RSS

Nuffnang

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Psikologi Cantik Ini Menyembuhkan Pesakitnya Dengan Terapi Telanjang

Posted: 10 Jun 2014 09:00 PM PDT

Sarah White, seorang psikologi mempunyai cara yang tak lazim untuk mengetahui isi hati dan masalah-masalah yang sedang dialami oleh pesakitnya. Dia melakukan Naked therapy atau Terapi Telanjang bagi pelanggannya. Ia menanggalkan seluruh pakaiannya ketika melakukan sesi tanya jawab dengan pesakitnya.

Uniknya, Sarah yang membukaa tempat terapi di New York, Amerika Syarikat ini tidak langsung menanggalkan semua pakaiannya, tetapi dia menanggalkannya satu per satu mulai dari blazer, kemeja, celana, dan tentu saja, pakaian dalamnya. Maka tak hairan apabila kebanyakan pelanggannya adalah laki-laki.

Sarah yakin terapi ini dapat membawa pesakitnya ke alam bawah sadar sampai akhirnya pesakitnya membuka hati dan pikirannya serta menceritakan seluruh masalahnya. "saya menggunakan gairah yang kuat yang membuat saya dapat mengendalikan situasi terapi. Dan sesi terapi pun menjadi lebih menyenangkan bagi pesakit", kata Sarah.



Untuk sesi pertama kali terapi, Sarah tarif US$ 150. Biasanya konsultasi pertama dilakukan melalui video chat, setelah itu melalui panggilan video melalui Skype. Dan untuk beberapa kes pesakitnya boleh bertemu dengannya secara langsung.

Sampai saat ini sarah telah mempunyai lebih dari ratusan pesakitdari berbagai latar belakang. Ada pelajar yang mempunyai masalah seksual, ada lelaki separuh baya yang mempunyai masalah dalam hubungan asmara dan ada pula pesakit perempuan.

Sharah White
Sarah memberikan therapy dengan telanjang 

"Terapi telanjang ini terbuka bagi siapapun. Tujuannya adalah agar para pasien saya tahu bahwa tidak ada yang saya tutup-tutupi, dan ini akan  mendorong mereka untuk lebih jujur", demikian alasannya. Jadi, untuk pasien laki-laki terapi telanjang ini membuat mereka lebih terfokus dan berkata jujur. "(Sigmund) Freud menggunakan teknik free association, maka saya menggunakan teknik (terapi) telanjang", tambahnya.

Kalau Anda tertarik, silahkan membuka websitenya untuk membuat perjanjian terlebih dahulu. Namun dia mengakui, terapi yang dilakukannya belum mendapat rekomendasi dari panelis kesehatan yang berwajib dan dia pun belum mendapatkan lesen rasmi sebagai therapyst, Namun dia mendapat dukungan dari kekasihnya, seraya mengatakan bahwa kedua orang tuanya belum tahu mengenai terapi tak lazim yang dilakukannya ini.

Seorang psikolog klinis, Diana Kirscher, tidak setuju dan tidak memberikan rekomendasi terapi telanjang yang dilakukan Sarah. "Ini bukan terapi tetapi ini adalah pornografi terselubung" ujarnya.
(NY Daily News, sarahwhitetherapyst.com)

Makan benang kelambu Kaabah

Posted: 10 Jun 2014 07:00 PM PDT

Makkah: Pihak berkuasa Arab Saudi semalam berkata, kerana kecetekan ilmu agama dan salah tanggapan, beberapa jemaah umrah menggunting dan memakan benang kelambu Kaabah (kiswah).
Pengarah kilang membuat kelambu itu, Muhammad Bajoudah berkata, perbuatan sia-sia itu dilakukan jemaah dari negara tertentu hingga mencacatkan kelambu berkenaan.
"Mereka mencabut benang menggunakan cincin dan gunting dengan harapan ia mendatangkan nasib yang baik dan berkat. Perbuatan mereka mencacatkan kiswah," katanya.

Menurut Bajoudah, sebahagian besar jemaah yang melakukan perbuatan mencabut benang kelambu berkenaan dan menelannya kerana mempercayai amalan karut.
Foto
KELAMBU Kaabah

"Mereka cetek ilmu. Mereka tidak menunaikan ibadah itu dengan betul sebaliknya melakukan amalan khurafat.

"Jemaah berkenaan melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka mencabut benang kiswah menyebabkan kelambu itu rosak.

"Saya berdoa kepada Allah SWT supaya menyedarkan kebodohan mereka," katanya.
Bajoudah bagaimanapun berkata, ada jabatan di kilangnya yang ditugaskan untuk membaiki bahagian kelambu yang sudah digunting atau dirosakkan.

"Kami mempunyai pakar dan pekerja untuk menangani masalah itu. Kejadian seumpama itu berlaku setiap hari hingga memaksa kami menempatkan pegawai dan pekerja di Masjidil Haram untuk sentiasa memeriksa kelambu itu," katanya. - Agensi
sumber : mymetro

Budak ajar gulung ganja

Posted: 10 Jun 2014 06:00 PM PDT

Jeddah: Direktorat Kawalan Dadah Awam (GDDC) Arab Saudi semalam melancarkan gerakan mengesan seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang muncul dalam klip videomengajar rakannya seni menggulung rokok yang dicampur dengan ganja.
Penolong pengarah bahagian pencegahan GDDC, Abdul Ilah Al-Sharif berkata, agensi itu meminta bantuan beberapa pakar media untuk mengesan budak lelaki itu. 
Rakaman klip video berkenaan tersebar secara meluas di media sosial. 

Ia menunjukkan kanak-kanak itu mengajar teknik profesional menyediakan rokok ganja.
Foto
GAMBAR menunjukkan seorang budak lelaki mempamerkan teknik gulung ganja.

Dia juga mempunyai bahan yang diperlukan seperti ganja, tembakau dan kertas pembalut yang digunakan untuk membalut rokok berkenaan. - AFP
sumber : mymetro

Skandal disudahi pembunuhan

Posted: 10 Jun 2014 05:00 PM PDT

Kuala Lumpur: Hubungan terlarang seorang wanita dengan abang iparnya berakhir dengan tragis apabila dia mati dipercayai dibunuh lelaki itu di sebuah hotel bajet di Kelana Jaya, dekat sini, semalam.
Mayat mangsa yang berusia 22 tahun ditemui dalam keadaan bogel dan berselimut di atas tilam dengan kesan lebam di leher dipercayai akibat dicekik. 
Difahamkan, mayat mangsa ditemui ahli keluarganya di dalam bilik tingkat satu hotel itu selepas mendapat panggilan telefon daripada suspek yang memberitahu dia bertanggungjawab ke atas kematian mangsa. 

Menurut ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, dalam panggilan telefon itu suspek memberitahu dia sudah berada di Perak dan akan membunuh diri dengan meminum racun.
Foto
ANGGOTA polis membawa masuk mayat ke dalam trak polis untuk dibawa ke PPUM.

Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya Supritendan Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam jam 4 petang semalam berhubung penemuan mayat mangsa.
sumber : mymetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories