RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Amy Search Bakal Bergabung Meletop Dengan Judika

Posted: 05 Apr 2014 07:35 PM PDT

Pada 12 April ini, peminat Judika di Malaysia berpeluang bertemu dengan pe­nyanyi popular Indonesia itu secara live di Konsert Judika Mencari Cinta di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Lebih mengujakan apabila konsert berdurasi dua jam ini akan menampilkan otai rock bertaraf lagenda, Amy Search.

Judika sendiri yang buat permintaan untuk bergabung dengan Amy Search dan permintaan itu ditunai dan direalisasikan oleh pihak penganjur iaitu UCS Clockwork. Budiey pun dah tak sabar untuk menonton persembahan mereka, bayangkan apabila suara husky Judika bergabung dengan aura rockers Amy Search! Best! Bayangkan apabila Judika dan Amy Search bergabung suara untuk lagu Isabella dan sebuah lagu kejutan yang dirahsiakan.

Bukan sekadar menghayati persembahan Judika, malah peminat bertuah turut berpeluang merasai pengalaman sebagai pembantu peribadi (PA) Judika. Peminat bertuah yang dipilih berpeluang merasakan sendiri pengalaman menguruskan kerjaya penyanyi itu serta urusan lain berkaitan dengan konsert. Inilah kelainan yang dilakukan penganjur.

Judika Mencari Cinta Konsert

Penganjur konsert berkenaan, UCS Clockwork memaklumkan peluang keemasan itu hanya dibuka kepada dua peminat bertuah iaitu seorang lelaki dan seorang wanita. Pengarahnya Iman Tang berkata, peraduan pencarian PA ini mendekatkan lagi peminat dengan artis sekali gus menyelami dunia belakang tabir pembikinan sesebuah konsert.

"Menguruskan artis ada cabarannya dan ramai tidak tahu tugasan sebenar sebagai PA," katanya.

Pengumuman mengenai peraduan ini akan diumumkan dalam jangka masa terdekat ini. Iman berkata, tugasan PA bertuah itu akan bermula sebaik Judika tiba di Kuala Lumpur sehingga hari konsert.

"Ini adalah peluang baik kepada peminat untuk mengenali penyanyi kesayayangan mereka dengan lebih dekat," katanya.

Dalam konsert yang bermula jam 9 malam itu, Judika akan menyanyikan 20 lagu popularnya termasuk Bukan Rayuan Gombal, Aku Yang Tersakiti dan Setengah Mati Merindu, malah Judika juga bakal berkongsi pentas dengan penyanyi pujaannya iaitu Amy Search.

Tiket konsert Judika Mencari Cinta dijual pada harga RM98 untuk aras bawah dan RM168 untuk VIP di aras atas serta semua penonton pelbagai peringkat umur dibenarkan masuk.

Tiket boleh ditempah menerusi Ticketpro Malaysia, 03-78807999/017-3555134 atau di www.ticketpro.com.my.

Tiket turut dijual di Rock Corner, Muzik Valley, Victoria Music dan Guitar Store. Pintu mula dibuka pada jam 7.30 malam dan penonton dilarang sama sekali membawa dadah dan senjata berbahaya termaktub kepada undang-undang negara Malaysia.

Komen via Facebook

Komen

Maya Karin Penghias Muka Depan Majalah EH! April 2014

Posted: 05 Apr 2014 06:50 PM PDT

Ahad yang indah, Ahad yang dingin, Ahad yang ohsem. Bangun pagi dengan aura yang lebih positif untuk menciptakan hari-hari produktif walaupun seronok menghirup udara hujung minggu. Apa perancangan anda pada hari ini? Semalam, ada Majlis Kesyukuran Liyana Jasmay di rumahnya dan petang ini pula, Budiey nak ke Taman Tasik Ampang Hilir, Desa Pahlawan, Kuala Lumpur untuk bersantai sambil makan-makan untuk meraikan Befday bersama peminat Karl Shafek (Sesayangs)

Selepas pulang dari Media Junket The Amazing Spider-Man 2 di Singapura, Budiey demam dan sakit tekak. Seminggu tak dapat pergi event. Mungkin musim demam melanda kot. Jadi, kepada korang semua semua jagalah kesihatan, kurangkan aktiviti di luar rumah dan minum banyak air. Seperti biasa, walaupun keadaan jerebu, Budiey masih meneruskan kerja-kerja menghadiri event dan sekarang ini, jika anda follow Budiey di Instagram, Budiey akan buat #LiveUpdate di Instagram. Jadi apa kata follow Budiey di Instagram untuk melihat gambar sekitar event yang Budiey hadiri.

Semasa menjengah di kedai buku pagi tadi, Budiey terpandang majalah keluaran April yang mana seorang penyanyi dan pelakon cantik bermata galak menghiasi muka depan. Tidak perlu nak main teka-teki, kerana anda semua dapat mengagak, siapa penyanyi yang Budiey maksudkan. Tidak lain dan tak bukan, gadis yang Budiey maksudkan ialah MAYA KARIN.

Haaa, cantik tak, cantik tak? Kuku biru… mata biru firus… eh!

Maya Karin Jadi Penghias Muka Depan Majalah EH! April 2014

Edisi EH! Julai 2013 yang hadir dengan wajah baru dan padat dengan paparan yang lebih segar! Yang pasti, ada artikel tentang Maya Karin yang akan melancarkan album penuh dan showcase untuk peminat di No Black Tie, Kuala Lumpur pada 18 April nanti. Budiey selaku Blogger Rasmi acara ini akan memberi beberapa pass untuk pembaca menghadiri acara ini.

Budiey cubalah belek-belek, tengok apa yang menarik dalam majalah ni. Antara isu menarik edisi ini, selain jurnal cantik dan tips fesyen ada macam-macam lagi artikel, pasal Sara Ali dan Cristina Suzanne, cara untuk anda menggayakan denim dan tak lupa kisah benar, bercinta dengan Awang Hitam!

Tak payah nak cerita banyaklah sebab Budiey rasa korang kena beli Majalah EH! sebab utama… sebab ada cerita pasal Maya Karin! Full stop!

Maya Karin Jadi Penghias Muka Depan Majalah EH! April 2014

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories