RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Hafiz Suip Nafi Guna Dadah & Amal Ilmu Hitam

Posted: 23 Apr 2014 07:09 PM PDT

Selepas mengecapi satu kejayaan ke satu kejayaan sejak tahun lalu hingga kini, penyanyi Hafiz Suip sememangnya cukup dikagumi dan menjadi kebanggaan ramai. Selain Hafiz kini dilihat semakin selesa dengan imej rambut barunya, jejaka berusia 23 tahun ini sekarang kelihatan semakin kurus. Lantaran timbul desas desus ada pihak yang mendakwa Hafiz terlibat dengan pengambilan dadah.

Berkesempatan bertemu dengan tuan empunya badan pada persembahan sempena Minggu Setiausaha, 'A Golden Moment with Hafiz' di Pusat Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur semalam, anak kelahiran Kuching Sarawak di minta mengulas mengenai dakwaan tersebut.

hafiz-suip-ema

Hafiz memberitahu dia memang dalam proses mengurangkan berat badan kerana mahu menjaga imej dan penampilannya di samping kesan daripada letih bekerja. Bahkan Hafiz berani dan bersedia untuk menjalani ujian air kecing demi membuktikan dia bersih daripada sebarang pengambilan dadah.

"Bila orang tengok kita gembira, mula lah mereka tak senang dengan kita. Kenapa saya nak kena ambil dadah kalau saya tahu yang dadah itu sendiri akan membunuh karier kita. Impak dan kesan pengambilan dadah tu sangat dahsyat. Kenapa saya nak rosakkan diri saya dengan melakukan perkara sebegitu? Kalau ada pihak yang mendakwa saya mengambil dadah, saya bersedia untuk membuat ujian urin. Saya berani katakan yang saya bersih."

Tidak setakat dakwaan ambil dadah, timbul pula dakwaan kononnya segala kejayaan yang dikecapi hari ini bukan atas usaha gigihnya selama ini sebaliknya dengan cara menggunakan ilmu sihir. Senang kata, Hafiz mengamalkan ilmu hitam untuk untuk mendapatkan tawaran nyanyian juga memenangi pelbagai anugerah.

"Saya amalkan ilmu hitam? Itu mengarut! Bagi saya kalau kita nak cari rezeki biarlah cara yang betul dan diberkati. Kalau saya gunakan ilmu hitam, saya rasa hari ini saya tak jadi penyanyi. Mak ayah saya berpesan, kalau nak sesuatu itu biar atas daya usaha kita sendiri. Apa yang saya kecapi ini atas usaha gigih saya sendiri."

Bagaimanapun kata Hafiz, dia tidak marah dengan dakwaan tersebut sebaliknya menganggap itu adalah lumrah.

"Biasalah… manusia ni kadang-kadang tak boleh tengok orang lain senang. Mulalah timbul buruk sangka dan andaian yang bukan-bukan terhadap kita."

Sementara itu, Hafiz turut meluahkan rasa puas hatinya kerana berjaya menghiburkan kira-kira 400 penonton pada persembahan 'A Golden Moment With Hafiz'. Ini merupakan persembahan minggu setiausaha yang pertama kali buat Hafiz.

Hafiz Suip

Komen via Facebook

Komen

Gambar Juliza Adzlizan Kini Bertudung

Posted: 23 Apr 2014 07:04 PM PDT

Menerusi sebuah portal, penyanyi Juliza Adzlizan memberitahu keputusannya untuk tampil sopan dengan imej bertudung bukan kerana melalui kejadian-kejadian aneh seperti segelintir individu atau sengaja mahu mengikut trend terkini.

Jelas penyanyi berusia 47 tahun ini, penghijraan tersebut dilakukan selepas dia merasakan sudah bersedia menjadi seorang muslimah yang mengamalkan tanggung jawab dengan sempurna.

Juliza Adzlizan

"Saya sudah lama berniat untuk bertudung tetapi banyak sahaja kekangan terutamanya daripada segi pemakaian. Banyak koleksi pakaian saya yang kurang sesuai untuk dipakai dengan tudung. Jadi saya terpaksa ambil masa beli pakaian yang sesuai sikit-sikit dan tudung, lagipun saya jarang keluar rumah, sepanjang masa saya duduk rumah sahaja buat kek."

Tambah Juliza, dia mula merancang untuk bertudung sejak beberapa bulan lalu, terutama sekali ketika menghadiri majlis-majlis keagamaan.

Bagaimanapun, baharu semalam (Selasa) dia mengakui benar-benar yakin untuk muncul dengan imej tersebut.

"Beberapa bulan lalu saya dah pakai tetapi untuk ke majlis-majlis tertentu sahaja, bila saya pakai saya rasa diri saya sempurna dan lengkap. Semalam baru saya pakai betul-betul dan yakin dengan keputusan saya ini, bukan apa, saya tidak mahu hanya pakai tudung tetapi amalan agama yang wajib masih lagi tidak bersedia. Saya mahu bila saya berubah dalam keadaan yang saya sendiri sudah kuat keyakinan dan bersedia untuk mengamalkan ajaran Islam dengan baik,"

Juliza Adzlizan juga mengakui tidak pernah memikirkan trend tudung yang ingin digayakan. Tambahnya, keputusan itu turut mendapat sokongan dan reaksi positif daripada suami dan anak-anaknya.

Malah sejak tidak aktif dalam industri hiburan, banyak baju-baju seksi yang pernah dipakainya diberikan kepada orang.

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories