RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Seksi Anzalna ada batasan

Posted: 04 May 2014 04:40 AM PDT




MOLEK budi bahasanya sewaktu meminta kelonggaran agar gambar-gambar yang keterlaluan menampakkan paha gebunya tidak diterbitkan. Sedar ada sensitiviti yang perlu dijaga, permintaan Anzalna Nasir itu tidak sukar untuk diturutkan.
Sementelah, rona merah dan krim yang dipadankan sebagai busana fotografinya kali ini sudah cukup untuk menyerlahkan penampilan selebriti berusia 26 tahun itu.
"Saya cuma mahu menjaga hati. Mahu lebih berhati-hati. Saya minta maaf kerana tidak dapat menggayakannya seperti model-model di pentas peragaan.
"Sampai ke tahap ini, rasanya saya kena menjadi seorang yang peka dengan perasaan orang lain terutama ibu bapa saya," tertib butir penjelasan Anzalna sambil memuji busana yang disediakan pereka fesyen terkenal, Hazree Wahid untuk fotografi tempoh hari.
Minta diperincikan lagi simpulan kata menjaga hati tadi, Anzalna tidak bersetuju jika pendiriannya itu dikatakan berpunca daripada larangan sang kekasih, Hanif Zaki.
"Hanif belum jadi suami saya, hormat saya terhadapnya masih lagi dalam acuan teman lelaki dan teman wanita. Lainlah kalau dia suami saya.
"Saya sebenarnya menjadi semakin terkesan dengan pesanan daripada ibu bapa saya yang sekarang tinggal di London. Sebelum ini, semasa tinggal bersama, saya tak berapa nak endah sangat apa yang ibu bebelkan, tapi bila berjauhan, saya semakin faham.
"Saya mudah rasa bersalah bila tak pedulikan pesanan ibu. Saya juga takut menyesal pada kemudian hari, kalau terjadi apa-apa yang tak diingini.
"Lagipun sebagai anak, hidup akan dirahmati selagi pesanan ibu bapa jadi panduan," panjang lebar cerita anak kedua daripada lima beradik ini.
Akur dengan permintaan ibu bapa, Anzalna hanya mengikut kata hati. Walaupun tidak bertudung, tidak bermakna dia boleh mendedahkan segala-galanya tanpa sekatan.

ANZALNA NASIR mahu hiasi peribadi agar tidak menimbulkan perasaan kurang senang ibu bapanya yang berada jauh di London.


Jangan perlekeh
"Saya memang suka pakai dres ketat tapi asalkan masih di bawah paras lutut saya okey, lebih atas daripada paras itu, saya mula rasa seksi, tidak selesa dan hilang keyakinan diri," luahnya mengenai pilihan dalam berpenampilan.
Lenggok dan bicara Anzalna masih seperti dahulu, masih manja dan tidak sah jika tidak diakhiri dengan ketawa. Awal mengenalinya sewaktu baru memasuki tahun pertama bergelar artis, perjalanan yang dilaluinya sudah memasuki tahun keempat.
Cuba mengenali lebih dekat personaliti anak kelahiran Tasik Gelugor, Pulau Pinang ini, sengaja karakternya yang lemah-lembut itu dikaitkan dengan kemampuan dalam bidang lakonan.
Kata Anzalna, dia masih menyimpan impak drama bersiri Adam & Hawa. Watak penggoda itu seperti satu pencapaian yang belum dapat diatasi. Untuk pergi lebih jauh, dia harus mencari watak yang boleh menyerlahkan lakonannya.
"Misi saya, selain bekerja untuk cari duit, saya mahu lakonan saya diingati. Seringkali saya diberi watak baik sebab watak begitu yang selalunya jadi watak utama.
"Saya juga suka watak antagonis sebab boleh beri banyak ekspresi. Saya nampak lembut, tapi, kalau diberi pilihan, saya mahu watak-watak yang lasak, tegas dan menuntut tenaga dalaman macam watak psiko atau kurang upaya.
"Risau juga peminat bosan dengan watak baik dan kontrol ayu sahaja," kata peminat sukan lasak seperti memanjat tebing tinggi ini.
Selama menjalani karier lakonan bermula dari pentas pencarian bakat Dewi Remaja 2010, pemilik nama Nur Anzalna Md. Nasir juga sudah mengumpul secebis pengalaman yang cukup bermanfaat untuk hari muka.
"Rasanya selama empat tahun ini, sudah agak banyak pengalaman yang mematangkan saya. Tempoh ini juga mendewasakan saya.
Kahwin tahun depan
"Sebelum memasuki bidang seni, saya seorang yang pemalu dan susah nak bergaul dengan orang. Sekarang, walaupun orang kata saya lembik, nampak lembut, tapi apa sahaja perkara yang berlalu, saya boleh hadapi sendiri.
TIDAK mengamalkan sikap tertutup dalam soal hati, Anzalna mengakui mahu bernikah dengan kekasihnya, seorang jejaka bernama Hanif Zaki sekitar tahun depan.


"Katakan saja apa gosip mengenai saya, saya tidak cepat melatah. Saya boleh berfikir dahulu dan barulah beri respons. Tapi jika tuduhan itu menjatuhkan maruah saya, saya akan bersuara.
"Saya akan bersuara jika saya tidak bersalah. Macam mana pun saya harus jelaskan, apa juga kecaman itu saya tak akan lari, saya akan jawab kalau wartawan tanya.
"Saya selalu anggap wartawan macam kawan. Mereka buat kerja mereka saya buat kerja saya. Jadi setiap masalah akan dapat diselesaikan dengan baik," jelas Anzalna yang baru-baru ini dipanaskan dengan isu perang dingin bersama pelakon Izzue Islam di lokasi drama Aku Isterinya.
Tambahnya: "Dalam soal itu, bukan saya mahu memuji sesiapa, tapi hubungan saya dengan Hanif banyak menyelamatkan saya daripada gosip yang lebih teruk."
Seperti yang telah diketahui ramai, Anzalna yang sudah dimiliki hatinya itu tidak mahu menunggu lama untuk mengakhiri zaman bujang.
Perancangan untuk berkahwin sekitar tahun depan juga sudah kerap kali dikongsikan dengan peminat.
"Perancangan memang ada, keluarga saya dan Hanif juga tahu keseriusan kami. Harap perancangan kami berjalan lancar," katanya.
Seperkara lagi tentang Anzalna yang boleh dipuji, dia tidak gemar berkongsi gambar-gambar kemesraannya dengan Hanif walaupun kisah cinta mereka disenangi ramai.
"Sebenarnya Hanif yang menjaga perkara-perkara begitu. Kalau sudah keluar bersama tak perlu nak tayang gambar lebih-lebih, nanti orang muak. Dia banyak jaga saya terutama selepas saya berjauhan dengan ibu bapa," ujar Anzalna.
Ditanya apa kritikan sang kekasih yang paling mengesankan tentang lakonannya setakat ini, kata Anzalna, Hanif cuma memuji watak air mata yang dijayakannya.
"Hanif tahu saya jenis yang susah nak menangis, jadi dia terkejut bila tengok saya boleh menangis dengan cemerlang depan kamera. Mesti dia takut, nanti saya akan pura-pura menangis depannya pula," mengekek lagi ketawa Anzalna mengakhiri ceritanya.


12 Peserta Mula Bersaing Dalam 'Ikon Siarawan'

Posted: 04 May 2014 04:39 AM PDT


qw
Barisan 12 peserta yang bersain dalam 'Ikon Siarawan'.
PETALING JAYA: Seramai 12 peserta program realiti Radio Televisyen Malaysia (RTM),Ikon Siarawan memulakan misi dan cabaran dalam memilih siapakah yang layak bergelar ikon kewartawanan bermula 3 Mei 2014.

Peserta-peserta tersebut adalah Mohd Ismail Adnan, 24, Nurul Nurdalilah Abdul Kadir, 28, Raydwin Robin, 24, Nurul Hidayah Md Nawai, 26, Zaira Sri Zakaria, 27, Mohd Faris Izzat Shaharudin, 24, Khaviarsan A/L Muniandy, 24, Puteri Nur Alia Mohd Jasmin, 26, Mohd Zalfie Abd Jawad, 25, Sim Sui Yee, 25, Mohd Shahreyzam Awang, 26 dan peserta termuda Nurul Syuhaida Ariffin, 21.

Sepanjang tempoh latihan profesional selama tiga bulan di bawah tenaga pengajar undangan khas, peserta akan mempelajari etika kewartawanan, teknik berhadapan dengan kamera, penyampaian berita, pengacaraan serta latihan dalam melaporkan berita dari lokasi secara langsung.

"Finalis akan mempelajari cara penggunaan peralatan penerbitan di samping menjalani latihan vokal, pembacaan skrip serta penghayatan dan pemahaman, sebelum didedahkan dengan dunia glamor.

"Sepanjang sesi latihan, peserta turut berpeluang menemui tokoh terkemuka negara, selain ditugaskan bersama enam agensi kerajaan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBDPM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," kata RTM menerusi kenyataan kepada mStar Online.

Dalam pada itu, finalis perlu membuat laporan sebenar daripada acara yang berlangsung seperti perlumbaan udara ekstrim di Putrajaya, di samping tugasan tidak dirancang dengan kerjasama bilik berita TV.

Laporan terbaik dan mempunyai nilai berita akan disiarkan dalam siaran berita sebagai pendedahan awal.

Menariknya program ini tidak akan menggunakan medium undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), sebaliknya peserta dinilai berdasarkan penjurian profesional.

Setiap minggu mereka akan berhadapan dengan juri dan seorang peserta akan  disingkirkan setiap minggu.

Hadiah keseluruhan yang ditawarkan bernilai RM205,000 termasuk sebuah kereta.

Program tersebut disiarkan pada setiap Sabtu bermula 3 Mei 2014 pada pukul 9 malam di TV2.

Kamelia Syermain Tidak Tiru Yuna

Posted: 04 May 2014 04:38 AM PDT


hugu
Kamelia Syermain tampil dengan imej yang tersendiri.
PETALING JAYA: Penyanyi baharu Kamelia Syermain berharap tiada pihak yang cuba menyamakan imej pemakaiannya dengan penyanyi Yuna, memandangkan kedua-dua mereka mempunyai gaya penampilan yang hampir sama.

Kamelia atau nama sebenarnya Kamelia Kamil, 21, berkata, penampilan yang dibawakannya lebih kasual sesuai dengan muzik RnB Pop yang ditampilkan menerusi single lagu pertama, Khabar Aku.

"Rasanya imej saya dan Yuna jauh berbeza tetapi dia merupakan salah seorang daripada idola saya dalam industri muzik tempatan.

"Tetapi kami memiliki karakter serta pendekatan muzik yang berbeza. Diharap tiada pihak yang menyamakan saya dan dia (Yuna)," katanya kepada mStar Online.
bjhu
Kamelia Syermain pertaruhkan 'Khabar Aku' sebagai single lagu pertamanya.
Sementara itu, Kamelia yang merupakan artis naungan Seventeen Eleven Music berkata, dia berasa teruja mahu melihat respons daripada peminat muzik tempatan mengenai Khabar Aku, lagu taruhan pertamanya itu.

Khabar Aku merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Alyph (Sleeq) dan Kamelia yakin muzik yang ditampilkan itu akan memberi kesan yang tersendiri buat sesiapa pun yang mendengar.

"Seronok rasanya apabila dapat berkerjasama dengan kumpulan Sleeq dalam pembikinan single Khabar Aku dan berharap ia akan diterima ramai.

"Pada asalnya lagu itu  bertajuk Apa Khabar namun terpaksa ditukar kepada Khabar Aku pada saat akhir kerana ia mempunyai persamaan dengan lagu daripada Joe Flizzow & Sonaone.

"Takut orang keliru pula apabila mempunyai dua tajuk lagu yang sama," katanya.

Motosikal klasik bentuk kepuasan diri, kebajikan

Posted: 04 May 2014 04:28 AM PDT


  • Motosikal klasik bentuk kepuasan diri, kebajikanAbdul Rahim bersama ahli kelab pada program belia baru- baru ini.

KUALA KRAI - Siapa menyangka hobi baharu seorang penduduk di Telekong, di sini akhirnya bukan sekadar memberi kepuasan buat dirinya, malah berjaya membentuk sebuah kelab yang dapat menyumbang kepada aktiviti sosial dan kebajikan untuk masyarakat.

Abdul Rahim Mat Isa, 54 mula tertarik untuk memiliki dan mengubahsuai motosikal klasik, Honda C70 selepas melihat ada pemilik motosikal jenis itu berbuat demikian.

"Dengan hanya bermodalkan RM300, saya beli motoskal lama, kemudian mula mencari aksesori dan alat ganti untuk mencantikkan motosikal itu, namun tetap mengekalkan ciri-ciri keasliannya.

"Saya guna kreativiti sendiri untuk hias motosikal tersebut. Kini saya berasa bangga kerana dengan modal keseluruhan RM3,000, saya mampu penuhi impian memiliki motosikal klasik yang dihias dengan daya kreativiti sendiri," katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Rahim berkata, lebih membanggakan apabila dia dapat mengumpulkan peminat motosikal klasik dan menubuhkan kelab Made In Japan untuk membolehkan mereka berkongsi maklumat serta idea.

Menurutnya, kelab itu kini telah mempunyai seramai 30 ahli yang kesemuanya merupakan pemilik motosikal lama jenis Honda.

"Menerusi kelab ini kami rancang pelbagai aktiviti bermanfaat untuk ahli dan masyarakat. Selepas kelab ini dikenali penduduk, kami terima undangan ke pelbagai program termasuk majlis perkahwinan untuk mengiringi tetamu jemputan.

"Undangan sedemikian sedikit sebanyak dapat mengetengahkan kelab ini kepada pengetahuan umum dan kini, boleh dikatakan sepanjang cuti sekolah, kami terima undangan ke majlis perkahwinan," katanya.

Selain itu, dia berhasrat melihat kelab tersebut terlibat dalam aktiviti kebajikan seperti gotong-royong membersihkan masjid, tanah perkuburan dan aktiviti bermanfaat lain.

Katanya, ahli kelab berkenaan juga pernah menderma darah dan berhasrat dapat terus melaksanakan program seumpama itu pada masa akan datang.

Samsung diarah bayar Apple RM390 juta

Posted: 04 May 2014 04:25 AM PDT


  • Samsung

SAN JOSE, CALIFORNIA – Samsung telah diarahkan membayar RM390 juta kepada Apple oleh mahkamah Amerika Syarikat (AS) kerana mencabuli dua paten telefon pintar milik Apple, lapor Reuters.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Persekutuan, Apple menuduh Samsung mencabul paten ciri-ciri telefon pintar termasuk pencarian universal sementara Samsung menafikannya.

Semalam, mahkamah membuat keputusan pembuat telefon pintar Korea Selatan itu telah mencabuli dua paten Apple.

Apple dan Samsung telah melalui jalan undang-undang untuk tiga tahun dan pembuat iPhone itu telah mendapat RM3,038 juta dalam perbicaraan pada 2012 tapi Apple gagal meyakinkan mahkamah untuk mengeluarkan perintah injuksi kekal terhadap penjualan telefon Samsung di AS.

Kes terkini ini melibatkan lima paten Apple yang tidak termasuk dalam perbicaraan 2012 yang meliputi ciri-ciri seperti 'slide-to-unlock' dan teknologi enjin carian.

Kontroversi matangkan Amyra

Posted: 04 May 2014 04:22 AM PDT


MASIH digelar pendatang baharu, Amyra cepat memanjat populariti. Dia yang hanya dikenali menerusi drama Ku Cinta Kau Seorang kini bergelar Duta Aura White.


AWAL kemunculannya, Amyra Rosli bukanlah satu nama yang sentiasa meniti di bibir ramai. Bagaimanapun, secara tiba-tiba namanya dikenali gara-gara kontroversi yang mengaitkan dia bersama pelakon terkenal Fasha Sandha. Fasha mendakwa Amyra mempunyai masalah disiplin ketika di lokasi penggambaran.
Sebelum itu, tunang Amyra, Dazrin Kamaruddin juga didakwa Fasha mempunyai masalah yang sama.
Biarpun perkara itu sudah berlalu, pelakon Ku Cinta Kau Seorang itu mengakui ia satu pengajaran buat dirinya sebagai pendatang baharu.
"Saya anggap isu sebegitu asam garam dalam dunia hiburan. Itu semua salah faham sahaja.
"Perkara tersebut sebenarnya banyak mengajar saya dan menjadikan saya semakin matang," tutur pemilik nama sebenar Nur Amira Izzati Rosli itu.
Menurut pelakon berumur 23 tahun itu, dia bersedia untuk bekerjasama dengan Fasha jika diberi peluang lagi.
"Tiada apa-apa pergaduhan pun antara kami. Saya belum lagi berkesempatan untuk berjumpa dengannya ekoran kekangan masa, tetapi saya ada menelefonnya untuk bercakap mengenai perkara itu," kongsinya.
Tambah Amyra, dia juga bersikap terbuka dan tidak kisah jika ada individu yang ingin memberikan teguran demi kebaikan bersama.
"Saya sendiri pun selalu ditegur keluarga. Jadi, tak salah kalau saya ditegur oleh seorang yang boleh dianggap kakak. Apatah lagi saya ini pendatang baharu," tuturnya.
Bercakap tentang perancangan hidup, Amyra mendedahkan bahawa dia sudah bersedia untuk bergelar isteri kepada Dazrin.
Kata Amyra, usia muda tidak menjadi penghalang buatnya untuk mendirikan rumah tangga.
"Umur bukan satu masalah besar. Ibu dan nenek saya dulu pun berkahwin muda," kongsinya.
Ketika ditebak soalan mengenai tarikh majlis perkahwinannya nanti, Amyra memberitahu, dia akan membuat pengumuman mengenai perkara itu apabila segala persiapan sudah dibuat.
"Saya akan umumkan nanti. Insya-Allah dalam tahun ini juga, paling lewat pun tahun hadapan. Tak boleh nak cakap sekarang sebab hal ini melibatkan pihak lelaki juga," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran duta baharu Aura White Beauty di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Amyra yang dilantik sebagai duta baharu produk penjagaan kulit Aura White turut melahirkan rasa syukur dengan rezeki yang diterimanya.
"Sebenarnya sebelum saya terima pelawaan untuk menjadi duta ini, saya sudah berfikir dalam-dalam. Tidak semua perkara boleh diambil mudah untuk bersetuju menjadi jurucakap produk.
"Tapi saya fikir tak salah kalau saya cuba untuk menggalas tanggungjawab itu. Sebelum dilantik menjadi duta pun, memang saya sudah menjadi pengguna produk berkenaan. Sempatlah juga habis enam botol," katanya.
Selain Amyra, pelakon Natasha Hudson turut dilantik menjadi duta bagi rangkaian produk minuman kolagen Aura White Beauty.
Kedua-dua mereka menandatangani kontrak perjanjian sebagai duta Aura White Beauty selama setahun bermula 1 Mei 2014.
Pengumuman yang dibuat pengasas produk, Furyna Azmeer itu sekali gus menjawab segala teka-teki yang bermain selama ini mengenai individu yang bakal menggantikan duta Aura White terdahulu, pelakon Hanez Suraya.
Sejak Hanez dilanda kontroversi mengaitkan dirinya sebagai perampas suami orang, dia dikatakan bertindak mengundurkan diri daripada terus menjadi Duta Aura White.


RIMBUNAN pohon yang tumbuh menghijau kelihatan melambai-lambai tatkala desiran angin pantai menghembus perlahan ke arah Pulau Nangka di perairan Selat Melaka. Pulau berbatu yang terletak kira-kira 4 kilometer dari Pulau Besar, Melaka itu dikenali dalam kalangan orang awam disebabkan keindahan semula jadi yang dimilikinya. Selain air laut yang jernih, pasir-pasir halus berwarna putih turut menyelimuti seluruh pesisiran pantainya. Namun begitu, sejak beberapa bulan lalu, pulau yang tidak berpenghuni itu mula menjadi tumpuan berikutan dakwaan ia menyimpan harta karun bernilai berbilion ringgit, milik sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Mahmud Shah. Dokumentasi Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Universiti Malaysia Perlis, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, dokumentasi yang terdapat dalam sejarah Malaysia menunjukkan Sultan Mahmud Shah telah melarikan diri selepas dikejar oleh Portugis. “Saya rasa ada benarnya dakwaan sesetengah pihak bahawa wujud harta karun di pulau tersebut memandangkan pada waktu itu, Sultan Mahmud melarikan diri ke beberapa kawasan seperti Bertam, Batu Hampar dan Pagoh. “Dalam usaha untuk menyelamatkan hartanya daripada dirampas oleh pihak Portugis, tidak mustahil Sultan Mahmud ada menyimpan sebahagian daripada harta-hartanya di beberapa tempat dan salah satu daripada longgokan harta tersebut berkemungkinan ada di pulau tersebut,” ujarnya kepada Jurnal. GAMBAR sebahagian pekerja yang menjalankan operasi memburu harta karun yang dirakam baru-baru ini. Namun begitu, ujar Ramlah, peristiwa yang berlaku pada tahun 1511 itu telah berlalu kira-kira 800 tahun. Jika benar harta karun wujud di pulau tersebut, usaha untuk mencari galinya mungkin mengambil masa yang agak lama kerana ia telah tertimbun jauh ke dasar pulau. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek Negeri Melaka, Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata, kewujudan harta karun tersebut tidak dapat disangkal lagi selepas pihaknya melihat beberapa keping foto daripada pihak tertentu yang pernah memasuki gua yang ada di pulau tersebut. “Setelah meneliti rakaman foto individu yang pernah masuk ke kawasan tersebut, dan mengkaji sejarah Kesultanan Melayu Melaka, saya percaya harta karun itu benar-benar wujud. “Tetapi, harta tersebut amat sukar untuk diperoleh walaupun pelbagai usaha mencari dijalankan sejak 30 tahun lalu,” katanya. Ujarnya, hal tersebut berkemungkinan disebabkan kekangan perkakasan yang digunakan memandangkan operasi pencarian di kawasan berbatu itu memerlukan peralatan moden yang berteknologi tinggi. Operasi mencari harta karun Sultan Mahmud diperluaskan sejak empat bulan lalu dengan pelantikan syarikat Smart Partnership International (M) Sdn. Bhd., yang dipertanggungjawabkan untuk mencari gali harta tersebut. Menurut Pengarah Urusannya, Mohammad Foad Khushairy Mohd. Said, pihaknya mula menjejakkan kaki ke pulau tersebut pada bulan Julai 2012 setelah diberi kepercayaan oleh pihak kerajaan untuk menjalankan misi tersebut. “Pada waktu itu, kami hanya menjalankan penyelidikan mengenai harta karun seperti yang digembar-gemburkan umum. “Namun, selepas menemui beberapa petanda yang menunjukkan kewujudan harta karun di pulau itu seperti ukiran batu berbentuk bulan sabit, kami yakin dakwaan tersebut benar,” ujarnya. BATU di permukaan pulau diimbas menggunakan mesin pengimbas sebelum ditebuk dengan mesin penggerudi. Pulau batu Bukan itu sahaja, tambah Foad, di permukaan batu tersebut, turut tertera perkataan seperti nama manusia, iaitu Muhammad bin Abdullah dan Almahdi selain penemuan lakaran orang Islam menunaikan solat dan batu berbentuk buah nangka. Penelitian awal mendapati, kesemua batu tersebut diperbuat daripada batu kuarza sebelum dicantum pada batu laut. Jelasnya, keseluruhan operasi yang dijalankan sejak awal tahun lalu itu menelan belanja kira-kira RM1 juta yang meliputi penyediaan peralatan, tenaga kerja dan logistik. “Dalam usaha mengesan harta karun tersebut, kami menggunakan alat pengimbas bumi berteknologi tinggi. Hasil imbasan tersebut, kami yakin wujud harta karun dan artifak di pulau ini. “Jadi, untuk mendapatkan barangan tersebut, kami terpaksa membuat pintu baharu bagi menembusi ruang bawah kawasan ini dan membolehkan kami masuk ke dalam bilik-bilik yang terdapat di sini,” ujarnya. Tambah Foad, hasil daripada imbasan awal yang dijalankan, pulau tersebut didapati mempunyai 20 buah bilik. Kesemua bilik tersebut dipercayai dibina pada zaman kemuncak Kesultanan Melayu Melaka. Disebabkan dinding batu jenis berlian kuari itu mempunyai ketebalan sehingga 5 meter, selain berketinggian 8 meter dari puncak bukit, syarikat tersebut terpaksa mengambil masa selama hampir dua tahun bagi menjalankan kerja-kerja penebukan lubang. Sebelum ditebuk, kesemua dinding diimbas menggunakan mesin pengimbas khas bagi mengenal pasti lorong-lorong yang boleh ditembus masuk. “Pada mulanya kami hanya menggunakan seramai 23 tenaga kerja yang pakar dalam melakukan kerja-kerja menebuk bongkah konkrit. “Namun, disebabkan struktur batu yang dibina terlalu kukuh dan padat, kami mengalami kesukaran untuk menebuk dinding tersebut sehingga terpaksa menambah bilangan tenaga kerja seramai 17 orang lagi pada Isnin lalu,” ujarnya. LUBANG gua yang menjadi laluan utama ke ruang yang menempatkan harta karun. Artifak Usaha keras yang dilakukan selama hampir empat bulan itu membuahkan hasil sekali gus membuktikan kewujudan harta karun di pulau tersebut apabila dua keping syiling berjaya ditemui pada malam Khamis lalu. Kedua-dua artifak itu ditemui dengan diameter 6 sentimeter berbentuk bulat dan berwarna kuning. “Salah satu daripada artifak tersebut dipercayai daripada zaman kerajaan Majapahit berdasarkan lima barisan huruf yang tertera di permukaannya manakala artifak kedua bertulis kalimah Allah dalam tulisan jawi. “Artifak tersebut ditemui dalam keadaan berpasir di dalam tiub penggerudi ketika salah seorang pekerja kami menggerudi dinding batu,” ujarnya. Dalam pada itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, syiling tersebut akan dihantar ke makmal dan Jabatan Wasiran Negara bagi memastikan keasliannya. “Prosedur tersebut dilaksanakan bagi memastikan sama ada medal tersebut diperbuat daripada emas atau tembaga selain mengetahui usianya. “Selain itu, ujian itu perlu bagi memastikan artifak tersebut memang benar berasal dari zaman Kesultanan Melayu Melaka,” katanya. Tambah Idris, jika kesemua harta di Pulau Nangka berjaya ditemui dan dibawa keluar, ia akan diserahkan mengikut Akta Warisan Negara. Namun jika harta tersebut ditemui, tetapi gagal dibawa keluar, pihaknya akan menjadikan pulau tersebut sebagai produk pelancongan baharu negeri Melaka.

Posted: 04 May 2014 04:16 AM PDT




RIMBUNAN pohon yang tumbuh menghijau kelihatan melambai-lambai tatkala desiran angin pantai menghembus perlahan ke arah Pulau Nangka di perairan Selat Melaka.
Pulau berbatu yang terletak kira-kira 4 kilometer dari Pulau Besar, Melaka itu dikenali dalam kalangan orang awam disebabkan keindahan semula jadi yang dimilikinya. Selain air laut yang jernih, pasir-pasir halus berwarna putih turut menyelimuti seluruh pesisiran pantainya.
Namun begitu, sejak beberapa bulan lalu, pulau yang tidak berpenghuni itu mula menjadi tumpuan berikutan dakwaan ia menyimpan harta karun bernilai berbilion ringgit, milik sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Mahmud Shah.
Dokumentasi
Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Universiti Malaysia Perlis, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, dokumentasi yang terdapat dalam sejarah Malaysia menunjukkan Sultan Mahmud Shah telah melarikan diri selepas dikejar oleh Portugis.
"Saya rasa ada benarnya dakwaan sesetengah pihak bahawa wujud harta karun di pulau tersebut memandangkan pada waktu itu, Sultan Mahmud melarikan diri ke beberapa kawasan seperti Bertam, Batu Hampar dan Pagoh.
"Dalam usaha untuk menyelamatkan hartanya daripada dirampas oleh pihak Portugis, tidak mustahil Sultan Mahmud ada menyimpan sebahagian daripada harta-hartanya di beberapa tempat dan salah satu daripada longgokan harta tersebut berkemungkinan ada di pulau tersebut," ujarnya kepada Jurnal.

GAMBAR sebahagian pekerja yang menjalankan operasi memburu harta karun yang dirakam baru-baru ini.


Namun begitu, ujar Ramlah, peristiwa yang berlaku pada tahun 1511 itu telah berlalu kira-kira 800 tahun. Jika benar harta karun wujud di pulau tersebut, usaha untuk mencari galinya mungkin mengambil masa yang agak lama kerana ia telah tertimbun jauh ke dasar pulau.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek Negeri Melaka, Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata, kewujudan harta karun tersebut tidak dapat disangkal lagi selepas pihaknya melihat beberapa keping foto daripada pihak tertentu yang pernah memasuki gua yang ada di pulau tersebut.
"Setelah meneliti rakaman foto individu yang pernah masuk ke kawasan tersebut, dan mengkaji sejarah Kesultanan Melayu Melaka, saya percaya harta karun itu benar-benar wujud.
"Tetapi, harta tersebut amat sukar untuk diperoleh walaupun pelbagai usaha mencari dijalankan sejak 30 tahun lalu," katanya.
Ujarnya, hal tersebut berkemungkinan disebabkan kekangan perkakasan yang digunakan memandangkan operasi pencarian di kawasan berbatu itu memerlukan peralatan moden yang berteknologi tinggi.
Operasi mencari harta karun Sultan Mahmud diperluaskan sejak empat bulan lalu dengan pelantikan syarikat Smart Partnership International (M) Sdn. Bhd., yang dipertanggungjawabkan untuk mencari gali harta tersebut.
Menurut Pengarah Urusannya, Mohammad Foad Khushairy Mohd. Said, pihaknya mula menjejakkan kaki ke pulau tersebut pada bulan Julai 2012 setelah diberi kepercayaan oleh pihak kerajaan untuk menjalankan misi tersebut.
"Pada waktu itu, kami hanya menjalankan penyelidikan mengenai harta karun seperti yang digembar-gemburkan umum.
"Namun, selepas menemui beberapa petanda yang menunjukkan kewujudan harta karun di pulau itu seperti ukiran batu berbentuk bulan sabit, kami yakin dakwaan tersebut benar," ujarnya.

BATU di permukaan pulau diimbas menggunakan mesin pengimbas sebelum ditebuk dengan mesin penggerudi.


Pulau batu
Bukan itu sahaja, tambah Foad, di permukaan batu tersebut, turut tertera perkataan seperti nama manusia, iaitu Muhammad bin Abdullah dan Almahdi selain penemuan lakaran orang Islam menunaikan solat dan batu berbentuk buah nangka.
Penelitian awal mendapati, kesemua batu tersebut diperbuat daripada batu kuarza sebelum dicantum pada batu laut.
Jelasnya, keseluruhan operasi yang dijalankan sejak awal tahun lalu itu menelan belanja kira-kira RM1 juta yang meliputi penyediaan peralatan, tenaga kerja dan logistik.
"Dalam usaha mengesan harta karun tersebut, kami menggunakan alat pengimbas bumi berteknologi tinggi. Hasil imbasan tersebut, kami yakin wujud harta karun dan artifak di pulau ini.
"Jadi, untuk mendapatkan barangan tersebut, kami terpaksa membuat pintu baharu bagi menembusi ruang bawah kawasan ini dan membolehkan kami masuk ke dalam bilik-bilik yang terdapat di sini," ujarnya.
Tambah Foad, hasil daripada imbasan awal yang dijalankan, pulau tersebut didapati mempunyai 20 buah bilik. Kesemua bilik tersebut dipercayai dibina pada zaman kemuncak Kesultanan Melayu Melaka.
Disebabkan dinding batu jenis berlian kuari itu mempunyai ketebalan sehingga 5 meter, selain berketinggian 8 meter dari puncak bukit, syarikat tersebut terpaksa mengambil masa selama hampir dua tahun bagi menjalankan kerja-kerja penebukan lubang.
Sebelum ditebuk, kesemua dinding diimbas menggunakan mesin pengimbas khas bagi mengenal pasti lorong-lorong yang boleh ditembus masuk.
"Pada mulanya kami hanya menggunakan seramai 23 tenaga kerja yang pakar dalam melakukan kerja-kerja menebuk bongkah konkrit.
"Namun, disebabkan struktur batu yang dibina terlalu kukuh dan padat, kami mengalami kesukaran untuk menebuk dinding tersebut sehingga terpaksa menambah bilangan tenaga kerja seramai 17 orang lagi pada Isnin lalu," ujarnya.

LUBANG gua yang menjadi laluan utama ke ruang yang menempatkan harta karun.


Artifak
Usaha keras yang dilakukan selama hampir empat bulan itu membuahkan hasil sekali gus membuktikan kewujudan harta karun di pulau tersebut apabila dua keping syiling berjaya ditemui pada malam Khamis lalu.
Kedua-dua artifak itu ditemui dengan diameter 6 sentimeter berbentuk bulat dan berwarna kuning.
"Salah satu daripada artifak tersebut dipercayai daripada zaman kerajaan Majapahit berdasarkan lima barisan huruf yang tertera di permukaannya manakala artifak kedua bertulis kalimah Allah dalam tulisan jawi.
"Artifak tersebut ditemui dalam keadaan berpasir di dalam tiub penggerudi ketika salah seorang pekerja kami menggerudi dinding batu," ujarnya.
Dalam pada itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, syiling tersebut akan dihantar ke makmal dan Jabatan Wasiran Negara bagi memastikan keasliannya.
"Prosedur tersebut dilaksanakan bagi memastikan sama ada medal tersebut diperbuat daripada emas atau tembaga selain mengetahui usianya.
"Selain itu, ujian itu perlu bagi memastikan artifak tersebut memang benar berasal dari zaman Kesultanan Melayu Melaka," katanya.
Tambah Idris, jika kesemua harta di Pulau Nangka berjaya ditemui dan dibawa keluar, ia akan diserahkan mengikut Akta Warisan Negara.
Namun jika harta tersebut ditemui, tetapi gagal dibawa keluar, pihaknya akan menjadikan pulau tersebut sebagai produk pelancongan baharu negeri Melaka.


Sandwic ikan tilapia

Posted: 04 May 2014 04:15 AM PDT


EKSEKUTIF Operasi Pemasaran Snapper Food, Idai Sinar Suria Yaacob menunjukkan filet ikan tilapia yang merupakan produk utama keluaran syarikat itu.


SEBUT sahaja ikan air tawar seperti tilapia pasti ramai yang terbayangkan bau hanyir yang sukar untuk dihilangkan.
Situasi itu menyebabkan hanya sesetengah orang yang berselera untuk menikmatinya.
Tetapi berbeza pula bagi syarikat pengeluar produk sejuk beku Snapper Food Sdn. Bhd. yang melihat potensi besar untuk mengembangkan menu berasaskan ikan tilapia seperti sandwic dan burger.
Jika kebiasaannya sandwic menggunakan inti seperti ayam, daging atau telur, syarikat bumiputera ini sebaliknya menampilkan sandwic ikan tilapia.
Menurut Pengurus Besarnya, Mohd. Syafiq Ali Bajunid Omar, sandwic menggunakan filet ikan tilapia itu ada ditawarkan di kafe Snapper Food yang beroperasi di Taman Putra Kajang, Kajang, Selangor.
Menu
"Menu ini memberi nilai tambah kepada produk utama keluaran syarikat kami iaitu filet ikan tilapia.
"Kami menyediakan menu sarapan hingga ke makan malam yang kesemuanya menggunakan produk ikan tilapia.
"Lingkungan harga bagi menu di kafe ini bermula dari RM3.50 hingga RM8.50," ujarnya.
Tambahnya, pihaknya turut menawarkan produk lain seperti nuget, jejari ikan dan isi ikan tilapia.
"Sebenarnya, ikan tilapia telah menjadi makanan kegemaran masyarakat dunia selepas ikan salmon. Malah, fillet ikan tilapia berada pada nombor tiga di Amerika Syarikat dalam kategori makanan import berasaskan ikan.
"Tetapi di Malaysia, tidak ramai orang yang tahu khasiat ikan ini. Oleh sebab itulah kami mahu mempopularkan produk ini.
"Ikan ini memberi banyak manfaat kesihatan. Ia kaya protein tetapi rendah kalori," ujarnya sambil memberitahu, pihaknya aktif menyertai pameran yang dianjurkan oleh agensi kerajaan seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Katanya, idea untuk memberi tumpuan kepada produk filet ikan itu diperoleh selepas melihat potensi besar penternakan ikan tersebut menggunakan teknologi dari Norway yang dijalankan di Tasik Temenggor, Gerik, Perak.
"Melalui teknologi itu, ikan ini boleh dimakan secara sihat. Tiada bahan pengawet atau rawatan lain digunakan ketika proses pembiakan.
"Kami mahu mewujudkan menu baharu ikan tilapia sekali gus menjadikan produk ini semakin unik. Malah, pengguna dapat merasai sendiri kesegaran filet ikan yang dihidangkan," beritahu beliau.
Ujarnya, selain itu, pihaknya juga mahu menggalakkan masyarakat menjadikan ikan sebagai hidangan utama di rumah.
FILET ikan tilapia ini mudah disediakan dan sesuai dimasak asam pedas dan gulai.


Filet
"Kelebihan lain filet ikan tilapia ini ialah ia mudah disediakan dan sesuai dimasak apa juga jenis masakan seperti asam pedas dan gulai.
"Ini sangat praktikal bagi mereka yang bekerja kerana tidak perlu melakukan proses menyiang ikan di rumah," jelasnya yang dibantu seramai 13 orang kakitangan.
Filet ikan tilapia Snapper Food boleh didapati dalam dua saiz manakala harga ditentukan mengikut timbangan berat yang diinginkan pelanggan.
"Produk filet ini didatangkan dalam dua saiz iaitu pek original yang digunakan oleh pengusaha restoran dan pek untuk isi rumah serta pasar raya.
"Harga bagi kedua-dua kategori ini bermula dari RM8 hingga RM145," katanya.
Tambahnya, pihaknya menyasarkan untuk memasuki pasar raya besar di sekitar Lembah Klang dalam tempoh terdekat.
"Produk ini mendapat sambutan yang menggalakkan sejak diperkenalkan pada tahun 2011, malah produk kami juga telah menjadi hidangan di beberapa buah hotel dan restoran bagi produk sejuk beku seperti nuget, burger, jejari ikan dan isi ikan.
"Produk kami turut mendapat permintaan daripada negara seperti Jerman, Thailand, Brazil dan Afrika Selatan," beritahu beliau.
Jelasnya, setakat ini, Snapper Food mempunyai 50 ejen yang memasarkan produk keluarannya.
"Kami berharap dapat mewujudkan seramai 200 ejen dan 100 stokis serta 17 pengedar pada masa akan datang," katanya.
Difahamkan, Snapper Food juga bakal memiliki bangunan kilangnya di Sungai Petani, Kedah menjelang tahun 2015.


Mudah jemu dengan wanita

Posted: 04 May 2014 04:13 AM PDT


MUDAH bosan dengan wanita punca perceraian Suhardi. - Gambar hiasan


MELIHAT pada raut wajah lelaki berkulit sawo matang ini, tiada siapa percaya jika dikatakan anak kelahiran Sulawesi Tengah, Indonesia ini pernah kecundang sebanyak empat kali dalam kehidupan berumah tangga.
Tambahan pula lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Suhardi ini popular dalam kalangan jemaah surau di sebuah kawasan perumahan di Kajang, Selangor kerana kebaikan dan sifat mudah mesra yang ditunjukkannya.
Menyingkap kisah hidupnya sepanjang berumah tangga dengan empat orang wanita, lelaki berusia 45 tahun itu menganggap peristiwa silamnya sebagai satu ujian dan putaran hidup yang berjaya mengubah kehidupannya menjadi lebih sempurna.
"Keluarga saya bukan daripada golongan orang berada mahupun sederhana. Disebabkan itu, saya bekerja untuk menyara kehidupan keluarga dan tidak pernah bersekolah.
Dewasa
"Oleh sebab selalu bercampur gaul dengan orang dewasa dan melihat orang sekeliling saya semuanya sudah mendirikan rumah tangga, saya jadi teringin sehingga memaksa ibu mencarikan jodoh untuk saya," ujarnya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.
Kira-kira tiga bulan selepas hasrat tersebut diusulkan kepada ibunya, Suhardi selamat diijabkabulkan dengan seorang gadis bernama Seri seawal usianya 17 tahun.
"Status remaja yang dipegang oleh kami bukan penghalang bagi saya dan Seri untuk mengecapi nikmat bahagia berumah tangga.
"Kehidupan harian saya sungguh indah dan sempurna. Lebih-lebih lagi apabila melihat saya kini mempunyai isteri sama seperti lelaki lain," jelasnya.
Namun begitu, pernikahan tersebut bertahan tidak sampai setahun. Suhardi mula jelak dengan kehidupan berumah tangga dan nekad menceraikan Seri.
Tiga tahun memegang status duda, Suhardi berkenalan pula dengan Rawu. Sifat manja yang dipamerkan gadis itu membuatkan Suhardi jatuh cinta kepadanya.
Setahun menyulam kasih, Suhardi dan Rawu berkahwin. Ternyata, keputusan itu tidak salah apabila kehidupan mereka bahagia umpama Romeo dan Juliet.
Namun begitu, pepatah Melayu ada mengatakan, kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Peristiwa yang berlaku enam tahun sebelumnya berulang kembali.
"Saya mudah jemu dengan wanita. "Perkahwinan dengan Rawu juga gagal. Bezanya kali ini, perkahwinan kami bertahan kira-kira tiga tahun," katanya malu-malu.
Sewaktu usianya menjangkau angka 23, Suhardi mengakui dia sudah matang dalam merencanakan kehidupan harian. Suhardi kemudian berhijrah ke Malaysia untuk memulakan kehidupan baharu.
Dia ditawarkan bekerja sebagai pelayan restoran di sebuah kedai makan di sebuah stesen bas di Kuala Lumpur. Walaupun pada waktu itu dia hanya menerima gaji RM20 sehari, namun itu sudah memadai untuk menampung perbelanjaan hariannya.
Hidup bersendirian di tengah-tengah kota metropolitan menyebabkan Suhardi mudah terikut-ikut dengan rakan-rakan. Tidak sampai dua bulan tiba di Malaysia, Suhardi sudah pandai menjejakkan kaki ke kelab malam.
Kehidupan Suhardi berubah menjadi liar. Hampir setiap hari dia mengunjungi kelab-kelab malam tersebut untuk berhibur. Disebabkan itu juga, dia sering lewat ke tempat kerja sehingga menyebabkan dia dibuang.
"Biasalah apabila budak remaja baru hendak rasa hidup, kalau boleh semua benda mahu dicuba.
"Tetapi keseronokan tersebut tidak lama. Saya pulang semula ke kampung berikutan kematian ibu dan mahu menjaga adik-adik yang masih kecil," katanya.

EMPAT kali berkahwin tetapi gagal, Suhardi akhirnya nekad untuk tidak berkahwin lagi.


Hamil
Menurut Suhardi, gaya hidup bebas di Malaysia terbawa-bawa ke kampung halaman. Lebih teruk apabila keadaan tersebut menyebabkan seorang gadis hamil, hasil daripada hubungan haram yang dilakukan.
"Saya ingat lagi pada waktu itu ibu bapa kepada gadis tersebut begitu marah dan memaksa kami bernikah.
"Disebabkan sedar perkara tersebut memang salah saya, jadi, dengan paksa rela saya bernikah dengan Dewi. Lapan bulan selepas itu, Dewi selamat melahirkan anak perempuan kami," ceritanya.
Ujar Suhardi, kelahiran anak yang diberi nama Puteri itu menyebabkan dia semakin sayang kepada Dewi dan mula belajar erti setia. Kurang daripada dua tahun Puteri dilahirkan, Dewi disahkan mengandung zuriat kedua.
"Perasaan saya memang sukar diungkapkan. Siapa yang tidak gembira apabila ahli keluarga bertambah.
"Tetapi Tuhan duga saya apabila Dewi dan anak dalam kandungannya meninggal selepas motosikal yang ditunggang Dewi bertembung dengan lori," ujarnya.
Selepas kejadian tersebut, hak penjagaan Puteri diambil sepenuhnya oleh mertua Suhardi. Sekali-sekala, Suhardi akan menjenguk anak perempuannya itu.
Walaupun sukar, Suhardi akur dengan suratan takdir dan bangkit daripada kekecewaan hidup demi menyara adik-beradik dan anaknya.
Bukan itu sahaja, Suhardi juga mengaku sepanjang tempoh tersebut, dia mula belajar ilmu agama dan mendekatkan diri dengan menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim.
"Hampir 15 tahun saya menduda. Saya sangka saya tidak akan berkahwin lagi.
"Tetapi siapa saya untuk menolak qada' dan qadar yang telah ditentukan Yang Maha Kuasa. Pada usia 40 tahun, saya bernikah lagi," ceritanya.
Pernikahan tersebut mengundang tanda tanya dalam kalangan keluarga. Mana tidaknya, Suhardi berkahwin dengan janda keduanya, Rawu, selepas mereka bertemu semula di rumah seorang kenalan.
"Saya rasa seperti jatuh cinta kali kedua dengan Rawu. Kebetulan dia kekal dengan status janda selepas berpisah dengan saya.
"Disebabkan terharu melihat personaliti Rawu, saya lantas menyuntingnya semula," katanya.
Jelas Suhardi, pernikahan tersebut tidak mampu bertahan lama. Entah apa puncanya, mereka bercerai selepas dua tahun melayari bahtera sebagai suami isteri.
Bagi mengubat hati luka, Suhardi berpindah ke Malaysia, dan menjalani kehidupan yang lebih sempurna.
"Mungkin saya ditakdirkan hidup membujang sehingga ke tua.
"Seperti hari ini, saya sangat bersyukur dengan apa yang saya ada. Buat masa ini saya tidak terfikir langsung untuk berkahwin lagi," jelasnya mengakhiri perbualan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories