RSS

Nuffnang

- Blog Hanz -

sumber :-

- Blog Hanz -


Kenali Pap Smear

Posted: 23 Apr 2014 05:57 AM PDT



Ramai yang masih tidak tahu mengenai pap smear yang sememangnya penting untuk kaum wanita. Ambil tahu hari ini melalui soal jawab Hanz ini dan fakta mengenainya.


Soalan: Apa itu pap smear?
Jawapan: Pap smear adalah ujian yang dilakukan untuk mengesan kanser serviks, atau pangkal rahim pada kaum wanita. Ujian ini mampu mengesan sedari peringkat awal sebelum sel berubah menjadi kanser dalam masa beberapa tahun.

Soalan: Siapa yang memerlukan ujian Pap Smear?
Jawapan: Setiap wanita yang pernah melakukan seks dan mereka tidak kira berapa pun usia anda termasuklah;
- Wanita yang mengadakan hubungan seks sebelum berusia 18 tahun
- Mereka yang mempunyai pasangan seks yang ramai
- Pasangan mempunyai hubungan seks dengan berbilang wanita
- Mereka yang mempunyai jangkitan kuman HPV, ejen penyebab kanser
- Perokok
- Tidak pernah atau lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear

Soalan: Bila waktu yang sesuai untuk melakukan ujian Pap Smear?
Jawapan: Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana darah merah boleh menganggu keputusan ujian. Selain itu, sebaiknya elakkan hubungan seks sehari sebelum melakukan ujian.

Soalan: Berapa kerap saya perlu melakukan ujian ini?
Jawapan: Jika ujian menunjukkan keputusan negatif, anda hanya perlu mengulanginya selepas 3 tahun. Namun sebaiknya, lakukanlah ujian setahun sekali.

Soalan: Bagaimana kanser serviks boleh membiak?
Jawapan: Ketahuilah walau pertama kali melakukan hubungan seks, pangkal rahim anda mudah terdedah dengan virus HPV yang dijangkiti melalui hubungan kelamin. Selain itu, faktor genetik dan lemah imunisasi badan turut menjadi punca kanser serviks. Antara gejala kanser serviks adalah keluar lendir darah daripada kemaluan, pendarahan selepas hubungan seks, hilang selera makan dan turun berat badan secara mendadak.
Also See and Read This : READ MORE

Kenapa Lelaki Curang

Posted: 23 Apr 2014 05:51 AM PDT


Apa yang buat lelaki curang? Itu jugalah pertanyaan yang sering dilemparkan setiap wanita apabila pasangan yang dicintai selama ini beralih arah dan wujud orang ketiga dalam perhubungan kalian. Jika selama ini kita hanya mendengar kisah curang dari sudut pandangan wanita, apa kata lelaki yang melalui sendiri situasi curang ini.


Kurang Kasih Sayang
Teori curang selalunya dikaitkan dengan seks namun hanya segelintir dari mereka yang mengakui ianya berpunca dari nafsu dan selebihnya mencari seseorang yang sudi mengisi kekosongan hati kerana pasangan tidak memberikan perhatian secara emosional kepadanya. Sukar untuk baca bila lelaki perlukan sokongan tetapi anda boleh cuba mulakan budaya memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Rasa Bersalah
Walaupun pernah berjanji tidak akan menduakan anda, lelaki lebih mahir dalam membahagikan perasaan dan menjadi dua orang berbeza dalam situasi di rumah dan situasi di luar. Menurut kaji selidik kebanyakan mereka tidak berniat untuk curang tetapi rasa bersalah yang ada masih belum mencukupi untuk sukakan wanita lain.

Geng Curang
Berkawan dengan rakan lelaki yang juga mata keranjang meningkat kebarangkalian dia juga rasa seolah ia adalah sesuatu yang normal dan perlakuan yang diperakui. Sukar untuk anda menghalang suami untuk tidak lagi berkawan dengannya tetapi cuba pastikan mereka tidak keluar bersama ke acara yang mengundang lebih banyak godaan. Sebaliknya ajak suami hangout dengan pasangan yang bahagia dan punyai nilai seperti yang anda mahukan dalam perhubungan sihat.

Ancaman Sepejabat
Selalunya wanita yang menjadi orang ketiga adalah rakan sekerja yang selalu memuji si dia, sanjung tinggi padanya dan gemar memberi kata semangat atas usahanya. Itulah sebabnya, suami perlu disanjung walaupun di rumah supaya dia rasa dihargai. Ada petanda awal untuk ketahui jika suami mula memandang orang lain apabila dia mula bercerita mengenai rakan sekerja wanita dalam cara yang lebih mesra – anda perlu lebih berjaga-jaga ya!

Bukan Tarikan Fizikal
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, lelaki curang bukan hanya kerana tarikan fizikal semata-mata. Wanita yang menjalinkan hubungan dengannya selalunya bukan lagi cantik atau langsing dari isteri mereka pun. Mereka hanya mahu mengisi ruang kosong yang dibiarkan oleh pasangan. Jadi tak perlu berusaha terlalu keras untuk kurus sebaliknya cuba perbaiki cara kalian berkomunikasi. Sesi intimasi masih penting kerana itulah cara terbaik untuk lelaki curahkan cintanya dan rasa dekat dengan anda.

Also See and Read This : READ MORE

Tip Berbicara Dengan Bapa

Posted: 23 Apr 2014 05:49 AM PDT


Berbicara dengan bapa kadangkala menjadi dugaan besar dalam hidup. Ini kerana mereka jarang mendengar dengan teliti, cepat menghukumi dan menyimpang dari maksud sebenar. Justeru, ramai di antara kita yang kurang berminat untuk berbual dengan ayah mahupun ibu. Hubungan kekeluargaan menjadi kaku tanpa komunikasi, walhal mereka adalah cinta pertama setiap manusia. Jangan berlengah. Hargai mereka selagi ada di sisi. Ketahui tip untuk berbicara dengan bapa bagi menjernihkan kembali hubungan ini.


1. Sebelum memulakan perbincangan atau perbualan, tanya sama ada dia bersedia untuk mendengar atau tidak. Bimbang jika dia sedang sibuk melakukan perkara lain atau menunggu panggilan orang.

2. Beritahu apa yang anda ingini dengan jelas dan tanpa gagap. Sebagai contoh, "Ayah, bolehkah saya dapatkn pendapat ayah mengenai perihal ini? Saya buntu". Penyataan yang jelas membuatkan mereka mengambil serius akan perbincangan itu.

3. Jangan gunakan ayat-ayat yang menunjukkan anda lebih berkuasa daripada dia. Gunakan "Saya fikir" daripada "Saya tahu".

4. Ringkas dan padat. Bapa anda punyai banyak perkara lain untuk diingati dan dilakukan. Pastikan apa jua intipati perbualan anda difahami.

5. Jangan kecewa jika anda tidak memperoleh maklum balas seperti yang diharapkan. Bapa terkenal dengan sikapnya yang kuat. Ini bagi memberi gambaran bahwa dia layak menjadi ketua keluarga dan menjaga keluarga. Bersabarlah. Dia juga bersabar dengan kerenah anda sedari bayi dan tegar mencari rezeki untuk keluarga. Beri dia peluang untuk mengenali fasa hidup anda sekarang.

Also See and Read This : READ MORE

Ambil Hati Lelaki

Posted: 23 Apr 2014 05:46 AM PDT


Dalam perhubungan, bukan wanita saja yang ingin dengar kata-kata pujian atau sokongan. Kaum lelaki juga mahu dihargai dan perlukan kata-kata semangat untuk berasa diri mereka penting dan pasangan mengambil berat mengenai diri mereka.
HANZ cadangkan beberapa ayat manis yang boleh anda ucapkan untuk buat si dia lebih sayang dan boleh jatuh cinta sekali lagi dengan anda!


"I hormat you" – mungkin agak kuno tetapi dengan ayat yang mudah itu dia akan rasa amat dihargai. Jika wanita mahu disayangi, lelaki pula mahu dihormati. Mereka mudah terasa jika merasakan mereka tidak dihormati dan cukup dengan berikan kata-kata itu boleh buat dia gembira.

"You kacak hari ni" – dia pasangan kamu jadi tidak salah kamu lemparkan sedikit pujian untuk ambil hatinya terutama apabila si dia bersusah payah gosok baju, menggaya rambut dan berwangi-wangian.

"Terima kasih" – dalam bahasa apa sekalipun, apa saja tindakan ringkas seperti tuangkan air jangan lupa berterima kasih. Cari beberapa lagi kebaikan yang si dia lakukan dalam sehari dan ambil peluang ucapkan terima kasih.

"Saya percayakan awak" – kunci perhubungan adalah komunikasi jadi dalam melalui suka duka bersama ucapkan ayat ini sebagai tanda anda mengharapkan perlindungan si dia dalam pelbagai situasi.

"Saya di sisi awak" – si dia juga perlu tahu anda bersedia untuk jadi individu yang dia boleh bersandar kala saat sukar.

"Saya mendengar" – cara lelaki berdepan dengan masalah tidak sama dengan wanita, jadi usah marakkan amarahnya sebaliknya pinjamkan telinga dan dengan apa yang ingin si dia luahkan.

"Sorry sayang" – tidak salah untuk ucapkan maaf dahulu daripada membiarkan situasi lebih teruk. Dia bukannya musuh dan anda harus mengalah jika sekadar bertekak nak makan luar di mana!

"I bangga dengan you" – tahap pencapaian penting bagi lelaki jadi mereka mahukan perakuan anda bahawa dia telah melakukan yang terbaik.

Also See and Read This : READ MORE

Rawat Ulser Mulut

Posted: 23 Apr 2014 05:44 AM PDT



Ada kalanya tanpa disedari mulut terasa bisa bila sedang menjamu selera. Tidak hairanlah mengapa pedih itu selalunya datang dari ulser mulut atau juga digelar mata ikan oleh kerana rupanya yang berbentuk bulat dengan luka putih yang membengkak. Selalunya petua orang-orang tua menyuruh untuk kumur air garam tetapi HANZ temui beberapa lagi remedi yang boleh anda cuba untuk redakan ulser ini.


Baking Soda
Campur dengan sedikit air hingga menjadi pes dan sapukan pada kawasan ulser biarkan selama 20 minit dan berkumur untuk membersihkannya. Lakukan ini sebelum makan supaya anda dapat makan tanpa rasa sakit lagi. Anda juga boleh gunakan baking soda dan larutkan dengan air untuk berkumur dengannya. Kandungan asid yang tinggi dalam bahan ini akan mengelakkan jangkitan bakteria.

Daun Salam (Basil Leaves)
Daun ini mempunyai banyak khasiat perubatan. Anda boleh kunyah daun ini untuk kurangkan bengkak dan pedih ulser atau boleh jadikan ia sebagai bahan kumur untuk bersihkan mulut dari infeksi kuman.

Bawang
Jus bawang ini mempunyai enzim yang mampu menghalang bakteria merebak serta mengelakkan ulser melarat. Titik jus bawang pada ulser atau makan sebiji bawang sehari untuk redakan kesakitan. Sagat bawang dan perah jusnya dan ratakan pada bahagian dalam mulut. Ulang beberapa kali untuk kesan efektif dan hasilnya mulut bebas ulser dalam masa tiga hingga empat hari.

Minum Soda
Air soda mengandungi bikarbonat yang bagus untuk melenyapkan mikro organisme yang menyebabkan ulser itu. Minum soda selepas makan juga dapat membersihkan mulut daripada partikel lebihan makanan yang tersekat di celah-celah gigi. Bakteria yang menyebabkan ulser mendapatkan tenaga untuk membiak daripada sisa makanan ini jadi pastikan mulut anda sentiasa bersih.

Uncang Teh
Basuh dan sejukkan uncang teh yang sudah digunakan. Letakkan uncang pada ulser tersebut kerana teh mengandungi bahan yang bagus untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Letakkan seberapa kali yang anda suka.

Dadih
Dadih atau yogurt asli dan sejuk bagus untuk meredakan bengkak serta kesakitan yang disebabkan oleh ulser. Anda hanya perlu makan dadih setiap hari dan sapunya pada bahagian ulser untuk kurangkan sakit. Yogurt mempunyai kultur hidup dengan bakteria baik untuk melawan jangkitan bakteria.

Also See and Read This : READ MORE

Hapuskan Selulit

Posted: 23 Apr 2014 05:41 AM PDT


Ramai wanita kini yang berperang dengan masalah selulit. Kemunculan selulit dibawah kulit akibat proses rembesan lemak yang terbentuk sukar untuk dielakkan dan boleh terjadi kepada sesiapa saja. Malah ramai yang tertekan dan cukup segan dengan pembentukan selulit seolah kulit limau terutama di bahagian paha dan perut. Oleh kerana keunikan pembentukan kulit pada kaum wanita berbanding lelaki yang kurang kebarangkalian mempunyai selulit, maka banyak juga krim dan pelbagai khidmat menghilangkan selulit dipasarkan.


Namun ramai yang kecewa kerana bukan selulit yang hilang sebaliknya duit yang terbang dan masalah kulit yang menghantui ini masih "melekap" pada tubuh. Bukan mudah untuk hapuskan selulit tetapi anda boleh cuba ubah gaya hidup yang sebenarnya antara faktor penyumbang kepada terjadinya selulit. EH! berkongsi petua mudah yang boleh anda praktikkan mulai hujung minggu ini tanpa perlu menghabiskan duit yang banyak.

Minum banyak air
Kunci kepada mengurangkan selulit adalah dengan pengambilan banyak cecair untuk badan membersihkan segala toksin. Minum 2 hingga 3 liter air sehari untuk lebih berkesan. Pertingkatkan keupayaannya dengan menambah lemon dalam minuman.

Kawal pemakanan
Jika sebelum ini anda makan apa saja, sekarang cuba pula makanan dari bahan-bahan ini antaranya minyak zaitun, cili, blueberries, blackberries, apple cider vinegar, teh hijau, teh herba, dark chocolates dan salmon. Juga pastikan anda ada protein dalam setiap waktu makan, selalu makan sarapan, elak makanan yang diproses dan hindari minuman manis.

Senaman
Antara senaman ringkas yang boleh dilakukan termasuk posisi bertinggung (squats), pergerakan maju ke depan (lunges), larian dan sesi meregangkan otot selepas bersenam. Matlamat utama adalah untuk melancarkan aliran darah dan mengurangkan kembung air (water retention).

Kuasa kopi
Ambil biji kopi dan kisar menjadi setengah cawan. Campurkan dengan 1 camca besar gula putih, 2-3 camca besar minyak zaitun, 1 camca teh glycerin, 2 camca teh vitamin E (dalam kapsul). Sapu campuran ini pada bahagian berselulit dan balut dengan plastik lekap untuk lebih efektif. Kandungan kafein dan antioksidan dalam kopi melawan radikal bebas dan melancarkan peredaran darah.

Also See and Read This : READ MORE

Jenis dan Cara Penjagaan Rambut

Posted: 23 Apr 2014 05:39 AM PDT



Gelaran diberi sebagai mahkota seorang wanita, jadi sebagai aset yang berharga jangan pula anda abaikan penjagaan rambut kerana ia harus kekal cantik, sihat, lebat, hitam dan bersinar. Ada pelbagai jenis rambut bagi setiap orang. Oleh itu, cara penjagaan rambut juga berbeza bergantung kepada jenis rambut ini.


Seperti kulit, penjagaan mahkota berharga ini amat penting dan belaian harian akan memastikan rambut tidak terabai. Rambut yang rosak boleh berlaku disebabkan punca pemakanan tidak baik, tekanan emosi, ketidakseimbangan hormon dan perawatan rambut yang tidak bagus.

HANZ berkongsi jenis rambut dan tips penjagaannya agar kekal sihat dan cantik.

1.Rambut normal
Jika jenis rambut ini adalah normal. Dengan kelembapan dan minyak yang dikeluarkan dari kepala tidak lebih dan tidak kurang sangat mudah untuk dijaga.
Tips penjagaannya juga mudah. Hanya gunakan syampu setiap dua hari sekali dan gunakan perapi rambut untuk mengekalkan kelembapannya.

2. Rambut berminyak
Rambut jenis berminyak adalah disebabkan kelenjar di bahagian kulit kepala yang aktif. Rambut akan nampak basah dan berminyak sekaligus membuatkan rambut dan kulit kepala cepat kotor. Bahkan liang pori di bahagian kepala juga akan mudah tersumbat disebabkan minyak yang berlebihan dan punca kepada rambut gugur.
Penjagaan untuk rambut jenis berminyak adalah dengan mencuci rambut dengan lebih kerap agar ia kekal bersih dan cantik.

3. Rambut kering
Rambut kering akan menyebabkan rambut kelihatan kusam dan kering disebabkan kelenjar minyak yang kurang mengeluarkan minyak. Selalunya rambut jenis ini mudah kusut dan rosak di bahagian hujung rambut. Terlalu kerap menggunakan pengering rambut dan syampu juga boleh mengakibatkan rambut mudah rapuh.
Tip penjagaan rambut jenis kering ini adalah dengan membilas rambut dengan air dan menggunakan serum untuk rambut kusam agar rambut kekal lembap dan sihat.

Also See and Read This : READ MORE

Mitos & Fakta mengenai Sinar UV

Posted: 23 Apr 2014 05:37 AM PDT



Berdasarkan kajian 70% daripada kaum wanita percaya dengan mengelakkan diri daripada terkena sinaran matahari dapat membantu melindungi kulit dari gelap, anda bagaimana?


Pernahkah anda melompat selangkah dua ke tempat redup hanya untuk mengelak daripada pancaran matahari demi melindungi dan mengekalkan kecerahan semula jadi kulit anda? Majoriti daripada  kaum wanita mengambil semua langkah yang diperlukan bagi melindungi kulit daripada sinaran matahari, sama ada ia melibatkan berpayung sambil berjalan, berjalan di kawasan yang terlindung dari panahan sang suria ataupun memakai baju lengan panjang. Ini semua kesan daripada mempercayai mitos lantas wanita cenderung melakukan langkah-langkah yang ada kalanya tidak masuk akal, jadi ketahui yang mana satu mitos dan mana satu fakta!

1. Mitos: Anda tidak akan mendapat selaran suria pada hari yang mendung.
Fakta: Anda masih mengalami selaran suria pada hari mendung kerana radiasi UV boleh menembusi kabus, awan dan kabut tebal.

2. Mitos: Menggabungkan losen SPF5 dengan losen SPF10 akan memberikan perlindungan SPF secara keseluruhan yang lebih tinggi.
Fakta: SPF tidak berfungsi begitu, walaupun anda mengoles SPF 15 dengan dua lapisan, kesannya tetap sama. Ia tetap akan memberi perlindungan sebanyak 93% daripada sinaran UV. Tiada SPF yang mampu memberi perlindungan 100%.

3. Mitos: Berjemur di bawah matahari tidak mengapa asalkan kulit terkena selaran matahari (sunburn)
Fakta: Walaupun terkena sedikit cahaya matahari ia tetap berkemungkinan untuk mengalami masalah kulit seperti melanoma (kanser kulit). Lebih banyak anda terdedah kepada cahaya matahari lebih tinggi peratusan anda untuk mengidap penyakit ini.

4. Mitos: Payung di pantai dapat melindungi anda dari cahaya matahari
Fakta: Pasir pantai berupaya memantulkan 17% radiasi UV, jadi terlindung bagaimanapun anda terdedah kepada sinaran UV. Namun berlindung sedikit sebanyak dapat membantu asalkan anda memakai losen tabir suria.

5. Mitos: Matahari tidak boleh menembusi cermin
Fakta: Cermin hanya dapat menapis sinaran UVB tidak UVA, yang mana UVA dapat menembusi jauh ke dalam cermin lantas kepada kulit. Disebabkan itu, orang dewasa mengalami masalah jeragat atau tompok hitam lebih pada bahagian kanan, dek kerana sinaran UV ketika memandu.

6. Mitos: Pemakaian tabir suria terlalu banyak akan menyebabkan kekurangan Vitamin D
Fakta: Mungkin selama ini anda menyangka yang pendedahan maksimum pada cahaya matahari diperlukan untuk membantu badan anda menghasilkan vitamin D. Namun daripada pemakanan anda juga dapat memperoleh Vitamin D serta lain-lain nutrien. Selain itu sedikit cahaya UV mampu menembusi kulit, walaupun dengan pemakaian krim tabir suria.

7. Mitos: Memakai baju berlengan panjang dapat mengelak daripada sinar UV
Mungkin benar, tetapi hanyalah jika anda memakai baju lengan panjang yang tebal. sekiranya baju anda jarang dan boleh lihat kulit dari mata kasar, sama juga seperti sinar UV ia dapat menyerap ke dalam baju nipis terus kepada kulit.
Fakta: SPF merujuk kepada tempoh kulit boleh didedahkan kepada radiasi UV sebelum ia mula terbakar. Tahap perlindungan tetap kekal pada SPF10 walaupun ia adalah gabungan losen SPF5 dan SPF10.

Perlu Tahu mengenai Sinar UV

1. Masa adalah penting untuk mengekalkan kecerahan kulit. Radiasi UV paling tidak berbahaya pada awal pagi dan lewat petang. Bagaimanapun, pastikan anda memberikan perlindungan terhadap kulit dari sinar matahari secukupnya.

2. Perlindungan suria untuk seumur hidup. Individu yang mula menggunakan pelindung matahari setiap hari pada usia 20 tahun boleh mengurangkan pendedahan seumur hidup kepada sinaran suria pada usia 70 tahun sebanyak 57 peratus hingga 67 peratus.

3. Tentukan tahap perlindungan yang anda gunakan. Hanya percayakan produk yang menyatakan tahap perlindungan yang ditawarkan.

Also See and Read This : READ MORE

10 Tip Fesyen Daripada 10 Bintang Terkenal

Posted: 23 Apr 2014 05:22 AM PDT



Fashion is fun. Ya, anda seharusnya berseronok memilih apa yang mahu dipakai. Namun, ada baiknya juga andai anda tampil dengan gaya yang selari dengan imej, personaliti, bentuk tubuh, majlis juga lokasi. Mungkin 10 tip daripada 10 figura terkenal ini boleh membantu.


1- Renda hitam cukup classy, ia seksi dan tidak ditelan zaman. Ia sentiasa Berjaya menyerlahkan gaya walaupun hanya sebagai perincian - Alicia Keys

2- Saya suka gayakan aksesori dempak dan unik. Ia buat penampilan lebih menyerlah, saya tidak suka penampilan saya Nampak terlalu polish. Saya sukakan gaya bersahaja .- Sienna Miller.

3- Gayakan skirt berpotongan tinggi, ia buat penampilan lebih feminin dan menyerlahkan pinggul anda. - Diane Kruger

4- Wanita yang menggayakan suit penuh akan menyerlahkan lagi sisi femininnya.- Mischa Barton

5- Gabungkan material berbeza pada aksesori anda. Saya misalnya menggayakan gelang kayu, emas, perak dan akrilik dalam satu masa. It's fun. - Ciara

6- Sentiasa percaya pada naluri anda. Jika seseorang menyarankan anda menggayakan sesuatu yang anda tidak suka, hasilnya takkan menjadi. - Evan Rachel Wood

7- Mak saya selalu berpesan- 'Dress well! You never know if you are going to meet President'. - Catherin Zeta Jones.

8- Pesanan penata gaya saya, setiap helaian perlu dibega (altered) kerana setiap orang punya tubuh berbeza. - Sandra Bullock

9- Black is me. Dan ia cukup senang. Saya tidak punya banyak masa berfikir dan memilih apa yang hendak dipakai. - Angelina Jolie

10- Tiada apa yang lebih seksi melainkan seorang wanita yang yakin akan setiap langkahnya. - Beyonce


Also See and Read This : READ MORE

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories