RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Lisa Surihani Jadi Duta Kempen Rethink Your Mouth ORAL-B

Posted: 04 Apr 2014 08:06 PM PDT

Budiey nak ucapkan tahniah kepada selebriti terkenal Lisa Surihani yang telah dilantik menjadi duta untuk kempen terbaru Rethink Your Mouth yang dianjurkan oleh pengeluar produk penjagaan gigi terkenal, ORAL-B. Majlis pengumuman sebagai duta jenama Oral-B telah dilangsungkan di One Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya baru-baru ini. Satu pilihan yang tepat memandangkan Facebook Lisa Surihani mempunyai 2,914,169 Likes setakat 5 April 2014. Pastinya Facebook Lisa Surihani bakal mencecah jumlah 3 juta Likes tak lama lagi.

Sehubungan dengan kempen "Rethink Your Mouth" Oral-B telah melancarkan aplikasi Facebook untuk anda berpeluang menyaksikan Lisa Surihani selaku duta Oral-B di laman Facebook anda. 'Like' dan kongsi aplikasi Facebook Oral-B ini untuk menyebarkan mesej betapa pentingnya kesihatan mulut yang memerlukan perlindungan terbaik – melalui kaedah Berus, Flos dan Bilas!

Untuk info pembaca, Oral-B melancarkan "Rethink Your Mouth" iaitu satu kempen untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kebersihan mulut. Pakar penjagaan mulut Oral-B telah melancarkan kempen "Rethink Your Mouth" bagi meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan mulut sempurna dengan memberus gigi, memflos dan membilas dengan betul agar dapat meningkatkan kualiti hidup serta senyuman yang menarik dan meyakinkan. Memiliki keyakinan terhadap kebersihan mulut adalah penting agar dapat berhubung antara satu sama lain dengan lebih baik untuk kualiti kehidupan yang lebih sempurna.

Serentak itu, pihak Oral-B telah melancarkan satu kempen kesedaran iaitu "Rethink Your Mouth" dan telah melancarkan aplikasi Facebook untuk anda berpeluang menyaksikan Lisa Surihani selaku duta Oral-B di laman Facebook anda. Maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Oral-B di https://www.facebook.com/OralBMalaysia.

Anda juga boleh mencari lebih maklumat di laman sosial Facebook, Twitter mahupun Instagram dengan menggunakan hashtag ‪#‎RethinkYourMouth‬

Manisnya pelakon Lisa Surihani sejak bergelar duta produk penjagaan gigi. Tampil bergaya serba biru semasa pelancaran duta produk di ibu kota baru-baru ini. Kecantikan gigi putih berseri dengan busana longgar, pasti membuat sesiapa sahaja terpesona melihat gaya sederhana Lisa ni. Pilihan warna biru terang dengan aura selebriti yang dimiliki memang sedap mata memandang. Walaupun agak sederhana dan ringkas, namun Lisa masih dapat menarik perhatian dan menjadikan fesyen Lisa ini nampak sangat menawan. Pendek kata, fesyen ini tiada cacat celanya.

Lisa Surihani Jadi Duta Produk Penjagaan Gigi ORAL-B

Pelancaran kempen telah disempurnakan oleh Pengarah Jualan P&G Malaysia, Cik Jenny Chew dengan sokongan Guardian-GCH Retail Malaysia.

Aktres popular dan duta Oral-B Lisa Surihani, serta pakar bedah pergigian yang juga angkasawan negara Dr. Faiz Khaleed turut hadir pada majlis tersebut untuk membincangkan penjagaan rapi mulut dan bagaimana memberus, memflos dan membilas setiap hari adalah cara terbaik menghilangkan plak.

Sehubungan dengan kempen "Rethink Your Mouth" Oral-B telah melancarkan aplikasi Facebook untuk anda berpeluang menyaksikan Lisa Surihani di laman Facebook anda. 'Like' dan kongsi aplikasi Facebook ini untuk menyebarkan mesej betapa pentingnya kesihatan mulut yang memerlukan perlindungan terbaik – melalui kaedah Berus, Flos dan Bilas!

Pada pelancaran tersebut, Cik Jenny Chew berkata:

"Ekoran tahap penjagaan mulut yang rendah dikalangan masyarakat Malaysia secara umumnya, yakni kurangnya amalan penjagaan mulut yang sempurna, separuh daripada populasi negara mengalami masalah kesihatan mulut dan ini mempengaruhi mereka secara emosi apabila hampir 80% daripada mereka mengaku kurang yakin untuk melibatkan diri dengan orang lain ekoran kesihatan mulut mereka".

"Oral-B adalah jenama No. 1 yang disyorkan doktor gigi seluruh dunia dan mempunyai portfolio produk penjagaan gigi yang sempurna*. Dengan DNA yang kukuh, Oral-B di Malaysia berada dalam posisi untuk memberi pengetahuan sempurna penjagaan mulut untuk mendapatkan senyuman yang meyakinkan."

Dalam perbincangannya, Dr. Faiz Khaleed menegaskan bahawa mulut kita memerlukan penjagaan terbaik dan penjagaan mulut yang sempurna tidak harus diabaikan.

Kata beliau:

"Adalah penting untuk menjaga kebersihan mulut dengan memberus, memflos dan membilas kerana plak adalah punca utama masalah mulut seperti bau busuk, pereputan gigi dan penyakit gusi. Menggunakan berus gigi yang betul serta kaedah yang betul, memflos dan membilas adalah cara termudah untuk memastikan plak dapat ditanggalkan setiap hari'.

Langkah pertama untuk mendapatkan kesihatan mulut sempurna ialah mengatasi masalah menanggalkan plak. Tidak seperti berus gigi lain, berus Oral-B Pro-Health Clinical Pro-Flex mempunyai sisi yang fleksibel untuk membersihkan kawasan plak sering terkumpul. Inovasi ini menanggalkan sehingga 93% plak di kawasan yang sukar dicapai**.

Mulakan langkah dengan berus gigi Oral-B Pro-Health Clinical Pro-Flex mempunyai sisi yang fleksibel untuk membersihkan kawasan plak sering terkumpul. Inovasi ini menanggalkan sehingga 93% plak di kawasan yang sukar dicapai**. Berharga RM14.70.

Oral-B Glide Pro-Health Floss memiliki teknologi unik untuk pembersihan sempurna. Ia memberi perasaan yang dingin dan bersih setiap kali anda memflos. Ia juga kuat dan tahan carikan dengan lapisan lilin semulajadi untuk cengkaman yang baik.

Oral-B Pro-Health Tooh & Gum care Mouth Rinse mempunyai tindakan 2-dalam-1 untuk melawan kaviti dan menyegarkan bau mulut. Ia adalah bebas alkohol dan sesuai untuk semua golongan terutamanya yang memiliki gigi dan gusi yang sensitif. Oral-B Pro-Health Rinse mengandungi flourida untuk melawan kaviti dengan lebih efektif berbanding dengan hanya memberus. Ia juga mengandungi Cetyl-pyridinium Chloride, bahan yang terbukti secara klinikal untuk mengurangkan pembentukan plak. Dijual dengan harga RM19.90.

Lisa Surihani Jadi Duta Produk Penjagaan Gigi ORAL-B

Lisa Surihani Jadi Duta Produk Penjagaan Gigi ORAL-B

Lisa Surihani Jadi Duta Produk Penjagaan Gigi ORAL-B

Lisa Surihani Jadi Duta Produk Penjagaan Gigi ORAL-B

Lisa Surihani Jadi Duta Produk Penjagaan Gigi ORAL-B

Lisa Surihani Jadi Duta Produk Penjagaan Gigi ORAL-B

Lisa Surihani Jadi Duta Produk Penjagaan Gigi ORAL-B

Lisa Surihani Jadi Duta Produk Penjagaan Gigi ORAL-B

Lisa Surihani Jadi Duta Produk Penjagaan Gigi ORAL-B

Lisa Surihani Jadi Duta Produk Penjagaan Gigi ORAL-B

Lisa Surihani Jadi Duta Produk Penjagaan Gigi ORAL-B

Lisa Surihani Jadi Duta Produk Penjagaan Gigi ORAL-B

Lisa Surihani Jadi Duta Produk Penjagaan Gigi ORAL-B

Komen via Facebook

Komen

Selebriti Stailo Bakal Hangatkan Anugerah Stail EH! 2014

Posted: 04 Apr 2014 06:05 PM PDT

Setiap tahun Anugerah Stail EH! pasti menghiasi kalendar acara hiburan di Kuala Lumpur. Majalah urban nombor satu di Malaysia itu tidak mahu membiarkan kalendar kosong tanpa penganjuran Anugerah Stail EH! 2014 yang akan berlangsung pada bulan Mei ini. Anugerah Stail EH! 2014 bakal memilih pemenang berdasarkan kriteria menyeluruh dari segi imej penampilan, stail, aura seksi, berpersonaliti menarik dan bakat. Kembali dengan lebih hangat dengan selebriti yang stailo habis, borang pencalonan sudah pun diedarkan kepada pembaca di laman sesawang eh.com.my yang menampilkan nama-nama besar dan selebriti popular tempatan. Jadi, apa kata korang undi sekarang!

Selebriti Stailo Bakal Hangatkan Anugerah Stail EH! 2014

Bertemakan malam gemilang pesona bintang meraikan gaya, ritma dan drama dalam nuansa temasya penuh glamor, calon lima terbaik bagi 14 kategori yang dipertandingkan sudah pun dikeluarkan dan ini bermakna undian boleh dilakukan.

Budiey nasihatkan supaya anda bijak memilih selebriti pujaan anda. Undilah calon yang anda rasakan ada stail, ada aura dan berketrampilan menarik samada di depan peminat atau di belakang peminat. Selain menyerah kuasa mutlak kepada pembaca majalah EH!, anugerah ini menampilkan panel juri yang dilantik untuk memilih calon akhir bagi setiap kategori oleh editorial EH! bersama tiga panel jemputan iaitu Ayie Ali (Editor Stailista Portal Murai), Tengku Azura (Supermodel) dan Zaihani M Zain (Perunding Penata Gaya).

Tahun ini, anugerah paling dinantikan ini begitu bertuah kerana dapat menjalinkan kolaborasi dengan jenama antarabangsa A/X Armani Exchange.

Anugerah Stail EH! 2014

Senang je nak mengundi. Pembaca hanya perlu mendapatkan majalah EH! edisi Mac dan April untuk memilih siapa yang paling layak untuk memenangi trofi bagi setiap kategori.

Kategori Selebriti Wanita Paling Bergaya misalnya menampilkan lima jelitawan dengan empat daripadanya adalah pelakon dan seorang penyanyi iaitu Bella Dally, Fazura, Sazzy Falak, Scha Alyahya dan Yuna. Sementara bagi kategori Selebriti Lelaki Paling Bergaya pula, rocker terkenal Amy Search satu-satunya calon paling senior di antara finalis lain seperti Awal Ashaari, Bront Palarae, Nazim Othman dan Ryzal Jaafar.

Bagi kategori seterusnya yang menjadi idaman setiap wanita iaitu Selebriti Wanita Bentuk Badan Cantik menyaksikan persaingan antara dramatis Anzalna Nasir, Fouziah Gous, Rozita Che Wan, Sharifah Sakinah dan Tasha Shilla. Manakala bagi kategori lelaki pula, Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak membariskan jejaka kacak seperti Anding, Keith Foo, Nazim Othman, Remy Ishak dan Ryzal Jaafar.

Satu lagi kategori yang cukup panas pertandingan adalah Selebriti Wanita Paling Seksi yang menyenaraikan nama artis jelita seperti Nur Fathia, Marsha, Nabila Huda, Neelofa dan Siti Saleha. Sementara bagi kategori Selebriti Lelaki Paling Seksi pula menyaksikan calon seperti Adi Putra, Bront Palarae, Farid Kamil, Hans Isaac dan Remy Ishak.

Dalam menghasilkan fotografi yang luar biasa, selain berpandukan konsep, teknik pencahayaan serta kepada kepakaran jurugambar, tidak dapat dinafikan keupayaan seseorang artis itu juga memainkan peranan yang cukup penting. Bonus sekiranya mereka itu dikurniakan wajah fotogenik.

Untuk kategori Selebriti Paling Fotogenik menampilkan selebriti ternama seperti Cristina Suzanne, Datuk Siti Nurhaliza, Nora Danish, Scha Alyahya dan Wawa Zainal akan berentap.  Selain daripada kategori yang menjurus kepada personaliti, Anugerah Stail EH! turut mengutamakan kejayaan dilakar seseorang artis menerusi kategori Selebriti Pencapaian Terbaik. Untuk kategori berkenaan, penyanyi Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Shila Amzah, Yana Samsudin dan Yuna, masing-masing dilihat mempunyai peluang.

Bagi kategori Selebriti Pilihan Kulit Majalah, Datuk Siti Nurhaliza sekali lagi dicalonkan bersama Izara Aishah, Nora Danish, Fazura dan Yuna, manakala finalis untuk Pasangan Selebriti Pilihan menyaksikan pasangan popular, Aeril Zafrel & Wawa Zainal, Awal Ashaari & Scha Alyahya, Noh & Mizz Nina, Zain Saidin & Rozita Che Wan serta Yusry & Lisa Surihani.

Tidak hanya golongan selebriti, Anugerah Stail EH! 2014 masih mengekalkan kategori Jurusolek Selebriti Pilihan bagi menghargai golongan ini yang mana sentuhan sentiasa mencipta 'magis' untuk golongan selebriti sentiasa tampil jelita dan menawan. Lima jurusolek terkenal yang berentap dalam kategori ini adalah Bosco, Emmy Agung, Khir Khalid, Najeeb Azami dan Tiar Zainal.

Sementara itu, bagi kategori Pereka Fe­syen Selebriti Pilihan pula, Fairuz Ramdan, Hatta Dolmat, Jovian Mandagie, Nurita Harith dan Rizman Ruzaini, antara calon pilihan sejak beberapa tahun lalu.

Menyedari pembabitan model begitu penting dalam penerbitan Majalah EH! yang mempunyai ruangan fesyen cukup meluas, penganjur tidak ketinggalan memperkenalkan kategori Model Majalah Pilihan yang menampilkan calon seperti Ahya Rosli, Anna Syuhada, Dayang Atikah, Deanna Ibrahim dan Eryna Salim.

Manakala untuk kategori yang terakhir iaitu Selebriti Harapan Pilihan, bintang muda tempatan seperti Cristina Suzanne, Emma Maembong, Forteen, Kaka dan Nad Zainal bertuah kerana disenarai pendek.

Menyerahkan 100 peratus kepercayaan kepada peminat untuk membuat undian, ia boleh dilakukan menerusi online di laman web www.eh.com.my.

Selain itu borang yang lengkap diisi perlu dihantar ke Anugerah Stail EH! 2014, Blu Inc Media Sdn Bhd, Lot 7, Jalan Bersatu 13/4, Section 13, Petaling Jaya, Selangor.

Borang undian juga boleh dikirimkan ke kaunter Butik A|X Armani Exchange di Pavilion Kuala Lumpur, Suria KLCC, The Gardens, One Utama dan Sunway Piramid.

Anugerah Stail EH! 2014

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories