RSS

Nuffnang

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Melamar Kekasihnya, Lelaki Ini Pakai Lingerie Pink

Posted: 18 May 2014 09:00 PM PDT

Di GuangdongChina, seorang lelaki bermarga Lian rela mengenakan lingerie merah muda saat melamar kekasihnya bermarga Liao. Ia berlutut di hadapan kekasihnya di hadapan teman-teman Liao.

Kenekadan lelaki berusia 40 tahun tersebut tentunya menarik perhatian para pejalan kaki. Selain mengenakan lingeri merah muda, lelaki yang berprofesi sebagai tukang ledeng itu membawa sebuket bunga mawar.

Sang wanita begitu terkejut ketika kekasihnya masuk ke ruangan yang sudah didekorasi dengan bunga-bunga pada 14 Mei 2014. 


Pada lamaran pertama, Lian diberitahu agar melamar kekasihnya dengan mengenakan lingerie perempuan. Dan Lian nampaknya mengikuti petunjuk tersebut. Lian sebenarnya sudah memiliki dua anak yang sudah beranjak besar dari pernikahan sebelumnya.

"Dia ingin melihat apakah saya benar-benar mencintainya dan saya memiliki keberanian untuk melakukannya," kata Lian.

Lian dan Liao sudah menjalin hubungan selama dua tahun. Mereka mulai berkencan ketika Liao memanggil Lian untuk membantu memperbaiki ledeng di apartmentnya yang sedang direnovasi.

Liao yang berusia 30 tahun merupakan seorang akauntan yang bekerja di Shenzhen. Pendapatan per tahunnya sekitar 100 ribu Yuan. Ia pernah belajar di Inggris selama 10 tahun. Meskipun kesenjangan ekonomi, pasangan tersebut meyakini bahwa cinta mengalahkan segalanya.

"Sulit untuk mendefinisikan cinta, tapi saya senang dengan kemurnian dan kebaikan hatinya," kata Liao.

‘Nabi’ laknat dijel 17 tahun

Posted: 18 May 2014 07:00 PM PDT

Bulawayo, Zimbabwe: Seorang lelaki mendakwa dirinya 'nabi' dihantar tuhan khas untuk menyembuhkan wanita menggunakan kemaluannya dipenjara 17 tahun selepas didapati bersalah merogol jiran.
Lungile Ncube, 32, dari Worringham didakwa mengumpan mangsa dengan memberitahu kemampuannya menyembuhkan sakit perut yang dialami wanita terbabit.

Bagaimanapun, Ncube meyakinkan mangsa bahawa proses rawatan mesti dilakukan melalui hubungan seks. Dalam perbicaraan, majistret Sikhumbuzo Nyathi berkata banyak kes sebegitu terjadi di negara berkenaan. Kata Nyathi, perkembangan itu sangat membimbangkan dan penjenayah harus dikenakan dihukum keras. "Ia sangat menjengkelkan apabila tertuduh menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan orang ke atasnya," katanya. Nyathi kemudian menetapkan Ncube dihukum penjara selama 17 tahun dan tiga tahun daripadanya akan dikenakan bergantung kepada kelakuannya selepas dibebaskan. Menurut hakim itu, memang ramai wanita datang mendapatkan khidmat pawang atau bomoh bagi mengatasi masalah batin masing-masing.
Namun, katanya, apa yang berlaku sangat menyedihkan apabila mangsa ditipu dan diperlakukan begitu.

Pendakwa Masimba Saruwaka memberitahu mahkamah pada 28 Januari Ncube memanggil mangsa ke rumah dan mendakwa sebagai nabi yang menerima wahyu.

Ncube meminta wanita terbabit meminum air dicampur dengan garam sebelum mengarahkannya menanggalkan pakaian. Beberapa minit kemudian Ncube kembali bersama baldi yang mengandungi campuran tanah dan air dan mengarahkan mangsa supaya berbaring.
Dia kemudian merogol mangsa.

Apabila wanita terbabit mempertikaikan perbuatan itu Ncube mendakwa ia adalah sebahagian daripada ritual yang perlu diikuti dalam proses penyembuhan. - Agensi
sumber : mymetro

‘Biarlah orang kata gila’

Posted: 18 May 2014 05:00 PM PDT

Kangar: Seorang wanita warga emas tidak kisah diejek sebagai orang kurang siuman apabila menjadikan rumah pusaka berharga ratusan ribu ringgit di Jalan Kangar-PadangBesar di sini, sebagai sangkar teduhan bagi lebih 200 kucing terbiar sejak 30 tahun lalu.
Wanita terbabit, Azni Ahmad, 63, berkata, dia sudah acap kali dihina dengan tuduhan membazirkan sisa hidup atau wang kerana mahu menjaga kucing terbiar itu. 
"Malah, kata-kata cemuhan itulah yang dijadikan pembakar semangat untuk saya terus melakukan amanah menjaga haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW itu daripada terbiar tanpa dijaga. Inisekali gus menyelamatkan kucing ini daripada dicederakan individu tidak berhati perut. 

"Mereka yang menghina saya mungkin tidak faham erti perikemanusiaan. Bagi saya, jika kita tidak mempunyai sikap menyayangi haiwan, maka hidup kita tidak akan sempurna.
Foto
AZNI bersama kucing kesayangannya.

"Apa yang saya lakukan ini bukan semata-mata untuk mendapatkan pujian atau meraih keuntungan, tetapi ia adalah ikhlas bagi memastikan haiwan itu mempunyai tempat berteduh," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
sumber : mymetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories