RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Gempar - Video Cikgu bergaduh di perhatikan oleh murid tersebar!

Posted: 05 Jul 2014 10:48 PM PDT



http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=8-DQ-0yTaWA 

Video Cikgu bergaduh di perhatikan oleh murid tersebar - Satu Video yang melibatkan perang mulut di antara guru dan guru tersebar di media sosial.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah sekolah yang tidak pasti lokasinya tapi yang jelas ini merupakan suatu perlakuan yangg amat tidak baik apatah lagi dalam kawasan sekolah di hadapan pelajar pelajar dan guru lain.


Lelaki berbaju merah tersebut di peercayai seorang guru besar, kejadian dipercayai berlaku pada hari Khamis kelmarin kerana pakaian baju batik. 

Cara mereka terpekik terlolong macam orang kena sawan dalam kawasan sekolah suatu contoh buruk yg tidak patut diteladani oleh murid murid.

Perkara ini patut di siasat apa punca sebenar nya yang berlaku, kerana kejadian ini dirakam dan dimuat naik ke media sosial yang menyebarkan ianya cepat tersebar. 



Karnival Teratak Glam Raya 2014 Diserbu Ribuan Pengunjung

Posted: 05 Jul 2014 09:58 PM PDT


Hanis bergambar bersama peminat di bazaar anjurannya, Karnival Teratak Glam Raya. 
SHAH ALAM: Karnival Teratak Glam Raya 2014 yang turut disertai 12 orang selebriti terkenal  di Stadium Malawati Shah Alam, di sini pada Sabtu diserbu ribuan pengunjung.

Seawal pukul 10 pagi pengunjung yang  juga kebanyakannya datang untuk melihat dan bergambar dengan artis kegemaran mereka berniaga telah bersedia di luar perkarangan stadium menanti acara bermula.

Acara yang berlangsung selama dua hari sehingga Ahad itu dibuka pada pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Selain artis, seramai 300 peniaga mengambil bahagian dengan menjual pelbagai produk seperti pakaian, biskut, barangan perhiasan dan barangan terpakai.

Menurut penganjur yang juga pelakon Hanis Zalikha, sambutan daripada pengunjung pada hari pertama sangat mengalakkan dan mereka terpaksa beratur untuk memasuki pintu utama stadium.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, kalau nak diikutkan ramai lagi perniaga yang ingin sertai tetapi kuota saya hanya 300 peniaga sahaja.

"Kita mahu bagi ruang untuk pengunjung berjalan kalau terlalu ramai susah pula untuk bergerak, manakala beberapa artis sudah datang awal pagi lagi," katanya.

Antara artis yang kelihatan berada digerai masing-masing pada awal pagi Sabtu ialah Awal Ashaari, Elfira Loy, Diana Danielle dan Neelofa.
Ribuan pengunjung memenuhi Stadium Malawati Shah Alam.
Beberapa artis lain seperti Emma Maembong, Liyana Jasmay, Zara Zya, Achey, Hairul Azreen dan Lisa Surihani akan hadir sebelah petang dan malam.

Sementara itu, pengacara Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya menjual pelbagai produk seperti pakaian, beg, dan aksesori dengan harga yang lebih murah daripada biasa.

Kata Awal, barangan tersebut diambil terus daripada pemborong dan dijual semula dengan separuh harga sahaja.

"Saya buat persiapan untuk berniaga di sini agak lama juga, malam tadi pun sempat ke Ikea beli beberapa barang bagi menghias kedai ini.

"Semua barang-barang saya jual secara murah sahaja iaitu separuh harga daripada harga pasaran," ujarnya.

Berlainan pula dengan Diana Danielle yang menjual baju-baju rekaannya daripada butik Melinda Looi.

Selain pakaian, dia turut menjual barang perhiasan, beg tangan dan biskut raya.

"Saya akan berada di sini menjual hingga pukul 10 malam ini, bagi peminat atau pengunjung yang ingin datang membeli pakaian rekaan saya boleh datang hari ini dan esok (Ahad).

"Semuanya dengan harga yang berpatutan sahaja dan bilangannya terhad," katanya.

Manakala, pelakon Elfira Loy menjual barang-barang eksklusif rekaannya berjenama Twinkle by Elfira iaitu pakaian dan skaf.

Katanya, skaf atau tudung yang dijual berharga RM90 itu merupakan hasil lukisannya sendiri.

"Semua barang yang saya jual ini adalah yang saya reka sendiri seperti skaf ini corak-coraknya ada yang hasil lukisan saya," ujarnya.

Nora Tidak Halang Anak-Anak Fokus Budang Seni Muzik

Posted: 05 Jul 2014 09:56 PM PDT


Keempat-empat anak Nora mempunyai bakat yang tersendiri di bidang muzik.
PETALING JAYA: Penyanyi Nora tidak akan menghalang ketiga-tiga orang anaknya  melibatkan diri dalam bidang muzik tempatan sekiranya mereka benar-benar ingin memberi fokus dengan kerjaya tersebut.

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah binti Ariffin, 41, berkata, dia dapat melihat tiga anaknya iaitu Mohd Syakir Iman, 22, Mohd Syakir Alif, 16, dan Putri Nor Dahlia, 11, mempunyai bakat seni yang tersendiri dan mampu pergi jauh.

"Alhamdulillah, semua anak-anak saya boleh menyanyi tanpa diajar. Bagi yang sulung, dia boleh main gitar, anak kedua pula boleh menyanyi dan yang ketiga pula boleh bermain alat muzik dan menyanyi. Kalau melihat Dahlia menyanyi, dia mempunyai faktor X apabila membuat persembahan.

"Dan sebagai ibu, rasa sayang pula apabila bakat mereka ini tidak didedahkan. Tetapi terpulang pada mereka," katanya kepada mStar Online.

Tambah Nora yang turut mempunyai seorang lagi anak, Putri Nur fatihah, 2, anak-anaknya juga mengimpikan untuk memiliki sebuah album sendiri.

Namun menyedari keadaan pasaran album yang kurang memberangsangkan rancangan itu ditangguhkan buat sementara waktu.

Sementara itu, Nora bersyukur single lagu terbaharu dia bersama anak-anak iaituSelamanya Bahagia yang mengisahkan tentang kasih sayang kekeluargaan mendapat respons baik oleh pendengar-pendengar radio.

"Alhamdulillah, lagu ini amat bermakna buat saya dan anak-anak kerana kami bekerjasama dalam penghasilan lagu ini. Jika ia benar-benar mendapat tempat di hati peminat, kami akan meneruskan untuk muncul dengan single seterusnya pula," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nora kini sibuk menerima tempahan pelbagai jenis biskut raya sepanjang bulan Ramadan ini secara online di norasecukuprasa.blogspot.com.

Beritahu Nora, antara biskut raya yang popular ditempah termasuklah Arab, Cornflakes, Tat Nenas, Biskut Cip Coklat, Almond London, Biskut Mentega Kacang, Biskut Kurma, Semperit dan Chocolate Almond Shortbread.

Kematian Sharifah Aini Satu Kehilangan Besar

Posted: 05 Jul 2014 09:55 PM PDT


Allahyarham Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada pagi Sabtu.
PETALING JAYA: Pemergian biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar yang menghembus nafas terakhirnya pada Sabtu ternyata memberi kesan yang mendalam buat industri muzik tanah air.

Rakan artis kepada Allahyarham iaitu Datuk Hattan berkata, ia bukan sahaja satu kehilangan besar kepada negara dan industri tetapi juga buat pendatang baharu di bidang muzik.

"Kehebatannya tiada pengganti. Hanya arwah yang boleh menyanyi dengan sebutan yang jelas dan nyanyiannya cukup merdu.

"Dan kenapa saya katakan ia satu kehilangan besar buat penggiat muzik baru? Ini kerana tidak ramai yang sempat mengambil ilmu muzik daripada dia.

"Bukan itu sahaja, ketegasan arwah membuatkan tidak ada yang berani cuba mengambil kesempatan terhadap beliau," katanya.

Datuk Hattan

Penyanyi yang pernah berduet dengan Allahyarham menerusi lagu Serampang Laut iaitu Herman Tino memberitahu, sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, mereka sempat berbual dan bergurau senda walaupun ketika itu Allahyarham sedang nazak.

"Sebenarnya Kak Pah (Allahyarham) yang meminta saya bertemu dengannya pada Jumaat lalu. Tak sangka pula ketika itu dia sedang sakit tenat.

"Tetapi walaupun berkeadaan begitu, dia sempat juga bergurau ketika saya mengurut bahunya.

"Kata dia 'sedapnya Man urut, sepatutnya kamu jadi suami aku'. Gurauannya itu juga mengingatkan saya ketika awal-awal berduet dengannya untuk lagu Serampang Laut.

"Pada mulanya dia tidak percaya yang saya boleh berduet dengannya. Tetapi sejak lagu itu popular, barulah dia yakin baha kami serasi untuk bekerjasama. Dan sejak itu kami berkawan baik sehinggalah sekarang," ujarnya.

Hermantino

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Pencipta Lagu Tanah Air (Papita) iaitu Datuk M Daud berkata, Allahyarham juga seorang yang pemurah dan tidak pernah kedekut dalam memberi bantuan kepada rakan-rakan.
"Kalau nak tahu, Kak Pah seorang yang mulia hatinya dan cukup pemurah kerana selalu membantu rakan-rakan yang mempunyai masalah kewangan.

"Saya masih ingat lagi, beliau pernah memberikan saya wang sebanyak RM2,000 ketika saya dalam kesusahan.

"Selain itu dia juga suka dengan masakan isteri saya iaitu nasi beriyani. Selepas ini, kami pasti akan merinduinya.

Sementara itu, penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim pula berlata, dia sedih kerana hasrat dia bersama Allahyarham untuk mengadakan konsert bersama nampaknya tidak akan terlaksana selepas pemergian beliau.

Justeru itu, dia merancang untuk mengadakan sebuah konsert penghormatan kepada beliau dengan membawakan lagu-lagu popularnya.

"Allahyarham mempunyai koleksi lagu evergreen yang sangat banyak. Memandangkan hasrat kami untuk mengadakan konsert bersama tidak tercapai, saya mahu membuat konsert khas bagi memperi penghormatan kepadanya.

"Bukan senang untuk negara kita memiliki biduanita yang hebat sepertinya. Sekurangnya menerusi konsert tersebut, kita juga dapat memperingati jasa-jasanya kepada industri muzik tanah air kita," tuturnya.
Datuk Khatijah Ibrahim

Allahyarham telah meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini akibat fibrosis paru-paru atau 'paru-paru berparut' selain terkena virus Influenza A H1N1.
Berita kematian penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu disahkan oleh rakan baik Allahyarham iaitu Aishah Ali.

Sharifah Aini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan itu pada Selasa lalu selepas mengalami kesukaran bernafas namun keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil.

Anak kelahiran Nee Soon, Singapura itu mula disunting sebagai penyanyi rakaman EMI selepas menjuarai pertandingan RTS 1968 di Singapura.

Sepanjang 38 tahun menjadi artis rakaman syarikat itu, beliau telah merakamkan sebanyak 93 buah album termasuk 7 album Inggeris dan antara lagu popularnya termasuk Seri Dewi Malam, Hapuslah Air Matamu, Bunga Tanjungdan Kau Tinggi Di Awan Biru.

Selain Herman Tino, penyanyi itu juga pernah berduet dengan Latif Ibrahim, Broery Marantika dan Sudirman Haji Arshad.

Kehebatannya dalam dunia seni muzik membuahkan hasil apabila Allahyarham mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama bernaung di satu syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Mengenai kisah peribadinya pula, Allahyarham sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang penganjur konsert, Ali Bakar pada tahun 1981. Bagaimanapun perkahwinannya hanya bertahan selama setahun selepas melahirkan anaknya, Aliff omar, 32.

Kemudian, Allahyarham telah mengahwini dengan seorang ahli korporat, namun perkahwinan kali kedua yang dibina juga gagal bertahan dan beliau telah bercerai pada tahun 1992.

Anak Pelakon Linda Rafar Meninggal Dunia Akibat Kanser Perut

Posted: 05 Jul 2014 09:54 PM PDT


Gambar Rezaimen Kiflin Kifli, 12, yang dimuat naik di akaun Instagram Linda Rafar, petang Sabtu.
PETALING JAYA: Anak kedua kepada penyanyi dan pelakon Linda Rafar meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini, pada petang Sabtu. 

Adik kepada penyanyi tersebut, Diana Rafar mengesahkan mengenai kematian anak saudaranya, Rezaimen Kiflin Kifli, 12 akibat penyakit kanser perut.  

"Allahyarham meninggal dunia pada pukul 5.30 petang Sabtu selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal dan tidak bercakap. 

"Jenazah kini berada dan disembahyangkan di kediaman Linda sendiri di Seksyen 6, Shah Alam" katanya ketika dihubungi mStar Online, pada Ahad. 

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 22, Shah Alam kira-kira pukul 10 pagi Ahad. 

Sementara itu, Diana berkata, Allahyarham dikesan menghidap penyakit tersebut sejak lima bulan lalu apabila sering mengadu sakit perut. 

Bagaimanapun, Diana menyifatkan Rezaimen sebagai seorang kanak-kanak yang kuat kerana masih mampu bermain dan bergurau biarpun bertarung dengan penyakit tersebut. 

"Kita dapat kesan dia menghidap kanser pada lima bulan lalu selepas sering mengadu sakit perut, namun ketika itu kanser tersebut sudah pada tahap empat. 

"Namun sepanjang lima bulan ini dia seperti kanak-kanak lain yang mampu untuk bercakap dan bergurau senda dengan kami semua," ujarnya. 

Tambah Diana, Rezaimen sempat memberi pesanan dan menyerahkan barang-barang kepunyaannya kepada adik-beradiknya. 

"Dia seperti tahu akan meninggalkan kami semua, malah sempat memberi barang-barang yang dia sayang kepada adik-adiknya. 

"Dia beri telefon bimbit serta permainan lain dan berkata bahawa dia tidak mahu lagi harta dunia," katanya. 

Sementara itu, Diana berkata, kakaknya Linda masih lagi dalam keadaan bersedih dengan pemergian tersebut. 

Rezaimen yang merupakan anak kedua Linda hasil daripada perkahwinan pertama bersama bekas suami Keifli Othman dimasukkan ke wad HUKM sekitar Mac lalu.

Sri Diah: Jumlah adaptasi novel meningkat

Posted: 05 Jul 2014 09:51 PM PDT


  • Sri Diah: Jumlah adaptasi novel meningkat

PEMILIHAN adaptasi novel ke layar perak (filem) atau kaca televisyen (drama) bukan lagi fenomena baru dalam industri tempatan.

Gaya kerja adaptasi ini sudah mula dipraktikkan sejak 1958 lagi, namun ianya dilihat tidak begitu meluas seperti kini.

Namun, kejayaan pengarah, Osman Ali dalam mempertaruhkan novel nukilan, Fauziah Ashaari, Ombak Rindu, ke bentuk layar perak berjaya menempatkan filem ini sebagai filem boxoffice dan mengutip hampir RM11 juta.

Menjadikan Ombak Rindu sebagai pembakar semangat, kini ramai dalam kalangan produksi mula berhempas pulas memilih karya hebat untuk dijadikan bahan adaptasi.

Antara karya yang telah dipilih untuk diangkat sebagai drama bersiri termasuk Adam dan Hawa, Setia Hujung Nyawa, Bicara Hati, Sehangat Asmara, Gemersik Kalbu, Jauh, Jendela Hati, Trilogi Cinta, Kasih Yang Suci, Tangisan Bulan Madu, Teduhan Kasih dan Stanza Cinta.

Melihat kepada sambutan penonton terhadap drama-drama adaptasi, novel terbitan Kumpulan Media Karangkraf (Alaf 21), nukilan Liyana Zahim, Rindu Awak 200%, bakal dibawa ke layar.

Drama adaptasi 28 episod ini bakal disiarkan bermula 14 Julai ini, selepas berakhirnya drama bersiri, Kerana Terpaksa Aku Relakan.
Menurut Pengurus Besar Penerbitan, Grup Buku Karangkraf, Sri Diah Shaharuddin, yakin drama adaptasi ini bakal mengumpul peminat yang tersendiri.

"Sehingga kini, banyak drama-drama adaptasi daripada novel terbitan Alaf 21 yang berjaya memikat selera penonton.

"Malah, diharapkan drama ini juga berjaya seperti drama yang lain," katanya.

Drama ini merupakan terbitan, Creative Skill Solution, yang menampilkan Zul Ariffin dan pendatang baharu, Ayda Jebat.

Selain itu, drama ini juga turut dijayakan barisan pelakon termasuk, Mimi Ernida, Zuhairi, Jonathan Putra, Adeline Tsen, Karl Shafek Ibrahim, Afzan A.Rahman, Fazahmaddaud dan Fathildani.

Perubahan syarat

Bertanya mengenai proses bayaran, Sri Diah memberitahu, terdapat sedikit perubahan dalam perjanjian dengan setiap produksi.

Katanya, pada sebelum ini, syarikat menetapkan jumlah bayaran, RM10,000 bagi setiap karya yang diberi mandat.

"Kini, kami tidak menetapkan sebarang bayaran tetap. Ianya bergantung kepada proses perbincangan antara syarikat dan penerbit.

"Namun, perjanjian bersama syarikat dan penulis masih kekal seperti dulu iaitu 60 peratus untuk syarikat sebagai tujuan promosi, iklan serta majlis ramah mesra bersama penulis dan pelakon.

"Selebihnya, 40 peratus adalah untuk penulis karya itu sendiri sebagai imbuhan sampingan," katanya lagi.

Selain nilai itu, penulis juga akan meraih keuntungan apabila novel itu dicari pembaca apabila karya berkenaan diulang cetak.

Tambah Sri Diah, syarikat akan memainkan peranan utama dalam merangka promosi menerusi beberapa platform.

"Kami akan bertanggungjawab dalam membuat hebahan secara 'all out'. Beberapa platform akan digunakan termasuk majalah terbitan, akhbar Sinar Harian, laman sosial (Facebook) dan (Twitter)," jelasnya.

Makin banyak buku diadaptasi

Sejak fenomena adaptasi ini mula diperluaskan, Karangkraf menjadi salah satu syarikat penerbitan yang sering kali dipilih pihak produksi.

Melihat kepada kejayaan drama-drama adaptasi terdahulu termasuk Sehangat Asmara, Bicara Hati, Setia Hujung Nyawa dan Nora Elena, pihak produksi tidak lagi ragu-ragu akan kemampuan karya-karya terbitan Karangkraf.

Menurut Sri Diah, sehingga kini sebanyak 92 karya novel telah dilamar pihak produksi untuk diangkat sebagai filem, telemovie dan drama bersiri.

"Selepas Rindu Awak 200%, beberapa drama lain akan diterbitkan iaitu Bila Hati Berbicara, Adam & Hawa 2 dan Manisnya Cinta.

"Alhamdulillah tahun ini, lamaran daripada pihak produksi meningkat berbanding tahun sebelum ini.

"Diharapkan agar bilangan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa," jelasnya lagi.

Alyah: Menyanyi pun tak boleh

Posted: 05 Jul 2014 09:49 PM PDT


  • AlyahAlyah

PENGHIJRAHAN dan penampilan berhijab beberapa artis wanita dalam industri hiburan tempatan kini bukan lagi satu perkara yang asing.

Perubahan itu juga dilihat sebagai satu perkembangan yang membanggakan memandangkan ia menepati tuntutan syarak dan agama Islam sendiri.

Tidak dinafikan segelintir artis ini terlalu menonjol dengan penampilan baru mereka itu sedangkan ilmu belum cukup di dada.

Ibarat menjadi satu trend, selebriti yang baru berhijab sering dikaitkan dengan gelaran 'ustazah segera' kerana terlalu lantang berbicara soal agama.

Berkongsi pandangan mengenai perkara itu, penyanyi Alyah akui lebih selesa berdiam diri sekiranya ditanya mengenai penghijrahan dan imej hijabnya.

"Sebenarnya, saya tidak berani untuk berkata apa-apa dalam perkara ini.

"Saya tidak boleh nak menghakimi mana-mana artis yang memakai hijab kerana saya sendiri masih berada dalam bidang nyanyian. Tambahan pula banyak godaan dalam bidang kerjaya ini.

"Kalau diikutkan pengertian hijrah, menyanyi pun saya tidak boleh. Sebab itu saya tidak mahu terlalu lantang dan hanya selesa berdiam serta muhasabah diri," ujarnya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Album Havoc Raya anjuran Sony Music, bertempat di Menara TM, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Alyah memberitahu dirinya kini masih menjalani proses perubahan secara berperingkat.

"Saya masih baru dalam berhijab dan proses itu masih berjalan secara  perlahan-lahan.

"Saya sangat bersyukur hidayah ini berlaku pada diri saya dan selagi mampu saya akan cuba menjaganya.

"Perubahan ini adalah untuk diri saya sendiri dan biarlah perubahan yang datang itu sedikit demi sedikit," tuturnya.

Rehat di bulan puasa

Dalam pada itu, pelantun Kisah Hati ini berkata, Ramadan tahun ini lebih bermakna buat dirinya kerana ini kali pertama dia bercuti dalam bulan puasa.

"Sudah lapan tahun saya tidak bercuti sepenuhnya pada bulan Ramadan.

"Sebelum ini saya terpaksa bekerja keras untuk membina nama dalam industri ini sehingga tidak punya masa yang cukup biarpun ketika bulan puasa.

"Memandangkan semuanya telah stabil, saya ambil peluang tahun ini untuk bercuti," katanya.

Justeru masa yang ada dimanfaatkan bersama keluarga dan untuk dirinya sendiri.

"Sebab tidak ada masa, ada di kalangan ahli keluarga yang merajuk. Jadi saya mahu manfaatkan masa yang ada untuk bersama mereka dan luangkan sedikit masa untuk diri sendiri," katanya sambil tersenyum.

Pilih Hisham Hamid?

Beralih pada karier nyanyian, Alyah yang baru sahaja tampil dengan single terbaharunya Sesal Separuh Nyawa kini sekali lagi menampilkan muzik video yang tidak kurang hebatnya.

Sebelum ini Alyah terkenal dengan muzik video lagu hit Kisah Hati yang menampilkan aktor Remy Ishak dan untuk single terbaharu ini Hisham Hamid telah dipilih.

"Muzik video ini adalah arahan Ghaz Abu dan terhasilnya video ini adalah atas perbincangan bersama. Masing-masing beri idea dan ia bukanlah keputusan saya seratus peratus.

"Memandangkan ini adalah muzik video pertama saya dengan imej hijab, jadi saya cuba buktikan kita masih boleh buat sesuatu yang mengikut perkembangan semasa," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Alyah memberitahu bakal tampil dengan album pertamanya hujung tahun ini.

Kanak-kanak terlibat jenayah boleh dikena tindakan

Posted: 05 Jul 2014 09:45 PM PDT


  • Gambar hiasanGambar hiasan

SHAH ALAM - Tindakan boleh diambil terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang pernah ditahan beberapa kali kerana terlibat dalam jenayah pecah rumah, walaupun dia masih di bawah umur.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Nik Omar Nik Ab Rahman berkata, dalam kes seperti itu dua perkara boleh dijadikan panduan sebelum tindakan diambil.

Menurutnya, sekiranya ibu bapa kanak-kanak itu tahu perbuatan anak mereka dan mendapati ia tidak terkawal, ibu bapa perlu disarankan menulis surat atau membuat laporan kepada mahkamah bagi kanak-kanak (MBKK).

"Apabila mahkamah itu menerima laporan, seorang pegawai akhlak akan dihantar untuk bertemu dengan ibu bapa kanak-kanak berkenaan untuk membuat siasatan mengikut Seksyen 46 Akta Kanak-kanak 2001.

"Di bawah akta sama, jika mahkamah berpuas hati, kanak-kanak itu boleh dihantar ke mana-mana sekolah akhlak atau asrama akhlak bawah JKM," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, biasanya tempoh bagi kanak-kanak yang dihantar ke sekolah akhlak adalah tiga tahun atau hingga mencapai umur 18 tahun, manakala asrama akhlak selama setahun.

Beliau berkata, sepanjang ditempatkan di sekolah atau asrama akhlak ini, kanak-kanak itu akan diberi kaunseling dan didedahkan dengan pelbagai program berbentuk kerohanian dan kemahiran.

Katanya, kanak-kanak yang bersekolah akan dihantar ke sekolah luar seperti biasa dan segala kebajikan, termasuk makan minum, ditanggung JKM.

Nik Omar berkata, dalam situasi kedua, sekiranya kanak-kanak ini ditahan polis ketika melakukan jenayah, di bawah Seksyen 83/84, dia boleh diserahkan ke MBKK  dalam tempoh 24 jam untuk tindakan lanjut.

Katanya, pegawai akhlak akan membuat siasatan, sebelum tindakan boleh diambil ke atas kanak-kanak itu mengikut kesalahan tertakluk bawah Seksyen 91 akta sama.

"Mengikut Seksyen 91 terdapat tujuh tindakan yang boleh diambil iaitu diberi amaran dan dilepaskan, dilepaskan dengan bon berkelakuan baik, diletakkan dalam pemuliharaan orang yang layak dan sesuai seperti saudara-mara yang boleh mengawal
perlakuannya dalam tempoh tertentu.

"Kanak-kanak ini boleh juga dikenakan denda, pampasan atau kos. Dia juga dihantar untuk menjalani perintah percubaan akhlak atau dihantar ke sekolah akhlak," katanya.

Nik Omar berkata, kanak-kanak lelaki boleh juga disebat tidak lebih 10 kali dengan rotan ringan.

Mengenai sama ada ibu bapa boleh dikenakan tindakan, Nik Omar berkata, tindakan hanya boleh diambil jika wujud penganiayaan fizikal dan mental ke atas kanak-kanak itu.

Menurutnya, jika kanak-kanak itu melakukan jenayah tetapi dia sihat, cukup makan minum, tiada tindakan boleh diambil terhadap ibu bapa.

'Raja Toyol' terlibat 23 kes kecurian

Posted: 05 Jul 2014 09:39 PM PDT


  • Raja Toyol dicekup penduduk selepas memecah masuk kedai runcit, di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara.Raja Toyol dicekup penduduk selepas memecah masuk kedai runcit, di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara.

PETALING JAYA - Dia bukan anggota geng kongsi gelap, bukan penyamun, jauh sekali  perompak. Kalau dilihat dari luaran dia hanyalah seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.

Namun, siapa sangka dalam usia semuda itu dia mendapat gelaran Raja Toyol selepas terbabit dalam tidak kurang daripada 23 kes kecurian membabitkan kes pecah rumah, kecurian tabung masjid  dan kedai runcit  di kawasan Kampung Sungai Ara, Damansara, di sini, sejak setahun lalu.

Meskipun sudah acap kali ditangkap penduduk kampung kerana mencuri, bahkan pernah dibelasah kerana perbuatannya itu, budak lelaki yang sudah tidak bersekolah ini tidak serik,  malah bertambah aktif seolah-olah mencuri menjadi kerjaya sepenuh masanya.

Difahamkan kanak-kanak  ini hanya  memerlukan tempoh yang singkat untuk melarikan wang yang disimpan di dalam rumah tanpa disedari oleh pemiliknya. Sudah beribu ringgit masuk ke sakunya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Berjaya rakam visual 'toyol']

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Sungai Kayu Ara, Ramli Daud berkata, kanak-kanak  itu  pernah diserahkan kepada polis tetapi dibebaskan semula kerana dia di bawah umur.

"Dia bergerak seorang diri di dalam kampung dan sasaran utamanya adalah wang.

"Baru-baru ini dia pernah ditangkap  dan apabila ditanya ke mana wang curi itu dibelanjakan, dia dengan selamba memberitahu wang itu digunakan untuk berhibur di pusat siber. Saya  yakin dia berkawan dengan budak yang lebih besar dan di situlah wang itu dibelanjakan," katanya.

Menurut Ramli, kanak-kanak ini melakukan kerja tidak kira siang ataupun malam. Jika ada peluang dia akan masuk ke dalam rumah sesiapa sahaja tanpa disedari.

"Dia akan sasarkan wang yang disimpan di dalam rumah, tidak kira di dalam poket seluar, almari mahupun laci.
"Peliknya dia boleh tahu di mana wang itu disimpan dan dengan  tubuhnya yang kecil dia boleh masuk ikut  lubang kecil selain tahu membuka gril pintu rumah," katanya.

Jelas Ramli lagi, masalah itu sukar diselesaikan kerana keluarga kanak-kanak ini langsung   tidak mengambil berat  terhadapnya.
"Dia anak ketujuh daripada lapan adik-beradik dan tinggal  bersama ayahnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. Keluarganya  sudah lali dengan cerita kanak-kanak itu ditangkap.

"Ramai yang nasihat ayahnya supaya tidak membiarkan anaknya terus begitu, tetapi tidak diendahkan," katanya.

Ana Dahlia pun dah bertudung

Posted: 05 Jul 2014 09:37 PM PDT



ANA DAHLIA kelihatan sopan di sampung Ubaidullah, lelaki yang bakal menjadi suaminya.


MASA semua orang asyik kecoh pasal Neelofa bertudung dan Felixia Yeap yang sudah memeluk Islam, Diva ada juga terbaca pasal Emma Maembong dan ratu dangdut Sheeda juga rasa tercaras sampai berniat nak pakai tudung. Berniat tu bagus, tapi benda-benda niat biar dalam hati dulu. Dah betul nak jadi, cakap dan bikin, baru kelas, macam Neelofa.
Diva tak sabarlah kalau ada jemputan buka puasa yang ada Neelofa, nak tatap wajah comelnya puas-puas. Mana tahu, Diva boleh dapat inspirasi daripada Neelofa juga.
Tapi, satu benda Diva nak cakap. Dalam diam-diam, rupa-rupanya ada seorang lagi artis perempuan popular yang baru bertudung. Kalau tak silap Diva, awal puasa juga dia bertudung, kalau tak cakap namanya rasanya ada juga dah tahu. Artis yang Diva maksudkan itu ialah Ana Dahlia. Ya, bekas menantu Cef Wan tu.
Cerita pasal Ana bertudung ni datang daripada mulut sumber Diva yang tak kurang hebat becoknya. Katanya, dia terserempak dengan Ana dan jejaka kacak, Ubaidullah sedang berbuka di sebuah restoran Pavilion. Sumber Diva tadi pun sama-sama berbuka di situ. Katanya, manis sungguh rupa Ana bila bertudung.
Tiba-tiba Diva teringat cerita seorang kawan, dia cakap, Ana sebenarnya dah nak kahwin tak lama lagi. Persiapan pun dah dibuat. Molek benarlah Ana pun dah bertudung, tak lama lagi, kita semua tengok Ana naik pelamin pula.
Diva: Ada seorang minah yang perasan dah jadi selebriti, baru nak rasa bahang popular, banyak sangat publisiti mulalah menyombong.


Reen dipikat lelaki kaya

Posted: 05 Jul 2014 09:35 PM PDT




REEN RAHIM pernah menjadi topik perbualan hangat di laman sosial sekitar tiga bulan lalu. Semua itu gara-gara Reen memuat naik beberapa keping gambar separuh bogel semasa dia bercuti di Pulau Koh Lipe, Thailand.
Ekoran tindakannya itu, dia dikecam teruk pengikut akaun Instagram miliknya yang mendakwa gambar bikini itu dianggap keterlaluan. Sungguhpun begitu, bekas juara program Pilih Kasih musim ketiga itu tidak cepat melatah. Membiarkan cerita-cerita kurang enak berlalu, Reen menganggap itu semua sebagai asam garam dalam dirinya untuk terus bertapak dalam industri.
"Kalau ingat balik memang waktu itu memang terperanjat. Pagi-pagi lagi saya dikejutkan oleh emak saya, dia nak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Padahal waktu itu bukannya saya berbikini pun," ujar pelakon berumur 26 tahun itu.
Luah Reen, sebagai orang Timur, dia masih tahu batas-batas yang perlu dijaga daripada segala aspek, lebih-lebih lagi melibatkan penampilan. Apatah lagi, dia juga perlu menjaga nama baik keluarganya.
"Tak mungkinlah saya nak berpakaian dalam sahaja di tempat terbuka begitu. Kenalah ada rasa hormat juga, tak adalah keterlaluan, cuma apa yang dipakai itu mengikut kesesuaian tempat," tuturnya yang tidak pernah melabel dirinya sebagai seorang yang seksi.
Pelakon Cinta Jannah itu mengakui sebagai seorang selebriti, banyak mata yang sentiasa memerhatikan segala tindak-tanduknya. Sungguhpun begitu, setiap kontroversi yang mengaitkan namanya, Reen akan hadapi dengan tenang.
"Apabila kes itu orang kata saya tak kisah apa orang nak kata, bukan maksud saya tak ambil pusing dengan komen-komen orang, cuma saya tahu kedudukan saya. Saya tidak perlu takut jika saya benar. Lagipun, mulut orang memang kita tak boleh nak tutup," ujar pelakon Menantu Sepuluh Ribu itu.
Bercerita mengenai drama arahan Lizam Tugil itu, Reen memegang watak seorang gadis kampung bernama Umairah yang berkeperibadian lurus.
"Saya kemudian terserempak dengan seorang lelaki kaya lakonan Fizz Fairuz yang menjadi rebutan wanita. Biarpun ramai wanita yang cuba mendekatinya, akhirnya dia terpikat dengan gadis kampung dan mahu mengahwini saya bukannya dengan wanita lain," katanya.
Menurut pelakon drama Runtun Qalbu itu, Cinta Jannah secara tidak langsung banyak membuatkan dia terbawa-bawa karakter Umairah sewaktu di luar set penggambaran.
"Umairah itu seorang yang suka mengemas rumah. Jadi, sekarang ini kalau saya nampak barang bersepah sikit sahaja, laju sahaja tangan ini terus nak mengemas. Drama ini banyak mengajar saya untuk buat kerja-kerja yang biasa orang perempuan lakukan, termasuklah memasak," kongsinya.
Selain Reen dan Fizz Fairuz, drama 26 episod menerusi slot Azalea di TV3 itu turut menampilkan pelakon Salwa Razak dan Cat Farish.


Robot buaya jadi tarikan terbaharu di Manila

Posted: 05 Jul 2014 09:30 PM PDT



BEBERAPA orang membantu meletakkan robot buaya itu di atas bumbung van tersebut.


BANDAR PASAY, Manila - Satu robot buaya yang dihasilkan selama tiga bulan dengan melibatkan kos sebanyak AS$1,818 (RM5,791) diletakkan di atas bumbung sebuah van semalam.
Haiwan sepanjang 6.4 meter itu dihantar ke Taman Buaya, di bandar ini yang menjadi satu daya tarikan baharu untuk para pengunjung.
Menurut seorang kakitangan taman buaya itu, Sergs Acquiatan, buaya robot tersebut dihasilkan dengan menggunakan gentian kaca, getah dan besi yang digunakan dalam pembuatan bingkai.
Dia berkata, terdapat seseorang yang berada di dalam badan robot buaya itu bagi membantu ia membuka mulut, merangkak dan menggerakkan kepalanya.
Robot buaya itu dihasilkan bagi memperingati seekor haiwan itu yang mati akibat penyakit paru-paru dan jantung pada 10 Februari tahun lalu di Taman Eko Bunawan dan Pusat Penyelidikan di Agusan del Sur.
Buaya yang bernama Lolong yang sepanjang 6.17 meter itu ditangkap di sebuah anak sungai oleh kumpulan pemburu haiwan tersebut di wilayah Agusan del Sur, Filipina pada 13 September 2011.
Haiwan itu diiktiraf sebagai yang terbesar pernah hidup dalam kurungan oleh Guinness World Records.


Almy Nadia Mengandung 4 Minggu

Posted: 05 Jul 2014 03:25 AM PDT


Almy Nadia dan Fizz Fairuz bertambah bahagia sejak mendapat tahu kehadiran bakal anak sulung mereka.
PETALING JAYA: Pelakon Almy Nadia mengesahkan dia kini sedang hamil empat minggu iaitu anak pertamanya bersama aktor Fizz Fairuz.

Almy atau nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, berkata, dia mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan oleh doktor ketika membuat pemeriksaan pada Ahad lalu.

"Sebelum berjumpa dengan doktor memang saya selalu tidak sihat dan tak sangka pula rupa-rupanya saya mengandung.

"Alhamdulillah, kami tidak merancang apa-apa pun tetapi saya anggap ini mungkin rezeki saya dan Fizz. Anak (angkat) saya, Nur Afrina Darwisya pun tidak sabar nak adik. Doakan yang terbaik buat saya. Lagipun kandungan pun masih baru," katanya yang dihubungimStar Online pada Jumaat.

Almy dan Fizz bernikah pada 26 Mei lalu.

Sementara itu, Almy berkata, dia juga bersyukur walaupun kini sedang mengandung, dia masih lagi boleh berpuasa sehingga.

"Doktor kata, kalau tak larat jangan puasa, tetapi sehingga kini Alhamdulillah saya masih lagi boleh bertahan. Tidak tahulah macam mana pada hari-hari mendatang.

"Yelah, bukannya senang kerana inilah peluang saya untuk berpuasa penuh. Dan saya pun tak buat apa-apa sangat. Cuma berehat di rumah. Jadi ia sedikit sebanyak memudahkan saya fokus pada ibadah puasa," tuturnya.

Misha Omar Kerap Sakit Sejak Berkahwin

Posted: 05 Jul 2014 03:24 AM PDT


Misha Omar semakin bahagia sejak mendirikan rumah tangga bersama Firos. 
PETALING JAYA: Penyanyi Misha Omar mengakui sering jatuh sakit sejak bergelar isteri kepada Firos Ezzwan Rossly, 32, pada 2 Mei lalu.

Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar, 32, berkata, dia berasa pelik dengan situasi itu namun menyifatkan ia mungkin sebahagian daripada dugaan daripada Tuhan dalam melayari kehidupan berumahtangga.

"Pelik rasanya, sejak berkahwin, saya kerap sakit. Mungkin ini adalah ujian Allah supaya kita beringat-ingat atau mungkin juga gemuruh kahwin belum hilang lagi.

"Sekarang ini saya mudah alah terhadap habuk sehinggakan mengalami masalah semput. Jadi bila tidak bekerja, saya banyak berehat di rumah sahaja," katanya kepada mStar Online.

Ditanya mungkin rasa sakit itu berpunca daripada dirinya yang berkemungkinan besar sudah mengandung, Misha menafikannya.

"Ishhh mana ada! Kami serahkan semua itu kepada Allah. Kalau ada, adalah. Kalau belum ada lagi, kami menikmati waktu bersama-sama sebelum kehadiran orang baru dalam keluarga kami," ujarnya.

Sementara itu, Misha turut mengakui, sejak berkahwin, dia dan Fiross masing-masing mula menunjukkan sikap yang belum diketahui dan ia membuatkan mereka teruja untuk lebih mengenali antara satu sama lain.

"Biasalah sebelum dan selepas kahwin lain situasinya. Lepas kahwin, macam-macam sikap buruk dan baik terkeluar.

"Kadang-kami kami gelak dengan sikap baru itu, tetapi kami juga cuba bertolak ansur memperbaikinya agar masing-masing selesa hidup bersama. Tetapi saya tidak bolehlah nak dedahkan apa sikap buruk kami. Malulah," selorohnya.

Dalam perkembangan lain, Misha bakal memulakan rakaman lagu untuk dimuatkan dalam album terbaharunya pada bulan ini.

Sebak Siti Nurhaliza, Tiada Dendam Terhadap Sharifah Aini

Posted: 05 Jul 2014 03:22 AM PDT


Siti terkejut dan sedih dengan pemergian Allahyarham Sharifah Aini.
PETALING JAYA:  Penyanyi Datuk Siti  Nurhaliza Tarudin menjelaskan dia tidak pernah menyimpan sebarang dendam terhadap biduanita negara Datuk Sharifah Aini, 61, walaupun pernah terjadi krisis diantara mereka sebelum ini.

Siti, 35, berkata, dia tetap menghormati biduanita tersebut sebagai seorang kakak yang banyak mengajarnya mengenai dunia muzik selain memberi jasa besar terhadap industri seni tanah air.

"Yang dah lepas itu lepaslah. Saya tak simpan dalam hati dengan apa yang telah berlaku. Kali terakhir saya bertemu dengannya ketika beliau muncul di Anugerah Juara Lagu (AJL) dengan imej bertudung," katanya.

Siti ditemui di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dekat sini bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Sharifah Aini.

Allahyarham meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini akibat fibrosis paru-paru atau 'paru-paru berparut' selain virus Influenza A H1N1.

Siti dan Sharifah Aini sebelum ini pernah dilaporkan mempunyai krisis sehingga membuatkan mereka tidak bertegur sapa.
Salah satu foto Siti dan Allahyarham yang dirakamkan ketika sesi fotografi bagi keluaran Hari Raya pada tahun 2010.
 
Bagaimanapun hubungan mereka kembali jernih selepas beberapa wartawan hiburan memainkan  peranan untuk mejernihkan kembali hubungan mereka dan detik itu dirakamkan untuk satu sesi fotografi bagi keluaran Hari Raya pada tahun 2010.

Sementara itu, Siti yang ditemubual media selepas dia membacakan surah Yasin kepada Allahyarham dengan reaksi  wajah yang cukup sedih sehingga membuatkan beliau tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata apabila bercakap mengenai biduanita itu.

"Sejak disatukan bersama dalam sebuah sesi fotografi sebelum ini, hubungan kami seperti adik beradik.

"Subhanallah, dia pergi ketika di bulan Ramadan dan ia berlaku hanya kepada insan-insan yang terpilih.

"Terlalu banyak kebaikan beliau lakukan membuatkan saya begitu kagum dengannya. Bukan hanya saya, arwah ayah saya juga menyanjunginya," ujar Siti.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara dekat sini sebelum solat Zohor pada Sabtu.

Jaclyn Victor Promosi Lagu Di Amerika Syarikat

Posted: 05 Jul 2014 03:21 AM PDT


Jaclyn kini berada di Los Angeles bagi mempromosikan single terbaharunya, Remedy.
PETALING JAYA: Penyanyi Jaclyn Victor akan melancarkan album terbaharunya berjudulUnleashed yang dihasilkan termasuk untuk pasaran antarabangsa. Ia dijangka berada di pasaran pada September depan.

Jaclyn kini berada di Los Angeles, Amerika Syarikat sehingga 13 Julai ini untuk mempromosikan single pertama daripada album tersebut berjudul Remedy yang dicipta oleh Edry Abdul Halim.

"Selain Los Angeles, Jaclyn akan ke California untuk memperkenalkan lagu tersebut menerusi pelbagai siri pertunjukan pentas serta temuramah media.

"Program selama seminggu ini adalah siri promosi pertama  aktiviti promosi susulan di peringkat antarabangsa yang dirancangkan oleh pihak pengurusan KRU Music," kata satu kenyataan yang dikeluarkan kepada mStar Online pada Jumaat.

Lagu terbaharu Jaclyn itu juga bakal dipasarkan menerusi 80 platform digital mulai 10 Julai ini.

Dalam pada itu, untuk album terbaharu tersebut, Jaclyn bakal memperlihatkan perubahan hala tuju muziknya dengan menggabungkan susunan muzik EDM (electronic dance music) selain mengekalkan elemen pop.
"Pelan komprehensif telah disusun rapi oleh KRU Music untuk memasarkan lagu ini dipersada antarabangsa dan yakin ia akan membawa dimensi baharu bagi hala tuju muzik Jaclyn," kata kenyataan itu lagi.

Unleashed turut menampilkan empat buah lagi lagu iaitu Pinnacle, Sweeter Than A Dream, Over And Over dan Delirious yang dirakamkan sepenuhnya di Kuala Lumpur manakala proses mastering dibuat di Los Angeles.

Sharifah Aini Meninggal Dunia

Posted: 05 Jul 2014 03:20 AM PDT


PETALING JAYA: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini.

Sharifah Aini, 61, meninggal dunia akibat fibrosis paru-paru atau 'paru-paru berparut'.

Berita kematian penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu disahkan oleh rakan baik Allahyarham iaitu Aishah Ali.

Sharifah Aini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan itu pada Selasa lalu selepas mengalami kesukaran bernafas namun keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki iaitu Aliff Omar Ali.

Dalam pada itu, jenazah Allahyarham dijangka dibawa ke Masjid Al Taqwa Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur selepas solat Subuh sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, dekat sini pada Sabtu.

Terdahulu, Allahyarham menerusi status Facebook miliknya sebelum ini pernah meminta peminat-peminatnya mendoakan kesejahteraan beliau selain meminta mereka menghadiahkan Al-Fatihah sekiranya beliau meninggal dunia.

Tulisan di FB itu menggambarkan seolah-olah beliau sudah merasakan bakal pergi buat selama-lamanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories