Zon Artis |
| Filem Kurang Sambutan, Hans Isaac Tidak Kecewa Posted: 15 Aug 2013 07:31 AM PDT Dengan jumlah kutipan yang tidak memberangsangkan selepas 5 hari filem 'Lemak Kampung Santan' ditayangkan, Hans Isaac menjelaskan yang dirinya tidak kecewa dengan situasi tersebut. Namun begitu, dia melahirkan rasa kecewa terhadap proses dan peluang yang diberikan kepada filemnya jika dibandingkan dengan filem-filem lain yang ditayangkan serentak. Seperti kata Hans memberi penjelasan:-
Menurut Hans lagi, ekoran dari slot tayangan yang tidak kena pada masanya, perkara itu telah memberi impak kepada sambutan penonton yang datang menonton filem 'Lemak Kampung Santan'. Sehinggakan selepas lima hari tayangan yang bermula pada Hari Raya pertama, ia hanya dapat mengumpul kutipan tiket lebih kurang dalam RM100,000 sahaja. Walaupun berasa tidak kecewa dengan sambutan terhadap filemnya, namun Hans menjelaskan yang selepas ini dia akan fokus kepada penerbitan teater daripada penerbitan filem kerana baginya bidang teater lebih selamat berbanding filem. Malah Hans turut mengatakan bahawa dalam lima atau enam tahun akan datang dia tidak akan melabur untuk menerbitkan filem lagi. Zon Artis: Sejujurnya, kami belum melihat filem Lemak Kampung Santan ini kerana kami tidak mempunyai masa terluang untuk pergi ke pawagam ditambah lagi ianya ditayangkan pada Hari Raya dimana kami sibuk mengisi perut di rumah terbuka. Eh? Tapi melihat pada trailer'nya, serius tiada apa yang special yang mampu menarik kami untuk ke pawagam. |
| You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






0 ulasan:
Catat Ulasan