RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Jumpa kristal ketika bersih hutan

Posted: 10 Jun 2014 08:21 PM PDT


  • Helmi menunjukkan batu kristal unik yang ditemuinya di Jalan Batu Kurau, Batu Kurau, Taiping.Helmi menunjukkan batu kristal unik yang ditemuinya di Jalan Batu Kurau, Batu Kurau, Taiping.

BUKIT MERAH - Seorang lelaki terkejut apabila menemui sebiji batu kristal jernih ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah hutan di sini, tiga hari lalu.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, pemandu jengkaut, Helmi Mohd Napiah 43,  berkata, dia menemui objek jernih yang berkilau sewaktu mengorek tanah di Jalan Batu Kurau, Batu Kurau, Taiping.

Menurutnya, penemuan secara tidak sengaja itu bermula apabila dia terjatuh sewaktu mengangkat timbunan tanah yang dikorek untuk diletakkan pada suatu tempat.

"Sewaktu leka mengorek tanah, pandangan saya teralih pada satu objek berkilau yang terjatuh berhampiran jengkaut.

"Pada awalnya, saya menyangkakan objek jernih itu hanya serpihan kaca namun rupa bentuknya berkilau menarik perhatian saya.

"Setelah diamati dengan teliti, saya pasti batu ini jarang ditemui." katanya sewaktu ditemui di rumahnya di Bukit Merah di sini, semalam.

Helmi berkata, dia berniat untuk menyimpan batu tersebut walaupun ada antara rakannya mahu membeli dengan menawarkan harga yang tinggi.

"Namun saya tidak berniat untuk menjualnya kerana saya pasti ada maksud tersendiri.

"Ini merupakan kejadian pertama sepanjang 20 tahun mengendalikan jengkaut," katanya.

Helmi berkata, sejak itu, rumahnya sering dikunjungi orang ramai yang ingin melihat batu tersebut dan ada juga sesetengah individu yang menawarkan harga tinggi untuk memiliki kristal berkenaan.

Misteri harta karun Bukit Jeragan

Posted: 10 Jun 2014 08:17 PM PDT


  • Syed Abdul Hafis menunjukkan antara barangan seperti duit syiling dan manik yang ditemui di Bukit Jeragan.Syed Abdul Hafis menunjukkan antara barangan seperti duit syiling dan manik yang ditemui di Bukit Jeragan.

BATU PAHAT – Penduduk sekitar Bukit Jeragan, di sini, mendakwa menemui harta karun didakwa milik tentera Jepun dan kerajaan Majapahit yang pernah berada di lokasi berkenaan satu ketika dahulu.

Antara barangan ditemui di bukit yang turut dikenali sebagai Pulau Kundur itu adalah serpihan tembikar, manik, batu permata, hulu parang, emas, peluru lama dan syiling lama di mana bentuknya hampir sama dengan syiling ditemui di Pulau Nangka, Melaka, baru-baru ini.

Syed Abdul Hafis Syed Abu Bakar, 40, berkata, dia yang mula mencari harta berkenaan pada 1990 berjaya menemui beberapa duit syiling yang diperbuat daripada tembaga.

Menurutnya, keinginannya untuk mencari harta karun terbabit wujud sejak kecil apabila mendengar cerita daripada datuknya.

"Malah datuk saya ada temui beberapa barangan seperti batu permata yang dijadikan cincin.

"Saya difahamkan oleh orang terdahulu bahawa daerah Batu Pahat ini sebenarnya ialah lautan dan Bukit Jeragan merupakan sebuah pulau yang begitu strategik untuk perdagangan. Pada mulanya ia dikuasai oleh individu yang cukup hebat berasal dari Majapahit dikenali sebagai Jeragan Budiman dan kemudiannya telah dikuasai oleh tentera Jepun.

"Kami penduduk di sini hanya mencarinya secara sendirian, namun ada kalanya tidak menemui apa-apa. Tetapi kebanyakan orang termasuk dari luar akan menemui sesuatu terutamanya manik dan batu permata," katanya, di sini semalam.

Syed Abdul Hafis bersama penduduk setempat percaya masih banyak lagi harta yang tertanam di bukit berkenaan kerana sebelum pembangunan berlaku, terdapat pintu gua yang kecil, tetapi tertimbus sedikit demi sedikit.

Katanya, dia juga pernah menggunakan alat pengesan logam di kawasan berkenaan khususnya di kawasan kubur lama dan bacaan diterima menunjukkan terdapat logam yang tertanam di sekitar lokasi terbabit.

"Disebabkan ia kubur, kami penduduk sekitar tidak mengoreknya kerana tahu ia salah... dan kami mengharapkan agar kerajaan negeri dapat melakukan sesuatu untuk membongkar antara khazanah berharga di Batu Pahat ini.

"Kami juga difahamkan gelaran Bandar Penggaram yang diberikan kepada Batu pahat ini berasal dari sekitar 'pulau' ini juga yang mana namanya ialah Pangkal Jeram sebelum kemudiannya menjadi Penggaram," katanya.

Dia bersama penduduk berharap 'pulau' dan khazanahnya dibongkar untuk dipelihara oleh kerajaan sebagai tarikan sejarah.

"Penduduk asal di Bukit Jeragan juga diharapkan tidak dipindahkan di mana kini terdapatnya satu rumah yang diwarisi turun-temurun," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Ibrahim Johari, 75, berkata, kawasan Bukit Jeragan berkenaan memang tidak putus-putus dikunjungi orang ramai.

Katanya, dia yang merupakan antara penduduk asal di situ, mendengar sejarah secara lisan daripada datuknya yang menyatakan Bukit Jeragan berkenaan merupakan pelabuhan yang sibuk dan dikunjungi pedagang dari China, India, Arab dan juga Eropah

"Selain tempat berdagang, atuk juga ada memberitahu ia juga dijadikan tempat berehat oleh Orang Besar di Nusantara, termasuklah para sultan serta keturunan diraja, selain terdapatnya pintu gerbang seperti A Farmosa, di Melaka.

"Saya juga pernah bermimpi yang memberitahu di Bukit Jeragan yang turut dikenali sebagai Pulau Kundur ini mempunyai harta yang tertanam di bawahnya dan mempunyai gua untuk menyimpan harta berkenaan," katanya.

Sementara itu Ismail Bawi, 54, berkata, semasa kecil dia sering terjumpa ketulan logam berbentuk bulat seperti duit syiling, tetapi tidak menyimpannya kerana tidak mengetahui nilainya ketika itu.

"Pernah juga saya terjumpa patung angsa berwarna keemasan tetapi takut untuk mengambilnya dan apabila saya datang sekali lagi untuk mengambilnya bersama rakan, ianya telah tiada.

"Atuk saya juga pernah bercerita kepada saya yang bukit berkenaan agak sibuk satu ketika dahulu, namun kebanyakan kemudahan di situ musnah ketika tentera Jepun menyerang negara ini," katanya.

Awie (Wings) Tak Akan Dedah Kes Rumah Tangga

Posted: 10 Jun 2014 08:00 PM PDT


Awie dilantik menjadi jurucakap kepada produk Longjack.
AMPANG: Penyanyi rock Awie (Wings) tidak akan mendedahkan sebarang masalah rumah tangganya kepada umum meskipun ia menjadi satu kontroversi yang ingin diketahui ramai.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46,  berkata, sekiranya dia berbuat demikian, ia sedikit sebanyak akan menggugat rumah tangganya tanpa sedar.

"Bagi saya hal rumah tangga tak perlulah nak diceritakan kepada umum. Tak kisahlah sama ada ia kontroversi atau tidak, cerita-cerita suami-isteri tidak perlu didedahkan," katanya.

Awie ditemui pada majlis pengumuman penyanyi itu sebagai duta produk kesihatan LongJack di Bora Ombak di sini pada petang Selasa.

Awie sebelum ini dikatakan memukul isterinya, Rozana Misbun,35, di sebuah bank di Ampang sehingga menimbulkan kekecohan.
Awie bersama produk Longjack.

Bagaimanapun Awie enggan memberi komen tentang khabar angin tersebut dan menganggap masalah rumah tangganya tidak perlu diceritakan.

Sementara itu, bercerita mengenai pelantikannya sebagai jurucakap produk LongJack, Awie yang sebelum ini tidak pernah mencuba sebarang produk kesihatan tradisional berkata, dia mula mempercayai produk tersebut sejak dua bulan lalu.

"Dulu saya bukan seorang pengamal ubat-ubatan kampung mahupun makanan tambahan lain tetapi selepas ditawarkan untuk menjadi duta produk, saya mahu mencuba dahulu sebelum menandatangani kontrak.

"Tak sangka pula produk tersebut memberikan saya tenaga agar tidak lesu dan sentiasa aktif melakukan apa-apa saja perkara," ujarnya.

Awie akan bertindak mempromosikan rangkaian produk LongJack seperti Kapsul LongJack Plus, Kopi LongJack 5+1, Jus LongJack dan LongJack Tropical yang mana barangan itu menggunakan ekstrak Tongkat Ali sebagai bahan utamanya.

Forum Hiburan Cetuskan Sengketa Azlee Khairi & Zara Zya

Posted: 10 Jun 2014 07:59 PM PDT


Azlee berharap isu dia bersengketa dengan Zara tidak akan berbangkit lagi.
PETALING JAYA: Pelakon Azlee Khairi menyifatkan gosip kononnya dia bersengketa dengan aktres Zara Zya masih menjadi buah mulut orang disebabkan hal berkenaan masih menjadi topik perbincangan di laman-laman sosial.

Azlee atau nama sebenarnya Azlee Khairi Zulah Hanee, 25, berkata, dia tidak faham motif individu di satu laman forum memanaskan isu tersebut memandangkan dia dan Zara tidak pernah bergaduh sebelum ini.

"Walaupun saya pernah bercakap tentang perkara ini, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya dan Zara tidak pernah bergaduh, menarik muka atau tidak berpuas hati antara satu sama lain.

"Saya tidak faham mengapa isu ini masih lagi berbangkit. Saya lihat, ini semua bermula daripada sebuah forum yang tidak sudah-sudah mahu mencari kesilapan untuk melihat kami  bersengketa," katanya dalam satu mesej kepada mStar Online.
Azlee Khairi mula popular selepas membintangi drama bersiri Love You Mr Arrogant.   

Sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu melaporkan Zara masih lagi bermusuhan dengan Azlee yang digandingkan menerusi drama Love You Mr Arrogant,   walaupun kedua-dua sudah menafikan dakwaan tersebut.

Malah, laporan itu turut menyatakan sehingga kini Zara suka menjaja cerita buruk Azlee sehingga ada pihak menyatakan dia seorang wanita yang bermulut jahat dan celupar.

Sementara itu, Azlee memberitahu, khabar angin itu bagaimanapun tidak pernah menjejaskan persahabatannya dengan Zara kerana mereka masih lagi baik seperti sebelum ini.

Malah, Azlee juga tidak menolak sekiranya ada pihak penerbit yang mahu mereka digandingkan bersama lagi pada masa hadapan.

"Kami masih berkawan dan tiada sebarang masalah pun. Malah kami boleh bekerjasama lagi pada masa akan datang. Hanya orang di luar sana yang tidak ada kerja cuba mencipta sengketa antara kami," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Azlee kini sedang menjalani penggambaran mengendalikan sebuah rancangan terbitan RTM iaitu Kuasa Pengguna yang akan disiarkan pada Ogos atau September depan.

Pengarah Drama Kesal Dihina Kerana Seekor Beruk

Posted: 10 Jun 2014 07:58 PM PDT


Pengarah Shuhaimi Lua (tiga dari kanan) ketika mengarahkan Beruk Tok Ayah.
PETALING JAYA: Bunyinya seperti lucu tetapi itulah hakikatnya apabila seorang pengarah drama ditertawakan dan dihina gara-gara menerima tawaran mengarah sebuah telefilem yang dilakonkan seekor beruk.

Pengarah berkenaan Shuhaimi Lua Abdullah, 39, berkata, dia rasa terhina apabila pihak berkenaan sanggup memperkecilkan bakatnya selepas dia mendapat tawaran mengarahkan telefilem bejudul Beruk Tok Ayah.
"Ada orang mentertawakan bakat saya selepas saya mengambil peluang mengarah drama yang mana beruk adalah 'pelakon' utamanya," jelas Shuhaimi kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

mStar Default Image
Zamarul Hisham dan Intan Ladyana dalam Beruk Tok Ayah.

Drama Beruk Tok Ayah ayah bakal menemui penonton menerusi slot Cerekarama di TV3 pada Sabtu ini pukul 10 malam sempena sambutan Hari Bapa.

Ia membariskan pelakon Zamarul Hisham, Wan Hanafi Su, Syafie Naswip, Intan Ladyana dan Keena (Mentor).

Penggambaran drama ini dilakukan di Kota Bharu, Kelantan manakala skripnya ditulis oleh MF Kencana.

shuhaimi lua
Shuhaimi Lua Abdullah

Jelas Suhaimi, bukan mudah untuk dia mengarahkan sebuah drama yang dilakonkan oleh haiwan yang tidak terlatih seperti seekor beruk kerana ia memerlukan kesabaran yang tinggi.

Malah katanya, adegan yang dikehendaki dalam skrip iaitu beruk berkenaan perlu mengambil tisu untuk diberikan kepada tuannya yang sedang menangis terpaksa ditiadakan kerana haiwan berkenaan tidak boleh berbuat demikian walaupun telah diajar.

Kata Shuhaimi, dia terpaksa menggunakan kreativiti lain bagi membolehkan watak beruk yang bernama Comel itu benar-benar hidup agar drama berkenaan mencapai sasarannya.

"Kepada sesiapa yang nak ketawakan saya tu, cubalah arahkan drama atau filem melibatkan haiwan. Ia bukan perkara mudah. Jadi, ketawalah pada diri sendiri dahulu," katanya.

Dalam pada itu Shuhaimi berkata, dia percaya ada pihak yang cemburu dengan peluangnya itu apatahlagi karya berkenaan mendapat slot untuk tayangan pada waktu perdana di TV3.

Beruk Tok Ayah mengisahkan pengorbanan seorang bapa bernama Tok Ayah (lakonan Wan Hanafi Su) yang hidup kesunyian selepas kematian isteri.
Bagi mengubat kesunyiannya, seekor beruk bernama Comel dijadikan peneman dan sumber rezeki untuk memetik buah kelapa.

Tok Ayah dimusuhi oleh anak sendiri iaitu Hisham (Zamarul Hisham) yang mengangap beruk berkenaan membawa sial kerana menjadi punca kematian ibunya.

Tauke (Jambu) Tak Niat Tunjuk Kaya Kerana Kasut

Posted: 10 Jun 2014 07:56 PM PDT


PETALING JAYA: Pelawak Tauke (Jambu) tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk kepada pengikut laman sosial Instagram miliknya apabila dia memuat naik fotonya menggayakan kasut yang dibelinya daripada pereka terkenal Giuseppe Zanotti.

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria bagaimanapun terkejut apabila resit harga kasut berkenaan didedahkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab memandangkan dia tidak memuat naik foto resit yang mencatatkan harga kasut berkenaan di laman sosial tersebut.

"Memang saya ada memuat naik foto bergaya dengan kasut baru. Tetapi saya tidak memaparkan resitnya sekali. Rasa pelik bila ada yang mengatakan saya tunjuk resitnya juga di Instagram.

"Sebaliknya resit itu saya sekadar tunjukkan kepada rakan-rakan di group chat  aplikasi WhatsApp. Tak sangka pula ada di antara mereka sengaja mendedahkan resit tersebut kepada umum," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Selasa.
Foto Tauke memakai kasut baharunya dan resip yang diperkatakan.

Sebuah portal melaporkan pengikut-pengikut Instagram Tauke meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia memuat naik foto kasut terbaharunya beserta resit yang mencatatkan harga kasut tersebut RM6,390 di Instagram.

Pada resit tersebut, ia turut tertera nama penuh Tauke. Ada pengikut yang memberi komen pelawak itu bersikap riak apabila dengan sengaja mahu menunjuk-nunjuk kemewahannya di laman sosial tersebut.

Sementara itu, Tauke mengakui sejak akhir-akhir ini dia sanggup menghabiskan duitnya bagi membeli kasut mahupun pakaian rekaan terbaharu daripada beberapa jenama yang diminati.

mStar Default Image
Inilah kasut yang dibeli Tauke dan menjadi isu.

"Saya sanggup berhabis wang untuk benda yang saya minat. Dan sejak akhir-akhir ini saya mula belajar mengenai penjagaan penampilan diri dengan rekaan fesyen-fesyen terbaru.

"Apa salahnya jika kita mahu ubah penampilan bukan? Bagaimanapun saya tidak berkecil hati sekiranya orang mengata saya," ujarnya.

Malaysia Mula Dilanda Suhu Panas

Posted: 10 Jun 2014 07:49 PM PDT


Jurujual, Nazatul Akma menikmati aiskrim ketika cuaca panas di luar KLCC. 
PETALING JAYA: Fenomena suhu panas yang berlaku sejak kebelakangan ini merupakan gambaran awal mengenai keadaan cuaca yang akan dirasai untuk beberapa bulan akan datang.

Walaupun dijangkakan terdapat hujan dan ribut petir untuk tempoh tiga bulan akan datang, Jabatan Meteorologi berkata suhu purata boleh mencecah sehingga 36°C.

Pada Ahad dikatakan stesen meteorologi di Felda Belera, Terengganu, and Daro, Sarawak, merekodkan bacaan suhu sehingga 37°C.

Selain suhu panas dan cuaca kering, lebih banyak kebakaran hutan dijangka berlaku pada masa akan datang.

Jabatan itu berkata Malaysia kini memasuki musim monsun barat daya dan di negara ini akan mengalami suhu purata maksimum sehingga 33.1°C setiap hari sehingga September.

"Kami menjangka untuk melihat lebih banyak hari tanpa hujan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Walaupun dalam suhu panas, jabatan itu berkata masih terdapat hujan lebat dijangka akan berlaku di kawasan pedalaman di barat Semenanjung Malaysia dan di Sabah dan Sarawak.

Di bahagian tengah dan utara semenanjung dijangka mencatat purata suhu harian tertinggi antara 33°C dan 34°C dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Mengenai keadaan jerubu tebal yang dijangka berlaku, jabatan itu berkata ia akan membahayakan kesihatan dan memberi kesan kepada sektor pertanian, penerbangan dan pelancongan.

Penipuan Internet: Peniaga Jangan Sampai Ditipu Pembeli

Posted: 10 Jun 2014 07:47 PM PDT


PETALING JAYA: Kes penipuan di internet bagai tiada penghujungnya apabila kumpulan-kumpulan penipu terus menyasarkan laman-laman popular jualan barangan dalam talian untuk mencari mangsa.
Jika sebelum ini penjual sering dikaitkan sebagai penipu, namun trend itu telah bertukar apabila pembeli pula dikesan menipu di laman web jualan barangan dalam talian.
Penyangak dalam talian ini dilihat semakin berani apabila mereka menggunakan pendekatan yang lebih mesra, iaitu berurusan secara langsung dengan peniaga melalui telefon, menjadikan peniaga yang diumpan lebih yakin dengan mereka.
Modus operandinya cukup mudah iaitu dengan menghubungi mana-mana individu yang mengiklankan barangan yang ingin dijual dalam talian dan berpura-pura menjadi pembeli yang kononnya sangat berminat dengan barangan yang diiklankan.
Bagi memastikan mangsa lebih cepat masuk ke perangkap yang dipasang, penyangak tersebut sanggup menawarkan bayaran yang lebih tinggi daripada harga asal.
Seorang pengiklan yang enggan dikenali berkata, dia terkejut apabila dihubungi seorang 'pembeli segera' selepas tidak sampai lima minit mengiklankan kamera yang ingin dijualnya di sebuah laman jualan barang popular di negara ini.
"Tidak sampai lima minit, seseorang kononnya dari UK (United Kingdom) menghubungi saya melalui 'WatsApp' menyatakan minat untuk membeli kamera yang saya iklankan. Katanya dia mahu menghadiahkan kamera itu untuk sepupunya di Amerika Syarikat.
"Saya macam terpukau...ikutkan hati memang saya nak jual sangat kamera tu, tapi atas nasihat kawan-kawan, saya tidak segera menjualnya.
"Dia di UK dan nak belikan untuk sepupu di AS. Itu sudah membuatkan saya curiga. Kenapa mahu beli dari Malaysia?
"Lagipun dia tak banyak bertanya tentang kamera saya, tetapi terus mahu beli siap tawar untuk tambah RM300 untuk bayar 'Poslaju' ke AS. Bagaimana pula dia tahu tentang Poslaju?," katanya kepada mStar Online baru-baru ini.
Antara salinan perbualan mangsa dengan individu yang didakwa cuba menipu untuk membeli sebuah kamera.

Lebih membuatkan penjual kamera itu bimbang apabila pembeli berkenaan seolah-olah tergesa-gesa meminta maklumat tentang dirinya seperti nama penuh, nombor akaun bank dan butiran lain.

Seorang lagi mangsa yang pernah ditipu empat tahun lalu terkejut apabila taktik penipuan itu semakin berjaya memperdaya penjual barangan dalam talian.

Katanya, dia mengalami kerugian kira-kira RM2,000 gara-gara ditipu individu yang kononnya mahu membeli barang untuk sepupunya di Nigeria.

"Dia beritahu sudah masukkan duit ke dalam bank tetapi duit ditahan oleh pihak bank yang mahukan resit penghantaran item sebagai bukti. Saya percaya kerana memang saya terima emel yang dihantar oleh bank kepada saya.

"Jadi saya pergi pos barang yang saya jual, tetapi sekali lagi dia minta bayaran RM1,000 dengan alasan tertentu. Akibatnya saya kerugian lebih kurang RM2,000 berserta barang saya," katanya sambil mengakui bertindak terburu-buru ketika itu.

Seorang lelaki yang deknali sebagai Hasan pula nyaris menjadi mangsa penipuan apabila kereta yang diiklankan di internet untuk dijual mendapat pembeli dari luar negara yang sanggup membayar dengan harga lebih tinggi.

"Kami berurus niaga guna Paypal. Saya bernasib baik sebab apabila saya pergi bank untuk kesan nombor paypal itu mendapati ia merupakan maklumat palsu dan tidak wujud dalam sistem syarikat berkenaan," katanya.

Mengulas mengenai perkara ini, Penolong Pengarah Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Asisten Komisioner Kamaruddin Md Din berkata, selain pembeli terdapat banyak laporan penipuan daripada penjual.

Katanya, siasatan mendapati kebanyakan mereka sebenarnya hanya mahu mendapatkan maklumat untuk menipu peniaga atau pihak ketiga dengan
teknik 'phishing'.

"Saya menasihatkan orang ramai yang sering menjalankan urusniaga jualan di internet supaya berhati-hati dengan sesiapa sahaja, sama ada peniaga atau pembeli yang mencurigakan.

"Seboleh-bolehnya bayaran biarlah dibuat secara COD (cash on delivery)," katanya.

Pengerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia Reihana Abd Razak berkata, dalam kes peniaga yang ditipu pembeli, mereka perlu membuat tuntutan di Mahkamah Sivil.

"Jika mereka datang kepada kita, pihak tribunal nasihatkan mangsa supaya memfailkan tuntutan mereka di Mahkamah Sivil.

"Itulah satu-satunya saluran yang boleh digunakan peniaga yang mendakwa mereka ditipu," katanya.

CEO Papar Komedi Ringan Bersahaja

Posted: 10 Jun 2014 07:43 PM PDT

FILEM: CEO

PELAKON: Remy Ishak, Beto Kusyairy, Cristina Suzanne, Anas Ridzuan, Deanna Yusof, Datuk Jalaluddin Hassan, Mustaqim Mohamed Zaki, Naque Ariffin, Kirin Muhammad & Aloy.

PENGARAH: Razaisyam Rashid

GENRE: Komedi

DURASI: 1 jam 48 minit

TARIKH TAYANGAN: 12 Jun 2014



FILEM berjudul CEO merupakan karya komedi ringan dan bersahaja sentuhan pengarah baharu, Razaisyam Rashid  mempunyai keistimewaan tersendiri.
Filem ini dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Remy Ishak, Beto Khusyairi, Cristina Suzanne dan Deana Yusof pastinya sesuai untuk tontonan seisi keluarga terutamanya pada musim cuti sekolah ini.

Penulis memuji keseluruhan jalan ceritanya kerana ia berjaya digarap dengan baik oleh pengarah, malah komedi yang dilakonlan oleh pelakon-pelakon berjaya disampaikan secara semula jadi.

Tajuk CEO yang digunakan ini menjadi risiko kepada penerbit apabila ia seperti mengambarkan keseluruhan cerita sebagai sebuah naskhah yang sarat dengan elemen perniagaan dan korporat.

Walhal ia hanya komedi ringan tanpa perlu penonton berfikir untuk menjangkakan jalan cerita keseluruhannya.

CEO yang merupakan filem pertama terbitan Arafilm ini mengisahkan kehidupan dua lelaki iaitu Adam (Remy Ishak) dan Sufian (Beto Kusyairi) yang berlainan latar belakang pekerjaan dan status hidup. 

Salah satu babak antara Beto dan Cristina Suzanne.
Adam merupakan seorang ketua pegawai eksekutif muda yang berjaya dan sangat komited dengan kerja. 

Status kehidupan berjawatan tinggi dan kaya-raya yang dimiliki Adam membuatkannya sentiasa yakin bahawa tiada siapa mampu menandinginya.

Manakala Sufian hanya budak penghantar piza yang bersikap ambil mudah dan tidak memikirkan tentang hidup kerana aturan hidupnya. 

Suatu kejadian berlaku yang merubah nasib kedua-dua jejaka ini. Adam dan Sufian secara tiba-tiba terperangkap dalam dua dunia berbeza tanpa diketahui puncanya.

Adam terkait dalam kes pecah amanah menyebabkan dia dipecat serta kemewahannya ditarik secara mendadak termasuk karier, status dan tunangannya.

Sementara Sufian diberikan jawatan tertinggi di syarikat serta kemewahan yang tidak pernah diimpikannya dari segi rumah, pakaian dan kedudukan.

Plot cerita yang dipaparkan mudah dan tidak memaksa penonton terlalu banyak berteka-teki kerana pengakhiran cerita ini sudah boleh dijangka pada setengah jam bermulanya cerita.

Daripada segi perkembangan watak, dapat dilihat perubahan watak utama seperti Remy Ishak dan Beto Khusyairi apabila mereka bertukar tempat daripada seorang yang kaya kepada miskin, begitu juga sebaliknya.


Deana Yusof turut berlakon dalam filem CEO.
Lakonan Remy Ishak  tidak perlu dipertikaikan lagi kerana sememangnya dia akan menjadi punca pertama orang ramai ke panggung.

Biarpun bukan seorang pelawak, namun Remy membuktikan watak serius yang dilakonkannya mampu menggegarkan panggung dengan dialog yang kelakar.

Dia berjaya memainkan emosi marah, sedih, geram dan gembira sehingga dapat dirasai sendiri oleh penonton.

Sementara Beto Khusyairi tidak mahu kalah dengan watak bersahajanya juga mampu membuatkan penonton tergelak dan menanti kemunculannya sehingga tamat.
Naskhah yang menghiburkan ini jika diteliti sebenarnya sarat dengan mesej yang menyentuh tentang kehidupan masyarakat kita pada hari ini.
Bagi penonton yang rindukan cerita Melayu genre komedi dan santai, CEO pastinya memberi kepuasan kepada anda.

Awie Tuntut Bukti Kes Pukul Isteri Di Sebuah Bank

Posted: 10 Jun 2014 07:39 PM PDT


Awie (Wings)
AMPANG: Penyanyi rock Awie (Wings) yang dikatakan telah memukul isterinya, Rozana Misbun dalam satu kejadian di sebuah bank hanya akan memberi penjelasan berhubung tuduhan itu sekiranya ada bukti dia berbuat demikian.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, berkata, dia menyifatkan dakwaan  tersebut sebagai fitnah terhadapnya.

"Saya tak mahu komen tentang perkara ini. Kalau betul saya penyanyi rock yang dikatakan telah pukul isteri, buktikan dahulu.

"Apabila ada bukti, baru saya akan jelaskan. Ini masalah rumah tangga saya dan saya tidak mahu cerita tentang perkara ini.

"Buat masa sekarang saya anggap perkara ini adalah fitnah," katanya.

Penyanyi ini ditemui pada majlis pelancaran Awie sebagai duta produk kesihatan LongJack di Bora Ombak di sini pada petang Selasa.

Pada Sabtu lalu, sebuah akhbar tempatan melaporkan seorang penyanyi rock popular dan terkenal telah memukul isterinya di khalayak ramai di sebuah bank di Ampang di sini.

awie
Awie

Tindakan penyanyi itu mengejutkan kakitangan dan pelanggan bank berkenaan sehingga menimbulkan kekecohan.

Isteri penyanyi rock itu dikatakan telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu negara kerana kesakitan akibat ditampar dan dipukul suaminya.

Difahamkan kekecohan itu berlaku apabila penyanyi rock yang dimaksudkan meminta isterinya membuat pengeluaran wang di bank berkenaan.

Sementara itu, tambah Awie, laporan tersebut tidak ditujukan kepada dia dan mungkin ia ditujukan kepada penyanyi rock Malaysia yang lain.

"Laporan itu tak cakap pun penyanyi itu adalah saya jadi tak perlulah nak besarkan isu ini.

"Apa yang saya mahu katakan di sini, sebagai manusia kita tidak lepas melakukan kesilapan," ujarnya.

Nora Danish Artis Paling Top Di Instagram

Posted: 10 Jun 2014 06:25 AM PDT


nora danish A
Nora Danish
PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish meraih populariti luar biasa di laman sosial Instagram kerana menjadi artis paling ramai pengaruh apabila mempunyai pengikut tertinggi iaitu seramai 828,000 orang.

Pemantauan rambang mStar Online pada Isnin sehingga pukul 4 petang mencatatkan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza menduduki tempat kedua dengan memperoleh 622,000 pengikut.

Pelakon Lisa Surihani pula mempunyai 601,000 pengikut yang melayakkannya menduduki tempat ketiga.

Satu-satunya pelakon lelaki yang tersenarai antara lima teratas ialah pelawak Zizan Razak yang mempunyai pengikut seramai 589,000 orang.

Manakala tempat kelima diikuti oleh kekasih Zizan iaitu Emma Maembong dengan 588,000 pengikut.

Tidak menjadi halangan bagi Nora untuk berkongsi dengan peminat gambar-gambarnya bersama Nedim Nazri.


Berdasarkan tiga artis yang tersenarai pilihan tertinggi, Nora banyak memuatkan gambar-gambar aktiviti hariannya termasuklah ketika penggambaran dan juga semasa melancong ke luar negara.

Dia juga tidak menyembunyikan hubungannya dengan Nedim Nazri iaitu anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz apabila turut memuat naik gambar mereka bersama.

Secara purata, setiap gambar yang dimuat naik Nora itu mendapat jumlah like daripada 15,000 hingga 30,000 orang.

Jumlah status (posts) yang dikongsi Nora setakat ini ialah sebanyak 5,563.

Siti Nurhaliza pula banyak mengabadikan aktiviti harian dengan memuat naik rakaman video ketika membuat persembahan, rakaman di studio, aktiviti riadah dan juga ketika di dapur.

Malah Siti turut berkongsi cerita masakannya dengan peminat dan juga makanan yang dipilih ketika sarapan.

Secara purata Siti mendapat lebih 15,000 like dan setakat ini telah memuat naik sebanyak 2,388 status.

Selfie antara Yusry dan Lisa Surihani.


Lisa Surihani pula menggunakan medium laman sosial itu dengan memuat naik pelbagai jenis gambar termasuklah pemandangan, aktiviti percutian bersama suami,   dan juga gambar bersama rakan-rakan artis.

Tidak ketinggalan gambar di set penggambaran untuk dikongsi dengan peminat.

Lisa turut mengunakan Instagram miliknya dengan memasukkan rakaman video aktiviti-aktiviti terpilih.

Lisa berjaya mendapat jumlah like teritinggi melebihi 55,000 menerusi rakaman videonya. Pelakon ini telah memuat naik staus sebanyak 2,718.

Bagaimanapun jika dibuat perbandingan menerusi laman Twitter pula, Lisa antara artis paling popular dengan meraih 2.1 juta pengikut, Siti Nurhaliza (1.4 juta) dan Nora Danish (1.2 juta).

Berikut ini 15 senarai artis paling ramai pengikut di Instagram.

1. Nora Danish – 828,000

2. Datuk Siti Nurhaliza – 622,000

3. Lisa Surihani – 601,000

4. Zizan Razak – 589,000

5. Emma Maembong – 588,000

6. Shila Amzah – 558,000

7. Scha Al-Yahya – 525,000

8. Fazura – 500,000

9. Elfira Loy – 493,094

10. Fasha Sandha – 438,000

11. Aaron Aziz – 419,000

12. Neelofa – 409,000

13. Nelydia Senrose – 403,000

14. Erra Fazira – 364,000

15. Nabila Huda – 357,000

Abby Abadi Akhirnya Pasrah Tiada Harapan Rujuk

Posted: 10 Jun 2014 06:21 AM PDT


Saat bahagia Abby dan Farhan.
PETALING JAYA: Hasrat pelakon Abby Abadi yang masih menanti sinar agar dia dan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24,  kembali rujuk terpaksa melupakan impian itu kerana ia tidak mungkin menjadi kenyataan.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, dalam status terbaharu Instagram miliknya berkata, sekiranya perkara itu terjadi, ia merupakan satu keajaiban kepadanya.

"Apa yang boleh saya katakan kalau berbaik memang 'keajaiban' berlaku. Jika sebaliknya, Allah lebih mengetahui apa yang diatur untuk saya. Saya reda," ujarnya dalam kapsyen status berkenaan.

Menerusi Instagram itu Abby turut memuat naik gambar lukisan anak keduanya iaitu Marissa Dania Hakim, 9, yang menggambarkan hubungan cinta ibunya dengan Muhammad Noor Farhan dahulu dan terkini.
Lakaran yang dibuat oleh anak Abby iaitu Marissa Dania Hakim

Sebelum ini Abby turut memuat naik rakamkan video anak-anaknya yang menuntut agar Muhammad Noor Farhan yang dipanggil Abi agar pulang ke rumah.

Dalam pada itu Abby berkata, Dania ada memberitahu bermimpikan bapa tirinya.

Sebaliknya Abby berkata, dia dapat rasakan Farhan lebih bahagia di luar sana dan dia tidak meletakkan apa-apa harapan lagi terhadap rumah tangga mereka.
Abby juga turut mengulas lukisan yang dimuat naik dalam Instagramnya itu adalah hasil tulisan tangan anaknya dan bukan dia yang berbuat demikian untuk meraih simpati terhadap pemuda itu.
Malah Abby turut menjelaskan, perkahwinannya dengan Farhan  bukanlah paksaan mana-mana pihak sebaliknya atas kehendak mereka berdua.

"Benda ni baru sangat takkan saya takde perasaan boleh lupa terus sekelip mata. Saya reda, tiada jodoh itu kuasa Dia. Saya tak pertikai pun," ujarnya membalas komen pengikut laman sosialnya itu.

Terdahulu Muhammad Noor Farhan dilaporkan telah melakukan dua kali lafaz cerai terhadap Abby termasuklah salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.

Abby dan Muhammad Noor Farhan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 29 Mei lalu bagi mendengar permohonan lafaz cerai.


Sehubungan itu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menetapkan 11 Jun (esok) bagi mendengar permohonan lafaz cerai kali pertama pemuda berkenaan ketika pelakon itu hadir bagi melaporkan lafaz cerai yang dibuat kali kedua.

Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. Mereka bernikah di Selatan Thailand.

Ia merupakan perkahwinan pertama bagi Muhammad Noor Farhan dan kedua bagi Abby.

Sebelum ini Abby pernah bernikah denagn pelakon Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 11, Marissa Dania Hakim, 9, dan Maria Danisha Hakim yang berusia enam tahun.

Gosip Suami Curang Burukkan Reputasi Ayu Raudah & Zaquan

Posted: 10 Jun 2014 06:20 AM PDT


Ayu Raudhah (kanan) menganggap ada pihak cuba merosakkan rumah tangganya bersama Zaquan Adha.
PETALING JAYA: Pelakon Ayu Raudhah berkata, gosip suaminya, Zaquan Adha bermain kayu tiga selepas satu paparan skrin perbualan cinta tersebar telah memburukkan reputasi mereka sebagai suami-isteri.

Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan, 30, berkata, dia juga sedih apabila ada pihak menghinanya menerusi laman Instagram mempersendakan kontroversi yang berlaku.

"Di Instagram milik saya,  ada orang memberi komen yang antaranya seperti, 'kesian, muka cantik pun suami cari lain'.

"Gosip ini sedikit sebanyak memburukkan reputasi kami. Mujurlah saya seorang yang berfikiran waras dan tidak terburu-buru apabila mendapat tahu gosip ini," katanya kepada mStar Online.

Terdahulu satu paparan skrin perbualan seorang wanita dengan Zaquan Adha, 26, menerusi mesej aplikasi sosial WeChat telah tersebar yang menimbulkan persoalan adakah pelain bola sepak pasukan JDT, Johor itu bermain kayu tiga?

Turut tersebar ialah paparan skrin video perbualan telefon mereka.
Ayu Raudhah manis bertudung.

Semakan mStar Online pula menerusi akaun WeChat atas nama Zaqone pada Isnin mendapati akaun berkenaan tidak lagi wujud.

Dalam pada itu tambah Ayu, akaun berkenaan dimiliki oleh orang lain yang menggunakan identiti suaminya.

Katanya, selepas dikhabarkan mengenai gosip itu, dia telah membuat semakan dan ternyata akaun sosial berkenaan adalah palsu.

"Selepas membaca gosip dan screenshotkononnya suami berbual cinta dengan seorang wanita di WeChat, saya dapati ia buka akaun milik suami," katanya.

Jelas Ayu, apa yang berlaku itu adalah salah satu usaha pihak-pihak tertentu yang yang sengaja mahu mencetuskan pergaduhan diantara dia dan suami.

Sementara itu Ayu tidak menafikan mengenai panggilan video tersebut  Zaquan telah dihubungi oleh  seorang wanita yang tidak dikenali.

"Mungkin wanita itu melakukan screenshot ketika membuat panggilan berkenaan. Atas dasar apa? Saya tak pasti dan tidak tahu apakah tujuan wanita itu melakukan demikian," ujarnya.

Ayu dan Zaquan atau nama sebenarnya Zaquan Adha Abdul Radzak bernikah pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser yang kini berusia setahun dan Muhammad Aisy Aryann yang lahir pada 2 Mei lepas.

DJ Fuzz Tanggung Risiko Ambil Empat Artis Baharu

Posted: 10 Jun 2014 06:17 AM PDT


DJ Fuzz
DJ Fuzz (tengah) bersama empat artis baharu di bawah naungan syarikatnya.
PETALING JAYA: Komposer DJ Fuzz mengakui berani mengambil risiko membawa empat penyanyi baharu iaitu Waris, Mark Adam, Juzzthin dan Karmal  sebagai artis naungannya di bawah label Mixology Music.

Fuzz atau nama sebenarnya Farzwa De Attaher Emir Farit Emir berkata, dia yakin setiap empat artis naungannya itu mempunyai aura yang tersendiri dalam menarik perhatian peminat-peminat muzik tempatan.

"Seperti Waris dan Mark Adam, orang dah kenal menerusi lagu-lagu popular mereka.

"Manakala Juzzthin dan Karmal pula masih baru. Ketika mereka mengadakan persembahan di gig, saya nampak kedua-dua mereka berjaya menarik perhatian penonton tanpa perlu memiliki wajah yang kacak.

Darren (kiri) menyampaikan replika kepada DJ Fuzz sebagai penghargaan atas penghasilan album Mixology yang diedarkan oleh Warner Music.


"Cukup mempunyai aura dan persanoliti yang menarik," katanya.

Fuzz ditemui pada majlis pelancaran album kompilasi artis-artis naungannya This Is Mixology Music di pejabat Warner Music Malaysia di sini pada Isnin.

Hadir sama Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Darren Choy.

Menerusi album tersebut, sebanyak 16 buah lagu  dimuatkan seperti Rembau Most Wanted, Pencuri, Botingkek, Can't See Me dan Sunset Boulevard.
Sementara itu Fuzz berkata, dia  gembira dengan perkembangan muzik hip hop kembali menjadi trend di dalam industri muzik tempatan.

"Keadaan itu membuat penggiat muzik hiphop kini mula bergiat aktif menghasilkan pelbagai lagu baharu.

"Menarik lagi zaman ini muzik hip hop bukan menjadi satu genre semata-mata tetapi ia turut digabungkan dengan muzik genre lain seperti pop, balada dan rock dalam menghasilkan sesebuah lagu," ujarnya.

Karl Shafek Hasilkan Jenama Pakaian Neonate

Posted: 10 Jun 2014 06:15 AM PDT


Karl Shafek menggayakan pakaian jenama terbaharu miliknya, Neonate.
PETALING JAYA: Pelakon Karl Shafek berasa sudah tiba masanya dia memperluaskan kerjayanya dalam bidang perniagaan dengan tampil memperkenalkan jenama pakaian sendiri iaitu Neonate Clothing.

Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim, 34, berkata, idea itu muncul selepas dia melihat kecenderungan masyarakat kini terutamanya golongan muda yang mula menerokai fesyen harian.

"Idea Neonate tercetus apabila saya melihat betapa budaya fesyen high-street itu sentiasa misteri dan berubah-ubah mengikut selera, kecenderungan serta perilaku generasi semasa yang sukar ditafsir.

"Ia membuatkan saya juga boleh meneroka 'misteri' fesyen untuk diaplikasikan pada rekaan baju Neonate," katanya kepada mStar Online.

Tambah Karl, koleksi pertama Neonate telah pun diperkenalkan serentak melalui laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter, serta saluran YouTube pada 26 Mei lalu.

Dalam pada itu, Karl berkata, dia serta kumpulan pereka Neonate akan menghasilkan beberapa koleksi pakaian serta aksesori baharu setiap bulan bermula Jun ini.

"Untuk koleksi pertama yang kami gelarkanCervidae Red & White 1.0, kami menggunakan material kain kapas sepenuhnya dan sangat selesa dipakai.

"Kami juga sudah bersedia untuk mengetengahkan koleksi lengan panjang serta fesyen kanak-kanak selain pelbagai aksesori untuk lelaki serta wanita," ujarnya.

Bagi yang mahu mengetahui perkembangan Neonate layari laman Instagram @neonate_clothing. Buat masa ini, urusan pembelian akan di jalankan melalui e-mel dan penghantaran melalui pos laju pada setiap minggu.

Azad Jazmin & Eira Syazira Jawab Tuduhan Cari Gaduh

Posted: 10 Jun 2014 06:14 AM PDT


Azad nafi dia dan isteri kaki gaduh.
KUALA LUMPUR: Pelakon Azad Jazmin mengakui sikapnya dan isteri iaitu Eira Syazira yang suka berterus terang terhadap sesuatu perkara membuatkan ramai yang tidak menyenangi sikap mereka.

Azad atau nama sebenarnya Azad Jazmin John Louis Jeffri, 38, berkata, mereka lebih senang bersikap sebegitu agar tidak dilihat hipokrit namun sebaliknya pula berlaku apabila ada pihak menyifatkan mereka berdua merupakan pasangan yang suka mencari gaduh.

"Bukannya kami suka bergaduh dengan orang tetapi kami lebih senang bercakap secara terus terang.

"Lagipun kami enggan terlalu mengikut mentaliti orang Malaysia yang enggan mengguris hati orang tetapi mereka cakap belakang pula. Lebih baik kita berterus terang dan cakap sahaja apa yang dirasakan tidak kena," katanya.

Azad ditemui pada majlis pra-tonton filem Suatu Malam Kubur Berasap 2 (SMKB 2) di Berjaya Times Square di sini pada Ahad. Eira juga turut hadir menemani suaminya pada acara tersebut.

Sebelum ini, Azad pernah terbabit dengan kes bergaduhan dengan seorang lelaki di Pulau Pinang sehingga ia menjadi kes polis. Malah pelakon itu turut dikatakan pernah berkelahi dengan beberapa kru produksi.
Eira Syazira . Foto: Annaseaskey

Pada pertengahan Mei lalu, Eira pula dikatakan telah menampar seorang kru produksi  sewaktu penggambaran sebuah telefile Pulanglah Abah.

Ditanya apakah perkembangan kes tersebut memandangkan ia kini sudah menjadi kes polis kata Eira dia berharap isu tersebut dapat diselesaikan dengan segera.

"Kalau nak diikutkan saya dah tidak mahu menjawab berkaitan perkara ini. Benda ini kecil sebenarnya tetapi menjadi besar. Saya harap ia dapat diselesaikan secepat mungkin.

"Mungkin ada yang menganggap saya sengaja mahu mencari masalah tetapi sesuatu perkara tidak akan berlaku jika ada yang memulakannya dahulu bukan?" soalnya.

Pergaduhan itu berpunca apabila kru tersebut meminta Eira menguatkan suaranya ketika penggambaran kerana tahap audio terlalu rendah di sebuah restoran di Ampang.

Berang dengan teguran itu, Eira kemudiannya dipercayai menampar muka kru produksi tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories