RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Nelydia Senrose Ada Sebab Padam Gambar Qi Razali Di Instagram

Posted: 19 Apr 2014 03:40 AM PDT

Qi Razali akui sedang merancang sesuatu untuk ke fasa baharu hubungan cintanya dengan Nelydia Senrose.
KUALA LUMPUR: Pelakon Nelydia Senrose mempunyai sebab dan alasan tertentu membuang gambar-gambar dia bersama kekasihnya pelakon dan pengacara Qi Razali di laman sosial Instagram.  
Nelydia, 20, yang enggan berkongsi punca dia memadam gambar tersebut sebaliknya memberitahu ia adalah bagi menjaga hati banyak pihak.  

"Saya ada alasan saya sendiri kenapa saya membuang gambar-gambar kami di Instagram itu.  

"Apa yang boleh saya katakan ialah tindakan itu untuk menjaga hati banyak pihak dan ia hanya sementara, kalau keadaan sudah reda saya akan muat naik semula gambar kami," katanya.

Nelydia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakannya memadam gambar-gambar dia dan kekasihnya Qi Razali yang dimuat naik di Instagram.  

Perkara tersebut telah menimbulkan persoalan kononnya hubungan percintaannya sudah berakhir selepas dikaitkan dengan kontroversi bercinta dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.  

Sementara itu, Nelydia menafikan dakwaan putus cinta itu, sebaliknya dia mengakui masih menjalani hubungan sebagai pasangan kekasih dan mengenali hati budi masing-masing.  

"Keputusan saya padam gambar tiada kena mengena dengan hubungan percintaan saya dengan Qi. Kami masih bersama seperti dahulu dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing," ujarnya.  

Sementara itu, kekasihnya, Qi yang ditemui pula berkata, mereka belum merancang untuk mendirikan rumah tangga buat sementara waktu bagi memberi keutamaan kepada kerjaya masing-masing.  

Bagaimanapun, dia mengakui ada merancang untuk melangkah ke fasa baharu terhadap hubungan itu dalam masa terdekat.  

"Dia (Nelydia) masih muda dan baru ingin mengasah bakat untuk mencapai satu tahap dalam kerjayanya.  

"Saya tidak cakap bila berkahwin akan menyekat rezeki kami, tetapi ia sedikit sebanyak akan menganggu fokus dia kepada kerjayanya kerana beri tumpuan pada keluarga.  

"Namun saya ada merancang sesuatu yang rasmi tidak lama lagi," katanya.

Bapa Komen Isu Shila Amzah Berseluar Ketat Di China

Posted: 19 Apr 2014 03:39 AM PDT

Shila Amzah
KUALA LUMPUR: Bapa kepada penyanyi Shila Amzah iaitu ND Lala mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas insiden anaknya itu dikatakan berpakaian  tidak sesuai sebagai seorang wanita Muslim dalam sebuah program televisyen di Beijing, China baru-baru ini.

ND Lala berkata, sebagai manusia, anaknya itu tidak terlepas dalam melakukan kesilapan selain berpendapat kejadian itu berlaku secara tidak sengaja.

"Rakaman program itu dibuat pada pukul 1.30 pagi apabila pihak penerbit ingin menambah sebuah lagi lagu untuk dinyanyikan Shila itu dan anak saya bersetuju untuk berbuat demikian.

"Bagaimanapun timbul masalah pakaian kerana baju yang dibawa telah digunakan pada persembahan lain dan jika mahu kembali ke hotel bagi mengambil pakaian, ia memakan masa selama satu jam.

"Jadi kami memilih pakaian disediakan produksi dan seluar yang dipakai Shila bukan 'legging' seperti didakwa cuma warnanya sahaja  tidak sesuai untuk wanita berhijab sepertinya," katanya.

ND Lala ditemui pada sidang media Konsert Cinta oleh Shila Amzah di Menara Kuala Lumpur di sini, Jumaat.
Shila Amzah

Konsert itu bakal berlangsung  di Shanghai,China pada 16 Ogos depan manakala peminat di Malaysia akan dihiburkan pada 13 September 2014.

Persembahan di Kuala Lumpur akan diadakan di Mega Star Arena di sini pada pukul 8 malam.

ND Lala mengulas mengenai komen negatif yang diterima Shila apabila tampil dengan gaun pendek dengan seluar  ketat dari rona kulit yang kelihatan seolah-olah penyanyi itu mendedahkan auratnya biarpun bertudung.

Dalam pada itu, Shila yang turut hadir ke sidang media itu berkata, dia semakin selesa menetap di Beijing dan ia telah mematangkan pemikirannya selain mampu berdikari dengan baik.

Kata Shila, penguasaan bahasa Mandarin yang dipelajari juga semakin baik dan dia kini lebih yakin untuk bertutur dengan orang lain menggunakan bahasa itu.

"Semua yang berlaku cukup pantas tetapi saya bersyukur kerana dapat belajar pelbagai perkara daripada pengalaman tinggal di luar negara.

"Biarpun bukan mudah untuk mengadaptasi budaya luar serta bahasa mereka tetapi saya kini lebih kuat dan dapat mengharunginya dengan baik," katanya.

Pada sidang media berkenaan yang turut dihadiri oleh wakil media dari akhbar Cina, Shila menjawab soalan mereka dengan fasih dalam bahasa Mandarin.

Sementara itu, bercakap mengenai konsert sulungnya itu, Shila berkata, dia tidak berniat untuk membelakangkan peminatnya di Malaysia apabila mengadakan persembahan di Shanghai terlebih dahulu.

"Ini adalah impian saya yang akhirnya bakal terlaksana. Biarpun akan mengadakan konsert di Shanghai terlebih dahulu namun saya berjanji akan memberikan persembahan paling istimewa buat peminat di Malaysia nanti," katanya.

Tambah Shila, dia juga berbangga apabila kedua-dua konsertnya itu nanti akan menggunakan tenaga sepenuhnya produksi Malaysia di mana Jennifer Thomson dan Helen Yap akan bertindak sebagai penerbit konsert.

Malah katanya, dia juga akan menyampaikan lebih 20 buah termasuk lagu-lagu berbahasa Malaysia, Mandarin dan Inggeris.

Katanya lagi, dia juga akan menampilkan penyanyi bertaraf antarabangsa dalam konsert itu  sebagai tetamu undangan.

"Siapa artis jemputan saya tidak boleh beritahu sekarang dan peminat kena tunggu pada hari persembahan," jelasnya.

Konsert Cinta Shila Amzah diterbitkan oleh Mega Ultimate Sdn Bhd dengan kerjasama Shila Amzah Entertainment Sdn Bhd.

Tiket dijual pada harga RM268, RM138 dan RM88.

Shila akan mengumumkan tarikh penjualan tiket dalam sidang media khas yang akan diadakan pada Mei depan.

Hans Isaac Buat Keputusan Kahwin Hujung Tahun

Posted: 19 Apr 2014 03:38 AM PDT

Hans Isaac tidak mahu lagi fikir terlalu banyak tentang kerja, publisiti dan populariti.
PETALING JAYA: Pelakon Hans Isaac telah membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya dan bakal mengumumkan berita baik itu hujang tahun ini. Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 42,  mengakui dia kini sedang menjalani kehidupan bahagia dan sudah bersedia untuk mempunyai isteri.

Saya tidak mahu dedahkan kehidupan peribadi saya kepada umum terutama sekali berkenaan cinta atau kekasih, tetapi saya akui kini sedang menjalani kehidupan yang bahagia.  "Kalau diikutkan kesediaan untuk berumah tangga, saya sudah lama bersedia dan mungkin akan buat keputusan untuk berkahwin selewat-lewatnya Disember ini," ujarnya kepada mStar Online ketika ditanya tentang status hubungannya dengan aktres Neelofa.

Tambah Hans, buat masa ini dia lebih banyak menumpukan perhatian kepada kehidupan peribadi berbanding kerjaya.

Dia juga mahu menjalani kehidupan peribadi yang lebih normal dan seimbang berbanding dahulu.

"Tiada lagi istilah kerja kuat, saya hanya kerja selama tiga jam sehari sahaja dan selebihnya saya lakukan aktiviti yang tidak dapat saya lakukan dahulu.

"Saya tidak mahu fikir fasal jualan filem, promosi atau cari publisiti untuk mengejar populariti, zaman itu semua sudah berlalu," katanya.

Sementara itu, bercerita soal kerjaya, Hans memberitahu tetap dengan pendiriannya untuk tidak menghasilkan serta mengarah filem Melayu.

Bagaimanapun, dia akui ingin mencuba beralih arah untuk menerbitkan filem berbahasa Inggeris serta bercadang menembusi pasaran Singapura.

"Filem ini menggunakan bahasa Inggeris seratus peratus. Ia bukan untuk industri Malaysia, sebaliknya lebih fokus untuk industri antarabangsa.

"Kini saya masih dalam proses untuk mencari pelakon yang fasih berbahasa Inggeris tetapi dengan cara Malaysia," katanya.

Dalam perkembangan lain, Hans berkata, dia bakal  mementaskan Teater Muzikal Supermokh pada 8 hingga 21 September depan di Istana Budaya

Enam Peserta Skool Of Lawak Mara Ke Final

Posted: 19 Apr 2014 03:36 AM PDT

Peserta Skool of Lawak yang layak ke final.
KUALA LUMPUR: Seramai enam peserta diumumkan berjaya mara ke peringkat akhir pada program Skool of Lawak yang diadakan secara langsung dari Studio Satu, Astro, Bukit Jalil di sini pada malam Jumaat. Enam peserta tersebut iaitu Azmi, Fiza, Mael, Zam, Yus dan One sekali gus berjaya mengalahkan tiga peserta lain iaitu Kecik, Ain dan Chot yang disingkirkan pada malam itu.
Pengumuman itu dilakukan oleh pengacara program tersebut iaitu Jep (Sepahtu) dan Johan (Raja Lawak).
Panel penilai Datuk Rosyam Nor berkata, dia cukup berpuas hati dengan kesemua peserta walaupun tiga daripadanya tersingkir.
"Pada peringkat ini kesemua peserta menunjukkan peningkatan dalam persembahan masing-masing.
"Jadi saya mahu saksikan persembahan yang luar biasa pada peringkat akhir pada minggu depan," katanya selepas pengumuman penyingkiran program tersebut.
Markah peserta diadili 70 peratus daripada panel penilai  Prof Razak Mohaideen, Mamat Khalid termasuklah Rosyam manakala 30 peratus daripada undian penonton.
Sembilan peserta tersebut beraksi di pentas separuh akhir selepas tujuh minggu bersaing dengan 33 peserta lain untuk merebut tempat ke gelanggang akhir program realiti komedi Skool of Lawak.
Pada peringkat separuh akhir itu menyaksikan para peserta  diuji dengan tema yang lebih mencabar iaitu Stand Up  dan Silent Comedy.
Cabaran Stand Up dan Silent Comedy memberi peluang kepada para peserta untuk membuktikan kemampuan mereka bermain dengan set dan penggunaan pentas.
Skool of Lawak yang dihoskan oleh Jep  dan Johan, disiarkan setiap hari Jumaat bermula pukul 10 malam, secara langsung menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Deanna Yusof Enggan Ambil Risiko Terbit Filem

Posted: 19 Apr 2014 03:35 AM PDT

rye
Deanna Yusof lebih selesa berlakon berbanding menjadi penerbit filem.
PETALING JAYA: Pelakon Deanna Yusof tidak berani menanggung sebarang risiko untuk menubuhkan syarikat atau terlibat menerbitkan filem.

Deanna, 46, berkata, keadaan industri perfileman yang masih terumbang-ambing membuatkannya bimbang mengalami kerugian besar jika bergelar produser tetapi dia benar-benar kagum dengan semangat penerbit lain yang masih berani melaburkan wang demi menaikkan industri filem negara.

"Bukan mudah untuk menjadi penerbit dalam keadaan industri perfileman kita tidak kukuh tambah pula kita sukar membaca keinginan masyarakat untuk mengetahui minat mereka bagi mendorong kita menghasilkan filem yang boleh mencetuskan fenomena.

"Sebab itu saya tidak berani nak ambil risiko untuk bergelar penerbit walaupun ramai yang menyarankan saya berbuat demikian. Tetapi saya tetap kagum dengan rakan-rakan yang masih berjuang menerbitkan filem," katanya.

Sementara itu Deanna turut memberitahu dia kurang mengambil tawaran lakonan sejak dua tahun lalu tetapi itu tidak bermakna dia berehat seketika daripada dunia seni seperti.
Deanna bakal muncul dalam filem CEO yang bakal ditayangkan 12 Jun depan.

Malah dia terkejut apabila dikatakan telah menetap di luar negara gara-gara jarang dilihat di media mahupun televisyen.

"Saya terkejut apabila ada orang yang bertanya 'eh you dah balik Malaysia?' dan saya ternganga, bila masa pula saya menetap di luar negara?

"Tetapi itulah, tandanya orang masih mengingati saya lagi. Tetapi jujurnya, saya kini lebih memilih skrip sebelum menerima sesebuah tawaran itu," ujarnya.

Terbaharu, Deanna bakal muncul menerusi filem CEO terbitan ARAfilm bersama-sama dengan pelakon Remy Ishak, Beto Kusyairy dan Christina Suzanne. Ia bakal ditayangkan pada 12 Jun depan.

"Alhamdulillah, walaupun tidak banyak babak yang saya ada, tetapi watak sebagai seorang peguam yang jahat cukup membuatkan saya berpuas hati.

"Ramai yang anggap CEO adalah filem kemunculan semula saya, tetapi tidak sebenarnya," ujar Deanna.

Dalam pada itu, Deanna kini terlibat dengan perniagaan sebagai Ketua Pengarah Eksekutif, Artisanal Asia Sdn. Bhd., iaitu syarikat pengedar eksklusif bagi jenama coklat dari Switzerland iaitu Grand Jean Freres.

Harta karun biasa dijaga makhluk halus

Posted: 19 Apr 2014 03:28 AM PDT


  • Harta karun biasa dijaga makhluk halus Abd Aziz menunjukkan artifak lama yang berjaya ditemuinya sebelum ini.
MELAKA - Seorang pencari harta karun di negeri ini, Abd Aziz Husin, 59, tidak menafikan kewujudan harta karun di Pulau Nangka dan Pulau Besar, di sini.

Bagaimanapun, katanya, harta berkenaan sukar dimiliki kerana biasanya didampingi makhluk halus.

"Pulau Nangka ini memang banyak harta, tetapi orang cukup ilmu saja boleh dapat. Jika tidak cukup ilmu, memang tak dapat sebab ada 'benda-benda halus' yang menjaga harta ini.

"Jika tidak banyak amalan, lupakan saja untuk mendapatkan harta," katanya semasa ditemui di kediamannya di Muara Sungai Duyong, dekat sini, semalam.

Abd Aziz yang gemar mencari harta karun sejak 2006 sudah menemui pelbagai artifak lama di sekitar Muara Sungai Duyong.

Antaranya bom, tembikar, dulang timah dan duit syiling, sekali gus mengesahkan kesahihan teori kapal karam di perairan Selat Melaka.

'Rindu nak cakap loghat Besut'

Posted: 19 Apr 2014 03:27 AM PDT


  • 'Rindu nak cakap loghat Besut' Noraini rindu untuk bertutur loghat daerah semula selepas dua tahun tidak dapat berbuat demikian.
BESUT - Seorang remaja, Noraini Ismail yang pernah menggemparkan negara dua tahun lalu kerana boleh bertutur bahasa Korea secara tiba-tiba selepas terlibat kemalangan pada Januari 2012 kini rindu untuk bertutur semula loghat daerah.

Noraini yang kini berusia 19 tahun sehingga kini langsung tidak boleh bertutur loghat Besut (Kelantan) selepas kemalangan tersebut, sebaliknya boleh berbahasa Korea manakala perbualan hariannya menggunakan bahasa Melayu.

Bagaimanapun, kini dia sudah tidak boleh berbahasa Korea, tetapi tetap tidak boleh bertutur loghat Besut menyebabkan dia amat merindui untuk bercakap bahasa itu terutama dengan ahli keluarga dan kawan-kawannya.

"Saya teringin nak cakap loghat Besut balik, tapi nak sebut 'mak' dalam loghat daerah 'mok' pun susah. Sekarang saya panggil mak mama sahaja sejak kemalangan dulu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Gong Medang, di sini.

Noraini berkata, dia sendiri tidak tahu mengapa lidahnya 'keras' untuk bercakap loghat Besut selepas kemalangan itu walaupun orang sekeliling bertutur loghat daerah.

Katanya, dia berusaha untuk bercakap dan meniru percakapan menggunakan loghat daerah yang menjadi komunikasi hariannya sejak 17 tahun lalu, namun akibat kemalangan tersebut segalanya berubah.

Anak kepada pekerja kilang papan itu bagaimanapun bersyukur kerana kemalangan motosikal yang dialaminya hanya menjejaskan bahasa pertuturannya.

"Mula-mula lepas kemalangan dulu, saya selalu sakit kepala, tapi sekarang dah tak ada dah," katanya yang tinggal bersama keluarga.

Sinar Harian pada 6 Februari 2012 pernah menyiarkan kisah pelik yang berlaku terhadap seorang pelajar tingkatan lima yang boleh bertutur bahasa Korea dan Mandarin dengan lancar walaupun tidak pernah mengikuti kelas bahasa tersebut.

Kejadian aneh itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan pada jam 2 petang, 13 Januari 2012, apabila motosikal yang dibonceng dirempuh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.

Motosikal tersebut yang ditunggang abangnya, Jefri (ketika itu berusia 18 tahun) tiba-tiba dilanggar lori terbabit dari arah belakang menyebabkan Noraini terjatuh dan terhantuk kepala di atas jalan.

Itu agenda jatuhkan saya - Jep Sepahtu

Posted: 19 Apr 2014 03:22 AM PDT

FIGURA lawak ini juga turut menceburkan diri dalam bidang pengacaraan.


SEJAK kebelakangan ini, terdapat pelbagai kontroversi yang menyelubungi karier pelawak yang sedang meningkat naik di negara ini, Jep Sepahtu (Jep).
Jep atau nama sebenarnya, Mohd. Nadzri Zainal Abidin sendiri turut melahirkan kegusarannya mengenai perkara itu yang disebarkan tanpa henti melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), internet dan sebagainya.
Antara gosip panas yang sering dikaitkan mengenai dirinya ketika ini ialah perang dingin dengan pelawak Sharol Shiro, gosip pertunangan dengan seorang gadis senegeri dengannya di Johor serta kes memaki hamun peminat dalam satu acara hiburan di Bukit Jalil baru-baru ini.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Jep ketika ditemui selepas membuat persembahan sesi Jelajah Komedi Sinar FM di Village Mall, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Kosmo!: Apakah perasaan Jep apabila berpeluang menghiburkan peminat bersama beberapa pelawak lain di Sungai Petani, Kedah dalam program ini?
JEP: Perasaan saya begitu gembira sekali kerana dapat bertemu dengan peminat dan saya amat terharu dengan sambutan diberikan.
Lagi pun, bukan mudah untuk berjumpa dengan peminat di kawasan Utara, saya lihat penonton begitu ceria sekali dan mereka sanggup menunggu hingga persembahan selesai.

Antara kerjaya pelawak dan pengacara, mana yang paling anda minati?
Kerjaya saya masih dalam bidang lawak. Ia tidak dapat dipisahkan walaupun kadangkala saya diundang menjadi pengacara dalam persembahan tertentu.
Bidang pengacaraan juga baik tetapi saya tetap teruskan bidang yang asal. Ini hala tuju saya pada masa hadapan.
Apakah komen Jep tentang konsep persembahan lawak pada hari ini?
Persembahan lawak sentiasa berubah. Ia berbeza dengan persembahan sebelum ini. Apabila kita dapat menyesuaikan diri, keadaan pasti menjadi bertambah meriah, mengeluarkan bahasa lucah (double meaning) pun boleh menjadi menarik jika kena gayanya.

Pernahkah anda di 'boo' atau dikutuk peminat-peminat yang tidak berpuas hati dengan lawak yang dipersembahkan?
Sehingga kini, saya belum pernah mengalami situasi sedemikian dan harap-harap ia tidak berlaku pada masa hadapan.
Saya bersyukur, kerana dalam setiap persembahan yang disertai di seluruh negara saya sentiasa mendapat sokongan padu peminat.
Lagi pun, pelawak-pelawak di negara ini tidaklah keterlaluan atau gemar memainkan isu-isu kontroversi yang boleh mengguris hati peminat.
Sebelum ini ada pihak-pihak tertentu mendakwa anda tidak sehaluan dengan Sharol Shiro?
Ini juga sebahagian dari fitnah dibuat oleh pihak-pihak tertentu untuk memburukkan diri saya. Perkara ini tentu menjadi bertambah buruk jika kita sendiri ambil serius. Sesungguhnya, tidak ada sebab, artis lawak perlu gaduh dengan artis lawak, banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan.

Anda juga dikatakan pernah memaki peminat semasa membuat persembahan di Bukit Jalil baru-baru ini?
Saya sendiri hairan, bagaimana kes seperti ini boleh timbul. Bagi saya, ini satu lagi kes fitnah yang sengaja direka-reka oleh pihak tertentu.
Saya amat menghargai peminat-peminat dan tanpa mereka tidak mungkin saya berada di sini, justeru, tidak mungkin saya akan bertindak sedemikian.
Sebolehnya, pihak-pihak berkenaan janganlah aibkan saya dalam isu-isu begini, jika mereka tidak puas hati jumpa saya sendiri dan jangan hantar SMS untuk memburukkan imej saya.
Saya masih ada maruah dan keluarga. Lagi pun, sejak melibatkan diri dalam industri ini saya tidak pernah bermusuh dengan sesiapa dan sentiasa berkawan dengan semua orang.
Ramai artis-artis lain mengenali saya sebelum ini dan tahu bagaimana saya menilai erti persahabatan.
Anda juga dikatakan pernah bertunang seorang gadis yang berasal dari Johor?
Gosip yang tersebar ini juga amat memeningkan, kerana orang luar lebih tahu berbanding diri saya sebagai empunya badan.
Lagi pun, saya masih ada keluarga, apabila ia melibatkan pasangan hidup saya, pastinya mereka akan lebih tahu mengenainya.
Tidak mungkin saya akan membelakangkan mereka. Saya percaya kepada putaran hidup, kalau boleh dalam perkara memilih isteri, biar mendapat restu dari keluarga sendiri, tidak payah melawan arus.
Soal kahwin pula, saya berserah segalanya kepada Allah untuk menentukan siapa jodoh saya.

Pakai penutup muka dan hidung

Posted: 19 Apr 2014 03:20 AM PDT



AWA (kiri) bersama anaknya memakai penutup muka dan hidung di rumah mereka di Kampung Bintang, Batu Pahat, Johor semalam.


BATU PAHAT - Rata-rata penduduk Kampung Bintang di sini kini mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai penutup muka dan hidung sepanjang masa daripada dijangkiti Sindrom Koronavirus Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV).
Bagaimanapun aktiviti harian di kampung itu yang mempunyai 1,000 penduduk tetap berjalan seperti biasa meskipun seorang jemaah umrah dari kampung itu maut akibat wabak tersebut pada Ahad lalu.
Tinjauan Kosmo! juga mendapati penduduk mengunjungi pusat pemeriksaan khas yang dibuka sejak Isnin lalu di Kompleks Penghulu Mukim Peserai di sini untuk membuat pemeriksaan sebelum mereka menjalankan urusan harian.

PENDUDUK memakai penutup muka dan hidung.


Seorang warga emas, Awa Abdul Jamal, 74, berkata, mereka sekeluarga lebih banyak berada di dalam rumah selepas mengetahui kematian seorang jirannya, Kamaroz Zaman Jafri, 54, disebabkan jangkitan MERS-CoV.
"Doktor mengesahkan saya tiada tanda-tanda penyakit tersebut tetapi saya mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak terlalu terdedah kepada udara luar," katanya ketika ditemui semalam.
Awa yang turut menziarahi jenazah jirannya itu tidak menyangka wabak tersebut meragut nyawa penduduk kampung.
Kamaroz Zaman meninggal dunia pada Ahad lalu selepas tiga hari dimasukkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail di sini tidak lama selepas beliau pulang daripada menunaikan umrah.
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat sindrom MERS-CoV menyebabkan pihak berkuasa memberikan pengawasan sepenuhnya terhadap penduduk kampung tersebut bagi mencegah penyakit itu daripada merebak.
Sementara itu, adik ipar Kamaroz, Hayati Mohamad, 44, berkata, urusan harian tetap perlu dilakukan biarpun masih belum dapat menerima hakikat kematian abang iparnya itu.

Karpet dihasilkan daripada habuk gergaji

Posted: 19 Apr 2014 03:17 AM PDT



REUTERS SEJUMLAH orang berjalan di tepi karpet yang diperbuat daripada habuk gergaji itu.


BANDAR RAYA GUATEMALA, Guatemala - Beberapa pekerja perbandaran dan sukarelawan menghasilkan karpet daripada habuk gergaji di sini kelmarin.

REUTERS BEBERAPA pekerja membersihkan habuk gergaji itu.


Karpet itu sepanjang 2,012 meter (m) yang merupakan rekod baharu Guinness World of Records.
Rekod lama sebelum ini ialah 1,400m.
Selepas karpet merah itu diukur, para pekerja dan sukarelawan tersebut membersihkan semula dan membuang habuk kayu pelbagai warna itu di laluan pejalan kaki.

Binaan mirip bangunan diperbuat daripada buah-buahan

Posted: 19 Apr 2014 03:15 AM PDT



GAMBAR menunjukkan Ruiz duduk di depan binaan yang dihasilkannya itu.


TANARANDY, San Ignacio - Seorang artis seni Paraguay, Koki Ruiz menghasilkan satu binaan mirip sebuah bangunan yang dihasilkan daripada susunan buah labu, jagung dan kelapa.
Ruiz menggunakan 7,000 buah tersebut sepanjang dia menjadi artis seni bagi menghasilkan binaan itu pada 17 April lalu.
Binaan unik itu akan menjadi tumpuan pelancong yang melawat bandar ini.

Menyuburkan jiwa patriotik

Posted: 19 Apr 2014 03:14 AM PDT


SEBAHAGIAN daripada buku-buku mengenai ketenteraan milik Mohd. Ridhuan yang kerap diulang baca pada masa lapang.


HELAIAN muka surat buku Kanang: Kisah Seorang Pahlawan yang baru dibelinya selepas pulang dari sekolah diselak perlahan-lahan, manakala matanya pula tertancap pada baris-baris ayat yang tertulis.
Buku biografi tulisan Mejar (B) Maznan Noordin itu mengisahkan sejarah hidup pahlawan negara, mendiang Pegawai Waran 1 (B) Kanang Langkau menentang pengganas komunis semasa era Insurgensi.
Dengan gaya bahasa yang mudah dan ringkas, penceritaan Maznan, bekas pegawai perhubungan awam Tentera Darat itu cukup terkesan pada jiwa Mohd. Ridhuan Abdullah, yang ketika itu berusia 13 tahun.
Keberanian Kanang bertempur dengan pengganas komunis sehingga cedera parah setelah ditembusi peluru musuh cukup dikagumi.
Dia ingin menjadi seperti Kanang suatu hari nanti dan pada masa sama mencetuskan minatnya terhadap bahan bacaan bercorak ketenteraan.
Kanang yang diangkat sebagai wira negara merupakan satu-satunya penerima dua pingat keberanian tertinggi kerajaan Persekutuan iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Pingat Gagah Berani (PGB) kerana keberaniannya.
Bekas Pegawai Waren 1 berketurunan Iban ini terlibat dalam dua pertempuran dengan pengganas komunis iaitu dalam Gerakan Setia 1979 di kawasan Hutan Korbu dan Gerakan Khas Setia 1980 di Tanah Hitam, kedua-duanya di Perak.
MOHD. RIDHUAN


Kanang yang kemudian dianuerahkan gelaran Datuk Temenggong oleh kerajaan Sarawak meninggal dunia pada 3 Januari tahun lalu akibat serangan jantung pada usia 68 tahun.
Buku biografi yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1987 itu telah menemui kira-kira setengah juta pembaca dan menjadi buku terlaris ketika itu.
Kini, Mohd. Ridhuan, 39, yang merupakan pakar teknologi maklumat di sebuah firma swasta di ibu negara masih menebal dengan minatnya membaca buku-buku ketenteraan.
Tahu sejarah
Tidak kurang 150 buku pelbagai judul mula dikumpul sejak 17 tahun lalu, terutamanya bercorak sejarah menghiasi rak buku yang disimpan rapi di dalam sebuah bilik khas di rumahnya di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
"Buku kedua saya juga karya Maznan berjudul Gonzales : Kenang-kenangan Seorang Jeneral yang mengisahkan biografi bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohd. Ghazali Mohd. Seth.
"Saya amat menggemari buku-buku sejarah ketenteraan sama ada era Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua sehinggalah konflik antarabangsa selain biografi pemimpin-pemimpin tentera tersohor.
"Ia bukan sekadar kerana minat, tetapi banyak perkara yang boleh diketahui serta dipelajari menerusi sejarah peperangan, misalnya mengenai tamadun manusia.
"Percaturan strategi-strategi perang oleh jeneral terhebat juga boleh disesuaikan dengan keadaan semasa misalnya perniagaan atau menjadi sumber motivasi," ujarnya yang menilaikan koleksi buku-bukunya mencecah RM11,000.
Ada antara buku-buku ini dibeli secara atas talian menerusi laman web luar negara selain di karnival buku.
Perkembangan teknologi komunikasi semasa turut menyaksikan Ridhuan menjadikan laman sesawang berita, portal dan blog sebagai pelengkap menambahkan pembacaanya.
Akuinya, portal berita berbahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang dikendalikan oleh blogger-blogger bebas ini pantas memaparkan maklumat-maklumat terkini berhubung hal ehwal ATM atau pertahanan serantau.
Terdapat kira-kira 12 laman portal berkaitan pertahanan di negara ini antaranya ialah Military of Malaysia, Malaysia Military Power, Malaysian Defence, Askar Setia dan Bekas Komando.
Namun begitu, minatnya membaca, membeli dan mengumpul buku-buku pertahanan tidak padam demi kepuasan tersendiri.

KANANG menunjukkan parut ditembak musuh.


Menabung gaji
Turut berkongsi minat yang sama ialah dua rakannya, Abdul Aziz Abas, 40, dan Ibrahim Azhar Ab. Wahab, 31.
Abdul Aziz misalnya, menyimpan 140 buku ketenteraan terutamanya mengenai pesawat udara dan teknologi aeroangkasa, manakala 120 buku teknologi pertahanan serta persenjataan dimiliki Ibrahim.
Koleksi ini tidak termasuk majalah dan jurnal ketenteraan yang dibeli setiap bulan.
"Setiap buku berharga antara RM70 hingga RM200. Jika dihitung semuanya koleksi buku-buku yang dikumpul sejak 15 tahun lalu mencecah kira-kira RM14,000," ujar Abdul Aziz yang berasal dari Ipoh, Perak.
Pegawai keselamatan pembinaan sebuah syarikat swasta ini turut mengakui minat membaca buku-buku ketenteraan itu menjadikan dirinya lebih peka terhadap isu keselamatan dan pertahanan serantau.
Beliau yang pernah bercita-cita menjadi anggota tentera menyifatkan pengorbanan pasukan keselamatan mempertaruhkan nyawa menjaga kedaulatan negara amat besar dan tidak ternilai.
"Buku paling mahal dibeli ialah Jane's All the World's Aircraft berharga kira-kira RM2,600 dalam talian beberapa tahun lalu.
"Saya menyimpan sedikit wang gaji untuk membeli bahan-bahan bacaan ini, dan kini minat yang sama turut dikongsi bersama keluarga sebagai menambah pengetahuan am mereka.
"Membaca buku-buku pesawat perang mendedahkan kita dengan teknologi aeroangkasa yang berkembang pantas.
"Penguasaan teknologi menjadikan sesebuah negara itu kuat untuk digeruni musuh berbanding negara yang lemah kuasa tenteranya," ujar beliau yang mencari buku kegemarannya di beberapa kedai buku terpakai sekitar Ipoh, Perak.

PERANG Vietnam mengorbankan 58,000 tentera Amerika Syarikat manakala 2,000 orang lagi hilang.


Berbeza dengan dua rakannya, Ibrahim Azhar yang merupakan penjawat awam di Putrajaya pula adalah bekas pegawai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Semasa bersekolah dahulu, beliau pernah menyembunyikan novel Kanang : Kisah Seorang Pahlawan agar tidak ditemui pelajar lain di perpustakaan sekolah semata-mata ingin meminjam buku tersebut.
"Saya menggemari buku-buku tentang taktik peperangan, ensiklopedia persenjataan termasuklah novel berlatarkan ketenteraan.
"Sebelum ini kebanyakan bahan bacaan terhad kepada buku terbitan luar negara, tetapi sejak kebelakangan ini ada penerbit tempatan tampil dengan karya sedemikian khususnya buku bercorak biografi.
"Antaranya buku Jottings X-Nuri Pilot oleh Mejar (B) Nor Ibrahim Sulaiman; Den Komando : Menjunjung Bere Hijau tulisan Mejar (B) Nazar Talib dan Komando 69 karya Muhammad Fuad Mat Noor," katanya. Beliau berpendapat, perlu lebih banyak penerbitan seumpamanya yang wajib dimiliki perpustakaan sekolah di bandar dan desa untuk memupuk semangat patriotik seawal usia kanak-kanak.
Malangnya, atas faktor perniagaan penerbit tempatan lebih gemar menerbitkan buku-buku yang boleh jual laris seperti novel cinta dan cerita-cerita remeh.
Apa yang menarik, Mohd. Ridhuan, Abdul Aziz dan Ibrahim mula bersahabat sejak sembilan tahun lalu sebagai rakan maya menerusi laman sosial Facebook dan sering berbincang mengenai hal ehwal pertahanan serantau.
Sejak itu, mereka bersama beberapa rakan lain menubuhkan sebuah laman sembang pertahanan tempatan dikenali sebagai Panggilan Pertiwi dengan kira-kira 120 ahli yang semuanya berkongsi minat serupa.
Bermula sebagai sebuah laman sembang, Panggilan Pertiwi kemudian didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Oktober 2012 dan menjadi satu-satunya NGO berkaitan pertahanan di negara ini.

Perodua menuju standard global

Posted: 19 Apr 2014 03:11 AM PDT

ASPEK kebersihan menjadi amalan para pekerja Perodua.


PENUBUHAN Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) pada tahun 1993 yang merupakan kerjasama antara syarikat Malaysia dan Jepun membuka lembaran baharu dalam landskap industri automotif tempatan.
Setahun selepas kewujudannya, Perodua memperkenalkan produk pertamanya iaitu Perodua Kancil. Tindakan itu membuktikan kebijaksanaan Perodua memahami keperluan para pengguna tempatan. Perodua Kancil membolehkan lebih ramai pengguna memiliki sebuah kereta terutama dalam kalangan pengguna berpendapatan sederhana.
Tidak terhenti di situ sahaja, Perodua kemudiannya tampil dengan pelbagai model untuk kegunaan masyarakat berpendapatan rendah hingga tinggi. Sehingga kini, lebih kurang dua juta kenderaan Perodua berjaya menemui pemilik baharu. Syarikat automotif itu berjaya menyentuh, mengubah dan memudahkan kehidupan sebahagian besar rakyat Malaysia. Terima kasih Perodua.
Setelah berusia 20 tahun, Perodua mengumumkan hajat mahu mengubah perjalanan syarikat agar lebih berdaya saing dan mahu duduk sebaris di persada global. Hajat itu diterjemahkan menerusi pengumuman pelan Tahun Transformasi Perodua.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, transformasi itu amat penting kerana trend pasaran semasa sudah berubah sejak beberapa tahun lalu.
Dia memberitahu, Perodua dan Proton tidak lagi memiliki dominasi seperti mana yang pernah dikecapi sebelum ini dan pengumuman Dasar Automotif Negara (DAN) menjadikan landskap pasaran semakin berdaya saing.
Perkara itu diumumkan Aminar Rashid dalam satu taklimat khas bersama pengamal media di ibu pejabat Perodua di Rawang, Selangor baru-baru ini.
Pelan tranformasi itu merangkumi rancangan holistik apabila merangkul beberapa perkara penting termasuk pembinaan kilang baharu, kecekapan pelaksanaan kerja, kos, pembangunan modal insan serta soal kebajikan para pekerja.

TEKNOLOGI robot akan membantu mengurangkan kadar kerosakan penghasilan kenderaan di fasiliti pengeluaran baharu milik Perodua.


"Bercakap mengenai transformasi, sebahagian daripadanya ialah kos. Apa yang penting ialah QCD iaitu kualiti, kos dan penghantaran. Kita memang sasarkan penjimatan tetapi ia adalah satu proses yang berterusan. Kos yang kita jimatkan sudah tentu kita turunkan kepada pengguna melalui model-model yang dikeluarkan," jelas Aminar Rashid.
Kilang bersih
Langkah transformasi pertama bermula dengan pengumuman pembinaan kilang baharu yang akan menghasilkan model-model terkini syarikat itu. Kilang yang menelan perbelanjaan sebanyak RM790 juta itu bakal dilancarkan pada separuh kedua tahun ini. Fasiliti itu juga dilengkapi sebuah litar untuk melaksanakan ujian produk-produk baharu. Kilang itu dinamakan sebagai Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd. (PGMSB).
Bagi mengoptimumkan kecekapan, kilang itu bakal menggunakan nisbah teknologi robot sebanyak 70 peratus berbanding dengan kilang sedia ada yang hanya mengguna pakai 30 peratus sahaja.
Penggunaan robot melibatkan tugas-tugas kimpalan kenderaan akan meningkatkan tahap kualiti sedia ada sekali gus membantu Perodua mencapai sasaran kadar kecacatan pada paras 0.005 seunit. Kilang baharu itu membuka peluang pekerjaan kepada 1,200 orang. Kilang lama pula menggunakan seramai 6,000 tenaga kerja buat masa ini.
Bagi memastikan aliran tempat kerja lebih berkualiti, Perodua mengutarakan idea menggunakan watak anime Pokemon, Pikachu sebagai maskot untuk melonjakkan semangat kerja dalam kalangan pekerjanya. Gambar maskot itu akan ditampal di bahagian-bahagian yang berjaya menepati piawaian kebersihan yang ditetapkan.

MASKOT Pikachu ditampal pada semua bahagian yang berjaya menepati piawaian kebersihan.


Pembangunan Modal Insan Pekerja
Perodua turut melabur bagi menzahirkan objektif Pembangunan Modal Insan para pekerjanya yang merangkumi pakaian, keselamatan dan kelakuan di tempat kerja. Bagi pekerja yang sudah disahkan jawatannya, mereka bakal mengikuti kursus Dojo.
Kursus Dojo akan mendedahkan perincian lanjut kepada setiap pekerja berhubung fungsi setiap bahagian dalam sebuah kereta dan apakah fungsinya selain mengenal pasti punca-punca kerosakan pada kenderaan.
Perodua bukan sebuah entiti yang tahu mengira untung rugi dalam akaun semata-mata. Syarikat itu sebenarnya menyayangi institusi kekeluargaan dan kebajikan para pekerjanya. Sifat itu dizahirkan dengan tindakan mendirikan sebuah masjid untuk kesenangan kakitangan dan masyarakat setempat. Selain itu, Perodua turut menyediakan sebuah pusat jagaan harian untuk anak-anak pekerjanya.
"Kos penjagaan harian itu diberikan subsidi dan saya rasa ia memberi ketenangan kepada pekerja kami apabila anak-anak kecil berada dekat dengan mereka.
"Jika ada kerja tertangguh, mereka tidak akan tertekan kerana lewat untuk menjemput anak-anak mereka di pusat jagaan swasta," kata Aminar Rashid.
Kenderaan cekap tenaga
Menyentuh status semasa kenderaan model baharu yang akan ditawarkan kelak, Aminar Rashid mendedahkan bahawa ia juga tergolong dalam kategori penjimatan bahan api. Pendek kata, ia sebuah kenderaan cekap tenaga (EEV) dan selari dengan hala tuju Dasar Automotif Negara (DAN) 2014.
"Model baharu ini lebih menjimatkan berbanding model-model yang dikeluarkan sebelum ini. Walaupun kompak tetapi ia menawarkan ruang yang luas di samping reka bentuk yang menarik," katanya.
Jika diamati keseluruhan rancangan transformasi Perodua, ia jelas menggambarkan syarikat itu tidak mahu berada dalam liga persaingan sedia ada. Institusi itu mahu bangkit bersaing dengan lebih dinamik.

Grand Livina kenderaan keluarga

Posted: 19 Apr 2014 03:10 AM PDT


REKAAN lampu, bampar dan gril baharu merupakan sebahagian daripada 50 sentuhan baharu pada model ini.


NISSAN Grand Livina yang membuat debut ke pasaran Malaysia sekitar tahun 2007 berjaya mencipta fenomena baharu dalam landskap kenderaan pelbagai guna (MPV) tempatan. Dalam tempoh beberapa tahun, model di bawah rangkaian Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) itu berjaya muncul sebagai MPV bukan nasional popular di Malaysia.
Grand Livina yang diperkenalkan tahun lalu itu menerima 50 penambahbaikan sekali gus mencerminkan komitmen ETCM untuk bersaing lebih serius dalam segmen berkenaan.
Baru-baru ini, penulis diberi peluang oleh ETCM untuk memandu uji varian Grand Livina 1.8 liter. Sesi pandu uji kali ini melibatkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Mutiara.
Perjalanan yang merentasi lebuh raya PLUS membolehkan penulis menikmati hamburan kuasa melalui enjin berteknologi Drive-by-Wire.

PAPAN pemuka Grand Livina ini dihiasi dengan panel kayu yang memberikan imej mewah.


Berbekalkan perbezaan sesaran kira-kira 200cc, model kali ini sedikit sebanyak mengubati kekecewaan penulis sewaktu menguji varian 1.6 liter sebelum ini.
Lebih tenaga mendaki
Enjin Grand Livina 1.8 liter lebih berkuasa terutama dalam mendaki bukit berbanding model sebelumnya yang kerap semput terutama dalam mod memotong kenderaan di hadapan.
Perjalanan ke Pulau Pinang disertai bersama lima orang rakan penulis dan satu perkara berjaya dikenal pasti. Ruangan kabin Grand Livina ini sempit bagi penumpang berbadan sederhana pada barisan kedua dan ketiga. Mereka terpaksa berhimpit dan menyerongkan badan untuk membolehkan masing-masing duduk dengan sedikit selesa.
Bagi penulis, jika anda berhajat mahu bawa barangan banyak, sila pastikan penumpang dewasa dalam kabin tidak lebih tiga orang. Tujuannya untuk membolehkan simpanan barang dan memastikan keselesaan sederhana mampu dinikmati semua pihak bagi perjalanan jarak jauh. Ruang letak barang di bahagian belakang terlalu kecil dan langsung tidak praktikal untuk tujuh penumpang.

RUANG enjin 1.8 liter Grand Livina tampil kemas dan tersusun.


Tiada perehat tangan
Pun begitu, Grand Livina yang sedikit besar berbanding Perodua Alza tetap punya kelebihan. Material kulit pada bahagian tempat duduk menampakkan imej mewah dan pada masa sama mudah dibersihkan.
Suasana ruang kabin diselubungi tona warna cerah dan disulam dengan kepingan kayu di beberapa bahagian untuk memberikan sedikit rasa mewah.
Tempat duduk bahagian pemandu dan penumpang hadapan tidak didatangkan dengan perehat tangan sehingga terasa lenguh pemanduan lebih lima jam tempoh hari. Sepatutnya kemudahan itu perlu diadakan memandangkan ia sebuah MPV.
Varian 1.8 liter ini menggunakan sistem kemasukan tanpa kunci i-Key, lampu isyarat membelok LED yang diadun pada bahagian cermin pandang sisi dan lampu kabus pada bahagian bampar hadapan.
Tiada keistimewaan pada model ini kecuali ia sebuah Grand Livina dengan enjin 1.8L dan ia adalah Nissan.

Evolusi FZ150i

Posted: 19 Apr 2014 03:09 AM PDT



YAMAHA FZ150i masih mengekalkan sifat praktikal bagi kegunaan dalam bandar dan perjalanan jarak sederhana.



SEJARAH Yamaha FZ150i bermula pada tahun 2008 sebagai taruhan baharu Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) dalam segmen 150cc tempatan selepas ketiadaan model dua lejang Yamaha TZM. FZ150i pada ketika itu tidak memerlukan masa lama untuk menarik perhatian pengguna ekoran ciri praktikal yang terdapat padanya.
HLYM kemudiannya memperbaharui momentum saingan apabila tampil dengan dua model FZ150i naik taraf masing-masing pada tahun 2010 dan 2012. Pembaharuan yang dilakukan sekadar tambahan beberapa komponen dan solekan warna baharu.
Setelah keberadaan hampir enam tahun dalam pasaran Malaysia, HLYM akhirnya memutuskan untuk memperkenalkan generasi kedua Yamaha FZ150i.

INSTRUMEN meter model baharu itu kini mengetengahkan paparan skrin digital.


Kali ini, ia bukan sekadar menyalin cover set semata-mata tetapi ia didatangkan bersama beberapa komponen baharu selain kejuruteraan semula unit rangkaian kuasa bagi menjayakan respons enjin yang lebih berprestasi.
FZ150i edisi 2014 didatangkan bersama set lampu utama dan lampu isyarat membelok baharu, set lampu belakang kompak dan reka bentuk tangki minyak yang berimej sporty. Motosikal itu turut dipasang dengan rim aloi rekaan baharu.
Tambahan komponen lain ialah pemasangan undercowl dan madgad belakang bagi melindungi bahagian enjin daripada pantulan batu-batu kecil atau objek keras. Sistem brek turut ditingkatkan menerusi aplikasi brek cakera pada kedua-dua roda. Model sebelum ini hanya didatangkan dengan set brek cakera pada roda hadapan.

SISTEM transmisi ditala semula untuk membolehkan hamburan kuasa yang lebih berprestasi.


Instrumen meter FZ150i 2014 menggabungkan paparan analog dan digital. Semua informasi berhubung kadar kelajuan, status bekalan bahan api serta jarak perjalanan disiarkan menerusi sebuah skrin digital manakala pergerakan jarum pusingan enjin seminit (rpm) ditayangkan menerusi meter analog.
Unit enjin yang digunakan adalah sama seperti generasi pertama. Kejuruteraan semula yang dilakukan hanya melibatkan penggantian komponen sistem penyampaian bahan api dan nisbah gear. Tindakan itu membolehkan FZ150i baharu menghasilkan kuasa kuda dan tork yang lebih tinggi berbanding model sebelumnya.

RODA belakang dipasang dengan komponen sistem brek cakera untuk meningkatkan kadar kecekapan membrek.


Pengarah Urusan HLYM, Ng Choong Hai berkata, pihaknya mengunjurkan jualan sebanyak 800 unit sebulan bagi model baharu itu. Katanya, jumlah jualan terkumpul FZ150i generasi pertama bagi tempoh enam tahun adalah sebanyak 28,000 unit.
Berhubung kebolehdapatan alat ganti bagi model generasi pertama, Choong Hai menjelaskan, HLYM akan terus menawarkan komponen berkenaan bagi tempoh 10 tahun akan datang.
Yamaha FZ150i ditawarkan pada harga asas RM8,538 seunit.

Pupuk peserta hargai khazanah alam

Posted: 19 Apr 2014 03:06 AM PDT



SERAMAI 504 peserta menempuh aktiviti sukan larian lasak Teva Kenaboi Adventure Race 2014 yang berlangsung di Kampung Chennah, Jelebu, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Perlumbaan berkenaan melibatkan beberapa kawasan di Mukim Kenaboi yang meliputi lokasi sekitar Kampung Chennah, Kampung Esok, Sungai Kenaboi, Gua Batu Pala dan sebahagian Hutan Rizab Kenaboi.
Setiap pasukan yang terdiri daripada dua peserta campuran lelaki dan wanita bukan sahaja dikehendaki berlari melalui trek yang telah disediakan, malah mereka perlu menyelesaikan beberapa tugasan di setiap titik temu.
Antara tugasan itu termasuklah memintal tali, melambung getah ke arah lidi, melastik tin, membawa pasir sungai seberat 20 kilogram dan boling kelapa serta meneroka Gua Batu Pala atau turut dikenali sebagai Gua Periok sepanjang 500 meter.
Rata-rata peserta mengakui cabaran meneroka gua begitu menguji mental dan fizikal mereka kerana keadaan dalam gua yang amat sempit dan gelap.
Acara larian lasak yang bermula di padang Sekolah Kebangsaan Datuk Undang Abdullah di Kampung Chennah dilepaskan oleh Pengerusi Bertindak Jawatankuasa Pelancongan Negeri Sembilan, Tun Hairudin Abu Bakar pada pukul 8.30 pagi.

Para peserta pantas mengatur langkah semasa perlepasan di Sekolah Kebangsaan Datuk Undang Abdullah, Jelebu.


Kategori
Para peserta bagi kategori terbuka perlu menamatkan larian sejauh 22 kilometer (km) manakala kategori institusi pengajian tinggi (IPT) dikehendaki mengakhiri larian sejauh 16km.
Pada tahun ini, cabaran dihangatkan dengan pengenalan kategori IPT yang mendapat penyertaan sekitar Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka.
Bagi kategori terbuka, para peserta dikehendaki menyelesaikan enam disiplin manakala lima disiplin pula perlu dilakukan peserta kategori IPT.
Kategori terbuka dimenangi pasukan S.K.A Runner dari Kuala Lumpur, yang disertai Muhd. Asdi Weding, 31, dan Nur Amelia Musa, 28, dengan cacatan masa larian 2 jam dan 19 minit.
Muhd. Asdi dan Nur Amelia yang masing-masing merupakan anggota tentera dan polis membuat persediaan selama dua minggu sebelum menyertai cabaran itu.
"Ini adalah penyertaan sulung kami pada acara larian lasak Teva Kenaboi Adventure Race dan ternyata usaha kami berbaloi," kata Muhd. Asdi yang turut mengakui semua aktiviti cukup mencabar terutama disiplin melastik tin.
Pasukan UPSI Mix dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, yang disertai Samsu Rudi dan Shu Seo Cheng yang berusia 20-an pula dinobatkan juara bagi kategori IPT dengan cacatan masa 2 jam dan 39 minit.
GUA BATU PALA sepanjang 500 meter ini mempunyai laluan yang sempit dan gelap sekali gus menyukarkan para peserta melaluinya.


Kedua-dua pasukan tersebut masing-masing meraih hadiah wang tunai RM2,000 dan RM1,000 berserta piala pusingan, piala iringan, medal dan sijil.
Acara sukan pelancongan lasak ini dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan negeri, Pejabat Daerah Jelebu dan disokong oleh Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan.
Platform
Penganjuran Teva Kenaboi Adventure Race 2014 ini bukan sahaja menjadi platform terbaik mempromosikan Jelebu sebagai kawasan ekopelancongan tetapi, ia juga mampu mendidik peserta peka terhadap isu alam sekitar.
Seorang peserta yang berasal dari England, Dave Spence, 53, mencuri tumpuan ketika menamatkan cabaran apabila dia memungut secebis plastik yang ditinggalkan oleh salah seorang peserta ketika acara berlangsung.
Dia yang sudah 12 tahun menetap di Kuala Lumpur mengutip dan memulangkan sampah yang dibuang oleh peserta berkenaan ketika tiba di garisan penamat.
"Perkara sebegini (membuang sampah) tidak sepatutnya berlaku. Malaysia memiliki kawasan hutan yang cantik dan ia perlu dihargai.
"Memulangkan sampah yang dibuang secara sengaja adalah cara terbaik untuk mendidik orang ramai supaya mereka lebih bertanggungjawab," katanya yang juga seorang aktivis alam sekitar.
Spence yang berpasangan dengan seorang warga tempatan, Ester Sim, 28, dalam cabaran berkenaan menyertai Teva Kenaboi Adventure Race buat kali kedua kerana terpesona dengan keindahan hutan semula jadi di negara ini.

JARAK antara lidi dan peserta menjadi cabaran utama dalam melunaskan misi melambung getah ke lidi.


Sementara itu, peserta dari Nigeria, Richard Ahbeya, 28, yang dua tahun berturut-turut menyertai sukan lasak itu mengakui kesukaran pertandingan tersebut.
Peserta tinggi lampai yang merupakan penuntut Kolej SEGi di Kota Damansara, Selangor itu memberitahu, semua disiplin dalam acara tersebut begitu mencabar terutama ketika meneroka gua yang gelap dan sempit.
Membatalkan
Dalam pada itu, syarikat pengurusan acara, Kenaboi Adventure Enterprise yang mengendalikan acara tersebut berkata, cabaran kali ini turut menerima penyertaan antarabangsa seperti dari Kenya, Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei.
Menurut Pengarah acara berkenaan, Khairil Anuar Zainal Azman, acara tersebut disertai peserta paling muda berusia 14 tahun dan paling tua berumur 57 tahun.
"Pada tahun ini kita terpaksa membatalkan satu disiplin wajib iaitu `water tubing' sepanjang 3km di Jeram Lesong atas nasihat pihak bomba dan penyelamat ekoran paras air naik selepas hujan beberapa jam sebelum acara bermula.
"Bagaimanapun, disiplin itu kita gantikan dengan tugasan membawa pasir sungai dan boling kelapa," ujarnya.

'Jatuh cinta' dengan bandar epal, Almaty

Posted: 19 Apr 2014 03:05 AM PDT


MENARA Almaty merupakan tarikan kepada pelancong.


DAHULUNYA pernah memegang gelaran ibu negara kepada Kazakhstan sehingga tahun 1997, Almaty yang terletak di selatan Kazakhstan merupakan lokasi gah pusat kewangan negara itu.
Nama Almaty mempunyai sejarah tersendiri kerana lokasi itu dahulunya dipenuhi pokok epal liar sehingga gelaran Almaty sinonim dengan bandar terbesar di Kazakhstan itu.
Menurut pemandu pelancong, Alexander Yezhor, 67, Almaty membawa maksud epal dalam bahasa Kazakh. Dia juga memberitahu negeri berkenaan turut disebut sebagai Alma-Ata.
"Sebelum menerima nama Almaty, masyarakat tempatan menggelar negeri ini sebagai Alma-Ata. Alma-Ata merujuk kepada epal liar atau bapa epal yang tumbuh subur di kawasan ini.
"Epal liar tersebut ialah Malius Sieversi yang kami percaya sebagai gen utama atau 'moyang' kepada epal yang terdapat di seluruh dunia," cerita Yezhor.
Jelasnya lagi, selain nama yang unik dan pusat kewangan ekonomi Kazakhstan, Almaty sering menjadi tarikan pelancong berikutan seni bina yang unik serta moden.
Panorama
Yezhor menganggap Almaty adalah 'buah hati' kepada pelancong kerana selain kehebatan seni bina, ia turut menyediakan panorama semula jadi yang indah buat pengunjung.
Terletak di kaki gunung banjaran Tien Shan, Almaty boleh diangkat sebagai sebuah bandar yang teratur dari segi alam semula jadi, infrastruktur dan kemudahan.

SOSEJ daging kuda merupakan sumber protein utama di Almaty.


Jalan raya di bandar ini dibina begitu teratur dengan barisan pelbagai jenis pohon menghiasi sepanjang perjalanan. Tidak kurang juga pelbagai jenis pokok bunga mencantikkan lagi pemandangan bandar itu.
Keindahan bandar diserikan lagi dengan pancuran air, taman-taman yang menarik di samping pemandangan gunung-ganang yang gah mencuri perhatian siapa sahaja yang melihatnya.
Sebahagian besar penduduk Kazakhstan tinggal di bandar ini. Selain pusat kewangan Kazakhstan, Almaty adalah pusat komersial dan tarikan pelancong.
Walaupun tidak menjadi ibu negara Kazakhstan atas permintaan Presiden Nursultan Nazarbayev, Almaty terus menjadi pusat kewangan negara dan Asia Tengah.
Sehingga kini, Astana menjadi ibu negeri kepada Kazakhstan dan kedua-dua bandar itu pesat membangun.
Menurut Pengarah Jualan Seluruh Dunia, Air Astana, Richard Ledger, wajah kemodenan Almaty disulami panorama semula jadi menjadi faktor utama ia harus dilawati pelancong.
"Walaupun ramai pelancong di luar sana mengenali Almaty sebagai sebuah bandar yang pesat, kami tetap mempunyai tasik yang cantik, banjaran gunung-ganang yang indah dan lembah yang menarik.
"Sebagai sebuah bandar yang dikelilingi kawasan pergunungan, Almaty lokasi yang sangat tepat buat pencinta aktiviti meluncur ais dan menunggang kuda.
"Ramai rakyat Malaysia datang ke sini kerana pelbagai aktiviti berbentuk riadah yang boleh mereka lakukan bersama rakan-taulan dan keluarga tercinta," katanya.

KUMYS atau susu masam daripada kuda betina antara hidangan unik di Almaty.


Daging kuda
Tidak lengkap rasanya sebuah percutian tanpa hidangan makanan yang menarik. Sudah bosan dengan sumber protein daripada lembu, di Kazakhstan menyediakan daging kuda untuk santapan pelancong.
Hidangan yang menjadi kegemaran masyarakat tempatan dan pilihan pelancong ialah sosej daging kuda dan minuman susu masam kuda betina atau dipanggil Kumys.
Jika mahu beralih selera, makanan ala Eropah turut terdapat di negara itu. Antara restoran pilihan pelancong ialah Augustin dan Del Papa iaitu sebuah restotan dengan cita rasa Itali.
Memandangkan 70 peratus penduduk Kazakhstan beragama Islam, maka makanan halal bukanlah satu isu utama.
Menurut penduduk tempatan Muslim, Samat Kassymbayev, 24, jangan khuatir mengenai status makanan halal di Kazakhstan kerana 60 peratus produk yang dijual di pasar raya dan restoran adalah halal.
"Walaupun kami di sini mempunyai pelbagai etnik tetapi majoriti di sini menganut agama Islam. Mencari makanan halal bukanlah perkara yang mustahil.
"Setiap restoran dan pasar raya menjual produk yang halal. Jika anda masih was-was jangan malu untuk bertanya kerana kami sangat peramah dan berbesar hati untuk membantu," jelasnya.

Hubungan erat media, Tentera Darat

Posted: 19 Apr 2014 03:03 AM PDT

PETUGAS media cetak dan elektronik dapat melihat sendiri kemahiran anggota Tentera Darat semasa beroperasi di medan.


DALAM kalangan warga Tentera Darat (TD), Lapang Sasar Sungai Menyala Port Dickson, Negeri Sembilan meninggalkan kenangan pahit mahupun manis terutama semasa bergelar rekrut.
Di sinilah buat pertama kali kemahiran asas para rekrut iaitu menembak diuji dan diasah sepanjang enam bulan mengikuti latihan di Pusat Latihan Asas Perajurit (Pusasda) sehingga mahir.
Justeru, pemilihan lapang sasar tersebut sebagai lokasi program Hari Media Bersama Tentera Darat baru-baru ini mempunyai singnifikan tersendiri.
Program berkenaan dikelolakan oleh Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (Tradoc) dengan kerjasama Sel Perhubungan Raya TD melibatkan seramai 81 petugas media cetak dan elektronik.
Selaku tuan rumah, Panglima Latihan TD, Mejar Jeneral Datuk Suhaimi Mohd. Zuki menyambut ketibaan para media kira-kira pukul 9 pagi diikuti penerangan ringkas aktiviti program sehari itu.
Acara pertama bermula selepas sarapan iaitu menembak menggunakan raifal M4 Carbine. Terlebih dulu, para media yang dibahagikan kepada 20 kumpulan ditunjukkan cara-cara pengendaliannya.
Bagi pengamal media yang pertama kali berpeluang menembak senjata api perasaan teruja sukar disembunyikan.
Program yang berlangsung dalam suasana santai itu diselangselikan dengan beberapa demonstrasi kemahiran pasukan di bawah pemerintahan Tradoc.
Antaranya, Institut Kejuruteraan TD (Ijed), Institut Kejuruteraan Komunikasi dan Elektronik TD (Iked), Pusat Latihan Artileri (Pusarti), Pusat Latihan Kor Polis Tentera (Pulapot) serta Pusat Latihan Kor Perkhidmatan (Pulmat).
Pengamal media dipertontonkan dengan kepakaran Tim Pembaikan Hadapan (FRT) dari Ijed membaik pulih kenderaan di medan tempur, manakala Iked pula mempamerkan tatacara perhubungan radio TD.

PENGAMAL media menguji kemahiran menembak menggunakan raifal M4 Carbine.


Tangkas
Kecekapan anggota membuka dan memasang meriam Pack Howitzer L5/105 untuk diatur gerak melepasi halangan pula ditunjukkan oleh para pelatih dari Pusarti.
Meriam kompak buatan Itali yang boleh menembak ke sasaran sejauh 10 kilometer (km) digunakan TD sejak tahun 1960-an ini merupakan tulang belakang bagi memberikan tembakan bantuan termasuk semasa Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah tahun lalu.
Tidak kurang hebatnya ialah demontrasi menumpaskan enam penjenayah menerusi seni mempertahankan diri tempur tanpa senjata (TTS) oleh anggota Polis Tentera Tentera Diraja (KPTD) dari Pulapot yang cukup mendebarkan.
TTS adalah kemahiran wajib pegawai dan anggota KPTD yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang dan disiplin dalam kalangan TD.
Kemuncak program ini ialah acara menembak jatuh piring novelti yang menggabungkan pegawai-pegawai kanan TD bersama pengamal media.
Selain Panglima TD, Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, acara disertai Timbalannya, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi dan Panglima Medan TD, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim.
Gelaran juara milik kumpulan Rejimen Sarjan Mejar TD diketuai Pegawai Waren I Musa Haron setelah menjatuhkan kesemua piring dalam tempoh masa paling singkat.
Sepanjang program ini, para pengamal media dijamu masakan yang cukup membuka selera hasil air tangan penuntut-penuntut Kursus Pramusaji Pulmat menggunakan dapur medan selain dihiburkan persembahan akuistik Kugiran Pulmat.
Kerjasama
Sementara itu, Raja Mohamed Affandi ketika berucap pada majlis berkenaan berkata, program tersebut mencapai matlamatnya untuk mendedahkan petugas media terhadap fungsi dan peranan TD.
Jelas beliau, media mempunyai peranan besar dalam memastikan ketepatan laporan mengenai TD.
Katanya, media arus perdana harus memainkan peranan dalam memperbetulkan apa jua pemikiran negatif masyarakat yang cuba disemai menerusi maklumat mengelirukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Maklumat yang benar dan tepat perlu disebar luas kepada masyarakat umum dan kedua-duanya, hasil penulisan serta paparan berita ini dapat memberi suntikan semangat serta moral warga TD," ujarnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories