Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Banyak Acara Hiburan Ditangguhkan Untuk Hormati MH370 | Lisa Surihani Posted: 09 Mar 2014 11:30 PM PDT Berikutan isu kejadian pesawat MAS MH370 yang masih hilang memberi kesan dan mengejutkan seluruh dunia, banyak penganjur acara hiburan telah mengambil keputusan untuk menangguhkan acara yang dianjurkan buat sementara waktu untuk menghormati misi pencarian pesawat MH370. Budiey kira, ini satu langkah yang baik untuk menghormati dan salah satu cara kita melahirkan rasa prihatin untuk mendoakan semoga pesawat MH370 yang hilang itu ditemui semula dengan selamatnya. Antara acara yang ditangguhkan ialah E! News Asia Special; Lisa Surihani anjuran NBCUniversal yang dijadualkan akan berlangsung esok di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur jam 2.30 petang. Budiey ada menerima emel dari penganjur yang mengatakan acara ini terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.
The multitalented actress and model is no stranger to the showbiz industry and have bagged many awards such as Best New Actress at the 2007 Malaysian Film FestivalBest Actress at the 23rd Malaysian Film Festival in 2010, just to name a few. Budiey ingin ucapkan tahniah buat Lisa Surihani kerana ada program berbentuk biografi perjalanan seninya di saluran E! Yea, dengan kejayaan pada hari ini, Lisa Surihani bakal tampil dalam E! News Asia Special yang akan membawa anda mengenali dengan lebih dekat artis yang terkenal dengan sifat merendah diri ini dalam industri showbiz dan perjalanan ke superstardom dengan rakaman eksklusif serta temu bual. Lisa Surihani @ E! News Asia Special akan ditayangkan pertama kalinya hanya pada E! (Astro Channel 712) ini 18 Mac @ 10 malam.Dalam pada itu, Budiey rasa sangat kesal dengan penyebaran khabar angin yang melampau-lampau di media sosial. Langsung diorang ni suka hati menyebar rumors tanpa mengira soal hati dan perasaan keluarga yang terlibat. Buat masa ini, dengan segala misteri dan tanda soal yang timbul, masing-masing cuba menjadi pakar penyiasat, pakar agama, pakar tilik nasib, pakar ramal, pakar segala-gala lah. Semoga isu ini juga mendapat perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia supaya bertindak ke atas individu yang tak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu di media sosial. Doa dan harapan masih berterusan, semoga pesawat yang hilang ini ditemui dalam keadaan yang selamat. Tidak berhenti berharap. Google+Komen via Facebook |
Shila Amzah Empati Jika Jadi Penumpang Pesawat MH370 Posted: 09 Mar 2014 10:03 PM PDT Budiey menyeru kepada semua pembaca blog Budiey.com agar kita semua sama-sama mendoakan penumpang dan anak kapal pesawat MH370 dan keluarga mereka. Hari ini, masuk hari yang ke-3 percarian pesawat MH370 yang hilang. Budiey lihat ramai selebriti telah melahirkan rasa empati dan simpati mereka menerusi laman sosial. Antara selebriti yang melahirkan rasa simpati ialah penyanyi yang selalu berulang-alik dari Kuala Lumpur ke China, tidak lain tidak bukan, Shila Amzah. Shila Amzah menzahirkan rasa simpati terhadap insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang dalam pernerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada pagi Sabtu lalu.
Menurut Shila, dia sering menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan tersebut untuk berulang-alik dari Beijing ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.
Selain tidak mahu insiden ini diperlekehkan pihak tertentu., Shila juga berharap agar mana-mana pihak tidak mempermain dan mempersendakan kejadian tersebut.
Apa yang kita harapkan sekarang ini, semoga pihak penyelawat dan misi mencari pesawat yang hilang ini dapat ditemui dalam masa terdekat. Amin. Insyaallah. Sementara itu, pada pagi Sabtu, MAS mengesahkan bahawa penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, penerbangan MH370, yang menggunakan pesawat B777 -200 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi pada 8 Mac 2014. MH370 dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. Penerbangan itu membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal. Usaha difokuskan kepada mencari pesawat ini. Itu yang paling penting sekarang ini. Google+Komen via Facebook |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan