RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Senarai Finalis Kilauan Emas Musim Ke-4

Posted: 21 May 2014 11:26 PM PDT

Seramai lima peserta lelaki diumumkan berjaya ke peringkat akhir pada pertandingan Kilauan Emas musim keempat yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Budiey nak ucapkan tahniah buat lima peserta akhir Kilauan Emas Musim Ke-4 iaitu Nas, Ben, Zain, Nordin dan Arip yang berjaya menewaskan tiga peserta lain iaitu Raida, Aziana dan Silva yang tersingkir pada malam tadi. Pengumuman itu dilakukan oleh pengacara program tersebut iaitu Raja Azura.

Juri profesional, Datuk Ramli MS berkata, kesemua juri berpuas hati dengan persembahan para peserta pada peringkat separuh akhir ini.

"Pada peringkat ini kesemua peserta menunjukkan peningkatan dalam persembahan masing-masing. Jadi saya mahu saksikan persembahan yang luar biasa pada peringkat akhir yang akan berlangsung pada minggu depan."

Markah peserta diadili 70 peratus daripada penilaian juri profesional yang terdiri daripada Ziana Zain, Datuk Hattan dan Mamat Khalid termasuklah Ramli MS sendiri, manakala 30 peratus daripada undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.

Lapan peserta separuh akhir beraksi selepas tujuh minggu bersaing dengan 13 peserta lain untuk merebut tempat ke pentas akhir Kilauan Emas 4 yang bakal diadakan pada 28 Mei depan di lokasi yang sama. Pada peringkat separuh akhir ini menyaksikan para peserta diuji dengan tema yang lebih mencabar pada segmen pertama iaitu Pilihan Radio yang dipilih oleh pendengar radio Sinar FM dan segmen kedua iaitu duet.

Program separuh akhir itu turut menampilkan persembahan istimewa daripada Siti Nordiana, Nubhan, Hafiz Suip, Adira, Hail Amir, Uji Rashid, Mus (May), Yantzen dan Oney.

Kilauan Emas 4 disiarkan setiap hari Rabu bermula pukul 9.30 malam menerusi saluran Astro Prima (132) dan Mustika HD (134).

Komen via Facebook

Komen

Konsert Muzikal Anak Dunia 2014

Posted: 21 May 2014 10:33 PM PDT

Susulan kejayaan penerbitan pertamanya pada tahun lalu, konsert kanak-kanak pertama di Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Konsert Muzikal Anak Dunia, kembali lagi pada tahun ini dengan menjanjikan persembahan yang lebih istimewa.

Ia bakal dihoskan oleh dua bekas finalis dari rancangan realiti nyanyian yang tidak asing lagi, Anas Mentor yang akan bergandingan dengan Nadia AF.

Selain artis remaja popular tanahair seperti Fimie Don dan Didie, konsert yang menerapkan elemen pendidikan dalam persembahan itu turut menampilkan ramai artis berkumpulan dan solo kanak-kanak berbakat yang dicungkil dari rancangan bercorak nyanyian dan tarian.

Antaranya The Siblings Band (Mimpi ke Bintang), Anis Natasha (Bintang Kecil RTM), Muhammad Fikry (Bintang Kecil RTM), Kumpulan Galang Maya (Lantai Cilik), Mustika De Venus (Fundance), Flava Skoutz (Fundance) dan ramai lagi.

Penerbit Konsert Muzikal Anak Dunia 2014, Farah Syahnaz Haji Ruslan atau Farah berkata, dua konsert yang bakal disiarkan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Merdeka itu sangat menarik kerana ia menyelitkan suatu pengisian berbeza.

Hos ... Nadia AF

"Jika tahun lepas kita hanya membuat satu rakaman sahaja, tahun ini pihak penerbitan diminta menerbitkan sebanyak enam episod ekoran maklum-balas yang memberangsangkan. Untuk permulaan, kita akan merakam dua episod dahulu iaitu bagi siaran Hari Kemerdekaan yang bertemakan gajet, manakala tema kasih-sayang dipilih untuk siaran Aidilfitri. Bertepatan dengan temanya, episod Hari Kebangsaan misalnya turut menampilkan artis-artis yang popular di laman sosial seperti Youtube seperti Twinnies yang dianggotai pasangan kembar Atikah dan Atirah Norddin serta kumpulan 3D yang dibarisi tiga beradik berbakat besar – Dayana, Dayini dan Dalili.

Katanya, antara lagu-lagu yang akan didendangkan dalam konsert itu adalah Kau Pelitaku (Fimie Don & Didie), Hujung Dunia (Anis Natasha), Jagalah Diri (Wanie), Aku yang Dulu Bukanlah yang Sekarang (Muhammad Fikry), Terukir di Bintang (The Siblings Band) dan Let It Go (3D).

"Turut diselitkan segmen lawak yang menampilkan pelawak popular tempatan seperti Saiful Apek, Bell Ngasri, Vicha dan Bocil Saywho serta Arin Raja Lawak. Lawak mereka nanti bukan saja menghiburkan tetapi juga berilmu, bersesuaian dengan penonton sasaran iaitu kanak-kanak," kata Farah lagi.

Tambah istimewa, ikon kesayangan kanak-kanak, Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil turut diundang bagi menjayakan segmen khas bersama-sama audiens.

Selain berinteraksi bersama-sama penonton, Pak Nil juga akan berkongsi pelbagai tips termasuk bagaimana kanak-kanak boleh menggunakan internet dengan berfaedah, di samping memberi nasihat berkenaan kasih-sayang sesama keluarga.

Dalam pada itu, orang ramai terutamanya kanak-kanak dijemput hadir ke sesi rakaman konsert ini yang akan berlangsung semasa cuti sekolah nanti iaitu pada 27 dan 31 Mei ini. Rakaman akan bermula jam 2 petang bertempat di Auditorium Perdana Angkasapuri. Masuk adalah percuma dan minum petang beserta cenderahati disediakan untuk 500 penonton terawal.

Hos ... Adik Rafael

PAK NIL

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories