RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Aaron Aziz Dedah Saat Indah di Hong Kong

Posted: 31 Oct 2013 11:26 PM PDT

Bukan semua saat dilalui seseorang selebriti itu glamor dan mencuri tumpuan, namun antara kelebihannya ialah mendapat peluang sampai ke merata ceruk rantau, sama ada untuk maksud kerja mahupun santai. Bagi Aaron Aziz, bintang yang memenangi anugerah kerana lakonan hebat dalam KL Gangster 2 baru-baru ini, mendedahkan bahawa setelah bertahun-tahun mengembara ke seluruh pelosok dunia, beliau telah jatuh cinta kepada bandaraya yang hebat pemandangannya lagi meriah suasana iaitu Hong Kong.

Aaron Aziz Dedah Saat Indah Hong Kong Dalam Travelog Online Peribadinya

Setelah acap kali melawat Bandaraya Dunia Asia itu, hasratnya untuk merakam dan berkongsi pengalaman berharga dengan para peminatnya, telah mengilhamkan beliau menghasilkan siri produksi travelog online terbitan Aaron Aziz Productions. Kesemua siri produksi adalah arahan Aaron Aziz sendiri serta difilemkan di Hong Kong, Siri travelog online itu kini boleh ditonton untuk manfaat para peminat dan pelancong di laman rasmi Aaron di YouTube: http://www.youtube.com/user/aaronmustaphaaziz. Tayangan online siri travelog itu berjumlah 12 episod, dengan 2-3 episod dimuat naik setiap minggu.

Pelakon yang serba merendah diri itu mendedahkan kepada umum tentang pemandangan dan tempat kunjungan kegemaran di Hong Kong seperti The Peak, Harbour City, Sweet Classroom Café, dan banyak lagi. Penonton dibawa meninjau tempat-tempat kunjungan beliau membeli- belah serta menjamu selera sajian halal Hong Kong. Keterujaan beliau tentang bandaraya metropolis yang serba indah, meriah lagi rancak ini dihidangkan dalam produksi seminit setiap satu siri travelog mengenai Hong Kong.

Produksi ini hanyalah permulaan mengenai jalinan hubungan 'cinta' antara pelakon popular ini dengan Hong Kong, ada banyak lagi bakal menyusul untuk didedahkan. Para peminat bakal dihidangkan dengan pelbagai episod-mini mengenai travelog Aaron Aziz di Hong Kong di laman rasminya di YouTube serta lain-lain pengalaman hebat yang dilalui beliau ketika 'bercumbuan' dengan Bandaraya Dunia Asia itu.

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

Peraduan Menangi Jersi Cardiff City Eksklusif Dari Fahrin Ahmad

Posted: 31 Oct 2013 07:12 PM PDT

Sebagaimana yang pembaca semua sedia maklum, empat orang selebriti kacak bergaya yang letop-letop iaitu Fizo Omar, Fahrin Ahmad, Fizz Fairuz dan Iqram Dinzly telah dipilih untuk menyaksikan perlawanan secara live Liga Inggeris di antara kelab Cardiff City menentang Manchester United (MU) di Cardiff, Wales, United Kingdom pada 25 November ini.

Selain mereka, Budiey juga akan turut diterbangkan bersama untuk menemani pelakon berbakat ini. Pastinya sepanjang berada di sana, Budiey akan menyiarkan berita terkini #LiveUpdate dan video travelogue di media sosial secara langsung apa yang mereka buat kat sana. Selebriti juga akan berkongsi pengalaman kepada peminat dengan menyiarkan live update di laman sosial milik mereka. Jadi, jangan lupa follow dan ikuti Facebook, Twitter dan Instagram Budiey dan pelakon ini sebab mereka akan menceritakan pengalaman menarik sepanjang menyaksikan perlawanan bola sepak kelab yang dimiliki oleh ahli perniagaan terkenal Malaysia, Tan Sri Vincent Tan itu.

Cardiff City Trip Rafflesia Selebriti

Sempena dengan travelogue selebriti lelaki ini ke Cardiff City, Budiey dengan kerjasama Rafflesia dan Kelab Cardiff City menawarkan sebanyak 40 helai baju jersi Cardiff City yang ditandangani secara ekslusif oleh empat orang selebriti popular ini dan turut ditandatangani oleh Tan Sri Vincent Tan. Haa, Budiey rasa hadiah ni cukup eksklusif. Nak cari kat mana jersi yang ditandatangani oleh pemilik kelab dan empat selebriti lelaki ni kan?

Budiey akan membahagikan hadiah ini kepada 4 bahagian iaitu 10 helai baju jersi untuk Fizz Fairuz, 10 helai baju jersi untuk Fahrin Ahmad, 10 helai baju jersi untuk Fizo Omar dan 10 helai baju jersi untuk Iqram Dinzly. Kira adil la kan?

10 helai jersi bola sepak Pasukan Cardiff City yang ditanda-tangani oleh Fahrin Ahmad dan pemilik kelab Cardiff City Tan Sri Vincent Tan.

Sebanyak 40 helai baju jersi Cardiff City perlu dimenangi! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda mahu memiliki hadiah baju jersi eksklusif ini? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan yang diberikan serta lengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat sehelai jersi. Ingat hashtag ini: #CardiffCityRafflesia

Apa yang korang perlu buat ialah ikuti TIGA langkah ini:

Langkah 1:
Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menang hadiah ini dan komenlah apa pendapat anda tentang selebriti dan juga kelab Cardiff City ini di ruangan komen. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE sekali Facebook ini:  www.facebook.com/BudieyDotCom

Langkah 2:

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan anda perlu:

  1. Tulis slogan kreatif anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
  2. Hantar slogan itu kepada emel budiey.
  3. Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey

Sila gunakan hashtag event ini iaitu #CardiffCityRafflesia. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu jersi #CardiffCityRafflesia kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca tweet tersebut.

Anda hanya perlu menjawab 3 soalan mudah & cipta slogan kreatif

Soalan 1:
Berikan tiga orang pemain bola sepak Kelab Cardiff City?

Soalan 2:
Bilakah Kelab Cardiff City mula ditubuhkan?

Soalan 3:
Bilakah tarikh lahir pelakon Fahrin Ahmad

Slogan: Saya mahu memiliki baju jersi Cardiff City kerana… (tidak lebih 15 patah kata)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:
1 Disember 2013

Tajuk Email: Peraduan Menangi Jersi Cardiff City Eksklusif Dari Fahrin Ahmad

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua nama pemenang akan disiarkan di blog Sensasi Selebriti & diberitahu melalui email.
  3. Hadiah akan dihantar melalui pos.
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk mengikuti #LiveUpdate di laman sosial #BudieyDotCom#CardiffCityRafflesia

Terima kasih Rafflesia dan Kelab Cardiff City kerana sudi menaja hadiah dan menaja Budiey ke Cardiff, Wales, United Kingdom.

Selebriti Malaysia ke Cardiff City

Nantikan peraduan menangi 10 jersi Cardiff City yg akan ditandatangani oleh Fahrin Ahmad & pemilik Cardiff City FC di #BudieyDotCom . Juga nantikan #LiveUpdate Budiey di Cardiff, Wales, UK bersama Fahrin, Fizo Omar, Iqram Dinzly & Fizz Fairuz. #CardiffCit

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories