Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Rusia anjur sukan kereta kebal pertama
- Liku-liku susuk pentas peragaan
- Agensi penting bimbing model
- Pelajar UiTM pamer koleksi ulung
- Jelita merentasi usia
- 'Tak sangka ALLAH balas cepat'
- Izara selesa urus diri sendiri
- Jep (Sepahtu) Takut Lupa Diri
- Lisa Surihani Enggan Digelar Pelawak
- Che Ta beri penjelasan sorok pertunangan?
- Nombor plat motosikal tema raya
- Disisih keluarga kerana khalwat
- Cermin diri dulu Rita, kata Zaquan
- Jahat kekuatan saya - Raja Ilya
- Lagu Aza kena gam
- Salwa akui sukar jadi penyanyi
- Lisa sempurnakan Yusry
- Taraf PR pemilik resort dilucut
Rusia anjur sukan kereta kebal pertama Posted: 18 Aug 2013 10:14 PM PDT Barisan kereta kebal berwarna-warni (kiri ke kanan) dari Belarus, Rusia, Kazakhstan dan Armenia semasa bersaing dalam 'tank biathlon'. MOSCOW - Rusia memperkenalkan sukan separa tentera baharu, 'tank biathlon', satu pertandingan perlumbaan kereta kebal dan ketepatan bedilan meriam. Pertandingan peringkat antarabangsa itu dianjurkan buat pertama kali di Moscow pada Isnin minggu lalu hingga kelmarin. Pasukan dari Belarus, Kazakhstan dan Armenia turut bersaing dalam pertandingan tersebut. Konsep pertandingan yang diperkenalkan baru-baru ini oleh Kementerian Pertahanan Rusia itu lahir daripada satu latihan kereta kebal. Pasukan-pasukan terlibat berlumba di trek sepanjang kira-kira 20 kilometer dan mereka dikehendaki membedil lima sasaran yang ditetapkan. Beberapa negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara termasuk Amerika Syarikat juga dijangka menyertai pertandingan sama pada tahun depan. | |||
Liku-liku susuk pentas peragaan Posted: 18 Aug 2013 10:11 PM PDT
KUNJUNGAN Nuraini Mohd. Noor, 22, ke perpustakaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor tiga tahun lalu telah mengubah setiap inci kehidupannya hari ini. Tubuh tinggi lampai, rangka badan bak model profesional dan wajah unik milik wanita tersebut telah menangkap pandangan seorang pelajar fotografi ketika itu. Nuraini atau nama komersialnya, Tuti, bersetuju beraksi di hadapan lensa kamera pelajar fotografi tersebut. Berdasarkan bakat semula jadi Tuti, fotonya ditunjukkan kepada beberapa pereka fesyen tempatan. Dari situ bermulanya dunia model anak kelahiran Kedah itu. Sesi fotografi profesional pertamanya adalah untuk sebuah majalah tempatan. Menyarung busana Hazwani Osman untuk sesi tersebut, nama Tuti kemudian mula disebut-sebut sebagai model Melayu wanita yang bakal menguasai pentas fesyen negara. "Pada awalnya memang ibu bapa menentang, tambahan pula saya merupakan anak tunggal. Namun lama-kelamaan setelah melihat keupayaan saya dalam bidang ini, mereka mula menerima dengan hati terbuka. "Bapa juga dalam diam-diam membeli setiap majalah yang ada wajah saya," kongsinya disulami tawa kecil. Memilih profesion model sepenuh masa bukan merupakan impian Tuti. Graduan Diploma Pengurusan Maklumat UiTM itu mendambakan kerjaya sebagai setiausaha, pegawai perhubungan awam atau pramugari. Namun rencana hidupnya yang berubah diterima dengan bulat, malah dia bangga dapat mencuba sesuatu di luar jangkaan. "Saya lebih terarah kepada model pentas peragaan dan secara jujur, ia lebih mencabar. Setiap langkah perlu yakin dan kita harus memberi impak kepada audiens. Apabila berjalan di atas pentas, pandangan perlu difokuskan kepada satu titik agar tumpuan itu tidak lari. "Pernah sekali saya hampir tergelak sebab ternampak rakan-rakan memanggil saya. Tapi kita perlu kembali sedar bahawa pergerakan kita sedang diperhatikan orang," katanya. Tuti menambah, "Saya pernah terjatuh atas pentas ketika raptai penuh. Saya juga pernah terpelecok pada acara sebenar gara-gara saiz kasut yang kecil.
Selaku wajah baharu dalam dunia peragaan, seharusnya Tuti dan rakan seangkatannya mencorak kerjaya mereka berpandukan agensi. Ia kedengaran lebih terurus dan memudahkan pergerakan mereka dalam setiap tawaran kerja. Namun demikian, Tuti lebih senang bergerak sendiri tanpa pimpinan mana-mana agensi model tanah air. Baginya, pilihan peribadi itu memberi kebebasan penuh kepadanya mengurus jadual harian. Pacu haluan sendiri Bagi seorang model lelaki yang baru dua tahun mencipta nama, Hazwan Hilmi Hairudin, 26, pengalaman kurang satu tahun bergerak di bawah agensi sudah cukup baginya memutuskan untuk memacu haluan sendiri. Biarpun agensi berupaya memberi pendedahan besar kepada model baharu, Hazwan atau selesa disapa dengan nama jolokan Juan berkata, dia mahu mencabar diri dengan mengejar cita-citanya secara solo. "Saya bukan mahu bersikap angkuh tetapi apabila anda dipegang sesebuah agensi, ramai yang tidak berani menghampiri kita untuk bertanya soal kerja. "Lagipun, masyarakat lebih cenderung melihat model antarabangsa berbanding model tempatan, jadi fungsi agensi bagi mempromosikan bakat tempatan kurang berkesan," jelasnya. Juara pertandingan Manhunt Malaysia 2011 ini menjelas lanjut, kebiasaannya model luar negara menjadi pilihan pelanggan dan hal sebegini sedikit menyekat bakat tempatan untuk berkembang. Keputusan sama turut dipilih seorang lagi model baharu yang sedang meningkat naik, Dayang Nur Atikah Karim, 20. Menurut anak jati Kota Kinabalu, Sabah itu, jika kerjaya diuruskan agensi, seseorang model perlu mematuhi kontrak dan tidak boleh menolak kerja-kerja yang kurang digemari. Pimpinan agensi "Saya selesa tanpa agensi. Namun menguruskan diri sendiri jauh lebih sukar daripada yang digambarkan. Segala keputusan perlu dipertimbangkan dengan bijak kerana tiada siapa yang membimbing anda. "Soal bayaran, waktu dan setiap perkara berkaitan kerja terletak atas bahu sendiri. Sama ada bergerak secara sendiri atau dipimpin agensi, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri," ujarnya yang mula bergelar model seawal usia 16 tahun. Menyifatkan dunia peragaan tanah air sebagai cabang yang penuh cabaran, Atikah nekad mengharungi setiap persaingan, khususnya daripada model-model antarabangsa. Sebagai model berbangsa Melayu, rasa was-was pasaran terhadap kerjayanya adalah normal. Bagi kebanyakan orang, kelompok model sebegitu mustahil menjejak hierarki tertinggi lapangan peragaan, disebabkan kekangan agama dan budaya. KERJAYA sebagai seorang model memerlukan keyakinan diri yang tinggi. - Gambar hiasan Persaingan Jelas Atikah: "Siapa pun anda dalam dunia model, tidak kira warna kulit atau bangsa, setiapnya mempunyai kelebihan dan personaliti tersendiri. "Saya akui persaingan daripada wajah luar negara memang tidak dapat dielakkan tetapi saya sering mengingatkan diri sendiri, sabar sekiranya mahu kekal lama dalam industri. Jika ada rezeki ia tidak ke mana dan peluang kedua itu sentiasa terbuka." Selain berdepan persaingan daripada model antarabangsa yang berpusat di Malaysia, model-model tempatan juga melihat pasaran profesion itu kian mendukacitakan. Kekeliruan masyarakat mengenal pasti antara model profesional dan bakat (talent) secara tidak langsung menjatuhkan nilai seorang model. Menurut Juan, bayaran paling murah yang diterima model sepenuh masa ketika ini ialah sebanyak RM150 dan paling tinggi mencecah RM1,000 bagi satu sesi peragaan atau fotografi. "Seharusnya seorang model dibayar atas nama model, bukan sebagai bakat. Nilai individu seperti kami telah menurun ekoran wujudnya segelintir individu yang mengaku diri mereka model profesional sedangkan mereka hanyalah bakat untuk fotografi dan iklan televisyen," katanya dengan penuh kesal. Begitu juga pandangan yang dilontarkan Tuti, periuk nasi model sepenuh masa terletak pada tawaran kerja untuk pentas peragaan dan sesi fotografi. Namun keberadaan bakat yang lazimnya mengejar populariti telah mengganggu kelancaran mata pencarian utama mereka. "Mereka sanggup melakukan kerja tanpa bayaran asalkan mereka dikenali ramai,"ujarnya. | |||
Posted: 18 Aug 2013 10:10 PM PDT
PENGALAMAN selama 20 tahun dalam dunia peragaan telah memahat nama peragawati ulung negara, Tengku Azura Tengku Awang, 38, dalam industri fesyen tanah air. Segala pahit manis dan kesukaran mencipta jenama Tengku Azura ternyata terbayar dan dalam tempoh dua tahun lagi, kelibat wanita yang dibesarkan di Kuala Lumpur itu dalam layar peragaan bakal berakhir. Sisa waktu baginya untuk aktif digunakan dengan bijak, malah tiada ruang buat Azura melakukan kesilapan agar legasinya kekal cemerlang bagi rujukan nama-nama baharu kelak. "Saya mungkin antara manusia paling bertuah dalam industri fesyen tanah air. Bukan apa, memang tidak pernah terlintas dalam fikiran untuk bergelar model apatah lagi menjadikan profesion ini sebagai satu kerjaya. "Takdir telah memandu saya ke arah ini dan saya amat terhutang budi dengan Cilla Foong, pengasas agensi Cilla & Associates, kerana telah membimbing saya sehingga berjaya," katanya. Azura menambah, selama 11 tahun saya bersama Cilla, terlalu banyak pengajaran dan pengalaman yang dikutip. Meneliti arus perubahan dari segi pengurusan model-model di Malaysia, beliau berpendapat, situasi sekarang amat berbeza berbanding waktu kegemilangan yang dilalui bersama rakan sezamannya. "Model-model dahulu memang akrab. Majoriti juga dibimbing oleh agensi masing-masing dan setiap kali pertunjukan fesyen, pasti meriah kerana kami dapat berkenalan dengan model daripada agensi yang berbeza. "Dulu memang istilah freelance atau bergerak sendiri kurang popular dan saya tidak faham kenapa model-model sekarang lebih selesa dengan cara sedemikian," ujarnya.
Beliau menambah, cuba lihat model-model antarabangsa, mereka juga bergerak melalui agensi dan selepas nama mereka kukuh, barulah masing-masing menguruskan kerjaya secara solo. "Model baharu perlukan bimbingan yang banyak. Minta pendapat daripada mereka yang berpengalaman dan cari agensi model yang sesuai dan mampu melatih anda menjadi model yang hebat. "Memang dalam agensi kita tidak bebas, tetapi hasilnya kelak pasti memuaskan," kongsi Azura yang kini telah menguruskan kerjayanya sendiri. Sementara itu, individu yang bertanggungjawab memperkenalkan Azura dalam dunia peragaan, Cilla, 53, menyatakan, secara logik, model baharu memerlukan agensi bagi bimbingan dan pengurusan yang lebih dinamik. "Agensi yang baik akan membantu mempromosikan model mereka dan memastikan anak-anak buah mereka tidak dieksploitasi," katanya. Berubah angin Tambah Cilla, kebanyakan model masa kini mahu bergerak sendiri tanpa diikat mana-mana agensi. "Akibatnya, bilangan model tempatan juga jatuh merudum, ditambahkan dengan kehendak industri yang berat terhadap wajah luar negara," ujarnya. Mengulas mengenai keadaan pasaran masa kini, beliau berkata, pelanggan lebih gemar model luar negara. Jelas beliau, hal ini berpunca daripada kebanjiran jenama antarabangsa di Malaysia dan prinsip mereka yang menggariskan penggunaan model antarabangsa bagi setiap pertunjukan fesyen. "Secara profesional, saya sering mencadangkan pelanggan agar mengimbangi penggunaan model tempatan dan luar negara. "Ini kerana model tempatan mampu menarik audiens pasaran setempat, manakala model luar negara mewakili imej jenama tersebut," jelas Cilla yang juga seorang bekas model profesional. | |||
Pelajar UiTM pamer koleksi ulung Posted: 18 Aug 2013 10:09 PM PDT
KOLEKSI berteraskan watak-watak dalam filem arahan pengarah prolifik, Tim Burton, menjadi inspirasi kepada pereka muda, Amirul Ashraf Safari, 25, sehingga idea kreatifnya itu diangkat sebagai pemenang utama Anugerah Rekaan Terbaik 2013. Anugerah itu diberikan bersempena dengan pertunjukan fesyen pelajar tahun akhir pengajian Ijazah Seni Reka Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang diadakan di Black Box, Publika, Kuala Lumpur baru-baru ini. Mengklasifikasikan busananya sebagai rekaan berseni, Amirul Ashraf memaklumkan koleksi beliau merupakan persalinan yang praktikal. Bertemakan The Chronicle of Tim Burton, beliau menghasilkan busana menerusi penerapan watak-watak daripada filem seperti Alice In Wonderland, The Nightmare Before Christmas dan Edward Scissorshands. "Saya sangat meminati filem-filem Tim Burton sehingga tercipta koleksi ini. Tidak hanya berfantasi, malah saya turut bereksperimen melalui beberapa perincian dalam setiap busana," ujarnya ketika ditemui Kosmo! selepas pertunjukan fesyen itu. Ketelitian rekaan dapat dilihat menerusi jaket dan skirt daripada gabungan material polivinil klorida (PVC) dan organza dengan penataan tali-tali yang disambung tangan. "Kemasan tali-tali tersebut menjadikan koleksi ini menonjol berbanding koleksi-koleksi lain. Ia mengambil masa dan ketelitian yang tinggi bagi menghasilkan rekaan berkualiti dan tampak anggun ketika diperagakan," jelas anak muda yang berasal dari Klang, Selangor ini. Mengakui penganugerahan tersebut sebagai satu kejutan yang menggembirakan, Amirul Ashraf tidak menyangka ia mampu mengatasi rekaan-rekaan indah lain yang turut diperagakan pada hari itu. Melihatkan pentas peragaan, penulis dapat melihat sisi kematangan pereka melalui rekaan yang menonjolkan cita rasa fesyen yang baik. Mereka bijak menzahirkan inspirasi melalui pengamatan seni reka agung dunia atau keindahan alam semesta tanpa mengetepikan nilai keaslian diri mereka.
Fesyen Baroque Percubaan Hadijah Hamdan, 25, mengambil konsep kegemilangan fesyen era Baroque perlu diberi pujian kerana setiap rekaan nampak sofistikated dan membawa nafas segar kepada koleksinya. Kemasan pada cetakan amat dititikberatkan Hadijah yang memastikan setiap motif hiasan bersepuh emas saling bercantum mengikut bentuk asal. Kemasan pada rekaan telah meletakkan rekaan beliau ke tempat kedua pada pertunjukan fesyen yang diadili barisan penggiat fesyen seperti Rizman Nordin dan Bon Zainal. "Saya mendapat maklum balas positif terutamanya pada bahagian korset kerana cetakan yang teratur dan saling berkaitan dengan cetakan-cetakan lain," ujarnya yang akan menjadi pensyarah di sebuah institusi pengajian swasta tidak lama lagi. Inspirasi wanita Pearl Harbor Jika Hadijah berbangga dengan rekaan cetusan tahun 1500 hingga 1800 itu, pemenang tempat ketiga, Hana Fatimah Zulkufli, 22, mengambil era klasik 1940-an iaitu ketika Perang Dunia Kedua sebagai inpirasi rekaannya. "Lebih spesifik, saya mengambil idea fesyen Pearl Harbor kerana wanita pada waktu itu mempunyai cita rasa fesyen tersendiri yang menarik sungguhpun berhadapan dengan peperangan," ujar gadis yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini. Idea klasik itu diberi sentuhan moden beliau dengan menonjolkan rekaan yang minimalis dan ringkas. Aura kontemporari rekaan itu mengekalkan motif-motif signatur seperti potongan dan cetakan berkotak. Penggunaan fabrik-fabrik seperti kain kapas, krep dan PVC menampakkan ciri-ciri klasik dalam rekaannya. Sisi baharu adi wira Koleksi bertemakan Superhero Alter Ego menjadi sandaran kepada pereka muda kelahiran Johor, Suhairie Mohamed, 24. Menghidupkan watak-watak adiwira seperti Hulk, Thor, Wonder Woman dan Catwoman, gaya edgy melatari busana yang menggunakan dua tona warna utama iaitu hitam dan jingga.
Tidak hanya memfokuskan rekaan busana, Suhairie turut berinovasi melalui penggunaan aksesori bagi melengkapkan koleksinya. "Selain itu, saya menggemari busana lelaki yang diinspirasikan daripada watak Thor. "Saya cuba menerapkan penggunaan kilt yang menjadi tradisi masyarakat Scotland ke dalam rekaan saya," jelasnya. Palet warna dan motif Jika kebanyakan pelajar menggunakan warna-warna gelap bagi menampakkan sisi misteri, Wan Noor Bainun Wan Zaizodin, 24, menampilkan palet warna yang ceria bagi menampakkan keanggunan si pemakai. Mengambil inspirasi daripada dunia Bollywood yang penuh warna-warni, kain sutera satin dan kapas dijadikan material utama bagi menghasilkan busana kasual sedia untuk dipakai beliau. "Pereka dari India, Manish Arora, banyak mempengaruhi saya kerana rekaannya yang berani dengan potongan dan penekanan siluet pada busana," kongsi gadis berasal dari Kuching, Sarawak itu. Motif Inner City Patchwork pula menjadi pilihan Najwa Alias, 22, melalui rekaan yang menggunakan paten warna kaleidoskop. Ia boleh dilihat menerusi hiasan tiga dimensi pada bahagian dada. "Pada awalnya, saya ingin mereka menggunakan teknik cetakan tetapi pensyarah mengatakan ia sudah terlalu biasa. "Selepas membuat sedikit kajian, teknik cantuman kain ini nampak cantik dan moden," ujarnya yang mengagumi pereka terkemuka, Emilo Pucci. | |||
Posted: 18 Aug 2013 10:08 PM PDT KEPERLUAN penjagaan kulit wajah adalah berbeza mengikut usia dan gaya hidup setiap individu. SYAWAL kali ini amat molek diraikan bersama nuansa emas bagi menyerlahkan kecantikan raut wajah anda, khususnya bagi wanita pertengahan usia. Jenama Safi kini bukan lagi sekadar label produk kecantikan, malah menggalas peranan sebagai teman baik kecantikan setiap wanita. Dalam usahanya mendidik wanita terhadap kepentingan memahami proses penuaan kulit dan menukar rejim penjagaan kulit wajah seawal tanda penuaan yang pertama, Safi dengan kerjasama Puspanita Jabatan Pendaftaran Negara telah menganjurkan majlis Syawal Emas Bersama Safi Rania Gold di Putrajaya baru-baru ini. "Wanita sering alpa tentang pentingnya memanjakan diri mereka. Penjagaan kulit wajah adalah cara mudah untuk memanjakan diri dan menyuntik seri keyakinan diri," kata Pengurus Kumpulan Produk Safi Wipro Unza (M) Sdn. Bhd., Mahsuri Sulaiman. Mahsuri menegaskan, ramai yang tidak tahu pada skala usia berapa mereka harus bertukar kepada rangkaian produk penjagaan kulit antipenuaan. "Keperluan kulit wajah kita berbeza mengikut usia dan gaya hidup. Satu produk yang sama tidak mungkin mampu menjadi solusi kepada keperluan kulit tertentu," ujarnya. Tambah beliau, Safi Rania Gold menggalakkan golongan wanita, khasnya mereka yang berusia dalam lingkungan 30-an, mengambil inisiatif mengekalkan keremajaan kulit. Mahsuri berkata, majlis sebegini memberikan kami ruang untuk mengenali dengan lebih dekat pengguna-pengguna produk kami dan berkongsi dengan mereka kepelbagaian rangkaian produk kecantikan Safi dengan formulasi khusus untuk setiap peringkat usia. Penyelesaian masalah penuaan Majlis itu turut dihadiri pakar estetik terkemuka tempatan, Dr. Sutina Nordin, yang menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai proses penuaan yang merangkumi perubahan struktur kulit, faktor-faktor penyumbang dan penyelesaian kepada masalah tersebut. Sutina menjelaskan, keperluan dan kehendak kulit wajah adalah berbeza mengikut usia seseorang. Disebabkan itu, peningkatan rejim kecantikan individu merupakan salah satu cara melambatkan kesan-kesan penuaan. Aura glamor majlis ditambah dengan kemunculan istimewa duta Safi Rania Gold, Rozita Che Wan. Wanita ikon yang menggalas pelbagai peranan kehidupan iaitu sebagai ibu tunggal, pelakon dan usahawan, turut mengambil peluang berkongsi tip-tip kecantikan dan rahsia keyakinan diri beliau bersama para tetamu. Rozita menyentuh tentang kepentingan mengenal pasti keperluan kulit berdasarkan usia dan mencari rejim antipenuaan yang bersesuaian. "Rawatan awal dapat mengekalkan keremajaan kulit. Ini sekaligus mengurangkan kadar penuaan kulit wajah individu," ujarnya. | |||
'Tak sangka ALLAH balas cepat' Posted: 18 Aug 2013 10:05 PM PDT KETIKA saya dan suami berkunjung ke Melaka untuk menziarahi sahabat, kami mengambil peluang singgah ke Kota A Famosa, monumen bersejarah yang menjadi kebanggaan bandar raya pelancongan itu. Selepas puas menaiki beca keliling bandar, kami singgah ke surau di Bandar Hilir untuk Solat Asar. Ketika itu, panas mentari masih terik walaupun sudah menjengah petang. Saya duduk di atas bangku menunggu suami yang saya fikir masih belum keluar dari surau. Rupa-rupanya, dia sudah pun bersembang dengan seorang penarik beca tidak jauh dari tempat saya. Ketika saya menghampiri mereka, perbualan sudah pun tamat. Suami mengiringi langkah pakcik beca itu dengan pandangan seribu makna membuatkan saya hairan dan tidak sabar mahu bertanya. "Kenapa? Macam serius bersembang?" Soal saya ingin tahu. Sambil menggeleng-gelengkan kepala, dia mengajak saya masuk ke kereta kerana petang itu juga kami perlu sampai ke Shah Alam atas urusan lain. "Sembang apa?" Soal saya lagi selepas memasang tali pinggang keledar. Suami masih menggelengkan kepala sambil menjawab, "Lepas ni, jangan kedekut untuk bersedekah. Malu betul saya dengan pak cik tadi," Eh, lain pula yang dia jawab. Saya masih meneka-neka dalam hati. Kenapa pula suami jadi macam ni? Nak tanya lebih-lebih, bimbang terlalu mendesak pula. Akhirnya, saya diamkan sahaja. Dermakan segumpal wang Separuh perjalanan suami membuka cerita. Katanya, keluar sahaja dari surau, dia berjalan-jalan untuk melihat orang ramai di situ. Sedang berjalan-jalan, dia disapa seorang kanak-kanak berusia lingkungan 11 tahun. Kanak-kanak itu menjinjit beg sandang berisi buku agama dan panduan solat sunat. Dia mendekati suami dan seperti yang mungkin anda biasa lalui, dia mempromosikan buku itu atau sekurang-kurangnya minta anda menderma. Walaupun hairan dengan kewujudan kanak-kanak itu, suami menghulurkan juga RM1 dan menolak untuk membeli bukunya. Dengan langkah berat, kanak-kanak itu beralih pula kepada pakcik beca yang sedang menunggu pelanggan kira-kira 10 langkah daripada suami. Dari jauh suami memerhati gelagat kanak-kanak itu. Lelaki lewat 50an itu pada mulanya menyerahkan RM5. Tersenyum kanak-kanak itu tadi apabila pakcik beca juga menolak untuk menerima buku daripadanya. "Pakcik derma saja," jawab lelaki tua itu. Selepas kanak-kanak itu pergi, dia menyeluk pula saku seluarnya dan mengeluarkan segumpal RM1 dan RM5. Kalau dicongakkan, mungkin lebih RM20. "Adik!" Lelaki tua itu menjerit memanggil semula kanak-kanak yang sudah beberapa langkah berlalu darinya. Kanak-kanak itu berpaling dan berlari perlahan mendekati pakcik beca semula. "Nah ambil ni," katanya sambil menepuk-nepuk bahu si kecil. Kanak-kanak itu kelihatan terkejut namun tetap mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan senyuman sebelum bersalam mencium tangan pakcik itu, dan berlalu pergi. Ketika itulah suami yang kehairanan mendekati pakcik beca. Upah naik beca Suami memberi salam dan disambut mesra pakcik beca. Apabila suami amati, lelaki itulah yang membawa kami bersiar-siar tadi. "Saya perhatikan pakcik, mula-mula pak cik beri RM5, lepas tu beri lagi segumpal duit. Banyak tu. Kenapa ye?" Suami bertanya. Dengan senyuman lelaki tua itu menjawab "Saya kesian." Jawapan pakcik itu bersahaja tapi ia membuatkan suami lebih hairan. "Tapi, pak cik pun kerja bawa beca. Itu pendapatan hari ini ke?" soalnya. "Tak apalah. Saya ni masih kuat lagi. Boleh bawa beca tu cari duit lain. Tapi budak macam tu sepatutnya pergi sekolah. Terpaksa cari duit dengan cara macam tu. Apalah sangat akal seorang budak," jawabnya lagi. "Tapi, mana tau ada sindiket ke, menyamar ke, atau..." ujar suami yang mahu memberi alasan lain sebelum pakcik itu tiba-tiba memintas kata-katanya. "Pak cik tak fikir sejauh itu. Ia urusan ALLAH. kita doa yang baik-baik saja pada mereka," jawabnya. Suami terpempan dengan jawapan pakcik beca. Melihat pakcik beca mahu berlalu, suami hulur sedikit wang kepada pakcik itu, tapi dia menolak. Suami paksa juga sambil bersalam dan menyelit wang di celah-celah tangannya. "Pakcik anggap saja sebagai upah bawa saya dan isteri naik beca tadi," kata suami memujuk pak cik itu untuk menerima pemberiannya. Dengan senyuman pak cik itu menjawab, "Pakcik sedekah tadi ikhlas dan tak minta balasan. Tak sangka secepat ini ALLAH balas sedekah pakcik," katanya. Kenyataannya buat suami rasa terpukul apatah lagi membandingkan kemampuan kami dengan pak cik beca yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang itu. Saya pula kelu seribu bahasa. Memang betul kata pakcik itu. Kadang-kadang, bila ada yang minta sedekah, ada saja suara hati yang melarang dengan kata-kata seperti mungkin sindiket, kenapa tak kerja, duit hanya cukup untuk bulan ini dan pelbagai alasan lain yang mengehadkan saya daripada bersedekah. Teringat pesan emak, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Banyakkan memberi walaupun hanya RM1. Anda bagaimana? Setiap detik yang kita lalui itu ketentuan ALLAH. Dia menghantar kanak-kanak kecil menjual tasbih mahupun buku untuk menguji kita. Untuk memberi kita peluang berbuat pahala dan mengurangkan dosa. Anggap saja, mungkin kita sudah lama tidak bersedekah hingga ALLAH datangkan mereka betul-betul di hadapan mata. Soal sindiket atau tidak, tipu atau sebagainya, itu bukan urusan kita. ALLAH Maha Mengetahui. | |||
Izara selesa urus diri sendiri Posted: 18 Aug 2013 12:55 AM PDT
SENYUM melirik yang terbit daripada ulas bibirnya cepat menghantar isyarat. Darah muda dalam tubuhnya tidak sementah yang disangka. Itu yang terzahir sebaik patah bicaranya meluncur laju. Dia bukan Izara Aishah yang pernah dilihat keanak-anakan beberapa tahun lalu. Dalam waktu yang singkat, langkah kembara seni yang dilalui membawanya ke fasa dewasa. Berdiri atas kaki sendiri atau lebih ringkas disebut berdikari, prinsip itu sedang digalas wanita berumur 21 tahun ini setelah empat tahun berkecimpung dalam industri. "Sekarang saya dalam proses memperbetulkan banyak perkara," katanya menghela nafas panjang. Ibarat melepaskan apa yang tersimpan dalam dada, Izara membuka cerita. "Sekarang saya mahu pihak di luar sana tahu bahawa saya tidak bernaung di bawah mana-mana pengurusan. Saya mengurus karier seni sendiri tetapi jika ada isu berhubung kontrak atau perjanjian melibatkan penjenamaan atau duta produk, hal itu saya serahkan kepada ibu. Dia yang bertanggungjawab," katanya. Empat tahun cukup sebagai pengenalan buat Izara mengenal sepak terajang bergelar selebriti. Usah diungkit banyak omongan negatif yang pernah terpalit ke mukanya, Izara enggan menyalahkan sesiapa. Dia pernah dituduh budak sombong, tidak berdisiplin dan sukar memberikan kerjasama melibatkan hal-hal tertentu, namun semua itu ditelan penuh optimis. "Ada perkara berlaku tanpa kehendak kita, ada juga yang berlaku di luar kawalan. Supaya saya tidak keliru dan tidak menyalahkan sesiapa, sekarang, biarlah saya yang bertanggungjawab. Rupa-rupanya okey juga bergerak sendiri, sudah setahun lebih saya susun jadual dan buat keputusan sendiri berhubung soal kerja. Mula-mula malu juga bila masuk soal bayaran, tapi saya ikut skala dan cara pengurus saya terdahulu mengendalikan hal berkenaan, lama-lama saya selesa," katanya mempamerkan sisi dewasa.
Leka seketika menyaksikan bintang muda itu berterus-terang tentang dirinya, emosi raya yang masih menyelubungi menyerlahkan seri wajah Izara. Masa rehat seminggu bercuti sudah habis, sekarang tumpuan penuhnya adalah tentang rutin pekerjaan. "Buat masa ini saya tiada penggambaran. Tapi, itu tak bermakna jadual saya kosong, sekarang masa untuk saya penuhi banyak undangan dan permintaan. Kalau tidak, orang kata saya sombong, ikut haluan kiri atau menolak media. Sekarang masa untuk saya bersihkan semua itu," katanya seperti ada rajuk di hati. Jadi zombi Sedikit terkilan namun Syawal yang masih bersisa ini memberikan banyak hikmah buat Izara. Semua itu mahu dibilas tanpa prasangka. Sementelah buah tangan pertama yang akan menyaksikan kemunculan pertamanya ke layar perak, KL Zombi akan mula ditayangkan pada 29 Ogos nanti. Itu semua kebetulan yang sangat mengujakan Izara untuk bertemu khalayak. "Selama ini saya sibuk dengan penggambaran. Bulan lepas, saya habis penggambaran filem Showdown The Movie. Semasa dalam tempoh penggambaran, saya jenis tidak ambil komitmen lain walaupun sesi fotografi. Prinsip saya buta kerja biarlah satu demi satu, mungkin sebab itu juga ada pihak merungut sukar untuk dapatkan komitmen daripada saya," katanya yang lama tidak muncul menghiasi drama-drama televisyen. Mengumpul perhatian hasil impak daripada siri-siri popular seperti Kasihmu Laila, Vanila Coklat, Soraya dan Oh! My English, seingat Izara judul drama bersiri terakhirnya ialah Naziha yang disiarkan pada pertengahan tahun lepas. "Ramai ingat saya menyepi tapi sebenarnya tidak. Alhamdulillah, rezeki filem lebih memihak kepada saya ketika ini tapi itu tak bermakna saya lupakan lakonan dalam drama. Saya terima tawaran yang datang terlebih dahulu, banyak juga tawaran untuk drama terpaksa dilepaskan kerana ada komitmen filem.
"Untuk KL Zombi pula, watak saya tidaklah besar. Saya melakonkan watak Ana, seorang guru sekolah rendah yang dijangkiti virus zombi daripada seorang lelaki lakonan Zain Ruffedge," katanya yang belajar untuk menghidupkan karakter zombi daripada YouTube. Melakonkan watak zombi yang menuntut solekan buruk, karakter watak tanpa dialog yang jelas serta pergerakan tubuh tidak normal sebenarnya bukan satu seksaan buat Izara. "Mungkin orang ingat, jadi zombi itu senang, saya pun fikir begitu juga semasa mula-mula terima tawaran, tapi bila masuk ke lokasi, karakter itu agak susah juga buat saya. Kena banyak buat rujukan, tengok filem dan belajar daripada YouTube. "Saya juga tidak kisah dengan karakter sebegitu, bagi saya, apa sahaja watak, walaupun watak hantu, asalkan ia menarik dan beri pengalaman baharu, saya akan terima. Saya tak kisah nampak buruk dalam skrin tapi saya pentingkan lakonan," katanya yang turut membintangi dua buah filem iaitu Sejoli dan Pilot Cafe karya Osman Ali. Mengenangkan ilmu yang diperoleh dari lokasi penggambaran, pelakon filem Balun itu mengakui banyak mengutip nasihat daripada pelakon hebat yang juga pengarah wanita, Ellie Suriaty Omar. Bertindak sebagai guru lakonannya menerusi filem Pilot Cafe, Izara menyifatkan pengalaman berlakon dalam filem berkenaan sebagai cabaran terhebat buatnya setakat ini. | |||
Posted: 18 Aug 2013 12:54 AM PDT Jepp atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin berkata kegusaran itu membuatkan dia sentiasa mengingati pesanan ayahnya agar tidak tersasar daripada jalan kejayaan yang ingin dituju. "Dalam mengejar cita-cita untuk menempa nama sebagai pelawak yang berjaya, saya selalu risau sekiranya saya tersasar dari landasan terutamanya lupa diri dengan asal-usul. "Bukan mudah untuk melalui dugaan dalam industri seni kita ini. Tetapi saya selalu mengingatkan diri ikut pesanan ayah jangan lupa diri dan hormat orang yang lebih tua daripada kita. "Dengan cara itu juga membuatkan kita lebih berjaga-jaga dan pada masa sama turut menyenangkan hati orang sekeliling," katanya. Pada Jumaat lalu, Jepp buat pertama kalinya telah menerima anugerah Artis Lawak Lelaki Popular pada Anugerah Lawak Warna yang berlangsung di Istana Budaya. Beritahu Jepp, kemenangan itu membuatkan dia lebih bersemangat dalam menambah baik lagi mutu lakonan komedinya. "Saya ingat lagi, dulu, menjadi pelawak bukan cita-cita saya pun. "Tetapi ia telah menjadi sebahagian daripada mata pencarian untuk saya dan keluarga. "Saya harap dengan pengiktirafan ini yang diundi peminat-peminat, saya akan buat lebih baik daripada yang sekarang agar ia berbaloi dgn sokongan peminat-peminat,"ujarnya. | |||
Lisa Surihani Enggan Digelar Pelawak Posted: 18 Aug 2013 12:54 AM PDT Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 27, menyifatkan, dia tidak layak untuk digelar pelawak memandangkan dia kurang ilmu pengetahuan di bidang komedi. "Rasanya tidak sesuai jika orang panggil saya pelawak kerana ia bukan dalam liga saya. Tambah pula saya tiada ilmu untuk melawak pon. "Kemenangan ini pun saya percaya ia kerana Bernard yang mengasah lakonan saya menjiwai watak Dian. Mungkin saya boleh berlakon dalam filem komedi, tetapi saya tk layak untuk digelar pelawak," katanya. Filem Istanbul Aku Datang mengungguli ALW dengan meraih meraih empat kategori iaitu Filem Terbaik, Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem (Lisa Surihani), Lakon Layar Komedi Filem Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik (Bernard Chauly). Filem tersebut telah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 8 November 2012. Dalam pada itu, Lisa menganggap kemenangan sebagai Pelakon Komedi Wanita Terbaik juga sebagai satu momen yang pelik sepanjang karier lakonannya. Malah, ketika pengumuman pemenang, dia terkejut apabila namanya disebut dan tidak sangka diberi pengiktirafan memandangkan dia berasa pencalon lain seperti Yana Shamsudin, Sharifah Amani, Intan ladyana dan Sharifah Shahira turut mempunyai keistimewaan lakonan yang tersendiri. "Saya memang benar-benar terkejut. Maklumlah saya bukannya pelawak dan ketika pengumuman dibuat, rasa macam pelik. Malah hati saya sempat berkata-kata, mungkin ada tersilap di mana-mana. "Bagaimanapun, saya bersyukur kerana ia juga adalah satu rezeki dan terharu diberi pengiktirafan sebegini. "Terima kasih juga kepada pengarah Istanbul Aku Datang iaitu Bernard Chauly yang berjaya mengasah bakat saya menghayati watak Dian dalam filem itu," ujarnya. | |||
Che Ta beri penjelasan sorok pertunangan? Posted: 18 Aug 2013 12:52 AM PDT DI saat seluruh umat Islam meraikan kedatangan Aidilfitri, pasangan popular, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, berdepan pula dengan kontroversi baru. Tidak pernah terlepas dari kontroversi liar mengenai hubungan mereka, kini timbul pula kisah pasangan ini mengadakan majlis pertunangan pada 3 Syawal lalu. Perkara ini mula menjadi perbualan hangat apabila seorang daripada peminatnya yang menghadiri majlis rumah terbuka pelakon itu di Alor Setar, menyebarkan cerita mengenai majlis pertunangan mereka. Terkejut dengan tindakan peminatnya itu, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 40, tampil menafikan dakwaan mengenai pertunangannya tu. "Memang dari awal lagi, saya sudah perasan kehadirannya. Malah, dia menjadi tetamu yang paling lama berada di rumah saya. "Saya mula rasa pelik apabila dia banyak sangat mengambil gambar saya, Zain dan adik saya, Ayu Raudhah. Namun, kerana menghormati peminat, kami menurut saja. "Saya sendiri tak tahu apa motif dia, mungkin sekadar bergurau ataupun tujuan lain. Saya tak marah, mungkin dia sendiri tak tahu yang majlis itu hanyalah majlis rumah terbuka. "Mungkin dia keliru kerana saya dan Zain berpakaian sedondon berwarna hijau. Jadi, dia ingat itu adalah majlis kami," katanya sambil tergelak kecil. Belum pilih tarikh Sebelum ini, Che Ta, pernah memberitahu bahawa mereka akan mengumumkan tarikh perkahwinan selepas sambutan Aidilfitri. Namun, ketika ditanya lagi, Che Ta berkata, sehingga kini masih tiada pemilihan tarikh yang dibuat. "Saya dan Zain memang dah sepakat untuk tidak mengadakan majlis pertunangan. Kami akan terus berkahwin kerana saya sendiri takut nak bertunang ni. Orang kata, sepanjang tempoh bertunang tu, banyak sangat dugaan. "Mengenai tarikh, kami masih belum pilih kerana masing-masing sedang sibuk lagi. Tambahan pula, pengurus saya kini sedang bercuti di Bali. "Saya pula akan kembali sibuk dengan penggambaran drama dan rancangan realiti, Pencarian Ratu Rania. Zain pula sudah kembali ke set penggambaran. Jadi, memang tak sempat nak bincang lagi. "Insya-ALLAH, kalau tiada aral melintang, kami akan berkahwin pada tahun ini juga. Bila dah pilih tarikh nanti, kami akan umumkan kepada semua," katanya yang mengimpikan perkahwinan sederhana berkonsepkan taman. Jual biskut tampung majlis? Bertanya mengenai cemuhan peminat mengenai tindakan kekasihnya yang mempromosikan biskut raya secara peraduan itu, Che Ta, enggan berbicara dengan lebih serius kerana ianya hanyalah perkara remeh. Menurut Che Ta, dia sendiri sudah lali dengan persekitaran itu malah, lumrah sebagai artis, apa sahaja yang dilakukan, pasti dilihat 'sumbing'. Tegasnya, mereka tidak pernah terdesak untuk melakukan pelbagai cara mendapatkan perbelanjaan bagi menampung kos perkahwinan. "Kadang-kadang, kelakar juga mereka yang bercakap ni. Takkanlah kami terdesak nak jual biskut raya semata-mata nak cari duit lebih untuk kahwin. "Malah, sehingga kini, sudah ada pihak yang sudi menaja perkahwinan kami. Istilah terdesak itu tidak perlu timbul. "Nampaknya, cara Zain untuk memberi penghargaan kepada peminat telah disalah ertikan. Saya tidak nampak sebarang kecacatan dalam usaha Zain untuk mempromosikan perniagaannya. Ia lebih kepada penghargaan. "Saya pun ada buat perniagaan tudung dan hamper juga di bulan Ramadan. Tapi, apa nak buat, masyarakat kita suka melihat dari sudut negatif. Saya tak kisah, asalkan kami tahu apa yang kami buat," katanya. | |||
Nombor plat motosikal tema raya Posted: 18 Aug 2013 12:49 AM PDT
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, trend baru itu dikesan dalam Ops Khas Motosikal sempena Aidilfitri yang dijalankan pada hari raya kedua dan ketiga di Jalan Sungai Tong. "Terdapat tiga kes di mana dua melibatkan plat motosikal dan satu kes melibatkan kereta. Kes ini melibatkan nombor plat kenderaan yang didaftarkan di Terengganu dan terdapat juga yang didaftarkan di negeri lain. "Ini adalah kes unik yang pertama ditemui sepanjang pihak JPJ menjalankan operasi jalan raya pada musim perayaan," katanya dalam sidang media selepas Ops Khas Motosikal di Jalan Sultan Muhammad, disini, semalam. Menurut Abdul Rahman, tindakan pemilik kenderaan mengubahsuai nombor plat kenderaan mereka boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini kerana nombor plat berkenaan tidak mematuhi syarat dari segi saiz dan jarak. "Walaupun pemilik kenderaan masih mempamerkan nombor pendaftaran di motosikal dan kereta milik mereka, sekiranya berlaku kemalangan atau sebarang kejadian, ia menyukarkan pihak berkuasa mengesan nombor plat itu dari jarak jauh kerana saiznya telah dikecilkan. "Kita harap pemilik kenderaan terutama golongan muda dapat mengambil berat mengenai perkara ini, walaupun kita berada pada musim perayaan, ia bukan alasan untuk mengubahsuai no plat kenderaan sehingga melanggar syarat yang ditetapkan," katanya. Sementara itu, statistik kesalahan lalu lintas JPJ Terengganu bagi Ops Perayaan Aidilfitri 2013 yang dijalankan bermula 1 hingga 16 Ogos lalu mengesan 1,541 kes di bawah 10 kesalahan utama. Antara kesalahan utama yang dikesan ialah tidak memakai topi keledar (271 kes), cermin gelap (171 kes) dan tidak mematuhi isyarat lalu lintas (155 kes), tiada perlindungan insurans (131 kes), Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh (125 kes) dan tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) (113 kes). Selain itu, terdapat pengguna gagal patuhi notis temu siasat (89 kes), gagal pamer nombor pendaftaran (88 kes), memotong garisan berkembar (60 kes), tidak memakai tali pinggang keledar hadapan (26 kes) dan lain-lain kesalahan (132 kes). | |||
Disisih keluarga kerana khalwat Posted: 18 Aug 2013 12:41 AM PDT
Nadia (bukan nama sebenar) berkata, kedatangan lebaran kali ini memberi pengertian amat mendalam kepada dirinya kerana terpaksa beraya bersama penghuni wanita lain tanpa keluarga tersayang. Menurutnya, jauh di sudut hati, dia tetap merindukan keluarganya, namun peristiwa dia ditangkap khalwat pada Oktober tahun lalu menyebabkan dia berasa tawar hati dengan sikap abang dan kakaknya yang lain. "Aidilfitri yang disambut tahun ini, sudah tiada ertinya lagi kerana saya seolah-olah tersisih daripada keluarga apabila abang dan kakak seperti tidak dapat memaafkan dosa saya," katanya kepada Sinar Harian. Nadia berkata, dia kini insaf dengan perbuatan dan dosa dilakukannya bersama kekasih hati yang dikenalinya di sebuah pasar raya di Selangor. "Saya ingin menjalin ikatan suci dengannya dan tidak mahu mengulangi kisah lampau dengan melakukan dosa besar, sebaliknya mahu mencari keberkatan Aidilfitri ini untuk muhasabah dan mendekatkan diri pada yang Maha Esa," katanya. Menurutnya, dia bergelumang dengan dosa zina apabila mengenali lelaki dari Sarawak itu sewaktu menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Pahang dan mereka sering melakukan hubungan terlarang di hotel. "Pada mulanya, kami hanya berkenalan memandangkan dia ada teman wanita. Lelaki itu juga selalu membawa saya tengok wayang, berjalan-jalan hingga kami terjerumus dalam hubungan terlarang. "Dia juga selalu beri saya wang, hinggalah kami terlanjur lebih tiga bulan sejak Julai tahun lalu, sebelum saya ditahan pihak penguat kuasa jabatan agama kerana bersekedudukan," katanya. Menurutnya, selepas dia dicekup di sebuah hotel bajet, di Selangor, abangnya pernah memalukannya di asrama dengan kata-kata menyakitkan hati hingga rahsia dia ditangkap khalwat diketahui rakan-rakan lain. "Lebih menyakitkan hati, saya digelar pelacur seolah-olah saya tidak ada perasaan dan saya harap Aidilfitri ini dapat menjernihkan hubungan kami sekeluarga," katanya. Menurutnya, dia kini menemui bahagian di rumah Baitul Ehsan yang memberi sinar baru dalam hidupnya dan berharap dapat menjalani kehidupan lebih baik dan meninggalkan dosa besar tersebut. "Biarlah saya mencari kedamaian di sini, mungkin ada hikmahnya saya ditempatkan di rumah ini bagi menebus kesalahan masa lampau," katanya. Sementara itu, Eksekutif Hal Ehwal Penghuni dan Kaunseling Rumah Baitul Ehsan, Nur Afniza Kahpi berkata, seramai 29 penghuni rumah itu tidak pulang beraya disebabkan perintah mahkamah dan ada di antaranya yang sukarela tidak mahu pulang ke kampung. Katanya, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengeluarkan peruntukan baju raya kepada semua penghuni rumah itu dan kebanyakannya dijahit sendiri penghuni untuk kegunaan lebaran. "Mereka juga akan dihidangkan dengan menu raya pada pagi Syawal dan akan mengadakan program baraan raya ke rumah guru-guru pembimbing," katanya. | |||
Cermin diri dulu Rita, kata Zaquan Posted: 18 Aug 2013 12:40 AM PDT MENGANGGAP kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar melampau dan keterlaluan, pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Zaquan Adha Abd Razak tampil membidas pelakon itu di laman Twitter, hari ini. Zaquan yang juga kembar kepada bekas suami Rita, Aidil Zakuan berkata, pelakon itu seharusnya muhasabah diri terlebih dahulu sebelum mahu menyentuh isu agama. "Jangan sesedap mulut cakap orang cetek ilmu agama...cermin diri dulu sebelum nak sentuh hal-hal agama. "Dan kalau rasa diri itu tinggi ilmu agama... mari bersemuka," kata Zaquan. Zaquan juga mahu Rita Rudaini berhenti daripada menagih simpati orang lain dengan memburukkan keluarganya kepada pihak media. "Sudah-sudahlah nak raih simpati orang. "Lagipun, kau boleh sentuh hal rumah tangga kau sahaja tapi jangan babitkan orang tua dan keluarga aku," tegas Zaquan yang juga suami kepada Ayu Raudah. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Rita yang menganggap tindakan Aidil menceraikannya dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), baru-baru ini terutama di Bulan Ramadhan adalah perbuatan orang yang cetek ilmu agama. Menerusi laporan berita tempatan hari ini, Rita memberitahu bahawa beliau sudah buka buku baru dalam kehidupannya sejak Aidil menceraikannya dengan talak satu pada 4 Ogos lalu, iaitu pada malam 27 hari berpuasa. "Hati saya sudah lama kosong... kosong sekosongnya! Tiada kata yang dapat diungkap untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini. "Diceraikan pada bulan Ramadan dan beberapa hari nak menyambut Syawal, kedengaran amat kejam. Manusia yang kurang didikan agama saja melakukan tindakan merobohkan masjid pada bulan Ramadan. Mungkin Aidil tak tahu, pada hari dia melafazkan talak pada saya iaitu malam 27 berpuasa, kemungkinan boleh jatuh pada malam lailatul qadar. Tapi, Aidil tahu ke apakah malam lailatul qadar? "Saya bukannya cakap saya baik sangat, tapi saya sedih melihat betapa ceteknya ilmu agama Aidil. Bagi saya, lelaki seperti Aidil tidak layak dibuat suami mahupun menantu. " Bagaimana nak layak dijadikan suami, jika soal cerai berai pun boleh dibuat main-main. Dulu, masa tergila-gilakan saya, sanggup bawa saya berkahwin lari ke Songkhla, Thailand. Sanggup harungi lautan api. Sekarang, apabila sudah benci, tendang saya seperti bola, ceraikan saya melalui SMS saja. Manusia macam inikah layak menjadi pemimpin keluarga, kalau dia sendiri pun tidak betul dan cetek ilmu agama? "Saya tidak kesal diceraikan, malah saya tahu kesudahannya, kami akan bercerai juga tapi kenalah ikut prosedur. Dia fikir saya dan anak-anaknya barang mainan, boleh campak sesuka hati jika tidak lagi diperlukan?," ujarnya. Sebelum ini, kemelut perkahwinan yang dilalui Rita 37, akhirnya tiba di penghujung apabila suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil 26, menceraikannya dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), baru-baru ini. Kes perbicaraan perceraian dan tuntutan mereka belum lagi diputuskan walaupun perbicaraan sudah berlangsung selama dua tahun, tapi ikatan mereka sebagai suami isteri terlebih dulu sudah terlerai. | |||
Jahat kekuatan saya - Raja Ilya Posted: 18 Aug 2013 12:37 AM PDT
TIDAK ramai pelakon cantik merelakan sisi hitamnya dirakam dan dipersembahkan sebagai bahan berita. Ada ketikanya karakter jahat digeruni kerana bimbang impak karakter jahat itu terbawa-bawa ke luar tabir. Jika tidak, masakan ada pelakon yang awal-awal lagi membuat kenyataan tidak akan menerima tawaran watak jahat kerana gusar lakonan negatif itu akan menjatuhkan imej diri dan keluarga di mata khalayak. Watak jahat dibenci manakala watak baik disayangi sudah menjadi satu kelaziman dalam dunia lakonan namun bagi pelakon berwajah Bollywood, Raja Ilya , satu demi satu pintu-pintu kejayaan diraihnya melalui watak jahat. "Mungkin bagi pelakon lain perkara itu bukan hal besar, tapi bagi pelakon yang kena mendaki daripada 'kosong' seperti saya, penerimaan dan kepercayaan industri kini harus saya sanjung," katanya sambil mengaku pernah menerima luahan kebencian peniaga di bazar Ramadan kerana impak watak jahat di skrin televisyen. Watak jahat yang dimaksudkan Raja Ilya ialah watak Haliza menerusi drama Dahlia. Pernah membintangi drama-drama lain seperti Mana Hilangnya Juwita, Kekasihku Seru dan Biru Cinta Laguna, pemilik nama sebenar Raja Ramilah Raja Mohd., 27, itu juga membawakan karakter wanita gedik dalam Epilog Cinta Kirana selain Tasha Shilla, Nazim Othman dan Alif Aziz. Enam tahun dia bergelumang dalam industri lakonan membuatkan Ilya pernah terfikir untuk berhenti menjadi perempuan jahat dalam drama. "Saya pernah merasa kurang yakin untuk watak hitam atau penggoda namun, selepas Dahlia dan Epilog Cinta Kirana, rasa itu hilang beransur-ansur.
"Sekarang saya percaya, kejahatan mungkin kekuatan buat saya. Maksud saya watak jahat," katanya yang pernah meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Filem Malaysia Tamil 2011 di Chennai, India pada tahun 2012. Raja Ilya turut mengimpikan untuk dikenali di persada filem antarabangsa melalui filem Tamil atau Kollywood di Malaysia. Dia yang pernah berlakon drama Tamil seperti Tup Periyum Pulli dan Agguran selain menjadi teraju utama filem Appalam iaitu filem Papadom arahan Afdlin Shauki versi Tamil. "Tapi, perjalanan itu tidak mudah mungkin kerana industri hiburan India di Malaysia tidak meluas dan kurang pendedahan," katanya yang juga fasih berbahasa Tamil. Di sebalik populariti serta penerimaan ramai terhadap dirinya, Raja Ilya sebenarnya menyimpan sebuah episod hitam yang hampir-hampir meragut nyawanya. Terhimpit dek kontroversi gambar panas dua tahun lalu, kemudian putus tunang bahkan pernah cuba membunuh diri, namun semua kepahitan itu sudah tinggal sejarah dan menjadi iktibar buat dirinya. Sehingga hari ini, karier lakonan yang dibina semula selepas kemusnahan gara-gara silap percaturan dan kerakusan usia muda itu semakin membuahkan sukses. "Saya anggap comeback ini lebih menjadi berbanding mula-mula saya berlakon dan kemudian menghilang diri dahulu. Dulu saya ditolak oleh industri kerana ramai beranggapan wajah saya tiada ciri kemelayuan tetapi setelah menjayakan beberapa drama dengan watak beremosi, saya makin diterima. "Kepercayaan Erma Fatima memberikan watak kecil dalam Aku Bukan Malaikat juga sangat saya sanjung. Osman Ali juga berikan saya watak kecil dalam filemnya Pilot Cafe. Saya hargai sangat-sangat kepercayaan mereka," tutup Raja Ilya yang bakal muncul menerusi drama Dendam Terindah di RTM. | |||
Posted: 18 Aug 2013 12:36 AM PDT
AZA ADNAN cukup bertuah apabila ruang untuknya menonjolkan bakat nyanyian kini terbuka luas. Dia yang merupakan anak komposer terkenal, Nan Dengkil yang pernah mencipta nama dengan beberapa naskhah nukilannya seperti lagu Biar Betul dan Keranamu Suhaila sekali gus membuka jalan singkat buat Aza untuk mencipta nama. Biarpun menyedari kelebihan tersebut, namun pemilik nama penuh Nur Azariza Adwa Adnan itu enggan membiarkan dirinya dimanja. Dia seboleh-bolehnya mahu berdikari sementelah Aza juga diperturunkan bakat mencipta lagu. "Saya tidak mahu menganggapnya (anak Nan) sebagai kelebihan, sebaliknya menerimanya sebagai satu peluang. Benar, ia memberi jalan pintas, tetapi saya lebih suka mengaut ilmu daripada ayah. "Untuk melatih diri, saya belajar menghasilkan lagu sendiri. Apabila ayah mencipta melodinya, saya akan mengarang puisi untuk menghasilkan lirik. Menuntut dalam aliran sastera di sekolah memberi kelebihan buat saya untuk berkarya," kata gadis yang berumur 17 tahun itu. Sehingga kini, Aza yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak lama lagi telah menulis lirik untuk tiga buah lagu sendiri termasuklah Namun Cinta Tetap Bersemi, Kembali Bergandingan dan Taman Seribu Teman. Mempunyai latar belakang keluarga dalam dunia seni menyebabkan ruang lebih awal diperoleh Aza untuk menonjolkan diri apabila dia pernah menjadi penyanyi latar untuk kumpulan Ways ketika berumur lima tahun. Dia kini memiliki sebuah album mini yang mengandungi lima buah lagu. Terdapat tiga buah lagu yang ditulisnya sendiri dalam album itu, Indah Ciptaanmu dan Brader Teksi.
Biarpun memiliki kelebihan tersebut, namun pelajar Sekolah Kebangsaan Dengkil, Selangor itu turut berdepan kesukaran apabila lagu popularnya, Brader Teksi digam oleh beberapa buah stesen radio. "Malangnya, ada stesen radio yang tidak mahu memainkan lagu itu dengan alasan penggunaan perkataan 'brader' yang tidak sesuai. "Bagaimanapun lirik dan judulnya tidak boleh ditukar sewenang-wenangnya kerana penggantian perkataan 'brader' kepada abang itu boleh mengganggu makna yang ingin disampaikan dalam lagu itu. Kami akur dengan tindakan itu," kata Aza. Jelas Aza, lagu tersebut dicipta oleh bapanya bersama penulis lirik, Razali Talib bagi menceritakan pahit manis yang dilalui oleh pemandu teksi di negara ini. "Mesejnya padat mengenai perjalanan dan kesukaran yang dihadapi oleh seorang pemandu teksi daripada awal pagi sehinggalah pulang pada lewat malam. "Sebenarnya, lenggok lagu ini sukar dinyanyikan. Saya mengambil masa yang lama untuk menguasainya. Membuat persembahan secara langsung juga memberi cabaran yang sangat besar," ujar anak kedua daripada lapan beradik itu. | |||
Salwa akui sukar jadi penyanyi Posted: 18 Aug 2013 12:35 AM PDT
PENJENAMAAN semula membawa aura baharu dalam hidup Salwa. Awalnya, dia mahu dikenali dengan nama Aurora Salwa, tetapi kemudian akur untuk muncul dengan nama yang lebih senang disebut, Salwa Razak. Penyanyi tinggi lampai ini muncul dengan dengan dua buah single berjudul Hidup Baru dan Takdir Dan Masa. Kedua-dua buah single itu ditulis oleh komposer, Kunci Demak. Menurut Salwa, single dengan tajuk Hidup Baru tersebut mempunyai sentuhan peribadi buat dirinya dan dia sendiri bertindak memilih Rudi atau Kunci Demak untuk menjalin kerjasama.
Seperti lagu yang sedang didendang dan dipromosikan, Salwa mengharap tajuk tersebut memberi sinar dalam hidupnya. Dia kekal positif dan lebih terbuka dalam mengorak langkah sebagai penyanyi. Meninggalkan karier lamanya sebagai anggota polis, penyanyi ini nekad dan yakin dengan bakat yang ada dalam dirinya. Kini Salwa bergerak di bawah bumbung label JJ Solution Sdn. Bhd., kepunyaan Junita Jaafar yang juga bertindak selaku pengurusnya. "Selepas seronok beraya, saya akan kembali mempromosikan lagu-lagu saya dan membuat jelajah di stesen-stesen radio. Saya juga terlibat dengan sebuah drama yang bertajuk Misteri X," ujarnya yang sebelum ini terkenal dengan lagu bertajuk Ahmad. | |||
Posted: 18 Aug 2013 12:34 AM PDT
BIARPUN fasa perkahwinan mereka bakal memasuki tahun kedua pada tanggal 23 Februari depan, namun seri pengantin masih berbaki di wajah Lisa Surihani dan suaminya, Yusry Abdul Halim. Mesra mereka bukan lakonan di hadapan lensa, bahkan kedua-duanya tampak saling melengkapi sepanjang masa. Biarpun Lisa dilihat lebih kerap ditemani ibunya, Siti Amira Ahmad ketika menghadiri beberapa majlis di luar pada bulan Ramadan lalu, namun, pasangan itu lebih selesa menghabiskan masa bersama di teratak mereka yang terletak di Country Heights, Kajang, Selangor. "Saya memang jenis yang suka duduk di rumah jika tidak bekerja. Pada bulan puasa lalu pun, hanya sekali saya berkesempatan untuk hadir bersama isteri dalam majlis berbuka puasa anjuran KRU. Selebihnya, Lisa akan pergi bersendirian. "Ketika berbuka juga saya lebih gemar berbuka di rumah berbanding bersesak ketika berbuka puasa secara bufet di luar. Walaupun Lisa sibuk, kami pasti berbuka bersama jika dia tidak bekerja," getus Yusry ketika ditemui baru-baru ini. Biarpun Syawal sudah memasuki hari ke-11 pada hari ini, namun belum terlambat buat mereka untuk berkongsi kenangan meraikan hari raya bersama. Jelas Lisa, Aidilfitri menjadi lebih bermakna apabila dia yang berasal dari ibu kota berpeluang merasai pengalaman balik kampung selain berada dalam tahun kedua meraikannya sebagai seorang isteri. Pada 3 Syawal lalu, Lisa, 27, dan Yusry, 40, berpeluang pulang ke Gopeng, Perak bagi menziarahi nenek Yusry yang dipanggil opah. biarpun tidak bermalam di kampung, suasana perjalanan jauh sambil mengenakan baju raya memberi pengalaman yang berbeza buat Lisa. "Gembira apabila berpeluang balik kampung kerana dapat merasai pengalaman melakukan aktiviti di sana walaupun waktunya singkat. Tahun ini merupakan kali kedua kami balik kampung bersama-sama," ujar Lisa dalam nada teruja.
Kopi O pagi raya Pada tanggal pagi raya, pulut kuning dan rendang ayam menjadi hidangan pertama yang akan dijamah Lisa. Selain itu nasi beriani Arab turut menjadi makanan wajib yang dihidangkan di rumah mereka apabila tibanya Syawal. Bagi Yusry pula, tiada hidangan istimewa yang ditunggu-tunggu pada hari kemenangan umat Islam itu selain menghirup kopi sebagai hidangan sarapan pagi. "Saya tidak kisah soal makanan kerana kopi O itu wajib di pagi hari raya kerana saya penggemar kopi. Selalunya kopi O menjadi minuman rutin ketika bersarapan, tetapi setelah sebulan tidak merasainya, pastinya hari raya saat-saat yang ditunggu untuk menghirupnya pada awal pagi," kata Yusry berseloroh. Jika Yusry gemar bersahur pada pukul 1 pagi, Lisa pula lebih selesa melewatkan sahur sepanjang Ramadan. "Tetapi Yusry akan banyak mengalah dan bersahur bersama saya ketika menghampiri waktu imsak kerana saya akan mudah lapar. Kami berbeza kerana Yusry mudah haus dan tidak mudah lapar. "Selain itu banyak lagi hal yang tidak sama antara kami termasuklah Yusry tidak menggemari makanan Itali dan Jepun. Manakala saya sebaliknya.
"Saya jenis yang cerewet dengan makanan dan gemar makan. Yusry pula orang yang ringkas tentang makanan. Jika ada satu lauk pun sudah cukup untuk dia. Saya tidak suka makanan yang tidak sedap, tetapi Yusry boleh habiskannya," ujar Lisa bersungguh-sungguh. Dalam perkembangan sama, pasangan itu turut berkongsi cerita tentang kerjaya mereka. Menurut Lisa, dia bakal menjadi pengacara rancangan hiburan Paparazzi tidak lama lagi selain muncul dalam filem Cicakman 3 dan Ular. Mengakui bahawa lakonan bukan lagi keutamaan buat dirinya, Yusry menjelaskan bahawa dia kini lebih selesa untuk bekerja di belakang tabir. Selain sebuah filem antarabangsa berjudul Vikingdom bakal menemui penonton tidak lama lagi, Yusry turut terlibat sebagai kru belakang tabir dengan beberapa buah filem termasuklah Dendam Orang Mati, Dendam Tok Mudim dan Ular. "Saya tidak berani untuk cakap bahawa saya tidak akan berlakon langsung kerana ia tetap bergantung kepada permintaan peminat. Saya kini lebih selesa melakukan kerja belakang tabir dan filem Ular mungkin menjadi filem pertama dan terakhir yang melibatkan saya serta Lisa sebagai pelakonnya," kata Yusry. Disebabkan kesibukan kerja sepanjang tahun ini, Lisa dan Yusry mengambil keputusan untuk bercuti di Florida, Amerika Syarikat selama dua minggu pada penghujung Disember depan. Percutian itu akan turut ditemani ahli keluarga mereka. Sejurus selesai sesi temu bual bersama pasangan tersebut, Lisa dan Yusry membawa Sensasi Bintang meninjau rumah baharu mereka yang berkonsepkan Inggeris. Banglo dua tingkat di lot sisi itu mula didiami pasangan tersebut beberapa hari sebelum ketibaan Syawal pada tahun lalu. Sehingga kini mereka masih lagi melakukan beberapa kerja-kerja hiasan tambahan bagi menepati konsep tersebut. Jelas Yusry, dia juga lebih gemar membiarkan kawasan laman rumah mereka dibiarkan kosong dengan hamparan hijau daripada rumput, namun si isteri lebih gemar melihat ruang itu dihiasi pokok-pokok bunga. "Yusry tidak tahu apabila saya pergi ke tapak semaian untuk membeli pokok bunga. Kini laman rumah sudah ada pokok berbanding dahulu yang hanya dihiasi rumput hijau sahaja. Tetapi, dia tidak kisah dan mula menyukainya," ujar Lisa sambil menjeling ke arah Yusry. | |||
Taraf PR pemilik resort dilucut Posted: 18 Aug 2013 12:32 AM PDT
KUALA LUMPUR – Taraf pemastautin tetap (PR) pemilik resort Kampung Sedili Besar di Kota Tinggi, Johor dilucutkan serta-merta ekoran sikap lelaki kelahiran Singapura itu yang tidak menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini merupakan kali pertama kerajaan mengambil tindakan yang sebegitu tegas. "Tindakan ini dibuat selepas kementerian melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat kajian mendalam terhadap pemilik resort itu, pasal taraf pemastautin tetap ini hanyalah satu kemudahan yang diberikan kerajaan Malaysia dan bukan satu bentuk keistimewaan," kata beliau kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Persatuan Pengasih di sini semalam. Pada 10 Ogos lalu, lelaki bernama Syed Ahmad Syed Salim Alkaff, 45, yang merupakan pemilik sebuah resort di Sedili Besar membenarkan surau di resort berkenaan digunakan untuk upacara keagamaan bagi sekumpulan penganut Buddha. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan