia sentiasa memantau pelajaran anaknya.

Ibunya pula, Fatimah Hassan, 51, berkata, anak ketiga daripada enam beradik itu tidak makan makanan segera dan organ dalaman, sebaliknya gemar makan kismis, madu serta kurma.

"Dia banyak berzikir di rumah dan setiap hari saya akan pastikan anak makan sebelum jam 7 malam bagi memberi laluan kepadanya berzikir di bilik," kata guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor ini.

Sementara itu, seorang lagi pelajar 12A, Izzah Khairul Anuar, 18, dari Kampung Talak, Cabang Empat Tumpat berkata, dia hanya memperoleh keputusan sederhana ketika peperiksaan percubaan dan pernah gagal untuk subjek Kimia.

"Namun, guru kelas, Rohiah Mohamad selalu memberi semangat dengan menepuk di belakang saya semasa dalam kelas yang membuatkan saya menginsafi diri dan bersemangat," kata anak kepada guru Maahad Muhammadi Lelaki.

SPM: Anak Rozita Che Wan Dapat Keputusan Cemerlang

Posted: 21 Mar 2014 07:08 AM PDT


ss
Ammar bakal melanjutkan pelajaran di Universiti Nottingham Mei ini.
PETALING JAYA: Anak sulung Rozita Che Wan, Ammar Effendy berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM iaitu sebanyak 9A.

Keputusan itu adalah bagi mata pelajaran Matematik, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Agama Islam, Sejarah, Ekonomi , Geografi dan Akaun.

Ammar, 18, yang merupakan pelajar Kolej Yayasan Saad, Melaka, berkata, dia tidak sangka  memperoleh kejayaan tersebut, namun percaya berkat dan doa kedua-dua ibu bapanya memudahkannya lagi mendapat keputusan yang cemerlang.

"Alhamdulillah, syukur atas kejayaan ini. Selain usaha, saya percaya doa ibu dan ayah membuatkan saya berjaya mendapat keputusan yang ce,erlang.

"Apa-apapun, ini baru sahaja permulaan untuk meneruskan cita-cita saya di bidang Pelaburan Pembankan," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Khamis.
ammar
Rozita bersama dua orang anak lelakinya Ammar (kanan) dan Aniq.

Rozita pada pagi Khamis turut meluahkkan perasaan gembiranya menerusi foto sijil keputusan anaknya itu yang dimuat naik dalamInstagram miliknya dengan kapsyen:"Congratulation sayang. Im so proud of you."

Ditanya apakah rahsia kejayaan Ammar sehingga mampu meraih keputusan yang cemerlang, katanya, dia memastikan untuk mengulang kaji pelajaran selepas habis sekolah bagi mengingati semula apa yang telah diajar di sekolah.

Malah, Ammar turut aktif dalam aktiviti sukan bagi meningkatkan daya ingatan serta kepantasan IQ dalam berfikir.

Tambah Ammar, dia akan melanjutkan pengajian dalam bidang Pengurusan dan Perniagaan di kampus Universiti Nottingham yang terletak di Semenyih selama setahun bermula Mei ini.

"Buat sementara waktu, saya akan belajar selama setahun di Semenyih sebelum menyambung pengajian ke universiti tersebut di United Kingdom," ujarnya.

Selain Ammar, Rozita turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Aniq Ezzra, 16.

'Tanya Dia, Jangan Tanya Saya' - Suami Sari Yanti

Posted: 21 Mar 2014 07:07 AM PDT


Mohd Edy berkata dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengulas mengenai perkara itu memandangkan dia bukan seorang selebriti.
PETALING JAYA: Suami kepada pelakon dan peserta program Fear Factor Musim Kedua, Sari Yanti iaitu Mohd Edy Casmadi Che Hussin meminta pihak media tidak bertanya sebarang soalan mengenai keretakan rumah tangganya bersama wanita berkenaan kepadanya.

Mohd Edy, 34, ketika ditemui diperkarangan Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini pada Khamis berkata, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengulas mengenai perkara itu memandangkan dia bukan seorang selebriti.

"Tanya dia, jangan tanya saya. Lebih baik dia (Sari Yanti) yang memberikan komen mengenai perkara ini kerana saya bukannya selebriti," katanya kepada mStar Online.

Pada 25 Februari lalu, Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Usaha untuk memperbaiki keadaan juga tidak berhasil apabila kedua-dua belah pihak tidak hadir untuk mengikuti proses sulh (berdamai) yang sepatutnya berlangsung di Kompleks Mahkamah Syariah Seremban, pada Rabu lalu.

Mengulas mengenai perkara berkenaan, Mohd Edy secara ringkas memberitahu; "Saya tidak bersetuju dengan penceraian".

Terdahulu, Mohd Edy hadir di mahkamah tersebut bagi sebutan permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkannya terhadap Sari Yanti selaku defendan pada 7 Mac lalu dihadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah.
Sari Yanti menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan pada 25 Februari lalu.

Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 60 (2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pada prosiding berkenaan, Mohd Edy memberitahu mahkamah, isterinya telah pun dimaklumkan mengenai permohonan itu bagaimanapun dia sebagai plaintif gagal untuk menyerahkan surat saman kepada wanita berkenaan.

"Saya pertama kali cuba membuat penyerahan saman tersebut kepadanya di rumah beralamat di Petaling Jaya namun defendan tidak berada di rumah.

"Saya kemudiannya sekali lagi cuba menyerahkan saman sama di kediaman keluarga Sari Yanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan namun usaha itu juga gagal," katanya.

Mohd Edy bagaimanapun berkata, saman berkenaan hanya diserahkan kepada kakak kepada defendan.

Dalam pada itu, peguam syarie, Munirah A. Bakar yang mewakili Mohd Edy berkata, pihaknya menfailkan afidavit penyampaian saman berkenaan dan menyerahkan kepada mahkamah pada 19 Mac.

Munirah turut memohon kepada mahkamah supaya penyampaian surat saman berkenaan dapat dibuat secara tampalan di rumah defendan di Kuala Pilah.

Hakim Abdul Halim membenarkan permohonan berkenaan dan mengarahkan ia difailkan secara bertulis kepada mahkamah.

Kes ditangguh untuk sebutan semula pada 30 April depan.

Hasil perkongsian hidup dengan Mohd Edy Casmadi selama lima tahun, Sari dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2.

Harapan baharu Sarimah Ibrahim

Posted: 21 Mar 2014 07:04 AM PDT


SARIMAH dan kekasihnya, Jamie sedang mendalami karakter masing-masing.


PENGALAMAN kadang kala merupakan guru yang terbaik dalam membentuk diri kita menjadi seorang yang matang mengharungi liku-liku kehidupan. Itulah ungkapan kata-kata emas yang dilontarkan oleh selebriti berdarah kacukan Irish-Melayu, Sarimah Ibrahim.
Walaupun pernah gagal melayari bahtera kehidupan rumah tangga sekitar lima tahun dahulu, ia bukan menjadi penghalang untuk Sarimah menerima orang baharu dalam kehidupannya.
Mengakui perasaan sedikit cemas dan serik untuk berpasangan, Sarimah bagaimanapun cuba memberanikan diri untuk menerima Tunku Nadzimuddin atau lebih mesra disapa Jamie dalam kehidupannya.
Tempoh perkenalan yang singkat iaitu tiga bulan sudah mampu membuat pasangan ini serasi bagaikan sudah lama bersama. Pertemuan mereka berlaku secara kebetulan. Sarimah berkata, ada sedikit kelainan pada diri Jamie yang membuatkan dirinya terbuka hati untuk menerima kembali cinta lelaki.
"Ada sedikit kelainan pada diri Jamie. Dia merupakan seorang yang penyayang dan memahami. Dia cukup lengkap bagi saya. Kami juga banyak berkongsi persamaan bersama dan persamaan itulah yang membibitkan perasaan cinta antara kami berdua.
"Namun, pada masa yang sama juga masih dalam proses saling mengenali antara satu sama lain. Kami tidak ingin terlalu gopoh bila berbincang mengenai hal ini kerana ia melibatkan banyak pihak termasuk ibu bapa kami," ujar Sarimah yang ditemani Jamie ketika segmen khas Desperately Seeking Sarimah (#DSS) bersama Mix FM di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.
Mengambil masa lima tahun untuk mencari pengganti, Sarimah mengakui dia agak takut dan serik untuk bercinta lagi.
Baginya, pengalaman bersama bekas suami, Andrew Browning Abdullah menjadikan dia berhati-hati mengatur langkah terutamanya melibatkan teman hidup.
"Saya tidak pernah terfikir untuk mempunyai teman hidup apatah lagi untuk berkahwin lagi. Saya rela mengambil anak angkat sebagai peneman hidup. Namun, segalanya berubah selepas kedatangan Jamie.
"Dia memberi harapan baharu dan merubah pemikiran serta perspektif saya mengenai kehidupan dan saya senang bersamanya. Berkongsi minat dan hobi yang sama buat saya lebih rapat dengannya," ujar pelakon yang pernah membintangi filem Janji Diana itu.
Dedah kekasih
Mengulas mengenai sebab pelantun lagu Kini Kau Tiada itu ingin mendedahkan kekasihnya, Sarimah berkata, dia ingin mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Baginya biarlah dia jujur sebelum spekulasi tidak baik timbul.
"Biarlah saya uar-uarkan perkara ini sebelum ia menjadi fitnah, saya tidak mahu orang ramai menyalah ertikan hubungan kami selepas ini. Apabila semua sudah jelas, Insya-Allah segalanya akan menjadi baik.
"Saya sedar risiko apabila mendedahkan hubungan kami kerana ia begitu singkat, namun adakalanya risiko itu perlu dihadapi untuk mengecapi masa depan yang diingini," ujarnya.
Sarimah menambah, pada mulanya dia ingin merahsiakan perhubungannya namun memandangkan dia merupakan selebriti, hasrat tersebut terpaksa dibatalkan demi menjaga hati semua pihak terutamanya kekasihnya, Jamie.
SELEPAS bercerai dengan lelaki berbangsa Inggeris, Sarimah mahu bahagia bersama Jamie.


Bercerita mengenai titik tolak kepada pendedahan kekasihnya yang juga cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Sarimah berkata, Desperately Seeking Sarimah (#DSS) di Mix FM merupakan antara sebab utama dia mendedahkan kekasihnya itu.
Segmen DSS yang dikendalikan oleh Deejay Rod Monteiro itu telah merangka sebuah program untuk mencari teman kepada Sarimah dan pemenang akan berpeluang untuk makan malam bersama selebriti itu.
Segmen tersebut mendapat sambutan luar biasa daripada peminat apabila disertai lebih 400 penyertaan daripada seluruh dunia.
Empat finalis yang telah terpilih menampakkan kesungguhan mereka untuk menawan hati Sarimah dan daripada situ segalanya berubah.
"Ketika program tersebut berlangsung, saya berada di Hong Kong, China. Setelah pulang, saya amat terkejut apabila Rod memberitahu saya supaya memilih finalis yang telah disenarai pendekkan.
"Saya tidak sangka, pada masa yang sama saya mulai sedar perkara ini bukannya main-main dan saya terpaksa meminta maaf secara baik kepada finalis itu dan mendedahkan bahawa hati saya telah berpunya," katanya.
Serik bersuamikan orang putih.
Sarimah memberitahu, dia kini sudah serik berkahwin dengan lelaki warga asing. Perbezaan budaya dan kehidupan merupakan antara elemen yang penting baginya kini.
"Pada mulanya saya tidak kisah siapapun yang akan menjadi suami saya kerana saya percayakan jodoh, tetapi pada masa yang sama pengalaman bersuamikan orang luar sememangnya mengajar saya.
"Persamaan budaya sangat penting dalam memastikan kebahagiaan dan kefahaman dalam perhubungan suami isteri terjalin dengan penuh harmoni," ujarnya.
Sarimah menambah, kekasih baharunya, Jamie merupakan seorang lelaki Melayu dan sudah biasa dengan kehidupan dan sosiologi di Malaysia. Permasalahan seperti silang budaya tidak menjadi masalah kepadanya.
"Saya bersyukur akhirnya saya ditemukan dengan jejaka Melayu, ramai orang mengatakan bahawa saya hanya memilih lelaki berkulit putih sahaja untuk dijadikan suami, tapi pandangan mereka salah.
"Saya lebih selesa sebenarnya jika bakal suami saya terdiri daripada orang Melayu sahaja," ujarnya yang bakal muncul dengan sebuah single berjudul You On My Mind. bersama penyanyi dan penulis lirik terkenal Eropah, Simon J Bailey.
Jamie bersedia
Dalam pada itu, kekasih Sarimah yang setia menemaninya di sisi, Jamie tersenyum ketika ditebak dengan persoalan kesediaannya untuk menerima selebriti dalam kehidupannya.
Jamie sebelum ini mengaku dia tidak pernah mengenali Sarimah secara peribadi, namun dalam masa singkat dia cuba untuk memahami hati kekasihnya itu.
"Memandangkan saya sudah lama berada di luar negara untuk menamatkan pengajian di sebuah Universiti di West Sussex, United Kingdom, saya tidak tahu menahu pasal perkembangan dia apatah lagi dunia hiburan.
"Namun setelah mula mengenalinya, saya mula membuat kajian mengenai latar belakangnya dan cuba memahami kerjayanya sebagai seorang anak seni.
"Dia merupakan selebriti, saya perlu faham dia bukan milik saya sahaja dia milik semua orang terutamanya peminatnya. Saya juga cuba untuk memahami kerjaya dia," ujar jejaka yang berusia 42 tahun itu.


Dilema pelakon dan pihak produksi

Posted: 21 Mar 2014 07:03 AM PDT

QAZEM NOR


DUA pelakon drama, Qazem Nor, 41, dan Elly Azman, 35, baru-baru ini meluahkan rasa kecewa apabila nama mereka disingikirkan pada saat-saat akhir sebelum penggambaran drama bermula.
Perkara tersebut bukanlah satu isu yang baharu. Menurut Qazem yang ditemui pada majlis sidang akhbar anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di M Cafe di Plaza Damansara, Kuala Lumpur, pihak produksi sering menggunakan alasan pihak stesen televisyen telah menolak nama mereka.
"Ini bukan pertama kali berlaku dan saya yakin ramai pelakon sudah terkena perkara yang sama. Walhal, dalam masa yang sama saya juga menerima tawaran daripada produksi lain dan pihak stesen televisyen yang didakwa tidak mahukan saya tidak ada masalah dengan saya.
"Saya tidak tahu adakah benar pihak stesen televisyen tidak mahu saya atau pihak produksi yang mencari alasan mudah untuk menyingkirkan seseorang pelakon selepas mereka menerima pelakon yang memberi sebut harga yang lebih murah daripada saya," ujar Qazem.
Qazem yang sudah 10 tahun bergelar pelakon itu menjelaskan, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pihak stesen televisyen kerana faham pihak stesen mempunyai penilaian mereka sendiri.
Bagaimanapun, dia memohon pihak syarikat produksi yang menerbitkan drama di Malaysia supaya lebih telus ketika membuat tawaran kepada pelakon.
"Sebenarnya di Malaysia tidak banyak syarikat produksi yang mengikut protokol sebenar. Biasanya tawaran dibuat menerusi mulut dan atas dasar kepercayaan kami setuju selepas perbincangan dibuat.
"Kadang-kala kontrak hanya diperolehi ketika penggambaran sudah berlangsung. Maknanya, kami golongan pelakon boleh disingkirkan begitu sahaja dan kami tidak boleh mengambil sebarang tindakan untuk melindungi hak kami kerana tidak ada surat hitam putih. Perkara ini tidak adil kerana menjejaskan periuk nasi kami," jelas Qazem yang hanya diberitahu namanya tersingkir sehari sebelum penggambaran drama bermula.
Seorang lagi pelakon, Elly Azman juga mengalami perkara yang sama. Ujarnya, andai namanya telah disingkirkan oleh pihak stesen televisyen, syarikat produksi harus segera memberitahunya agar dia boleh menerima tawaran lakonan yang lain.
"Biasanya, syarikat produksi akan berdiam diri dan menggunakan alasan pihak stesen televisyen tolak nama saya. Sebenarnya saya tidak ada masalah andai nama saya ditolak pihak stesen televisyen tetapi tolonglah beritahu saya seawal yang mungkin bukannya selepas mendapat skrip atau dekat dengan tarikh penggambaran.
"Lakonan adalah periuk nasi utama saya. Apabila perkara ini berlaku saya kecewa kerana pelakon boleh ditendang sesuka hati. Dipanggil apabila diperlukan dan ditendang begitu sahaja apabila tidak diperlukan," balas Elly.
Bagi menyelesaikan masalah ini, Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan persatuan penerbit dan pihak Finas dalam masa terdekat.
"Jika tidak ada aral, mungkin pihak Karyawan akan mengeluarkan satu kontrak ringkas yang boleh d igunakan oleh semua ahlinya apabila mereka mendapat sebarang tawaran.
"Kontrak ini akan menjadi bukti sokongan seandainya berlaku sesuatu kekeliruan pada masa akan datang. Pihak yang menawarkan pekerjaan dan pihak yang menerima tawaran akan menandatangani kontrak itu atas persetujuan bersama.
"Pihak Karyawan akan membawa perkara ini kepada pihak Finas supaya mereka mengiktiraf kontrak tersebut," jelas Freddie.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories