RSS

Nuffnang

- Blog Hanz -

sumber :-

- Blog Hanz -


Perpisahan Dengan Teman Baik

Posted: 30 Apr 2014 03:01 PM PDT



Jika anda berpisah dengan buah hati, ada banyak lagu, buku dan filem untuk menenangkan hati. Tetapi bagaimana pula jika anda 'berpisah' dengan teman baik iaitu orang yang paling anda perlukan, tidak lagi bercakap dengan anda? Usah risau! Mungkin anda kemungkinan anda berbaik kembali. Di sini kami membantu anda bagaimana untuk menangani masalah ini secara matang.


Jangan mengumpat
Walaupun anda bergaduh dengan teman baik, elakkan mengumpat tentang dia dengan orang lain. Malah, anda harus elak mengemaskini status yang mungkin menyakitkan hati di laman sosial. Anda harus ingat bahawa bukan anda seorang sahaja yang sedih dan marah, mungkin dia juga berasa perkara yang sama. Drama tidak membantu anda memulih kembali hubungan yang sudah lama terjalin.

Dengar
Sesetengah orang apabila mula marah dan sedih, mereka elak mendengar kata-kata orang lain kerana merasakan diri mereka betul. Anda harus cuba memberi peluang kepada teman anda untuk meluahkan perasan walaupun kata-katanya menyakitkan hati. Mungkin dia mempunyai sebab-sebab tertentu yang anda tidak tahu sebelum ini.

Elak berdendam
Situasi apabila teman baik bergaduh mungkin berbeza tetapi jika pergaduhan anda tidak lagi dapat dipulihkan, elak berdendam dengan teman anda. Curahkan tenaga dan amarah anda dengan perkara yang boleh membuat anda sibuk seketika. Masa pengubat duka namun dendam memakan diri.

Buka buku baru
Memulakan persahabatan baru dengan orang lain mungkin agak janggal kerana anda perlu memulakan proses berkenalan dari mula. Anggap ini sebagai satu cabaran buat anda untuk mengenali dunia dengan lebih dekat. Dengan ini anda mungkin dapat memahami diri sendiri dengan lebih baik dan mengapa anda bertindak demikian terhadap teman baik sebelum ini.

Also See and Read This : READ MORE

Sakit Ketika Hubungan Intim

Posted: 30 Apr 2014 03:00 PM PDT



Wanita dan lelaki sememangnya dicipta satu sama lain untuk menikmati hubungan seks yang halal dan menyeronokkan. Namun, apabila ia jadi menyakitkan untuk wanita, ada sesuatu yang tidak kena. Ketahui apa punca-puncanya.


1. Faraj kering
Ini adalah sebab utama kesakitan yang dirasai kebanyakan kaum wanita. Rembesan ketika anda terangsang sepatutnya menyebabkan dinding faraj basah dan memudahkan hubungan intim dijalankan. Mungkin kerana anda tidak bersedia atau berminat dengan aktiviti tersebut. Gunakan pelincir dan tingkatkan aktiviti ringan sebelum anda 'bersama' dengannya.

2. Radang faraj
Seperti yang diketahui, kemaluan wanita berada begitu dekat dengan pundi kencing. Justeru itu, adalah penting untuk anda menjaga kebersihannya bagi mengelakkan jangkitan bakteria. Ia boleh berjangkit kepada faraj dan menyebabkan kesakitan ketika melakukan hubungan intim.

3. Vaginismus
Ini sering kali berlaku kepada si pengantin baru yang pertama kali melakukan hubungan seks. Perasaan takut akan mencetuskan kemutan otot sekaligus menyebabkan faraj tertutup. Ini terjadi kebanyakannya disebabkan percampuran emosi seperti rasa bersalah melakukan seks, sejarah hubungan kelamin yang menyakitkan serta kurang ilmu mengenai kemaluan sendiri.

4. Alahan
Tidak semua pencuci alat sulit wanita, sabun atau gel pelincir sesuai dengan anda. Dinasihatkan untuk berhenti menggunakan kesemua barang ini jika ia menyebabkan radang pada faraj.
Jika masih ragu, rujuklah doktor untuk mendapatkan lebih penjelasan dan penyelesaian. Jangan sesekali malu untuk mendapatkan rawatan. Hubungan seks yang bermasalah adalah antara perosak hubungan rumahtangga.

Also See and Read This : READ MORE

Masalah Orang Ketiga

Posted: 30 Apr 2014 02:57 PM PDT



Pasti luluh hati mengetahui bilamana lelaki kesayangan anda mempunyai kekasih lain dan anda bukan lagi keutamaan si dia. Ketahui bagaimana menghadapi orang ketiga dengan penuh karisma.


1. Abaikan wanita itu
Kadang kala, apa yang pihak ketiga perlukan hanyalah perhatian semata. Justeru, elak daripada memberi apa yang diingininya. Mengabaikan kehadiran wanita itu juga membuatkan anda lebih tenang dan bisa menjaga maruah anda sebagai wanita.

2. Berterus terang dengan pasangan
Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kerana itu, jangan pernah hanya menyalahkan sebelah pihak. Duduk berbincang dengan pasangan dan pastikan dia tahu yang anda tidak senang dengan perihal orang ketiga ini. Diakui sukar untuk mengawal emosi anda kerana dikhianati, namun pertengkaran hanya akan menyebabkan masalah bertambah rumit.

3. Tetapkan tempoh
Jika anda ingin memberi si dia peluang kedua dan meminta dia memutuskan hubungan bersama pihak ketiga itu, tetapkan 'deadline'. Jangan biar hubungan tiga segi ini berlanjutan kerana ia bisa jadi duri yang lebih tajam dalam hubungan anda dan pasangan. Pasangan anda pasti akan membuat keputusan yang cepat dan betul jika hatinya masih menyayangi anda.

4. Elak drama
Bila hati kecewa dan marah, sukar untuk mengawal perbuatan. Namun, inilah masanya untuk cuba menjadi wanita yang kuat. Jangan sesekali 'menyerang' pihak ketiga itu dan menimbulkan kekecohan. Jika tindakan anda mengabaikan wanita itu tidak berjaya dan dia menganggu kehidupan, dapatkan khidmat guaman. Anda perlu juga menegakkan hak sebagai seorang wanita.

Also See and Read This : READ MORE

Cuti Umum 1 Mei 2014 Sempena Hari Pekerja Malaysia

Posted: 30 Apr 2014 02:46 PM PDT



Cuti umum khamis 1 Mei 2014 sempena Hari Pekerja di Malaysia. Seperti yang termaktub dalam hari kelepasan AM, hari pekerja atau dikenali sebagai hari buruh yang diraikan pada setiap 1 Mei merupakan cuti umum bagi seluruh negeri di Malaysia. Hari pekerja diraikan bagi menghargai jasa seorang pekerja dalam perkembangan ekonomi negara. Oleh itu, pihak kami ingin mengucapkan selamat hari pekerja kepada seluruh individu yang bergelar pekerja di Malaysia



Also See and Read This : READ MORE

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories