RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Fara Fauzana Terkejut Dituduh Intim Dengan Hairuddin Omar

Posted: 05 Jun 2014 03:47 AM PDT


Fara Fauzana dipilih menjadi duta produk Yakult.
PETALING JAYA:  Penyampai radio dan pengacara Fara Fauzana menepis gosip yang mengaitkan dia kononnya bercinta dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan iaitu Hairuddin Omar, 35, atau Hai-O.

Fara, 34, berkata, dia sendiri terkejut dengan gosip berkenaan kerana secara jujurnya dia tidak pernah mengenali pemain bola sepak tersebut secara peribadi.

"Saya hanya kenal dia sebagai pemain bola sepak kerana saya memang minat sukan itu dan gosip berkenaan sama sekali tidar benar," jelasnya kepada mStar Online.
Fara ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk Yakult di Sri Pentas di sini pada Rabu.

Selain Fara, penyanyi Atai turut dipilih untuk menjadi jurucakap produk berkenaan.

Dalam pada itu, Fara berkata, dia tidak berkecil hati apabila ada pihak cuba mengaitkannya dengan pemain pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu kerana ia adalah lumrah kehidupan bagi seseorang selebriti.
Fara Fauzana terkejut dikaitkan dengan Hairuddin Omar.
Bagaimanapun Fara mengakui dia agak sedih apabila ada pihak yang menyebarkan cerita kononnya dia mengambil keputusan untuk berselendang disebabkan bintang sukan itu. "Saya mula memakai selendang bukan kerana sesiapa tetapi atas kehendak diri sendiri.

"Gosip mengatakan saya berbuat demikian kerana orang lain yang saya sendiri tidak kenal memang membuatkan saya sedih," jelasnya.

Sementara itu, Fara berkata, dia tidak terlalu terganggu apabila peminat mengkritik keputusannya mengenakan tudung dengan cara berselendang terlebih dahulu.

Selain Farah Fauzana, Atai turut dilantik sebagai jurucakap produk Yakult.
Fara berkata, dia tidak terlalu memikirkan apa yang dikatakan oleh orang lain mengenai hal itu  kerana dia lebih mengetahui niat sebenar untuk berbuat demikian.

"Saya seorang yang 'hati kering' dan tidak begitu peduli apa juga kritikan yang dilemparkan kepada saya.

"Paling penting saya tahu niat sebenar saya dan berharap semua pihak dapat mendoakan perkara yang baik-baik tentang saya," pintanya.

Bagaimanapun kata Fara, itu bukan bererti dia seorang yang degil atau tidak boleh menerima kritikan sebaliknya dia turut mengambil kira semua pandangan untuk kebaikan dirinya.

"Saya selalunya akan baca apa juga pandangan sama ada positif atau pun negatif tentang saya di internet dan cuba memperbaiki diri untuk kebaikan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fara berkata, dia bersetuju untuk menjadi jurucakap produk Yakult selepas melihat ibunya pulih daripada mengalami masalah ulser pada bahagian perut selepas mengamalkan minuman berkenaan selama tiga bulan.

Keberkesanan minuman berkenaan membuatkannya yakin ia adalah produk yang bagus untuk diamalkan dan mahu berkongsi dengan orang lain.

"Saya tidak akan terima tawaran jika tidak melihat sendiri kebaikkannya dan Alhamdulillah saya yakin selepas melihat ibu kembali pulih daripada masalah ulser di perut selepas tiga bulan mengamalkan meminum Yakult," katanya.

Rebut Nad Zainal, Azwan Kombos Dedah Hefny Jadi Perampas

Posted: 05 Jun 2014 03:45 AM PDT


srgw
Azwan Kombos akui tawaran berlakon banyak selepas kontroversi putus cinta.
PETALING JAYA: Kisah cinta pelakon Nad Zainal memasuki episod baharu apabila bekas kekasinya iaitu Azman Kombos mendedahkan, pemuda yang dikaitkan dengan wanita itu, Hefny Sahad adalah perampas sehingga menyebabkan mereka berpisah.

Azwan, 29, akhirnya mendedahkan, dia mula mengesyaki sesuatu yang tak kena selepas Nad menunjukkan mesej-mesej mesra yang dihantar oleh pengacara lelaki itu kepadanya sebelum wanita itu mula berubah sikap.

"Sebelum krisis hubungan kami berlaku, Nad ada beritahu saya tentang Hefny ada hantar mesej-mesej seolah-olah nak 'try' (mengurat) dia ketika mereka sama-sama terbabit dalam telefilem Mengintai Syurga Mama, terbitan Zeel Productions.

"Saya sudah nasihatkan Nad supaya jangan layan (Hefny) jika dia tidak suka. Tak sangka pula akhirnya Nad berubah hati dan perkara tersebut menjadi punca hubungan kami berkecai. Pada mulanya saya malas nak kaitkan Hefny sebab tidak mahu dia meraih publisiti kerana kontroversi seperti ini," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Rabu.

Azwan berkata demikian ketika diminta mengulas pengakuan Hefny Sahad terhadap hubungan istimewanya bersama pelakon Nad Zainal dalam rancangan hiburan h live!pada Selasa.

Dalam temuramah tersebut, Hefny menjelaskan bahawa dia dan Nad adalah pasangan kekasih dan dia mula mendekati wanita itu selepas pasangan tersebut putus.

Hefny sahkan kini sedang bercinta dengan Nad Zainal.

Dalam pada itu, jelas Azwan, dia pernah menghubungi Hefny bagi mendapatkan penjelasannya berhubung hal itu namun dia menafikan mempunyai hubungan dengan Nad.

"Saya pernah tanya kepada Nad dan Hefny tentang sejauh manakah hubungan mereka namun kedua-duanya menafikan mempunyai perasaan antara satu sama lain.

"Tetapi bila mereka sudah mengesahkannya, maka tepatlah ramalan dan tekaan saya selama ini iaitu putusnya hubungan saya dengan Nad disebabkan kehadiran orang ketiga," ujarnya.

Sementara itu, Azwan berkata, biarpun masih mempunyai perasaan rindu dan sayang kepada wanita itu, dia terpaksa akur dengan ketentuan dan takdir yang telah ditetapkan kepadanya.

Malah dia mengakui kontroversi putus cinta ini memberi lebih banyak kesan positif apabila dia menerima banyak tawaran berlakon.

"Saya tidak ada apa-apa ingin ucapkan kepada Nad, sebaliknya saya hanya harap dia dapat menjalani hidup baru yang lebih baik selepas ini," katanya.

Zain, Arip & Ben Bakal Berentap Pada Mega Final Kilauan Emas 4

Posted: 05 Jun 2014 03:44 AM PDT


Ben merupakan antara peserta yang layak beraksi di pentas Mega Final Kilauan Emas musim keempat pada 11 Jun ini.
KUALA LUMPUR: Pihak Astro membuat kejutan apabila tiga peserta iaitu Zain, Arip dan Ben diumumkan akan bertanding ke peringkat Mega Final, pertandingan Kilauan Emas musim keempat yang bakal diadakan pada 11 Jun depan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini.

Tiga peserta tersebut bakal bersaing untuk merebut gelaran juara Kilauan Emas musim keempat yang menyediakan hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah kereta Toyota Camry beserta trofi.

Terdahulu pengacara Raja Azura pada malam Rabu turut mengumumkan pemenang tempat keempat iaitu Nordin Yusof yang membawa pulang wang tunai RM15,000, pakej percutian tajaan PNB Ilham Resort dan langganan majalah Midi beserta trofi.

Manakala, Mohammad Nasiruddin atau Nas Menduduki tempat kelima dengan meraih wang tunai RM10,000, pakej percutian tajaan PNB Ilham Resort, langganan majalah Midi dan trofi.
Sementara itu Anugerah Cabaran 30 Hari Nestle Omega Plus dimenangi oleh Nordin. Dia menerima wang tunai RM15,000 dan trofi dan bagi kategori Peserta Teladan dimenangi oleh Raida yang membawa pulang hamper barangan Nestle.

Hadiah disampaikan oleh pengurus saluran Astro Prima, Namanzee Harris dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anuar Salleh.

Markah peserta diadili 70 peratus daripada penilaian juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Ziana Zain, Datuk Hattan dan Erra Fazira, manakala 30 peratus lagi berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.

Lima peserta akhir beraksi selepas lapan minggu bersaing dengan 13 peserta lain untuk merebut ke tempat Mega Final Kilauan Emas 4 minggu hadapan.

Pada peringkat akhir ini menyaksikan para peserta  diuji dengan tema yang lebih mencabar pada segmen pertama iaitu lagu bebas dan sebuah lagu baharu.

Program akhir itu turut menampilkan persembahan istimewa daripada Datuk Ramli Sarip, Firman, Farahwahida, Zamani (Slam), Ziana Zain, Nassier Wahab dan Rohana Jalil.

Sementara itu, konsert akhir yang berlangsung pada pukul 9.30 itu telah dicemari beberapa pergaduhan kecil di luar pintu utama apabila segelintir penonton yang hadir tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.

Bagaimanapun, mereka yang gagal memasuki dewan itu terpaksa menonton konsert akhir di layar lebar yang disediakan pihak Astro di perkarangan dewan tersebut.

Kilauan Emas 4 disiarkan setiap hari Rabu bermula pukul 9.30 malam menerusi saluran Astro Prima (132) dan Mustika HD (134).

Elak Kekecohan Berulang, Astro Sediakan Ambulans Pada Konsert Kilauan Emas Minggu Depan

Posted: 05 Jun 2014 03:43 AM PDT


kilauan emas
Zain antara peserta yang layak ke final minggu depan.
KUALA LUMPUR: Astro akan menyediakan beberapa kemudahan termasuk pasukan perubatan beserta Ambulans pada siaran akhir Mega Final Kilauan Emas 4 pada 11 Jun depan kerana bimbang berlakunya kekecohan.

Pengurus Saluran Astro Prima, Namanzee Harris berkata, tindakan itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga kerana tempat menyaksikan persembahan berkenaan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini agak terhad.

"Kami sedia maklum tempat menyaksikan acara ini terhad kepada 700 orang sahaja dan segala persiapan perlu dilakukan pada minggu hadapan untuk mengelak kekecohan berulang.

"Kami akan sediakan layar lebar di luar dewan dan air minuman untuk mereka yang tidak dapat masuk menyaksikan persembahan akhir itu serta pasukan perubatan dan ambulans," katanya pada sidang media selepas konsert Kilauan Emas 4 Akhir yang diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini, malam Rabu.

Namanzee berkata demikian ketika diminta mengulas tentang langkah persedian pihak Astro bagi menghadapi kejadian tidak diingini berlaku pada malam Mega Final minggu depan.

Konsert akhir yang berlangsung pada pukul 9.30 malam Rabu telah dicemari dengan beberapa insiden kekecohan dan pergaduhan kecil di luar pintu utama apabila segelintir penonton yang hadir tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.

Ia disebabkan stesen televisyen berkenaan memperkenalkan jemputan terbuka kepada orang awam yang terhad kepada 700 penonton sahaja sebaliknya kedatangan mereka lebih daripada jumlah berkenaan.

Dalam pertandingan final itu tiga peserta iaitu Zain, Arip dan Ben layak ke peringkat  seterusnya untuk melayakkan mereka merebut hadiah utama berupa wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry.

Sementara itu, Namanzee menasihatkan agar penonton yang ingin menyaksikan program tersebut boleh menonton melalui Astro Prima (132) dan Mustika HD (134).

"Tempat duduk sangat terhad dan kita akan beri keutamaan kepada penaja, penyokong setia peserta dan jemputan dari luar Kuala Lumpur seperti dari Kelantan atau Johor.

"Bagaimanapun, saya galakkan peminat menonton siaran ini di televisyen masing-masing," katanya.

Sementara itu, ditanya tentang kejutan yang dilakukan pada program akhir tersebut  Namanzee berkata ia sudah dirancang awal.

Katanya, sebelum program tersebut bermula lagi, format ini sudah dirancang sebagai kejutan untuk peserta dan penonton.

"Kejutan ini memang kami sudah rancang sejak mula lagi, sebab itulah kami mengambil peserta keseluruhan seramai 13 orang berbanding sebelum ini hanya 10 peserta sahaja. Ia adalah keunikan program Kilauan Emas musim ini," ujarnya.

Diana Danielle Tidak Boleh Mengandung Kerana Kontrak

Posted: 05 Jun 2014 03:42 AM PDT


Diana Danielle
KUALA LUMPUR: Pelakon Diana Danielle mengambil pendekatan merancang untuk memiliki anak kedua iaitu dalam masa dua tahun lagi kerana ingin memberi fokus bagi membesarkan anak sulungnya iaitu Muhammad yang kini berusia setahun.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 23, berkata, memandangkan dia juga mempunyai komitmen sebagai duta kepada beberapa produk, dia merasakan adalah lebih baik kelahiran anak dirancang selepas dua tahun kemudian.

"Nak ikutkan hati teringin juga nak tambah anak. Tetapi saya ada menandatangani kontrak untuk beberapa produk di mana saya tidak boleh mengandung kerana ia akan menyukarkan pergerakan promosi.

"Tambahan pula Muhammad sedang membesar, dia juga perlukan perhatian sepenuhnya daripada saya dan suami (Farid Kamil).

"Mungkin selepas habis kontrak iaitu pada dua tahun akan datang baru kami boleh memikirkan anak kedua," katanya kepada mStar Online.

Diana ditemui pada majlis pelancaran koleksi rekaan baju Hari Raya terbaharu Melinda Looi iaitu Emel by Melinda Looi  di Menara Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Sebanyak 36 koleksi baharu diperagakan pada majlis tersebut dan 20 daripada koleksi berkenaan merupakan gabungan idea bersama Diana.

"Selalunya artis akan menjadi model untuk koleksi-koleksi baju terbaru tetapi saya gembira kerana diberi peluang untuk memberikan idea dalam penghasilan baju raya pada tahun ini.

"Dapat dilihat, baju yang saya reka lebih feminin dan berkonsep sederhana. Berbeza dengan Melinda yang lebih berkonsep avant garde," ujarnya.

Sementara itu, koleksi baju raya yang berharga RM280 hingga RM480 boleh dibeli menerusi laman web www.zalora.com, www.fashionvalet.com dan butik Melinda Looi yang terletak di Jalan Maarof, Bangsar di sini.

Sebahagian daripada jualan tersebut akan disalurkan kepada pesakit-pesakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories