RSS

Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Lagu ‘Botingkek’ Digugurkan Dari Pencalonan AIM

Posted: 31 Oct 2013 05:39 AM PDT

Lagu Botingkek Nyanyian Waris dan Juzzthin Digugurkan Dari AIM

Ini panas! Lagu berjudul Botingkek nyanyian Waris dan Juzzthin telah digugurkan pencalonannya daripada Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) kerana badan penilai AIM 20 mendapati lagu tersebut mempunyai persamaan dengan lagu 'Racks' nyanyian rapper Amerika Syarikat, YC. Dalam erti kata lain, lagu Botingkek adalah lagu ciplak dan kerana itu ianya digugurkan.

Perkara ini diumumkan oleh Ketua Juri AIM 20 iaitu Datuk Ramli MS kepada akhbar Berita Harian dimana beliau memberitahu daripada hasil penilaian badan penilai mendapati lagu 'Botingkek' mempunyai persamaan dari mula hingga akhir dengan lagu 'Racks'.

LAGU BOTINGKEK CIPLAK

Hasil 'penyiasatan' kami, nyata lagu Botingkek dan lagu Racks adalah dua lagu yang sama cuma berbeza liriknya. Buktinya, korang lihat kedua-dua muzik video yang kami sertakan kat bawah. Jadi memang patut lagu tersebut digugurkan dari pencalonan AIM 20 kerana tiada keasliannya.

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories