RSS

Nuffnang

:: MYARTIS.COM ::

sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


TAHNIAH - DIDIE ALIAS SELAMAT LAHIRKAN BAYI LELAKI

Posted: 27 Jun 2014 05:01 AM PDT



Akhirnya setelah hampir 15 tahun, Didie Alias, 40, hari ini selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, (PPUKM) Cheras, Kuala Lumpur.

Bayi tersebut merupakan anak keenam bagi Didie dan merupakan yang pertama dalam perkahwinannya dengan suami kedua Norisham Ismail.

Klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

NIKAH TAK SAH - SHAM KAMIKAZE DI ARAH BUBAR PERKAHWINAN

Posted: 27 Jun 2014 03:56 AM PDT



Gara-gara urusan pernikahan yang dibuat oleh pihak ketiga, Sham Kamikaze dan Nurul Halimin Mohd Salleh diarahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, untuk membubarkan perkahwinan mereka.

Ini kerana, pihak mahkamah hari ini memutuskan pernikahan di antara Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 38, dan Nurul pada 16 Januari 2012 adalah tidak sah.

Sam dan Nurul di arah berpisah


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

INFO - KEMERIAHAN 'ZAPIN ALDILFITRI' DI SUNGEI WANG PLAZA 9 JULAI INI

Posted: 26 Jun 2014 10:22 PM PDT



Kuala Lumpur, 27 Jun 2014 – Sempena Majlis Pelancaran Zapin Aidilfitri di Sungei Wang Plaza, pada 9 Julai 2014, tiga artis tempatan iaitu Marsha Milan Londoh, Sabhi Saddi dan Azhael AF13 telah dijemput untuk berbuka puasa dengan 37 remaja dari Rumah Amal Cahaya Tunku Ampuan Rahimah (RACTAR), Subang Jaya, Selangor.

Difahamkan, artis tersebut juga akan membuat persembahan secara 'live' dengan menyanyikan lagu-lagu terkini mereka termasuk beberapa lagu Hari Raya.

Malah kehadiran Marsha yang sebelum ini memang terkenal dengan watak suara 'Elsa' dalam filem Disney Melayu 'Frozen' pastinya akan membuat anak-anak yatim tersebut lebih ceria.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

TERSEBAR DI LAMAN SEMBANG - FOTO ISTERI AWIE?

Posted: 26 Jun 2014 09:38 PM PDT



Gambar ini telah tersebar di beberapa laman sembang yang didakwa sebagai isteri kepada pelakon dan penyanyi Awie.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan kenapa wajah wanita tersebut cedera, mungkin agaknya ditimpa kemalangan.

Iyalah kadangkala kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Contohnya terjatuh atau terlanggar sesuatu yang keras atau tersilap pakai alat kosmetik. Allahu Alam.

Klik gambar untuk size besar





         ________________________


ISU PEGANG TANGAN FARID KAMIL - NORA DANISH ANGGAP SATU PENGAJARAN

Posted: 26 Jun 2014 04:03 PM PDT



Akan lebih berhati-hati bila bersama dengan suami orang!

Demikian luahan Nora Danish, 33, yang baru-baru ini menimbulkan kekecohan gara-gara berpegang tangan dengan suami Diana Danielle, iaitu Farid Kamil. Semuanya bermula apabila Nora memuat naik foto tersebut di Instagtamnya bagi mempromosikan filem 'Pengantin Malam' sehingga Diana menegurnya.

"Selepas ini saya akan lebih berhati-hati apabila bekerjasama dengan pelakon lelaki yang berstatus suami orang.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

SAYA MEMASAK BUKAN KEJAR POPULARITI - CHEF KAMARUL

Posted: 25 Jun 2014 05:51 PM PDT



Chef Kamarul yang tidak asing lagi melalui rancangan Baba's Cu~Bits menafikan spekulasi yang dia mahu membina nama sepertimana Chef Selebriti di Malaysia contohnya Chef Wan.

Menurut Kamarul atau nama sebenarnya Kamarul Hasni Che Rose, dia sebenarnya seorang Chef yang lain berbanding kebanyakan Chef di negara ini. Bukan populariti yang mahu dikejarnya, tetapi dia mahu membantu anak muda  membina kerjaya dalam bidang masakan sekaligus mencipta nama di mata dunia.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

TINGGAL JAUH DI JOHOR BAHRU PUNCA AIDIL ZAFUAN TAK JENGOK ANAK

Posted: 25 Jun 2014 04:58 PM PDT



Aidil Zafuan menafikan tuduhan Rita Rudaini yang dia sengaja tidak mahu menjengok anak-anaknya selepas berkahwin baharu. Malah dia juga mempersoalkan tujuan dan niat Rita memberikan kenyataan 'tidak benar' kepada media baru-baru ini.

Meskipun awalnya dia enggan berbalah dengan bekas isterinya itu, namun dakwanya kenyataan Rita yang agak menyentuh perihal isterinya Zarema Zainal, membuat dia bangkit mempertahankan kebenaran.

"Mengapa tiba-tiba Rita membuat pendedahan seperti itu. Apakah tujuannya berbuat demikian? Dalam hal ini, hanya saya dan isteri saya tahu perkara sebenar. Jujurnya kami tidak terkesan langsung dengan pendedahan yang dibuat.

Aidil dan Zarema kini menetap jauh di Johor Bahru


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

16 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS AKIKAH & HARI LAHIR ANAK ZAHIRIL ADZIM

Posted: 25 Jun 2014 03:35 PM PDT



Baru-baru ini, pasangan Zahiril Adzim dan Shera Ayob telah mengadakan majlis hari lahir yang pertama untuk anaknya iaitu Nadi Anaqi.

Apa yang yang menarik, majlis akikah juga diadakan serentak dengan dihadiri oleh ramai pelajar sekolah tahfiz. Mereka kemudian beramai-ramai telah membacakan selawat dan bersama mendoakan kesejahteraan Zahiril sekeluarga.

Klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories