RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Pernah dilamar jejaka India

Posted: 12 Mar 2014 03:38 AM PDT




PERNAH disangka sebagai seorang gadis berketurunan India lantaran wajah yang dimiliki serta kebolehannya berbahasa Tamil, ternyata ia memberikan kelebihan tersendiri buat pelakon Raja Ramilah Begum Raja Mohamad atau lebih dikenali sebagai Raja Ilya itu.
Selain kerap membintangi drama dan telefilem Melayu sejak berkecimpung dalam bidang lakonan tujuh tahun lalu, pelakon berdarah kacukan Melayu dan Malayam itu juga agak 'laku' dalam dunia lakonan Tamil tempatan.
Bagaimanapun, kelebihan yang dimilikinya itu sebenarnya pernah mengundang kekeliruan segelintir pihak kerana ada yang menyangka dia merupakan seorang gadis berketurunan India.
Bertemu dengan Ilya semasa majlis pengumuman pra kemuncak ABP 2013 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada minggu lalu, pelakon itu berkongsi cerita yang agak melucukan.
"Pada tahun lepas saya pernah ikut rakan yang membuat rakaman video ketika sambutan Thaipusam di Batu Caves, Selangor memandangkan saya memang teringin hendak melihat dengan mata sendiri tentang penganut agama Hindu meraikan perayaan tersebut.
"Paling menarik kehadiran saya di sana menjadi tumpuan kerana ada yang menyangka saya ini gadis berketurunan India. Sehingga ada seorang lelaki yang berjumpa dengan rakan saya dan meluahkan hasratnya untuk mengambil saya sebagai isteri," ceritanya sambil ketawa tentang kejadian lucu tersebut.
Mengakui agak gementar dengan keadaan yang dialaminya itu, Ilya menyatakan dia agak bernasib baik kerana lelaki berkenaan tidak meneruskan hasratnya itu setelah mengetahui dia merupakan seorang gadis Melayu.
Bercerita tentang perkembangannya dalam bidang seni, pelakon yang mula dikenali menerusi filem Tamil tempatan berjudul Appalam itu meluahkan rasa gembira dengan segala yang dinikmatinya sekarang.
ILYA mempunyai ramai peminat dalam kalangan penggemar naskhah Tamil.


Ujarnya, sokongan yang diterima terutama dalam kalangan peminat Melayu dan India sangat menggalakkan dan itu yang menyebabkan tawaran lakonan yang diterima semakin mencurah-curah.
"Pada tahun lalu, saya mendapat tahu ada seorang peminat yang sanggup mengendalikan sebuah akaun Facebook khusus untuk para peminat saya iaitu Raja Ilya Fan Club (IFC) tanpa pengetahuan saya sendiri.
"Apa yang mengejutkan, ketika saya menghubungi pengendali akaun Facebook berkenaan, rupa-rupanya dia merupakan seorang remaja lelaki India berusia 17 tahun dan sudah mengikuti perkembangan karier seni saya selama empat tahun," jelasnya.
Menurut Ilya, tanpa mendapat sokongan yang padu daripada peminat sudah tentu dia tidak akan tercalon dalam senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular 2013 bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular buat julung-julung kalinya.
Lebar sayap
Memandangkan kerap tampil dalam produksi drama bersiri dan filem Tamil tempatan, Ilya memberitahu kini dia berpeluang untuk melebarkan sayap lakonannya di luar negara.
Ujarnya, baru-baru ini dia telah mendapat tawaran untuk membintangi sebuah filem Tamil di India dan akan bergandingan dengan seorang pelakon lelaki yang agak popular di sana.
"Kali pertama ditawarkan berlakon dengan sebuah produksi dari India, saya seperti agak terkejut dan tidak percaya. Mungkin kelebihan saya yang mampu bertutur dalam bahasa Tamil merupakan satu kelebihan sehingga ditawarkan watak utama.
"Saya sudah bersetuju berlakon dalam filem berkenaan, cuma belum pasti bila penggambaran akan dimulakan. Ketika ini saya sedang menunggu jadual yang akan dihantar oleh pihak produksi serta masih belum pasti tentang identiti sebenar pelakon lelaki berkenaan," jelasnya.
SUDAH dilamar untuk terbabit dalam sebuah produksi antarabangsa dari India, Ilya kini menunggu masa untuk memulakan penggambaran sulung filem Tamil antarabangsa lakonannya.


Biarpun menyedari tawaran lakonan di Malaysia yang semakin banyak sekarang, namun Ilya meluahkan bahawa inilah masa yang paling sesuai untuk dia cuba mencipta nama di luar negara menerusi tawaran yang diperoleh itu.
"Sebagai pelakon saya ada sasaran tersendiri dan salah satunya mahu mencipta nama di luar negara dengan kelebihan yang saya ada. Kalau boleh, saya ingin menjadi seperti Tan Sri Michelle Yeoh," luahnya dengan penuh yakin.
Watak antagonis
Jika kebanyakan pelakon gemar sekiranya ditawarkan watak protagonis dalam sesebuah naskhah sama ada drama bersiri atau filem, sebaliknya Raja Ilya mengakui dia lebih tertarik membawakan watak antagonis.
Jelas Ilya, lakonannya dalam drama bersiri Dahlia pada tahun lalu dengan membawakan watak antagonis bernama Haliza ternyata memberi impak tersendiri dalam kariernya sebagai seorang pelakon.
"Ramai yang memberikan maklum balas positif terhadap lakonan saya dalam drama berkenaan, meskipun membawakan watak yang dibenci penonton. Malah, ia telah memberikan impak yang positif terhadap karier saya sebagai pelakon.
"Pada mulanya agak takut juga untuk membawakan watak antagonis, tetapi rupa-rupanya kekuatan saya lebih terarah kepada watak sedemikian sehingga mendapat banyak pujian daripada penonton," ujarnya.
Berkenaan dengan aktiviti lakonannya yang terkini pula, dia bakal berlakon dalam drama bersiri berjudul Cinta Ibadah sebanyak 80 episod bersama pelakon Zul Huzaimi dan Aishah Ilias.
"Dalam drama berkenaan saya sekali lagi membawakan watak antagonis. Saya sendiri yang minta diberikan watak tersebut. Lagipun sudah lama saya tidak membawakan watak antagonis selepas drama Dahlia," ujarnya.
Selain itu, dia juga bakal membintangi sebuah filem pendek berjudul Rumah Itu Duniaku yang turut menampilkan beberapa pelakon hebat seperti Wan Hanafi Su dan Josiah Hogan.


Johan tak serik bercinta

Posted: 12 Mar 2014 03:37 AM PDT

SELEPAS cinta singkat bersama Lana Nodin, Johan menegaskan yang dirinya kini semakin matang.


SEJAK popular dalam dunia lakonan menerusi drama popular, Juvana, nama pelakon Johan As'ari, 28, tidak pernah kering daripada kontroversi.
Bermula dengan pelakon Izreen Azmindar, Johan kemudiannya dikaitkan dengan pelakon Nabila Huda dan penyanyi Shila Amzah.
Terbaharu, Johan telah meninggalkan pelakon seksi, Lana Nodin selepas sebulan bercinta pada akhir tahun lalu atas alasan hubungan mereka tidak direstui keluarga Johan sendiri.
Johan yang ditemui pada majlis sidang akhbar program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Hotel Royale Chulan Damansara, Selangor itu mengulas tentang kononnya golongan wanita takut untuk mendekati dirinya impak kontroversi dirinya yang memutuskan hubungan dengan pelakon Lana Nodin.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Johan.
Kosmo!: Adakah selepas kontroversi Johan dan Lana, wanita takut untuk mendekati anda?
JOHAN: Tidak benar kerana saya sendiri tidak ada perasaan serik untuk bersama wanita. Saya faham cinta itu memang perkara yang baik dan saya percaya jika saya hidup tanpa cinta, saya tidak boleh menjadi manusia yang baik. Soal wanita takut mendekati saya tidak wujud kerana saya mempunyai ramai kenalan wanita yang baik dengan saya.
Apakah kontroversi cinta yang Johan alami mengganggu perjalanan kerjaya seni?
Setakat ini alhamdulillah. Kerjaya saya berjalan seperti biasa dan semakin diterima ramai. Saya menjadi lebih matang disebabkan pengalaman yang banyak mengajar saya untuk menjadi orang yang lebih baik.
Selepas segala kontroversi cinta, adakah restu ibu bapa itu sangat penting?
Saya percaya jodoh itu ketentuan Allah dan saya juga harus utamakan restu kedua ibu bapa dalam mencari wanita bergelar isteri. Jika inginkan wanita yang baik, saya kena perbaiki diri terlebih dahulu supaya saya boleh menjadi suami yang baik.
JOHAN mengakui dia mempunyai ramai kenalan wanita yang baik dengan dirinya.


Adakah anda serik untuk membina hubungan cinta yang baharu?
Saya tidak serik sebab itu sebelum ini saya berani berkata yang saya ingin membina masjid (berkahwin). Saya percaya selepas melalui pelbagai asam garam, ia telah mematangkan saya. Bagaimanapun, saya akur jodoh itu atas kehendak Allah.
Apakah pandangan Johan tentang perkahwinan?
Semua orang ingin berkahwin, begitu juga saya. Jika saya berkahwin, sebagai suami saya kena berani membuat keputusan kerana talak di bawah kuasa saya. Sebagai suami, saya harus memimpin isteri ke jalan yang lebih baik, jadi saya harus buat keputusan awal. Jika tidak, pasti wanita itu bukan jodoh saya. Lebih baik tidak perlu berkahwin, andai berkahwin pun nanti akan bercerai.
Maknanya Johan membuat keputusan yang tepat dalam hubungan cinta sebelum ini?
Saya bukannya mahu bergaduh atau bermusuh, segala keputusan yang saya buat telah difikir sedalam-dalamnya. Apa yang berlaku semua ada hikmah sebaliknya dan banyak pengajaran buat saya atas apa yang berlaku.
Adakah Johan akan lebih berhati-hati dalam memberi kenyataan kepada pihak media soal cinta pada masa hadapan?
Saya percaya manusia akan rasa bahagia apabila bertemu cinta dan pasangan yang telah ditetapkan untuknya. Saya yang kena berhati-hati supaya tidak melukakan perasaan orang lain selepas ini.
Boleh ceritakan perkembangan terbaharu Johan?
Saya baharu sahaja selesai menjalani penggambaran filem Kanang Anak Langkau arahan Bade Azmi dan akan memasuki set penggambaran sekual drama Juvana dalam masa terdekat.
Selain itu, saya harap seluruh umat Islam akan dapat berkumpul di Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya pada 21 Mac pada pukul 8 malam untuk sama-sama terlibat dalam Malam Cinta Allah dan Rasul.


Hafiz terbuka soal kekasih

Posted: 12 Mar 2014 03:35 AM PDT

HAFIZ tidak pernah menyembunyikan kisah cintanya daripada pengetahuan umum.


SEBELUM ini penyanyi kelahiran Sarawak, Hafiz Suip lebih selesa untuk mengunci mulut daripada bercerita mengenai teman wanitanya.
Mengulas mengenai perkara itu kata Hafiz, dia mengakui sedang berkawan rapat dengan gadis yang dimaksudkan. Namun begitu, dia masih merahsiakan identiti individu tersebut memandangkan statusnya sebagai seorang penuntut universiti.
"Saya tidak menyembunyikan hubungan kami. Kalau ada yang ternampak kami bersama di luar rasanya tiada masalah, cuma saya tidak mahu realisasikan perkara yang tidak benar.
"Bagi saya, kami melalui kehidupan biasa seperti orang lain dan saya ada perancangan sendiri.
"Kata orang, sebelum tamatkan zaman bujang, saya perlu tempuhi pelbagai pancaroba yang ada di depan mata untuk persediaan hari akan datang," ujarnya yang ditemui pada majlis sidang akhbar minggu setiausaha A Golden Moment With Hafiz di Restoran Serai, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bagaimanapun, Hafiz tidak mendedahkan perancangan untuk peringkat selanjutnya dalam perhubungan mereka kerana enggan mengganggu konsentrasi gadis itu.
Sementara itu, Hafiz dijadual akan mengadakan persembahan sempena minggu setiausaha A Golden Moment With Hafiz yang bakal berlangsung pada 22 April depan bermula pukul 12 tengah hari di Dewan Megah Matrade Hall, Matrade Exhibition & Convention, Kuala Lumpur.
Penyanyi Adira akan turut berganding dengan Hafiz untuk menyeri- kan acara anjuran COOP Matrade dengan kerjasama AMI Global Sdn. Bhd. (Ami Global) itu.
"Saya akan menyanyikan 10 buah lagu hit saya antaranya Awan Nano, Bahagiamu Deritaku, Ku Akui dan sebuah single terbaharu berjudul Kesimpulan.

HAFIZ dan Adira bersama Yusry pada sidang akhbar di Kuala Lumpur baru-baru ini.


"Selain itu, saya akan berduet dengan Adira untuk lagu Ombak Rindu dan Salahkah (nyanyian asal bersama Datuk Rossa) sempena majlis itu," tambahnya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Pengarah Pemasaran Ami Global, Yusry Mohamad Yusof.
Pertama kali dijemput untuk menjayakan minggu setiausaha, kata Hafiz, dia tidak melihat kisah silamnya dengan Adira menjadi penghalang untuk berkongsi pentas.
"Mulanya saya sedikit terkejut apabila digandingkan dengan Adira tapi antara kami perlu ada sikap profesional. Yang lepas itu biarkan berlalu.
"Saya perlu pandai membahagikan masa antara kerjaya dan peribadi dan kedua-dua perkara itu tidak boleh dicampuradukkan.
"Alhamdulillah, ini pertama kali saya terbabit dengan minggu setiausaha.
"Pastinya cabaran berbeza daripada persembahan lain sebelum ini kerana saya perlu bercakap dengan audiens selain menyanyi," jelasnya yang mengakui perlu belajar cara berkomunikasi dengan audiens menerusi Youtube.
Selain Adira, majlis itu akan dihoskan oleh pelakon dan pelawak terkenal Afdlin Shauki serta diserikan dengan persembahan peragaan pakaian rekaan Amer Rafiqee dan Erry Anuwar.
Tiket dijual pada harga RM780 untuk tempat duduk platinum, RM680 (emas) dan RM580 (perak). Maklumat lanjut hubungi 03-9200 5526 atau e-mel amiglobal2014@ yahoo.com.my.


Dayang Nurfaizah Akui Sukar Cari Pasangan

Posted: 12 Mar 2014 03:34 AM PDT

Dayang
Keserasian merupakan faktor utama yang diambil kira terhadap seseorang penyanyi yang ingin digandingkan dengan Dayang Nurfaizah. 
KUALA LUMPUR: Penyanyi Dayang Nurfaizah mengakui dirinya agak cerewet dalam memilih pasangan duet dalam sesebuah lagu atau persembahan.
Dayang atau nama sebenar Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 32, keserasian merupakan faktor utama yang diambil kira terhadap seseorang penyanyi yang ingin digandingkan dengannya.

"Sukar sebenarnya untuk mencari pasangan duet kerana kebanyakkannya kurang sesuai dan serasi dengan suara saya.

"Bila tidak serasi penyampaian akan jadi tidak sepenuh jiwa dan ia akan mengecewakan peminat.

"Oleh itu juga saya sangat menitik beratkan soal ini dan mengkaji dahulu artis yang ingin digandingkan dengan saya," katanya ketika ditemui pada sidang media konsert Pesona Cinta bersama artis Indonesia Marcell yang akan berlangsung pada 29 Mac ini di Panggung Sari, Istana Budaya.

Dayang berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pemilihan rakan duet yang didakwa agak cerewet.

Setakat ini, hanya beberapa nama besar seperti Anuar Zain, Marcell dan Datuk Ramli Sarip sahaja yang pernah berkolaborasi dengan penyanyi ini dalam setiap persembahannya.

Dalam pada itu, jelas Dayang, dia lebih gemar dan selesa berduet dengan penyanyi yang sudah biasa bergandingan dengannya. 
dayam
Dayang bersama Marcell, menerusi laman Skype  pada sidang media Konsert Pesona Cinta.

"Saya lebih selesa berduet dengan orang yang saya selalu menyanyi bersama kerana kita sudah tahu keserasiannya. 

"Tidak dinafikan ramai artis baharu yang bagus namun agar kurang sesuai dengan suara saya, dan saya takut jika ia tidak menjadi," ujarnya.

Sementara itu, Dayang berkata, bagi konsert Pesona Cinta, dia bakal menyanyikan hampir 16 buah lagu termasuk beberapa lagu duetnya bersama Marcell. 

Katanya, konsert ini juga sebagai landasan untuk dirinya membuat persiapan dalam membuat konsert solo. 

"Saya memang nak buat tapi banyak sangat rintangan dan halangan terutamanya daripada segi penaja. 

"Selalunya mereka akan gandingkan saya dengan amna-mana artis lain, ia mungkin juga kerana mereka kurang yakin dengan kemampuan saya untuk tarik penonton," katanya.

Selain konsert Pesona Cinta yang berlangsung pada 29 Mac ini,  konsert l1ve To Love daripada Afgan Syahreza bakal berlangsung pada 28 Mac iaitu sehari sebelum konsert Dayang dan Marcell diadakan. 

Sementara itu, tiket konsert yang dianjurkan oleh Jag Events dijual dengan harga RM150, RM250, RM350, RM450, RM 550 boleh didapati di laman web www.Jagtikets.com.

Wak Doyok tidur di gig?

Posted: 12 Mar 2014 03:32 AM PDT


WAK DOYOK


SAYU hati Mizz Lahar apabila membaca tentang kisah misteri kehilangan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang berlaku Sabtu lalu.
Tak boleh bayangkan perasaan keluarga setiap individu yang menaiki pesawat tersebut. Sehingga kini, nasib mereka tidak diketahui. Semoga semuanya selamat hendaknya.
Oh ya, pada hari yang sama kejadian itu, Mizz Lahar dan beberapa orang teman singgah di sebuah kafe di Pavilion untuk minum petang.
Dah lama kami tak berjumpa, jadi banyaklah cerita yang kami bincangkan. Daripada cerita semasa termasuklah soal edisi terbaharu beg tangan Prada sehinggalah cerita tentang catuan air!
Sedang asyik menikmati secawan air coklat panas dan sepotong snek Perancis, churos, kawan shopping Mizz Lahar, Xophiethiya Quptrianna tiba-tiba membuka bicara.
Katanya, dia yang baru selesai menonton sebuah persembahan gig sebuah band yang sedang meningkat naik di ibu kota petang itu perasan kelibat seorang fesyenista popular yang terkenal dengan imej uniknya. Siapa lagi kalau bukan Wak Doyok.
Mungkin Wak Doyok minat band itu, jadi sebab itulah dia datang. Tapi kata Xophiethiya, apa yang pelik, Wak Doyok seperti tidak menikmati persembahan band tersebut.
Sedangkan orang lain enjoy menyanyi bersama band itu, Wak Doyok pula sibuk bermain dengan telefon pintar sambil melayari laman sosial Pinterest. Dakwa Xophiethiya lagi, Wak Doyok juga melelapkan mata walaupun gig tersebut sedang hangat berlangsung.
Pada firasat Mizz Lahar, mungkin genre muzik keras yang ditampilkan kumpulan tersebut tidak kena dengan jiwa Wak Doyok.
Atau mungkin pelanduk dua serupa, agaknya si Xophiethiya nampak orang lain yang menyerupai imej Wak Doyok.
Maklumlah, imej dan fesyen Wak Doyok kan popular dan jadi ikutan ramai, walaupun tiada statistik yang membuktikan tentang fakta itu.
Mizz Lahar: Tahniah Che Ta dah hamil, agaknya apakah nama anak sulung hasil perkongsian cinta Che Ta bersama Zain Saidin itu kelak?


Eina Azman Perjelas Insiden Tinggalkan Set Penggambaran

Posted: 12 Mar 2014 03:31 AM PDT


Eina Azman akan mengadakan sidang media khas bagi menjelaskan perkara sebenar isu dia meninggalkan set penggambaran filem Kuntilanak Ciliwung. 

PETALING JAYA: Pelakon Eina Azman menjelaskan tindakannya meninggalkan lokasi penggambaran sebuah filem usahasama Malaysia-Indonesia berjudul Kuntilanak Ciliwung adalah berikutan produksi tersebut tidak menyediakan sebarang kontrak kepadanya. 

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 18, berkata, dia nekad bertindak demikian apabila turut disuruh melakonkan beberapa babak ranjang dan aksi panas untuk filem tersebut. 

"Saya tidak diberikan sebarang kontrak untuk berlakon dalam filem itu, bayangkan bagaimana saya mahu meneruskan penggambaran, lebih-lebih lagi ianya dilakukan di sana (Indonesia) dan jika sesuatu berlaku siapa yang akan bertanggungjawab. 

"Selain itu, saya disuruh melakukan aksi-aksi panas di atas katil yang mana saya tidak mahu melakukannya," ujarnya ketika ditemui selepas pratonton filem Zombi Kilang Biskut, di One Utama, malam Selasa. 

Eina berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa dia meninggalkan set penggambaran filem Kuntilanak Ciliwung selepas permintaannya untuk balik ke Kuala Lumpur pada 6 Mac tidak ditunaikan oleh produksi. 

Dalam pada itu, Eina berkata, dia akan mengadakan sebuah sidang media bagi menjelaskan keadaan tersebut dan membersihkan namanya.

Sementara itu, Eina turut melantik pelakon Usop Wilcha atau nama sebenar Syed Mohamad Asri Syed Osman sebagai perunding dan bertanggungjawab menyelesaikan isu berkenaan.

"Saya belajar dari kesilapan dulu, saya takut tersalah cakap, oleh itu saya serahkan pada perunding saya iaitu abang Usop Wilcha untuk jelaskan perkara ini dalam satu sidang media yang akan saya adakan nanti.
Sementara itu, Usop Wilcha berkata, dia terpanggil untuk menyelesaikan perkara ini selepas pelakon wanita itu menceritakan keadaan sebenar sewaktu mereka mengadakan promosi filem Zombi Kilang Biskut di Johor Bahru pada minggu lalu.
Katanya, buat masa ini pihaknya masih mengumpul bukti sebelum menetapkan tarikh sidang media bagi menjelaskan perkara tersebut.
"Eina tidak pernah menimbulkan sebarang masalah sepanjang penggambaran filemZombi Kilang Biskut dan perkara ini timbul kerana beberapa perkara yang diambil mudah pihak produksi tersebut.
"Apa pun kita akan adakan sidang media dalam masa terdekat ini untuk menjelaskan keadaan sebenar," katanya.

Noh Salleh Mungkin Berhenti Muzik

Posted: 12 Mar 2014 03:30 AM PDT

noh
Noh bakal muncul dengan album solo pertama tidak lama lagi.

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh mengakui tidak mustahil sekiranya dia berhenti melibatkan diri di dalam bidang nyanyian pada masa akan datang nanti.
Noh, 29, berkata, ini kerana isterinya, Mizz Nina yang kini sudahpun berhijab telah memberikan bayangan supaya penyanyi itu memperlahankan karier muziknya.
"Tidak mustahil untuk saya berhenti muzik satu hari nanti. Nina bagi 'hint' mengenai perkara itu dan ia buatkan saya terfikir mengenai masa depan.
"Tetapi apa yang saya boleh buat selepas itu, saya pun tidak pasti. Ini kerana, muzik bukan sekadar minat dan jiwa semata-mata tetapi hanya skil bermain muzik sahaja yang saya tahu untuk dijadikan sebagai punca rezeki setakat ini," katanya.
Noh ditemui pada sesi pra dengar lagu-lagu solo terbaharu di studio milik penyanyi itu sendiri, Pharcyde Studio di sini pada Selasa.
Ditanya pula mengenai keputusan Nina atau nama sebenarnya  Shazrina Azman, 33, yang enggan melibatkan diri lagi di dalam dunia seni muzik, Noh berkata, dia menerima segala keputusan isteri kesayangannya itu dengan hati yang terbuka dan tidak mendesak Nina dalam melakukan sesuatu perubahan diri.
noh
                                            Noh Salleh
Tambah Noh, dia bersyukur dan gembira apabila Nina mula menimba ilmu agama Islam secara serius menerusi kelas-kelas agama yang disertai, malah mengakui berasa segan kerana menganggap isterinya lebih banyak pengetahuan Islam berbanding dirinya sendiri.
"Nina sekarang banyak bekongsi ilmu agama yang dipelajarinya di kelas dengan saya.

"Malah, dia juga yang mengejutkan saya untuk solat Subuh. Rasanya, kehidupan pagi kami lebih menyeronokkan berbanding sebelum ini. Alhamdulillah, kami sama-sama saling menasihati antara satu sama lain," ujarnya.

Sementara itu, Noh buat pertama kalinya selepas lapan tahun bersama dengan kumpulan Hujan kini mengambil langkah baharu dengan muncul dengan album solo pula.

Noh berkata, selepas sekian lama mengumpul keyakinan diri menerusi Hujan, baru kini dia percaya diri untuk menghasilkan album solo yang memuatkan sebanyak lima buah lagu.

"Ilham menghasilkan lagu-lagu ini selepas mencipta lagu duet bersama isteri iaitu Kurnia.
"Menerusi album ini, saya mahu mengalih minda pendengar dengan menyuntik elemen muzik pop nusantara," ujarnya.
Noh akan mengeluarkan empat buah lagu dahulu iaitu Angin Kencang, Biar Seribu, Bunga Di Telinga dan Sang Penikam sebagai lagu single.

Khidmat tangkap ular percuma

Posted: 12 Mar 2014 03:15 AM PDT

MUHAMAD NOH menunjukkan ular tedung yang ditangkap di sebuah rumah di Sungai Manik, Teluk Intan, Perak semalam.


TELUK INTAN – Seorang remaja lelaki di sini menjadi tumpuan ramai apabila memiliki kebolehan menangkap ular termasuk daripada jenis berbisa.
Muhamad Noh Sulaiman, 19, membuktikan kemahirannya apabila berjaya menangkap dua ekor ular tedung dan seekor ular sawa yang memasuki rumah seorang penduduk di Kampung Kunci Air 4, Labu Kubong, Sungai Manik di sini semalam.
Menurutnya, dia mula berminat menangkap ular sejak berumur 13 tahun dan mengakui semakin teruja jika perkhidmatannya diperlukan penduduk sekitar daerah berkenaan.


Sanggup beratur beli permainan video Titanfall di Austin

Posted: 12 Mar 2014 03:12 AM PDT



SEJUMLAH orang meraikan pelancaran Titanfall pada festival itu.


AUSTIN, Amerika Syarikat - Beratus-ratus peminat permainan video beratur selama beberapa jam untuk membeli permainan video terbaharu, Titanfall yang dilancarkan di sini kelmarin.
Permainan video khas untuk konsol permainan Xbox One dan komputer peribadi itu dijual pada harga AS$60 (RM196.75).
Ia merupakan permainan aksi peperangan dan para pemain boleh berperang dengan askar dan menawan robot-robot musuh.
Syarikat Microsoft Corporation berharap pelancaran video tersebut mampu menaikkan jualan Xbox One dan mengatasi jualan PlayStation 4 keluaran Sony.


Kakitangan pejabat syerif uji dron

Posted: 12 Mar 2014 03:11 AM PDT



MCBRIDE menggunakan alat kawalan jauh semasa mengendalikan sebuah dron di Brigham pada 13 Februari lalu.


BRIGHAM, Utah - Beberapa kakitangan pejabat syerif di daerah Box Elder menyaksikan demonstrasi sebuah pesawat dron kawalan jauh yang diadakan di sini.
Pesawat dron yang lengkap dengan kamera itu bakal digunakan pejabat berkenaan untuk operasi menyelamat.
Demonstrasi penerbangan dron itu diadakan pada 13 Februari lalu.
Seorang pereka dron untuk firma Digital Defense Surveillance, Jon McBride menunjukkan demonstrasi tersebut kepada kakitangan pejabat tersebut.
Beberapa kakitangan itu turut mengendalikan dron tersebut.
Sebelum ini, beberapa agensi penguat kuasa undang-undang di Amerika Syarikat merancang untuk menggunakan dron untuk operasi penyelamat.
Pesawat dron yang mampu merakamkan imej dari udara itu boleh memudahkan operasi menyelamat seperti mencari pendaki yang tersesat serta mengesan kebakaran hutan.


Geluguh alatan tradisi Orang Asli

Posted: 12 Mar 2014 03:08 AM PDT




TRADISI menangkap udang galah cukup sinonim menggunakan jala, pukat atau pancing.
Namun, apabila diungkap mengenai geluguh, pasti ramai yang menggaru kepala kerana kaedah tersebut begitu asing lebih-lebih lagi kepada bukan penggemar aktiviti sungai.
Carian menerusi internet juga mendapati maklumat mengenai geluguh kurang diuar-uarkan.
Justeru, pertemuan penulis dan jurugambar, Ahmad Zakki Jilan bersama peniaga kedai makan, Mohd. Saufi Jusoh, 48, di Kampung Leban Chondong, Rompin, Pahang telah membuka jalan untuk 'menggali' kisah geluguh.
Mohd. Saufi yang merupakan pembekal udang galah di daerah itu, memperoleh bekalan udang galah segar daripada Orang Asli yang mendiami tebing Sungai Rompin.
Menariknya, udang galah yang dibekalkan mereka mempunyai jangka hayat lebih panjang sekali gus membolehkan pengemarnya menikmati kemanisan udang galah tersebut.
Rupa-rupanya, Orang Asli tersebut menggunakan teknik tangkapan yang dikenali sebagai geluguh.
"Saya mahu pelanggan saya menikmati udang galah yang segar. Jadi, mendapatkan bekalan daripada Orang Asli di sini merupakan langkah terbaik kerana mereka rajin ke sungai setiap hari.
"Malah, teknik tangkapan yang digunakan iaitu geluguh membuatkan udang galah yang ditangkap lebih bersih dan mempunyai tempoh hayat lebih lama," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

LUDIN menunjukkan udang yang masuk ke geluguh miliknya yang diletakkan di Sungai Rompin, Pahang.


Pengalaman
Bagi seorang penduduk Orang Asli di Kampung Limau, Rompin, Ludin, 42, pengalaman menangkap udang galah lebih 20 tahun membuatkan kredibilitinya sukar diragui.
Walaupun sepanjang kerjaya itu, Ludin berdepan pelbagai liku, kini dia boleh tersenyum kelegaan kerana memiliki 125 buah geluguh yang dibuatnya sejak setahun lalu.
Ini kerana, untuk menyiapkan sebuah geluguh bukanlah tugas yang mudah. Melihat kepada reka bentuk perangkap udang galah tersebut, ia kelihatan sukar untuk disiapkan.
Rangka luar perangkap udang yang mampu bertahan sehingga tiga tahun itu dibuat menggunakan kulit kayu jenis Merawan yang diperoleh sekitar hutan di kampung tersebut.
Selepas seharian meredah hutan mencari kulit kayu tersebut, Ludin akan merendamnya seharian di dalam sungai untuk memudahkan kulit itu melentur ketika proses geluguh dibuat.
"Bahan lain yang diperlukan ialah rotan, tali tangsi dan dawai. Bahagian berbentuk seperti kon merupakan ruang perangkap udang galah dan ia diperbuat ketika masuk dan menjadi perangkap dibuat daripada rotan.
"Setelah semua bahan diperoleh, saya mampu menyiapkan antara lapan hingga 10 geluguh dalam sehari.
"Saya perlu siapkan lebih banyak geluguh untuk diletak dalam sungai untuk mendapat hasil tangkapan yang lebih lumayan. Jadi sampai masa, saya hanya perlu kutip hasil tangkapan untuk dijual," katanya.
Ada juga geluguh milik Ludin yang dibuat menggunakan paip polivinil klorida (PVC) namun, ia menelan kos yang lebih tinggi berbanding menggunakan bekalan semula jadi.
Umpan
Berkongsi pengalaman menangkap udang menggunakan geluguh, rakan sekampungnya, Mahidin, 53, memberitahu, perangkap itu akan diletak bersama umpan ubi kayu di dalam sungai secara kekal di habitat haiwan itu membiak.
PEMBUATAN geluguh yang rumit membuatkan golongan muda Orang Asli kurang berminat mempelajarinya.


Selang dua hari, Mahidin akan menyelusuri sungai seawal pukul 7 pagi bersama bot yang menggunakan enjin ke lokasi geluguh diletakkan untuk melihat hasil tangkapan yang menjadi sumber pendapatannya.
"Udang galah ada musim tertentu antara Februari hingga Mei. Pada bulan-bulan ini, hasil kutipan udang galah amat baik. Setiap geluguh boleh mendapat hasil sehingga 20 ekor udang galah.
"Jika bernasib baik, saya mampu memperoleh bekalan hingga lapan kilogram dan kemudian dijual kepada pembekal pada harga antara RM40 hingga RM60 sekilogram," katanya.
Jika dihitung, mereka mampu menjana pendapatan sehingga mencecah hingga RM3,000 sebulan.
Mencari rezeki untuk keluarga tercinta dengan menghabiskan masa di sungai pasti ada cabaran tersendiri. Begitu juga, Mahidin yang sudah lali dengan cabaran tersebut.
Antaranya, terserempak haiwan berbisa seperti ular dan reptilia ganas, buaya.
Penulis dan jurugambar yang mengikuti Ludin menjenguk udang galah juga bersua dengan ular kapak di dahan pokok berhampiran tebing sungai.
Dicuri
Namun, lebih mengecewakan apabila melihat geluguh kosong dipercayai hasilnya dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
"Bukan mahu menuduh sesiapa tetapi ia dah menjadi perkara biasa di sini. Kita perlu faham, Sungai Rompin ramai orang luar yang datang untuk menangkap ikan dan udang galah, kami sudah lali dengan kejadian ini," kata Mahidin.

RUMAH rakit ini boleh disewa kaki pancing di Sungai Rompin, Pahang.


Bagi Mat, 40, dia bimbang kemahiran tradisi masyrakat Orang Asli menangkap udang galah menggunakan geluguh akan pupus suatu hari nanti.
Kebimbangannya ternyata berasas apabila generasi muda Orang Asli sekarang tidak berminat untuk mengambil tahu mengenai pembuatan geluguh. Mereka menganggap membuat geluguh terlalu rumit, perlu seharian masuk ke hutan mencari bahan-bahan dan memakan masa yang lama.
"Golongan muda lebih selesa menggunakan peralatan yang lebih moden seperti jala, pukat dan pancing untuk mendapatkan udang galah.
"Benar, setiap kaedah ada kelebihan dan daya tarikan tetapi kami sebagai Orang Asli mahu warisan geluguh ini terus kekal sampai bila-bila. Walaupun bukan sekadar untuk mencari rezeki, golongan muda boleh menjadikannya aktiviti pada masa lapang. Itupun sudah bagus bagi mengekalkan penggunaan geguguh," katanya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories