sumber :-
Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- "Jangan Hina Isteri Saya Kerana Tudung Fareeda" - Fizo Omar
- Fahrin Ahmad Pilih Wanita Sudah Dikenali
- Farid Kamil Larang Anak Terlibat Bidang Seni
- Daus (AF8) Berbalah Kerana Nama Anak
- Penduduk seronok jumpa buaya
- Emma antara produk, lakonan dan lelaki
- 460,000 lebah hinggap badan lelaki
- 'Restoran jamban' idea pelik
"Jangan Hina Isteri Saya Kerana Tudung Fareeda" - Fizo Omar Posted: 11 Apr 2014 06:29 AM PDT Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, sebagai suami dan Ketua Bahagian Pemasaran, Fareeda Global Resources, dia berhak untuk bersuara bagi menjelaskan tuduhan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti isterinya serta perniagaan mereka. "Aurat itu subjektif, selagi dia menutup kepala, tidak berpakaian seksi dan menjolok mata ia sudah cukup baik bagi saya, dalam Islam sebenar tangan pun tidak boleh terdedah. "Isteri saya menjual tudung... bukan menjual skirt pendek, kenapa perlu hina dia sampai begitu sedangkan kerana perniagaan tudungnya itu, ramai wanita yang sudah berhijrah untuk bertudung," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis. Fizo berkata demikian ketika diminta mengulas tohmahan segelintir pihak yang menganggap pernghasilan tudung jenama Fareeda tidak mengikut cara-cara tudung yang dituntut dalam Islam. Mawar merupakan pemilik jenama tudung itu yang diusahakannya bersama keluarga. Tambah Fizo, agak menyedihkan pihak-pihak berkenaan turut mengecam Mawar di semua laman sosial setiap kali dia memuat naik gambar mereka bersama. "Saya tidak boleh tahan marah bila gambar yang saya muat naik bersama Mawar dikomen dengan pelbagai ayat berunsur negatif. "Sehingga ada mengatakan saya menanggung dosa kerana Mawar bertudung begitu, saya tidak faham kenapa ramai yang tidak berpuas hati dengannya," soal Fizo. Jelas Fizo, jenis tudung yang dipakai oleh Mawar merupakan salah satu daripada lebih 20 jenis rekaan tudung yang dijual di butik Fareeda. "Kalau mereka kata tudung itu terlalu singkat mereka boleh beli jenis yang lain, di Fareeda kita jual pelbagai jenis tudung mengikut saiz yang bersesuaian dengan mereka. "Cuma permintaan tinggi terhadap tudung yang dipakai oleh isteri saya, jadi sebab itu ia lebih komersil berbanding tudung-tudung yang labuh," katanya. Bagaimanapun, jelas Fizo, isterinya tidak pernah mengambil peduli dengan sebarang tohmahan di laman-laman sosial. Katanya, Mawar lebih banyak menumpukan perhatian terhadap perniagaan berbanding mengambil tahu komen negatif yang tidak mendatangkan keuntungan. "Dia tidak ada Facebook, Twitter dan Instagram. Yang ada sekarang semua saya. Yang jaga (akaun laman sosial) itu juga saya kerana dia tidak ada masa. "Saya sangat kagum dengan usaha gigih isteri saya kerana dia berjaya menjadikan jenama Fareeda sehingga terkenal di Malaysia," katanya. Dalam pada itu Fizo juga tidak menolak kebanyakan individu memberi komen negatif kerana berasa cemburu dengan kejayaan mereka dalam perniagaan yang semakin berkembang itu. | |
Fahrin Ahmad Pilih Wanita Sudah Dikenali Posted: 11 Apr 2014 06:28 AM PDT Fahrin, 35, berkata, sebaliknya dia lebih senang mencari pasangan yang sudah dikenali kerana ia memudahkannya untuk mengenali hati budi seseorang itu dengan lebih mendalam. "Rasanya saya sudah tidak mahu berkawan dengan wanita yang belum dikenali. Penatlah nak lalui tempoh perkenalan itu. "Lebih senang jika wanita itu daripada kalangan kenalan saya. Hanya perlu nak mengenali hati budi dengan lebih mendalam saja," katanya kepada mStar Online. Tambah Fahrin, bagaimanapun, dia enggan memikirkan mengenai hal kahwin kerana mahu memberi fokus dalam kerjaya seni. Dalam pada itu, Fahrin turut menjelaskan dia tidak pernah berasa tertekan dengan soalan yang sering diajukan daripada pihak media dan orang ramai mengenai bilakah dia ingin menamatkan zaman bujangnya. "Bukan setakat pihak media saja yang bertanya bila saya nak kahwin, tetapi peminat pun bertanya soalan yang sama. "Tetapi saya tidak mempunyai masalah tentang itu kerana saya faham sebagai selebriti masyarakat bukan sahaja ingin tahu mengenai kerjaya tetapi juga hal peribadi kita," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Fahrin bakal digandingkan dengan Dr Ridhuan Tee Abdullah bagi mengacarakan program baru Astro Oasis iaitu Dunia Pencetus Ummah (Dunia PU). Rakaman program Dunia PU itu akan bermula pada 19 April ini dan bakal disiarkan menerusi saluran Astro Oasis dan Mustika HD pada setiap Khamis, pukul 9 malam, bermula 1 Mei depan. Kata Fahrin, sejak akhir-akhir ini dia sering menerima tawaran mengacarakan program berbentuk keagamaan dan ia membuatkannya lebih gembira memandangkan dia ingin mengubah diri dalam menjadi seorang lelaki Muslim yang lebih baik. "Alhamdulillah, akhir-akhir ini saya sering menerima tawaran mengacarakan program berbentuk keagamaan. Malah saya juga diberi tugasan mengendalikan beberapa program sukan di RTM. "Dan sekarang ini kalau boleh di bidang lakonan juga saya ingin mengubah konsep mengurangkan adegan-adegan bersentuhan dengan pelakon wanita. "Tetapi sebagai seorang pelakon jika watak bersentuhan itu perlu, saya akan lakukannya. Cuma seboleh-bolehnya saya cuba elakkan adegan seperti itu. Saya percaya kerja apa sekalipun jika niat kita ikhlas segalanya akan dipermudahkan," tuturnya. | |
Farid Kamil Larang Anak Terlibat Bidang Seni Posted: 11 Apr 2014 06:25 AM PDT Farid, 33, berkata, selain faktor Muhammad masih kecil, dia mahu anaknya itu membesar seperti mana kanak-kanak lain. "Saya tidak akan galakkan Muhammad untuk terlibat dalam sebarang aktiviti seni kerana dia masih kecil. "Biarlah dia menikmati zaman kanak-kanaknya dengan normal seperti kanak-kanak lain dan biarlah saya dan Diana (isteri) sahaja yang bekerja," katanya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Farid berkata, sebagai bapa dia tidak mahu menentukan arah tuju masa depan anaknya sebaliknya memberi pilihan untuk Muhammad memilih jalan terbaik apabila dewasa kelak. "Jika dia besar nanti kalau dia hendak terlibat dalam bidang seni atau pun tidak saya tetap akan sokong kerana itu adalah pilihannya. "Tapi sementara menanti waktu itu tiba, saya mahu dia jalani kehidupan seperti biasa," jelasnya. Sementara itu, Farid berkata, kehadiran Muhammad yang baru berusia sembilan bulan itu banyak mengajarnya erti sebuah kehidupan sebagai seorang lelaki dan bapa. Tambah Farid, dia juga kagum dengan sifat keibuan isterinya, Diana Danielle, 23, dalam membesarkan anak mereka. "Sukar saya gambarkan perasaan saya apabila sudah bergelar bapa kerana ia cukup indah selain mengajar saya erti kehidupan dengan lebih baik. "Begitu juga dengan Diana, sifat keibuannya menyerlah secara semula jadi dan begitu tenang dalam menguruskan anak kami," katanya. Dalam perkembangan lain, Farid baharu sahaja muncul dengan filem Apokalips X arahan Mamat Khalid. Farid berkata, biarpun filem itu mengambil masa empat tahun untuk disiapkan namun sebagai pelakon dia sangat berpuas hati dengan hasil karya itu. "Bukan mudah untuk menghasilkan filem seperti Apokalips X dan saya sebagai pelakon dan pengarah begitu kagum melihat hasilnya dan ia bukan sesuatu yang biasa daripada Mamat Khalid," katanya. Apokalips X turut menampilkan barisan pelakon seperti Pekin Ibrahim, Adam (AF2), Dazrin Kamaruddin, Jehan Miskin, Iqram Dinzly. | |
Daus (AF8) Berbalah Kerana Nama Anak Posted: 11 Apr 2014 06:24 AM PDT "Susah juga nak dapat nama untuk bayi ini, selepas sahaja mendapat tahu jantina bayi, kami masing-masing sibuk menyenaraikan nama pilihan sendiri. "Saya suka nama-nama klasik dan nama bunga, namun isteri pula suka nama yang ada makna dalam bahasa Arab. Akhirnya saya mengalah dan bersetuju dengan pilihan nama oleh isteri saya iaitu Delysha Senzela. Dalam bahasa Arab, Delysha ialah gembira, manakala Senzela adalah sejenis bunga," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat. Inilah anak Daus yang diberi nama Delysha Senzela. Bayi seberat 3.4 kilogram itu dilahirkan secara normal di Pusat Perubatan Bintulu di Sarawak pada pukul 12 tengah hari, 7 April lalu. Dalam pada itu, Daus turut menceritakan perasaannya ketika berada di dalam bilik bersalin bagi menemani isterinya melahirkan zuriat mereka. "Saya berada dalam bilik bersalin selama hampir 40 minit dan perasaan ketika itu sukar untuk digambarkan kerana itu kali pertama saya berasa cemas. "Rasa bagai nak pengsan bila melihat banyak darah keluar, namun perasaan itu hilang bila bayi selamat keluar dengan sempurna," katanya. Daus dan Syaza Syamimi mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2013. Kedua-dua pasangan ini berasal dari Sarawak. Kata Daus lagi, dia bakal berehat sementara waktu bagi menjaga isterinya di Bintulu sehingga habis tempoh berpantang. Tambahnya, dia bakal kembali semula untuk aktif dalam industri hiburan bermula bulan hadapan dengan pelancaran single terbaharunya berjudul Seribu Rasa Cinta. "Lepas ada ahli keluarga baru ini saya lebih bersemangat untuk bekerja, maklumlah dulu kerja untuk hidup berdua kini tambah lagi seorang. "Saya percaya rezeki anak itu ada dan apa yang penting kita perlu sentiasa berusaha," katanya. | |
Posted: 11 Apr 2014 06:15 AM PDT
Meskipun saiz buaya air tawar itu yang cukup besar jika dibandingkan dengan penemuan bangkai jenis yang sama pada 25 Julai tahun lalu, namun penduduk masih tidak berganjak untuk terus melihat fenomena yang jarang sekali dapat dilihat sepanjang hidup mereka. Ketua Kampung Bukit Belimbing, Samsudin Idris berkata, penduduk kecoh apabila menerima panggilan kaki pancing yang terserempak dengan buaya itu dan terus mengerumuni kawasan lumpur yang dimaksudkan. "Bukan selalu boleh nampak buaya yang saiz lebih besar berbanding yang jumpa tahun lepas...Jadi mereka pun ramai-ramai datang tengok kira-kira jam 4 petang semalam bersama ahli keluarga. "Boleh dianggarkan lebih 50 penduduk datang melihat buaya yang statik..tak gerak-gerak dengan mulut ternganga. Mungkin buaya itu tengah berjemur sebab waktu itu cuaca cerah," katanya. Menolak buaya itu mengganas dan boleh membahayakan, Samsudin menjelaskan, penduduk masing-masing percaya buaya itu tidak akan mengganggu nelayan sungai yang ada di kampung itu. "Bukan sekali tapi penduduk pernah terserempak dengan buaya jenis itu tapi tak pernah nak ganggu atau mengganas ketika nelayan nak cari makan di sepanjang sungai yang kaya dengan hasil udang. "Penduduk tak kira usia yang tengok buaya itu tak menunjukkan riak takut atau cemas..masing-masing macam seronok. "Mungkin ini salah satu keunikan yang ada di kampung ini selain kelip-kelip," katanya kepada Sinar Harian semalam. Sebelum ini, penduduk turut digemparkan penemuan bangkai buaya oleh dua sahabat yang mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing pada Julai tahun lalu. Penemuan buaya dianggarkan berukuran enam meter itu kejadian pertama kali berlaku di kampung itu sekali gus menyebabkan kawasan jeti menjadi tumpuan. | |
Emma antara produk, lakonan dan lelaki Posted: 11 Apr 2014 06:11 AM PDT POPULARITI bukan tiket untuk seseorang artis besar kepala atau lebih tepat cerewet. Adakalanya, kedudukan itu membuatkan barometer individu berkenaan cepat berubah. Mengakui hipotesis bahawa nilai populariti mempengaruhi nilai tawaran sama ada berlakon mahupun dilantik menjadi duta sesebuah produk, jelas Emma, dia bagaimanapun lebih melihat daripada perspektif hubungan jangka panjang. "Perlu untuk selektif dalam beberapa hal, contohnya berlakon dan tawaran menjadi duta produk tapi saya lebih melihat kepada hubungan antara saya dan pihak yang menawarkan. "Kalau kita senang bekerjasama maka tiada masalah bagi saya. Bukan bermakna saya cerewet tapi saya perlu fikir hubungan untuk bekerja dalam jangka masa panjang. "Menyentuh soal bayaran untuk sesebuah produk pula, saya tidak kisah jika nilainya tidak sebenar mana," ujarnya yang ditemui usai majlis pelancaran dan pelantikan duta baharu produk kecantikan tambahan Maixara di Mega View, Menara Kuala Lumpur baru-baru ini. Lelaki dan Zizan Emma menjelaskan, prinsip yang sama dipegangnya dalam urusan menilai lelaki yang boleh mendampinginya. Bukan sembarangan! "Saya bukan orang yang memilih untuk berkawan tapi soal hati saya perlu fikir panjang. Adakah dia boleh membahagiakan saya, pandaikah dia mengambil hati saya dan paling penting adakah dia boleh cocok dengan keluarga saya? "Menerima saya adalah menerima pakej yang datang bersama. Saya punyai keluarga yang besar dan tanggungjawab yang selari dengan saiz keluarga saya, maka konsep menerima dan memahami sangat penting," tambahnya. Emma mengakui, jejaka yang paling rapat dengannya kini iaitu Zizan Razak merupakan lelaki yang paling senang mengisi ruang hatinya berbanding kenalan sebelum ini. "Dia merupakan lelaki pertama yang saya bawa berjumpa dengan ayah saya, itu maknanya kami bukan main-main. "Lucunya pada kali pertama mereka bertemu, ayah saya langsung tidak mengenali siapa itu Zizan Razak. Dia terkejut apabila setiap kali keluar makan bersama akan ada peminat yang datang mahu bergambar bersamanya. "Sampailah dia merisik kawan-kawan rapatnya dan akhirnya mengetahui bahawa Zizan seorang artis sebenarnya," kata Emma yang tidak pernah menerima bantahan daripada bapanya sepanjang perkenalan dengan Zizan. Mengaku Keterbukaan Emma dan Zizan meluahkan rasa cinta dan sayang di laman sosial Instagram masing-masing bagai mengiyakan perhubungan lebih sekadar kawan yang wujud antara mereka berdua. Kata Emma, dia dan Zizan kini berada dalam fasa selesa dan mengenali satu sama lain tapi masih memerlukan sedikit masa untuk ke peringkat selanjutnya. "Bukan tidak yakin tapi saya perlukan masa, tanyalah sesiapa pun pasti jawapannya sama. Untuk menerima seseorang hadir dalam hidup itu perlu mengenali hati budinya. "Saya tiada niat mahu sembunyikan hubungan kami selama ini. Bukan tidak mahu mengaku tapi risau kalau terlalu terbuka berkongsi kisah cinta akhirnya tidak jadi apa-apa," katanya yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-22 pada 27 Mac lalu. Tiada pegang-pegang Baik Emma mahupun Zizan masing-masing tidak menetapkan sebarang matlamat untuk melanjutkan hubungan ke fasa perkahwinan. "Kami tidak pernah pun duduk berbincang secara serius mengenai perkara itu (berkahwin). Sejujurnya saya mahu mengenalinya terlebih dahulu. "Memang Zizan pernah maklumkan dia mahu menamatkan zaman bujangnya tahun ini tapi itu sebelum kami mengenali satu sama lain. "Maka, orang melihat rancangan itu adalah rancangan kami berdua," jelasnya. Selektif Emma merangkumi proses fotografi. Pemilik nama penuh Che Fatimah Rohani Ismail itu menegaskan, dia enggan lagi bergambar mesra dengan mana-mana lelaki. "Tak perlu pun untuk berpelukan dengan lelaki kalau mahu merakamkan gambar yang menarik. Duduk bersebelahan pun tiada salahnya. "Saya menghormati keluarga saya dan tidak mahu orang menyalah anggap. Ayah pun melarang keras kami adik-beradik perempuan untuk bergambar mesra dengan lelaki," katanya yang akan cuba mengelak berlakon adegan romantis selepas ini. Keluar Wirefame? Sementara itu, sebelum ini pernah timbul desas-desus bahawa Emma bakal meninggalkan syarikat pengurusan yang mengendalikan kariernya sepanjang bergelar artis, WireFame Entertainment Sdn. Bhd. Mengulas mengenai khabar itu kata Emma, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan menyatakan hasrat untuk keluar daripada pengurusan itu. "Saya masih lagi bersama WireFame dan tidak pernah pula saya cakap saya mahu keluar walaupun kontrak saya dengan syarikat itu sudah hampir tamat. "Cuma memandangkan usia saya dalam industri semakin matang, saya ada terfikir untuk bergerak sendiri. Tiada sesiapa pun yang memaksa atau menghalang," jelasnya. Emma turut menegaskan, dia tidak pernah terlintas untuk keluar daripada WireFame dan menyertai syarikat pengurusan yang dikendalikan oleh Dafi Ismail Sabri, Laugh Out Loud. | |
460,000 lebah hinggap badan lelaki Posted: 11 Apr 2014 06:07 AM PDT CHONGQING - Seorang penternak lebah di China, She Ping merelakan dirinya dihinggapi beberapa ratus ribu ekor lebah dalam usaha untuk memecahkan rekod mantel lebah paling berat di dunia. Dianggarkan sebanyak 460,000 ekor hinggap pada badannya dalam masa selama 40 minit. Lebah-lebah itu membentuk mantel lebah seberat 45.65 kilogram (kg). Penternak berusia 34 tahun itu melakukan percubaan tersebut di bandar raya ini, barat daya China kelmarin. Namun, menurut Guinness World Records dia gagal memecahkan rekod dunia kategori tersebut yang dicatat pada tahun 2009. Mantel lebah paling berat yang memiliki berat 61.41kg dan merangkumi anggaran 613,500 ekor lebah dicatat oleh lelaki India, Vipin Seth pada 9 Mac 2009. | |
Posted: 11 Apr 2014 06:05 AM PDT JOHOR BAHRU - Entah di mana silapnya apabila sebuah restoran berkonsepkan tandas yang mengundang rasa jijik dalam kalangan masyarakat tempatan dibenarkan beroperasi di tingkat enam pasar raya Johor Bahru City Mall di sini. Masakan tidak, pengunjung pastinya berasa geli apabila disajikan hidangan menggunakan bekas makanan menyerupai peralatan tandas seperti jamban dan tindakan pihak restoran itu dianggap suatu budaya kotor. Pun begitu, pihak Restoran T Bowl yang memperkenalkan restoran berkonsepkan tandas itu menafikan mereka mempromosi- kan budaya pelik dan kotor dalam kalangan masyarakat tempatan. Pengurusnya, John Chai Wen Joan, 23, (gambar kecil) menegaskan, restoran itu tetap menghormati budaya dan kebersihan di negara ini dan pihaknya sekadar mengetengah suatu konsep idea baharu. "Memang benar konsep ini seperti kamu lihat di Jepun atau Taiwan, namun suasana di restoran kami tidak sama. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan