RSS

Nuffnang

- Blog Hanz -

sumber :-

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Cara Elak Penceraian

Posted: 21 Apr 2014 10:40 AM PDT



Perkahwinan bukanlah satu permainan bak kata orang tua-tua. Sering kita dengar perumpamaan ini apabila kita mahu berkahwin, ibu bapa selalu pesan perkahwinan adalah salah satu perkongsian hidup dan bukan sekadar berdasarkan cinta.


Namun, semakin hari dunia dan manusia seperti tidak endah akan perumpamaan yang sering kita peroleh itu apabila kini hari boleh kita lihat terlalu banyak kes penceraian yang berlaku walaupun sudah bertahun bersama. Ia benar bahawa jodoh itu ditangan yang Maha Berkuasa, namun penceraian bukan jawapan untuk segala perselisihan.

Blog Hanz ketengahkan beberapa panduan sekiranya anda diambang ribut perkahwinan untuk mengelak runtuhnya sebuah rumah tangga.

1. Komunikasi, komunikasi dan komunikasi
Kerapkan berkomunikasi bersama teman hidup anda kerana dalam rumah tangga, percakapan sesama sendiri mengukuhkan lagi perhubungan apabila kita berkongsi pendapat, perasaan dan masalah.

2. Meminta maaf dan cepat memaafkan kesalahan yang dilakukan
Jika berlaku pertelingkahan atau salah faham, segeralah untuk meminta maaf dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. Patuh pada janji dan  ikrar semasa saat pernikahan. Jika pasangan anda meminta maaf, segeralah memaafkan dan berbaik semula.

3. Setia, jujur dan hormat
Ketiga-tiga ini amatlah penting dalam setiap perhubungan demi menjaga ikatan itu agar kekal lama dan tidak berakhir dengan penceraian. Jangan sesekali curang dengan pasangan anda kerana buruk padahnya jika ada orang ketiga.

4. Tolak pemikiran tentang cerai
Jika anda menghadapi masalah dalam rumah tangga, elakkan dari memikirkan tentang penceraian. Cuba berhadapan dengan masalah itu dan tanganinya dengan jalan yang baik. Fikirkan dahulu tentang anak-anak dan kesannya jika bercerai.

5. Kongsi dan tangani masalah kewangan bersama
Sememangnya suami adalah ketua keluarga yang wajib untuk menyara isi keluarga. Namun, jika si suami mempunyai masalah kewangan, si isteri hendaklah bersama untuk menyelesaikannya. Bantu meringankan beban dengan ikhtiar menjalankan bisnes kecil-kecilkan atau alternatif untuk kembali bekerja. Tidak salah jika isteri bantu suami, atau sebaliknya. Bukannya angkat kaki dan tinggalkannya saja.

Also See and Read This : READ MORE

Gangguan Bekas Kekasih

Posted: 21 Apr 2014 10:38 AM PDT


Tatkala hubungan berbunga indah, hadir pula bekas kekasih pasangan anda yang bangkit rasa rimas. Bukanlah cemburu buta, namun anda ada hak untuk rasa ragu mengenai kehadiran orang ketiga itu. Ketahui 6 tanda hubungan pasangan anda dan bekas kekasihnya yang perlu diambil perhatian.


1. Bekas kekasih terlalu ingin perhatian
Dia sentiasa menghubungi pasangan anda ketika senang mahupun ada bantuan yang diperlukan. Ya benar dia sudah berpisah dengan kekasih anda, namun masih bergantung harap padanya termasuklah dari segi sokongan emosi!

2. Ingin kembali bersama
Jika bekas kekasihnya sentiasa menghantar SMS atau Whatsapp yang mengharapkan mereka kembali berhubungan dan 'I miss You' tertera di hujung pesanan.

3. Tiada sebab untuk berkawan
Mengapa perlu berhubungan bila bekas kekasihnya itu hanya sejarah silam? Ditambah pula apabila pasangan anda seakan tidak mahu berenggang dengan bekas kekasihnya walaupun anda tidak begitu selesa dengan hubungan itu.

4. Penipuan
Menidakkan kebenaran adalah sebab pincangnya sesebuah hubungan. Pasangan sanggup menipu mengenai pertemuannya atau serapat mana hubungan dengan bekas kekasih. Jika hubungan itu hanya teman biasa, mengapa perlu mencipta keraguan dan pembohongan?

5. Perbandingan
Dia membandingkan diri anda dan bekas kekasihnya secara negatif ketika kalian berselisih faham.

6. 'Aku atau dia?'
Jika benar hatinya seratus peratus milik anda, dia pasti akan menjadikan anda perkara utama dalam hidupnya. Justeru, jika dia sanggup berdebat dengan anda hanya kerana sejarah silamnya itu, maka anda bukanlah kepentingan yang dia sayangi.


Also See and Read This : READ MORE

DIRECTORY | 10 Spa Di Sekitar Lembah Klang

Posted: 21 Apr 2014 10:36 AM PDT



Spa semestinya menjadi salah satu tempat yang selalunya menjadi tempat kesukaan wanita untuk beristirehat sambil dilayani dengan urutan badan dan wajah untuk kesihatan serta kecantikan luar dan dalam.


Layanan yang diberikan selalunya mengikut kategori dan pakej yang berlainan. Bahkan ia boleh menghilangkan stress dan merehatkan minda dikala penat bekerja dengan dekorasi spa yang tenang dan damai. Terdapat banyak spa di sekitar lembah Klang yang menawarkan promosi dan pakej yang memuaskan untuk tubuh badan yang cantik dan sihat.

Blog Hanz ingin berkongsi senarai spa yang di sekitar lembah Klang yang anda mesti pergi.

1. Angsana Spa
Level 5
Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Malaysia
+603-2141 4321

2. Khareyana Spa
36 Jalan Selangor
46050 Petaling Jaya
Selangor, MALAYSIA
+603 7958 6219

3. Vita Spa
Lot 7, 1st Floor
Jalan Solaris 4
Solaris Mont Kiara
50480 Kuala Lumpur
+603 6203 6383


4. Jojoba Spa Wellness Tourism Malaysia
Tingkat 15, East Wing Tower, No.1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
+603-2141 7766

5. Spa Village
168, Jalan Imbi, Kuala Lumpur 55100 Malaysia
+60 3 2142 8000

6. Tanamera Spa
3-5 Sooka Sentral, Jalan Stesen Sentral 5, 50470 Kuala Lumpur
+603-2785 1815

7. Urban Retreat Spa
Lot 157, 1st floor, The Curve Shopping Mall, 6 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
+603-7710 3239

8. Bali Ayu Spa Sanctuary
57-2, Jalan Bangkung, Bukit Bandaraya, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur
+603 2094 4557 atau +603 2093 4558


9. Hammam Spa
3F7 &3F8, Bangsar Village 2, atau Level 4G, Publika Shopping Gallery Mont Kiara, Kuala Lumpur
+603-6201 0881 (Publika) +603-2282 2180 (Bangsar)

10. Taman Sari Royal Heritage Spa
No 10 Jalan 5/91A Taman Shamelin Perkasa ,Batu 3 1/2 Jalan Cheras 56100 Kuala Lumpur
+603-92873472


Also See and Read This : READ MORE

Petua Atasi Senggugut

Posted: 21 Apr 2014 10:28 AM PDT


Senggugut selalunya dialami oleh sesetengah wanita ketika didatangi haid. Ia adalah sakit kejang yang hadir di bahagian pinggang. Senggugut boleh mengakibatkan hilang tumpuan sewaktu melakukan aktiviti atau pekerjaan dan sememangnya mengganggu emosi wanita jika sakit berlanjutan hingga sukar untuk dikekang kesakitannya.


Senggugut boleh diatasi dengan mengamalkan pantang larang ketika datang haid. Blog Hanz berkongsi petua dalam mengatasi kekejangan ketika senggugut melanda.


1. Minum air kerap
Air sebenarnya membantu dalam mengelakkan sakit senggugut ketika haid. Air suam ataupun panas, kedua-duanya baik untuk melegakan kekejangan kerana ia melancarkan perdaran darah dan boleh merehatkan otot yang kejang.



2. Elak kafein
Kurangkan atau sebaiknya hentikan seketika mengambil kafein dapat mengurangkan senggugut dan tekanan ketika haid. Minum teh chamomile untuk meredakan senggugut.



3. Pemanas
Tuam pad/kantung pemanas di bahagian abdomen dan bahagian bawah belakang badan dapat melegakan kesakitan senggugut secara berkesan seperti mengambil pil tahan sakit. Jika anda tidak mempunyai kantung air panas atau pad pemanas, mandi dengan air suam atau gunakan tuala yang direndamkan dengan air panas.


4. Bersenam
Akitivi bersenam sebelum atau ketika datang haid semestinya membuatkan anda rasa malas dan tidak mungkin kerana kekejangan yang dialami anda sudah cukup buat anda rasa sakit. Namun, sebenarnya jika anda melakukan aktiviti yoga atau aerobik ia dapat melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan, dan ini boleh terhasilnya endorfin yang dapat mengurangkan senggugut.



5. Air halia
Halia dipercayai membantu dalam menyembuhkan demam, simptom selesema, sakit kepala, dan senggugut. Hiris halia, campur ke dalam secawan air panas dan minum untuk melegakan senggugut.


Also See and Read This : READ MORE

Cinta Baru Shah Jaszle?

Posted: 21 Apr 2014 10:21 AM PDT


Nama pelakon yang masih berhadapan kes khalwat, Shahrizal Jaszle kembali hangat selepas gambar mesra bersama seorang gadis yang juga pemilik akaun Instagram hanis_husna perkatakan ramai. Daripada empat keping gambar dan status dimuat turun gadis berkenaan, ia seakan bukti perasaan cintanya terhadap tunang kepada Redzwani Puteri yang sebelum ini mendakwa kepercayaan terhadap Shahrizal tidak mungkin berubah.


Sudah pasti 'drama' terbaru ini mengundang rasa curiga pemerhati dunia hiburan yang tertanya-tanya apa 'permainan' aktor terbabit memandangkan ibu bapa bakal doktor itu sudah memberi lampu hijau walaupun calon suami anak mereka disabit kes memalukan bersama orang lain. Sudah pasti individu di dalam gambar itu bukan Redzwani mahu pun gadis yang ditangkap khalwat dengannya.

Lebih mengejutkan apabila hanis_husna ini bukan hanya secara terbuka melayangkan ucapan 'I love you @shahzjaszle malah menyatakan aktor itu sudah putus tunang.
Di pihak lelaki itu pula, tanpa berselindung dia membalas pertanyaan seorang rakan mereka dengan menegaskan gadis berkenaan adalah kekasihnya. Setakat ini Redzwani Puteri dan Shahrizal tidak dapat dihubungi namun ada pengikut laman sosial mendakwa tunangnya turut memberi komen tetapi sempat dipadam.

Also See and Read This : READ MORE

Rahsia Cantik Aktres Korea

Posted: 21 Apr 2014 10:17 AM PDT



Seperti yang kita tahu, wanita Korea sangat prihatin akan penjagaan wajah dan kecantikan mereka. Tidak hairanlah mengapa industri kecantikannya sangat kompetetif dan sering tampil dengan pelbagai produk penjagaan wajah serta tubuh. Artis gelombang Hallyu secara tidak langsung menjadi ikon dalam dunia kecantikan dan mereka bukan sahaja dapat menjana pendapatan dengan menjadi "wajah" kepada jenama kecantikan malah amat dikagumi oleh wanita yang menjadikan kejelitaan mereka sebagai inspirasi.


Mungkin ada yang masih skeptikal dengan sesetengah artis di sana yang dianggap punyai wajah plastik tetapi ada sebilangan pelakon wanita mempunyai kecantikan semulajadi yang terserlah melalui kulit yang mulus dan juga seri yang bersinar dengan rutin penjagaan wajah tersendiri. Tentunya mereka ada petua untuk tampil berseri-seri yang anda juga boleh praktikkan.

1. Jaga Kesihatan
Pelakon drama popular My Love From The Star,  Yoo In Na yang kini juga hos rancangan kecantikan percaya sekiranya badan seseorang itu sihat, secara tidak langsung kulit juga akan sihat dan berseri-seri. Bersenam menggalakkan peredaran darah dan membuat kita berpeluh untuk membuang toksin dalam tubuh.

2. Rehatkan Wajah
Bagi aktres Ha Ji Won, oleh kerana sering bersolek ketika berlakon, dia memastikan wajahnya bebas dari solekan dan dibiarkan "bernafas" sebanyak mungkin. Bintang Secret Garden ini juga dikatakan gemar makan buah-buahan yang kaya dengan vitamin.

3. Air Air Air
Tidak hairanlah petua minum air menjadi pilihan Lee Na Young, Jun Ji Hyun, Yoo In Na dan Song Hye Kyo untuk sentiasa tampak berseri-seri. Sebaiknya elakkan minum air manis dan juga minuman bergas.

4. Pupur Wajah
Jenama kecantikan Korea cukup popular dengan pelbagai jenis pupur wajah atau mask dan ini telah menjadi sebahagian rutin kecantikan hampir setiap wanita di sana. Bintang drama All About My Romance, Lee Min Jung juga tidak ketinggalan dengan menggunakannya dan turut berkongsi rahsia kecantikannya adalah dengan ketawa yang akan terserlah pada wajah jika kita gembira.

5. Lapisan Pelembap
Mungkin kerana cuaca empat musim mereka, pelakon Marry Him If You Dare, Yoo Eun Hye mengamalkan pemakaian krim pelembap tiga kali lebih dari yang dicadangkan sebelum tidur. Park Shin Hye yang popular dengan drama The Inheritors juga gemar gunakan pelembap tetapi bukan yang berasaskan minyak kerana solekan selalunya mengandungi asas minyak.

6. Remedi Semulajadi
Aktres That Winter The Wind Blows, Song Hye Kyo gemar menggunakan campuran telur putih dengan madu asli sebagai pupur. Sapu campuran pada seluruh wajah, bersihkan dengan air setelah kering. Anda juga boleh gunakan madu untuk mencerahkan kulit wajah dengan rutin dua kali seminggu, dalam gerakan mengurut wajah dengan campuran satu bahagian madu dan dua bahagian air. Aktres ini juga dikatakan menggunakan ketulan ais untuk mengurut wajah untuk anjalkan kulit.

7. Minum Susu
Rutin sebelum tidur Yoo Eun Hye dan juga bintang The Moon Embracing The Sun, Han Ga In adalah memastikan mereka minum susu panas untuk dapatkan tidur yang lena sepanjang malam. Seperti yang kita tahu, tidur yang cukup sepanjang malam adalah kunci kepada kulit yang sihat serta wajah yang segar keesokan harinya.

8. Semburan Wajah
Kini hangat dengan lakonannya dalam drama Emergency Couple, Song Ji Hyo sering membawa face mist ke mana saja dia pergi. Tambahan pula bila terbabit dalam produksi Running Man, aktres kecil molek ini memastikan wajahnya punyai penghidratan secukupnya.

9. Elak Sentuh Wajah
Jelitawan seperti Kim Tae Hee, bintang drama Jang Ok Jung, percaya amalan tidak menyentuh wajah untuk mengelak kedutan. Katanya, dia hanya membilas (splash) dengan air pada wajah ketika membersih muka tanpa menyentuhnya.

10. Elak Kudapan
Yoo In Na mengamalkan cara pemakanan sihat dengan tidak mengambil sebarang kudapan lewat malam. Selain itu dia juga tidak mengambil nasi putih dan lebih gemar menggantikannya dengan sayur kobis yang disukainya.


Also See and Read This : READ MORE

5 Cara Untuk Jadi Stylish!

Posted: 21 Apr 2014 10:14 AM PDT



Punya wang bukan jaminan seseorang itu boleh membeli gaya atau stail. Memang ada orang yang sememangnya dilahirkan dengan sense of fashion yang baik, namun masih ada harapan bagi anda yang masih lagi kekok atau kabur soal gaya. Jika ada kemahuan pasti ada jalan merubah penampilan. Kami bariskan bagaimana anda boleh menggilap gaya peribadi.


CARI ILHAM
Ilham fesyen ada di mana-mana. Anda hanya perlu buka mata dan prihatin dengan keadaan sekeliling. Majalah, internet, video muzik, siri TV mahupun filem boleh dijadikan sebagai rujukan. Anda Cuma perlu bijak memilih kerana tidak semua sajak digayakan dengan anda. Pick and choose!

BERANI MENCUBA
Usah takut untuk bereksperimen. Setiap orang akan melalui satu fasa trial and error. Kalau tidak cuba mana tahu, bukan? Jadi tingkatkan keberanian untuk mencuba sedikit demi sedikit. Usah ubah gaya anda secara total dan drastik. Misalnya, jika anda bukan seorang yang gemar memadakan pakaian dengan aksesori, mungkin anda boleh mulakan dengan membeli gelang atau rantai.

BERGAUL
Cuba bergaul dengan mereka yang punya sense of fashion yang baik kerana teman-teman sememangnya pengaruh besar pada gaya hidup anda. Jadi, pabila sekali-sekala anda meluangkan masa bersama mereka setidak-tidaknya ia akan membuatkan anda berasa selesa untuk bergaya, ia juga menghilangkan rasa 'overdressed'.

WINDOW SHOPPING
Jika ada masa luangkan masa untuk window shopping. Pada hujung minggu luangkan masa ke satu pusat beli-belah dan masuk ke setiap butik dan dari situ anda boleh lihat apa yang ada. Anda dan teman boleh bermain suai padan di fitting room. Tiada salahnya mencuba.

OPEN MINDED
Buka minda dan terimalah dengan kritikan dengan baik. Usah terlalu yakin dengan pilihan sendiri, sekali-skala anda perlu pertimbangkan pandangan orang lain tentang gaya anda. Namun usah terima bulat-bulat, fikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.


Also See and Read This : READ MORE

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories