Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Bukti Zizan Razak Jadi Pengacara Akademi Fantasia 2013 Posted: 18 Aug 2013 05:21 PM PDT Khabar angin mengatakan Zizan Razak akan menjadi pengacara untuk rancangan pertandingan menyanyi realiti Akademi Fantasia 2013 (AF2013) ada kebenarannya. Ini terbukti setelah ada kenyataan dari KRU Studios yang mengatakan pengambaran Cicakman 3 ditunda kerana didapati Zizan akan sibuk dengan sebuah program realiti. Kalau kita tengok betul-betul kronologi yang akan berlaku nanti, rasanya tiada program realiti lain selain AF2013 yang akan berlangsung dalam masa terdekat. Minggu ini, sidang media dibuat untuk mengumumkan siapakah tenaga pengajar AF2013 dan menyusul selepas itu, sidang media pengumuman pengacara AF akan dibuat. Walaupun khabar angin ini masih belum disahkan lagi, berita itu telah mengundang macam-macam respon dan reaksi dari peminat. Ada orang yang menyokong. Tak kurang ada juga ramai yang membantah jika Zizan jadi pengacara AF10. ',
enableHover: false,
enableTracking: true,
buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}},
click: function(api, options){
api.simulateClick();
api.openPopup('twitter');
}
});
jQuery('#facebook').sharrre({
share: {
facebook: true
},
template: 'Dalam kenyataan di Utusan Malaysia, ada yang kata lebih baik kekalkan pengacara asal iaitu Datuk Aznil Nawawi daripada lantik Zizan. Mungkin bagi segelintir pihak yang tidak bersetuju itu merasakan anak kelahiran Dungun, Terengganu itu belum layak mengendalikan program yang melahirkan ramai pelapis penyanyi sebelum ini. Apa yang merisaukan andai program itu akan jadi carca marba dan lari daripada tujuan asal untuk melahirkan penyanyi profesional. Silap hari bulan lebih ramai pelawak berbanding penyanyi. Macam mana tu? Risau juga kalau Zizan sudah kehabisan idea untuk menceriakan program tersebut. Zizan Razak juga bertindak sebagai pengacara di sebuah program hiburan termasuklah Melodi dan Maharaja Lawak & Raja Lawak. Jadi 'wajahnya' itu sudah tidak lagi eksklusif. Cukup-cukuplah di stesen TV tersebut. Itu hujah-hujah yang diberikan oleh mereka yang kurang setuju jika Zizan dipilih menjadi pengacara AF musim baru. Bagaimana pula dengan anda? Setuju jika Zizan Razak jadi pengacara? Google+Komen via Facebook{total} ', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '{total} ', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); }); |
Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Melodi 2013 Posted: 18 Aug 2013 09:17 AM PDT Saban tahun, Melodi Raya mengadakan rumah terbuka gilang-gemilang dan penuh kemeriahan di lokasi terkemuka. Budiey tengok, ramai betul artis yang datang. Tak kiralah, artis lama, artis baru, artis popular, artis sendu, semua ada. Tahun ini, Melodi Raya 2013 tampil kelainan dengan memperkenalkan Anugerah Melodi 2013 yang meraikan penggiat seni menerusi 6 anugerah iaitu Artis Dinamik, Artis Lelaki Pilihan, Artis Wanita Pilihan, Artis Sensasi, Pasangan Pujaan dan Anugerah Khas Melodi. Melodi Raya dihoskan oleh pasangan duo, Zizan Razak dan Awal Ashaari serta menampilkan Raja Azura sebagai hos jemputan. Tahniah buat semua pemenang Anugerah Melodi 2013! Penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza tetap menjadi pilihan nombor satu peminat apabila dipilih untuk memenangi kategori Artis Wanita Pilihan di Anugerah Melodi 2013. Anugerah di mana kuasa mengundi terletak sepenuhnya di tangan penonton ini berlangsung seiring dengan program Melodi Raya yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra. Anugerah Melodi yang julung kali diperkenalkan menyaksikan lima kategori dipertandingkan iaitu Artis Dinamik, Artis Wanita Pilihan, Artis Lelaki Pilihan, Pasangan Pujaan dan Artis Sensasi. Bekas pengacara Melodi, Fauziah Ahmad Daud muncul sebagai penerima Anugerah Khas Melodi di mana anugerah ini tidak melalui proses pengundian tetapi ditentukan oleh penjurian dari pihak produksi dan pengurusan Media Prima. Senarai penuh pemenang Anugerah Melodi 2013: 1. Artis Dinamik – Zizan Razak Kriteria: Mempunyai pencapaian baik dalam karier. Populariti yang semakin meningkat dan pernah memenangi sebarang anugerah serta menerima banyak tawaran drama, filem dan persembahan konsert. Artis cemerlang dalam kerjaya yang menarik perhatian! Dialah yang paling dinamik! 2. Artis Wanita Pilihan – Dato' Siti Nurhaliza Kriteria: Menarik perhatian di persada seni tempatan. Artis popular masa kini yang menjadi kegemaran dan sanjungan baik dari segi pencapaian dalam industri seni. Mempunyai cara, stail dan perwatakan peribadi yang terbaik! 3. Artis Lelaki Pilihan – Remy Ishak Kriteria: Berketrampilan yang menarik perhatian. Bukan sekadar hebat dalam karier seni, malah menjadi idola dan ikutan ramai. Lelaki yang macho, bergaya, tampan dan maskulin! 4. Pasangan Pujaan – Awal Ashaari dan Scha Al Yahya Kriteria: Pasangan suami isteri yang berkecimpung dalam dunia seni dan menjadi idola ramai masa kini. Menampilkan keserasian dalam perhubungan dan rumah tangga. Mereka kekal intim walau di mana sahaja dan tetap romantik di khalayak umum. 5. Artis Sensasi – Adi Putra Kriteria: Dia sentiasa menjadi tumpuan lensa kamera. Ada sahaja cerita daripada media dan perkembangan darinya sentiasa menjadi topik hangat! 6. Anugerah Khas Melodi – Fauziah Ahmad Daud Tahniah! Google+Komen via Facebook |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan