RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


JoHaRa Pagi ERA Hadiah Notebook Untuk Pelajar Terbaik Era SPM 2013

Posted: 23 Mar 2014 11:21 PM PDT

Pada pagi tadi, JoHaRa Pagi ERA raikan pelajar cemerlang Sijil Peperiksaan Malaysia 2013, Nur Baitina binti Mohd Hassan yang telah mendapat keputusan cemerlang 10A baru-baru ini. Adik Nur Baitina merupakan anak kelima dari enam adik-beradik, telah membuktikan kesusahan hidup bukanlah penghalang bagi mencapai impian dan mengejar kejayaan dalam hidup.

JoHaRa Pagi ERA

Tidak sesenang dan semewah keluarga lain, Nur Baitina datang dari keluarga kurang berkemampuan, yang mana ayahnya tidak bekerja dan ibunya kadangkala bekerja sebagai pembantu kedai.

Menurut Penerbit Rancangan Pagi JoHaRa Pagi ERA, Raja Nadia Salwana binti Raja Hisham:

"Kebiasaannya memang JoHaRa akan meraikan pelajar-pelajar cemerlang yang dipilih secara rawak dari mana-mana sekolah setiap tahun. Jika sebelum ini kami meraikan berdasarkan keputusan SPM semata-mata, tapi untuk tahun ini JoHaRa bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pejabat Pendidikan Negeri Selangor untuk membantu kami mendapatkan maklumat mengenai pelajar cemerlang SPM yang kurang berkemampuan. Daripada maklumat yang diperolehi mengenai latar belakang adik Nur Baitina dan keputusan cemerlangnya di dalam SPM, kami bercadang untuk menganugerahkan dia sebagai Pelajar Terbaik ERA SPM 2013 dan menghadiahkan komputer riba kepadanya sebagai persediaan untuk memasuki universiti."

Selain itu, pemberian seumpama ini adalah untuk menghargai penat lelah para pelajar yang telah belajar bersungguh-sungguh di samping menunjukkan sokongan pihak ERA fm kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM kelak.

Pihak ERA fm juga turut berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah membantu dalam menjayakan hasrat JoHaRa Pagi ERA pada pagi ini.

JoHaRa Pagi ERA

JoHaRa Pagi ERA

JoHaRa Pagi ERA

JoHaRa Pagi ERA

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

Malaysia Jadi Tumpuan Dunia Gara-Gara Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014

Posted: 23 Mar 2014 11:11 PM PDT

Majlis Anugerah Dunia Sukan Laureus atau Laureus World Sports Awards akan disiarkan secara langsung ke lebih 100 negara dan dapat ditonton oleh lebih satu bilion penonton, selain disiarkan secara tertunda kepada lebih 180 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Majlis Anugerah Dunia Sukan laureus 2014, yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada Rabu, 26 Mac ini, akan dihadiri oleh penonton bertaraf bintang terdiri daripada atlet lelaki dan wanita serta tetamu terkenal dalam bidang fesyen, hiburan dan perniagaan.

jamie-foxx

Anugerah Dunia Sukan Laureus yang diadakan buat kali ke-15, adalah majlis pengiktirafan perdana dalam kalendar sukan antarabangsa. Pemenang, yang akan dipilih oleh anggota Akademi Dunia Sukan Laureus, iaitu panel juri sukan tertinggi yang dianggotai 46 legenda sukan terhebat yang masih hidup, akan diumumkan pada majlis gilang-gemilang di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Majlis Anugerah kali ini akan dikendalikan oleh pengacara Benedict Cumberbatch, iaitu pelakon terkenal Britain manakala pemenang Oscar dan Grammy, Jamie Foxx akan mengadakan persembahan istimewa.

Antara badan penyiaran Asia yang akan menyiarkan majlis anugerah ini secara langsung adalah: RTM (Malaysia), Shanghai Media Group (China), Fox Sports (Australia), Mediacorp (Singapura), Star Sports (India) dan Fox Sports (Pan-Asia). Berjuta-juta penonton dari seluruh dunia juga akan dapat menyaksikan majlis ini secara tertunda, beberapa hari selepas majlis anugerah berakhir, selain berjuta-juta lagi dapat mengikuti berita mengenai majlis itu yang diagihkan oleh laureus pada malam majlis anugerah berlangsung. Majlis Anugerah Dunia Sukan Laureus kini adalah majlis anugerah kedua tertinggi dari segi jumlah penonton.

Sebagai tambahan, liputan meluas berita khas juga akan dihasilkan oleh CNN, Channel News Asia, Al Jazeera, Eurosport, Dubai Sports Channel dan Supersport, selain lebih 30 syarikat penyiar yang membuat liputan malam anugerah itu di Kuala Lumpur

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories